Selepas ayah mereka meninggaI, mereka halau ibu mertua saya keluar kerana rumah tersebut akan disewa

Kawan – kawan masjid merayu supaya ibu mertua kahwin dengan Pakcik sebab keadaan dia yang sering s4kit dan telah kem4tian isteri. Atas rasa simpati ibu mertua setuju namun perkara itu tak disukai oleh anak menantu Pakcik, hinggakan ada bertindak kunci almari pakaian dan cabinet pinggan mangkuk milik arw4h emak mereka. 

#Foto sekadar hiasan. Apa yang ingin saya ceritakan minggu ini mungkin ada pembaca khususnya mereka yang mempunyai ayah akan terasa hati dan tersinggung, terutama apabila mereka terp4ksa menguruskan ayah yang tua dan s4kit – s4kit selain diser4ng pelbagai jenis peny4kit.

Bukan tujuan saya nak mengumpat, tetapi jika anda berada dalam keadaan seperti ini bertimbang rasalah, bukan dengan ayah anda sahaja, tetapi dengan wanita yang anda anggap dia sebagai ibu tiri, yang anda nikahkan mereka dengan hasrat ada orang yang boleh menjaga dan menguruskan ayah anda yang sudah tua.

Tetapi setelah ayah anda tiada, ibu tiri itu anda anggap dia sudah tidak berguna lagi, lebih menyedihkan anda anggap wanita itu tidak wujud lagi dalam keluarga anda. Suami saya ada dua beradik, yang sulung sudah berkahwin dan berpindah jauh duduk di Sabah, bukan setahun dua, kini menjangkau lebih 18 tahun.

Dan nampaknya beliau senang tinggal di sana bersama isterinya orang Sabah dan 3 orang anaknya yang sudah besar. Hanya suami saya duduk dan bekerja di KL. Kami berkahwin 15 tahun lalu. Ketika anak – anak masih bayi mertua sayalah yang membantu menjaga anak saya, bukan saya nak kulikan atau buat beliau macam pembantu rumah, tetapi mertua saya sendiri suka hendak jaga anak – anak saya, cucu dia juga.

Kata beliau daripada orang tidak dikenali jaga cucunya, biarlah dia yang menjaganya, memang saya setuju sangatlah, macam orang mengantuk disorongkan bantal. Dari anak seorang hingga 3 orang mertua sayalah yang jaga sejak kecil.

Malah beliau tinggal bersama kami, rumah sewa kami ketika itu bukan besar sangat, cuma ada 2 bilik sahaja, tetapi kami boleh hidup aman dan tenteram. Pendek kata saya tak pernah risau tentang anak – anak sepanjang saya bekerja, sebab saya tahu mereka berada di tangan yang selamat.

Saya tak layan ibu mertua saya seperti pembantu apa lagi sebagai h4mba, malah saya berusaha penuhi apa juga kehendaknya, sama ada nak balik ke kampung sebulan sekali, menghadiri majlis kenduri kahwin atau tahliI keluarganya, semua saya patuhi.

Malah ada kalanya suami saya tak mahu pergi saya yang pujuk beliau supaya ibunya tak kecil hati. Begitu juga tentang makan pakai, apa sahaja dia nak makan saya akan cari. Tentang pakaian saya bawa beliau sendiri ke kedai untuk pilih apa juga pakaian mengikut seleranya.

Tetapi mertua saya ini tak cerewet, setiap kali nak beli pakaian dia akan tanya pendapat saya, malam suruh sahaja saya pilih. Memang beliau tak cerewet dan baik hati, setiap hujung minggu beliau akan ke surau atau masjid mengikuti kelas kelas agama, bukan pergi sendiri malam bersama kawan – kawan atau jiran – jiran sebaya, atau pergi dengan saya.

Nak jadikan cerita satu hari balik dari masjid, mertua saya bercerita tentang seorang jemaah lelaki, Haji Ali namanya, dia tak sihat, kem4tian isteri, anak – anak 5 orang semua sudah berkahwin, tetapi duduk rumah masing – masing, jadi beliau tinggal sendirian di rumahnya.

Dah pencen, ada motor dengan motor itulah dia ke masjid atau mencari makan, baik untuk sarapan, tengah hari atau malam. Oleh kerana semua anak – anak bekerja baik lelaki mahupun perempuan. Mereka hanya datang menjengok ayah pada hujung minggu sahaja.

Boleh dik4takan Haji Ali hidup sendirian, baik ke hospitaI untuk rawatan atau ambil ubat. Anak – anak kadang – kadang datang hujung minggu. Begitu juga ketika Hari Raya, kadang kala dia beraya sendiri. Katanya, dia boleh urus diri sendiri.

Itu dulu, ketika tubuh badannya sihat, bila menjangkau 60-an, peny4kit bertambah banyak, maka Haji Ali sering s4kit. Melalui kawan Haji Ali suarakan hasratnya mencari isteri untuk membantu dan menjaganya, sebab dia tinggal sendirian.

Tetapi dua orang anaknya membantah, mereka tak setuju ayahnya kahwin lagi. Janjinya dia akan carikan pembantu untuk uruskan ayah mereka. Lepas sebulan, kawan – kawan Haji Ali pangil anak – anak lelaki beliau dan beritahu tak sesuai pembantu wanita uruskan ayahnya.

Pertama mereka tak boleh tinggal serumah, kerana mereka bukan mahram, kedua macam mana wanita asing boleh pegang tubuh badan seorang lelaki. Har4m! Masuk 2 bulan pembantu wanita terp4ksa tersebut diberhentikan.

Jadi kerana kesian kawan – kawan Haji Ali berusaha carikan wanita yang boleh jadi isteri untuk jaga Haji Ali. Akhirnya mertua saya beritahu, mereka merayu dia supaya nikah dengan Haji Ali kerana kesian. Atas rasa simpati ibu mertua saya setuju.

Tetapi suami dan saya tak setuju, bukan kerana saya kehilangan pembantu untuk jaga anak – anak saya, yang ketika itu yang kecil baru berusia 6 tahun, tetapi saya tak boleh bantah itu kehendak mertua saya. Namun kami tahu bukan semua anak Haji Ali setuju, tentu ada masalahnya nanti.

Dipendekkan cerita mertua saya nikah juga, dan pindah duduk rumah Haji Ali. Seperti diduga kehadiran mertua saya bukan disukai oleh beberapa orang anak Haji Ali. Hinggakan ada bertindak manggakan almari pakaian dan cabinet pinggan mangkuk milik arw4h emak mereka.

Dan sejak mertua saya ada di rumah itu, setiap minggu mereka bergilir – gilir datang menziarahi ayahnya konon, kalau dahulu, nak datang pun susah. Kalaupun datang cuma anak Haji Ali saja, sementara suami atau isteri mereka tak datang alasannya sibuk.

Bila dah datang terp4ksalah mertua saya sediakan makan minum mereka anak beranak. Mertua saya bukannya muda sangat untuk memasak, tapi terp4ksa, sebab alasan mereka nak makan bersama ayah. Kalau dulu mereka tak pernah pun makan bersama Haji Ali.

Kalau datang pun tak sampai setengah jam mereka akan segera hendak balik. Berbeza sekarang, kalau datang petang, lepas makan malam baru balik. Begitu juga datang pagi, lepas makan tengah hari baru balik. Konon nak bersama ayah.

Tetapi sebenarnya mereka hendak makan masakan mertua saya, kerana Haji Ali selalu puji mertua saya pandai masak dan sedap. 5 tahun berlalu keadaan Haji Ali yang dahulunya sem4kin sembuh kini bertambah tenat, factor umur dipersalahkan.

Sepanjang mertua saya nikah dengan Haji Ali dia langsung tak datang ke rumah saya apa lagi melawat kawan – kawannya, kerana tak dibenarkan oleh anak – anak Haji Ali sebab takut ayah mereka tinggal sendirian. Kalau Hari Raya lebih teruk mertua saya terp4ksa masak pelbagai jenis masakan sendirian, alasan mereka nak makan dan beraya bersama ayahnya.

Itu cerita dulu kini Haji Ali sudah meninggaI dunia. Nak jadikan cerita, sebulan selepas Haji Ali meninggaI, setelah selesai kenduri arw4h tujuh hari. Setiap minggu seperti biasa anak – anak tiri mertua saya datang dengan tujuan hendak kemas rumah, bersihkan dan asingkan pakaian tinggalan arw4h, kebanyakan pakaian arw4h dibuang, baik tilam, selimut apa lagi bantal arw4h juga semua dibuang.

Termasuk juga katil dan kerusi meja. Setelah dibuang semua benda yang tak berguna mengikut mereka, rumah ditinggalkan bersepah dan mereka minta mertua saya kemaskan. Lepas dua bulan anak sulung Haji Ali beritahu mertua saya mereka hendak sewakan rumah arw4h dan minta emak saya kosongkan rumah.

Tanpa bercakap banyak dan dengan rasa sedih, mertua saya mengaku dia akan pindah seminggu dua lagi, sebab dia perlu bersihkan rumah dan kemas pakaiannya. Tetapi mereka nasihatkan lebih baik mertua saya keluar 2 atau 3 hari lagi, sebab kontraktor akan masuk untuk buat ubah suai rumah serta merta.

Kerana tak ada pilihan mertua saya panggil saya datang menjemputnya. Saya lihat mertua saya sedih tinggalkan rumah tersebut. Bukan kerana dia tak dapat harta benda Haji Ali, tetapi sedih dia tak sempat bertemu jiran tetangga untuk ucapkan selamat tinggal dan berterima kasih.

Maklum selama 5 tahun bersama Haji Ali banyak bantuan jiran hulurkan, terutama ketika hantar arw4h ke hospitaI pada waktu malam kerana anak – anak tidak dapat datang. Sejak mertua saya balik, tak pernah sekali pun anak – anak Haji Ali bertanya khabar, apa lagi datang menjengok beliau.

Saya dapat simpulkan mertua saya dilayan tak ubah seperti pembantu rumah yang tamat kontrak. Habis kontrak, kau boleh `BIah’. Memang mertua saya tak pernah merungut tentang anak – anak tirinya, tetapi saya dapat rasakan mereka sombong, dan langsung tak ada perasaan berterima kasih kerana mertua saya jaga ayahnya selama dia s4kit.

Pada saya mereka tidak ada sebab nak marah mertua saya, kerana mertua saya tidak ambil duit arw4h, sebab duit pencen arw4h anaknya yang pegang, makanan seperti sayur ikan ayam, dan barangan dapur, mereka yang beli apa juga ayah mereka hendak makan, pendek kata mertua saya tak pernah pegang duit arw4h.

Sebaliknya mertua saya berfungsi di rumah itu tak ubah seperti pembantu rumah, bukan sebagai isteri Haji Ali. Bila fikirkan semua ini, saya pulak yang jadi sedih, tapi ibu mertua saya tenang sahaja.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.