Aku masih lagi belum biasa membeli barangan mahal jadi aku tidak shopping. Handbag harga RM300 bagi aku dah terlalu mahal, aku cuma akan belek dan letak balik. Kad bank yang suami aku bagi untuk shopping aku habiskan dengan makan di tempat – tempat mahal.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, ini merupakan kali pertama aku confess di sini. Selama ni aku cuma jadi pembaca yang setia, menyeIami susah payah pahit manis hidup orang lain di sini.
Aku tak pernah terfikir akhirnya aku akan meluahkan kisah hidup sendiri. Cerita aku bukan lah ada apa sangat untuk dikeluhkan.
Aku sudah berkahwin hampir 8 tahun dan belum mempunyai cahaya mata. Suami aku dahulunya hanya seorang mekanik di bengkel cina dan sekarang telah bertukar status kepada boss di sebuah company yang sedang membangun.
Aku berkenalan dengan suami semasa aku menuntut di universiti di KL. Aku hantar motor yang rosak ke bengkel tempat suami bekerja.
Masa tu suami banyak ajarkan aku perkara asas tentang motor, minyak hitam, macam mana nak jaga semua jadi aku mula tertarik dengan suami.
Suami aku seorang lelaki yang sangat segak pada mata aku walaupun setiap kali berjumpa di bengkel baju seluarnya bercaIit minyak dan kain buruk sentiasa ters4ngkut di bahu.
Aku meminta no telefonnya untuk bertanyakan perihal motor dan daripada situ berlanjutan sehingga ke jinjang pelamin.
Selepas aku tamat belajar aku bekerja di sebuah company dengan gaji basic yang sangat rendah. Aku dan suami mengumpul duit kahwin dan mendirikan rumah tangga dua tahun selepas aku mula bekerja.
Family aku menyambut baik kehadiran suami dalam keluarga walaupun dia hanya bekerja sebagai mekanik.
Abah kata suami aku seorang yang rajin dan berbudi bahasa, abah suka dengan suami aku. Walaupun menantu abah yang lain (suami/ isteri kakak dan abang aku) bekerja hebat abah tetap meraikan suami aku sama seperti menantu lain.
Kehidupan semasa awal perkahwinan sangat mencab4r. Gaji aku dan suami hanya cukup untuk membayar sewa dan keperluan asas.
Kami tidak mempunyai kereta. Suami akan menghantar aku ke tempat kerja menaiki motosikal dan akan terus ke tempat kerjanya.
Sesekali bila hujan lebat aku akan menaiki ktm ke tempat kerja. Pada masa itu tambang ktm pun agak mahal bagiku jadi aku berdoa setiap hari supaya hujan hanya turun semasa hujung minggu.
Aku akan masak dan menyediakan bekal untuk aku dan suami bawa ke tempat kerja. Suami kata kawan sekerja sentiasa mengusik katanya kami pasangan yang romantik tetapi sebenarnya itu sahaja cara yang kami mampu buat untuk berjimat cermat.
Kami menyewa di flat kos rendah dan rumah kami hanya mempunyai perabot asas seperti tilam, dapur gas dan tv flat 28inci yang kakak berikan. Perabot lain terp4ksa ditangguhkan dulu kerana kami kena berjimat cermat.
Walaupun hidup susah saat itu aku dan suami sangat bahagia. Kami jarang berg4duh dan rumah tangga kami sangat harmoni.
Selepas beberapa tahun suami aku mula berjinak dengan perniagaan spare part dan aksesori kereta. Siang malam aku berdoa semoga perniagaan suami aku berjaya dan doa aku akhirnya termakbul.
Selepas berpanas hujan dan bekerja keras suami aku berjaya membuka sebuah company supplier. Income company yang mulanya hanya tiga angka meroket menjadi 5 angka sebulan.
Sedikit demi sedikit suami mengubah kehidupan kami dari rumah flat ke rumah teres mewah. Suami upah interior designer dan menghias rumah kami sehingga menjadi rumah idaman yang selalu di keluar di majalah – majalah dekorasi.
Dulu meja makan pun kami tak mampu untuk beli tetapi meja makan rumah kami diperbuat daripada kayu jati mahal dan mampu memuatkan hampir 10 orang.
Segala – galanya berubah, dari motor buruk yang aku dan suami tunggang ke sana sini telah diganti dengan vellfire.
Suami juga menghadiahkan aku kereta mazda untuk memudahkan aku pergi ke mana – mana semasa ketiadaannya di rumah. Aku telah berhenti kerja dan kini bergeIar suri rumah sepenuh masa.
Pada mulanya kehidupan kami aku sangat bersyukur dan masih tidak percaya setiap kali aku buka mata aku berada di rumah yang sangat mewah tetapi lama kelamaan semuanya tidak lagi membuatkan aku rasa apa – apa.
Setiap kali aku buka mata suami aku telah pun bergerak ke tempat kerja dan hanya akan pulang lewat malam.
Suami aku masih bekerja keras, setiap hari akan jumpa client dan meeting sana sini. Aku keseorangan di rumah. Apabila suami pulang selalunya aku telah pun terlena.
Suami ada meletakkan cctv di setiap bahagian di ofisnya dan aku boleh access cctv tersebut daripada hp. Sesekali bila aku rasa sunyi aku akan buka cctv dan lihat betapa gigihnya suami aku bekerja dan aku akan menangis sendirian. Hidup aku jadi terlalu sunyi dan depr3ss.
Kawan – kawan yang tinggal di sekitar KL kebanyakannya bekerja jadi aku tiada teman untuk meluangkan masa bersama. Kebanyakan waktu aku habiskan masa di shopping mall berjalan tanpa arah selama berjam – jam lamanya.
Aku masih lagi belum biasa membeli barangan mahal jadi aku tidak shopping. Handbag harga 300 bagi aku dah terlalu mahal, aku cuma akan belek dan letak balik.
Kad bank yang suami aku bagi untuk shopping aku habiskan dengan makan di tempat – tempat mahal. Makanan adalah terapi aku. Hampir semua tempat makanan mahal yang dulunya tak mampu aku rasa akan aku jejak.
Selepas main dish aku akan pergi ke kedai dessert pula. Kemudian aku akan berjalan untuk beberapa jam dan lunch di tempat mahal yang lainnya. Semuanya masih belum mampu mengisi kekosongan di hatiku.
Aku berjalan keseorangan di shopping mall dengan jiwa yang sangat kosong. Terlalu kosong. Aku kesunyian dan tertekan.
Pernah beberapa kali aku duduk di bangku di dalam mall dan memerhatikan gelagat manusia selama beberapa jam. Aku tidak mahu pulang ke rumah kami, rumah itu terlalu sunyi dan menakutkan bagi aku.
Aku akan duduk di dalam kereta berjam lamanya sehingga kadang – kadang aku terlelap. Bila tersedar aku menangis semahunya. Kadang – kadang aku akan membawa kereta dengan laju untuk menghilangkan tekanan yang ada di dalam diri ini.
Aku tak peduli dengan hon di kiri dan kanan, tetapi bila aku tersedar aku cepat – cepat istighfar. Aku pernah hampir berlaga dengan belakang lori akibat perbuatan aku ini tetapi aku sempat brek sehingga berbunyi kereta dan tayar berasap.
Aku ingin ceritakan pada suami tetapi aku tahu suami tidak akan ada masa untuk mendengar semuanya.
Aku pernah cuba menghadiri kelas agama dengan ustazah terkenal yang mana kosnya mencecah ribu ringgit sebulan.
Kelas dijalankan sekali setiap minggu dan ahli kelas agama semuanya orang kenamaan dan artis – artis yang kini telah berhijrah. Aku rasa sangat kekok untuk menyesuaikan diri.
Aku tak tahu la mungkin ini hanya perasaan aku tetapi mereka seolah – olah kurang mesra dengan golongan selain daripada circle mereka jadi selepas beberapa bulan aku drop out dari kelas tersebut.
Aku pernah cuba untuk mulakan bisnes tetapi aku zero knowledge dalam bisnes akhirnya aku give up.
Suatu malam suami aku pulang dalam keadaan keletihan. Belum sempat aku berkata apa – apa dia memeIukku dan terus terlelap.
Aku melihat wajahnya dalam – dalam, aku rindukan suami aku yang dulu. Yang sederhana, yang hanya berkain pelik4t dan baju t-shirt lusuh tetapi sentiasa ada di sisiku, menonton tv dan ketawa bersama – sama.
Kini semuanya telah lenyap. Malam itu juga aku menangis sekuat hati sehingga suami aku terjaga. Suami aku panik melihat keadaanku. Aku ceritakan segalanya betapa aku terlalu sunyi aku hampir rasa nak giIa.
Aku menangis sehingga ke pagi di dalam peIukkan suami. Suami berkali – kali memohon maaf dan berjanji akan mengubah semuanya. Aku bukan tidak bersyukur tetapi sejujurnya aku rindukan kehidupan kami yang dulu. Kehidupan yang susah tapi cukup membahagiakan.
Dipendekkan cerita aku sekarang sedang menjalani sesi kaunseIing setiap bulan. Aku di diagnos dengan depr3ssion tahap 3.
Suami cuba mengubah kembali kehidupannya yang sibuk dengan sentiasa menemani aku di rumah. Suami mengupah adiknya menguruskan sebahagian kerja di ofis dan akan membawa aku bercuti untuk aku reda kan perasaan ini.
Dia sentiasa memantau tingkah laku ku dan memastikan aku sentiasa berada di depan mata. Sekarang kami sedang berusaha untuk mempunyai anak, moga ada rezeki nya untuk kami. Aamiin.
Mohon doa kalian semua supaya aku kembali sembuh ye. Terima kasih. – Mira (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Afifah Sumayyah Mohmad Nawawi : Bersyukurlah di atas nikmat Allah yang tidak terhitung banyaknya. Suami yang bertanggungjawab, pemurah dengan isteri. Mungkin lepas ni boleh bincang dengan suami untuk ambik anak angkat, penghibur jiwa. Kalau nak baby la. Banyak benda boleh buat, me time puan terlalu banyak. Mungkin kena cari hobi dan circle positive yang boleh buat puan happy. Join class aerobik ke kelas memasak atau baking ke. Yang kena dengan jiwa kita suka makan ni kan.
Nuurin Farhah Abdullah : Sabar ya sis, sis balik kampung selalu la bahagiakan ibu dan ayah sementara mereka masih ada ni. Ajak depa jalan – jalan melancongkan seronok. Belanja duit yang ada tu belanja mak ayah sed4ra mara kawan – kawan kita ni memberi nanti datang kepuasan dan kebahagiaan. Takpon rajin – rajin buat makan – makan kat rumah ajak jiran kawan – kawan, family. Saya masa takde anak masa duduk di Sarawak hari – hari anak – anak jiran datang rumah tengok tv. Saya masak – masa bagi diorang. Kita ni sebenarnya akan happy bila buat org happy.
Umi Habiba : Confessor perlu bekerja, kalau tak ada kerja, confessor perlu lorongkan diri membuat amal kebajikan. Hidup berdua tanpa anak, suami pulak terlalu sibuk. Memang mencetus suasana sepi hati yang teramat. Apa yang saya perhati, confessor org yang banyak duit tapi seperti tak tau nak cambahkan kekayaan itu hingga ke akhir4t. Kenape mesti nak dengar ceramah agama yang mahal, pernah pergi santuni anak – anak yatim? Pernah santuni rumah orang – orang tua? Pernah santuni pusat pusat tahfiz? Apa – apa pun moga confessor sentiasa di dalam rahmah dan barokah Allah. Ada asbab kenape Allah belum kurniakan rezeki anak pada confessor.
Mariya Mohd Tahir : Saya juga masih ttc seperti puan dan umur tidak berapa lama lagi bakal mencecah 40 an. Saya faham benar kesunyian yang puan rasa. Kalau puan belum buat rawatan kesuburan saya sarankan puan ke hospitaI swasta yang bagus contohnya hospitaI pantai dan kl fertiIity. Rasenye puan takde masalah kewangan kan. Tentang isi masa lapang pula puan boleh cipta hobi baru. Saya sendiri ada banyak hobi untuk isi masa lapang dan elakkan kesunyian dan kesedihan akibat sunyi. Saya belajar baking, belajar menjahit dan melukis. Semua saya buat untuk isi masa lapang. Semog puan sembuh dari depr3si, ameen.
Princess Maz : Hurmmm… Pelikkan manusia kat dunia ni, kena ingat ya dik, kita tak akan dapat semua yang kita nak dalam dunia ni. Alhamdulillah awak bersyukur tapi pada saya, kalau awak bersyukur, awak takkan depr3si macam ni. Ramai ya kat luar sana impikan hidup macam awak, terapi saya untuk sunyi baca al-quran je. Tenang hati saya tapi saya tak tau la ia berkesan tak untuk awak. Tapi kita ni Islamkan, berbalik pada fitrah je la. Tak payah sampai nak join kelas agama kat fb banyak ceramah free dari ustazah dan ustaz tersohor. Yang jenis melawak pun ada, saya terhibur je dengar… Minta maaf bukan saya nak downkan awak lagi tapi saya rasa awak tak cukup bersedia nak hadap life awak sendiri. Saya rasa kalau saya jadi awak, saya sujud syukur setiap hari sebab Allah beri saya apa yang orang lain susah nak dapat.