Aku ada pakej yang lengkap. Cukup lengkap tapi suami tak mampu nak layan aku macam permaisuri. Dia lengahkan dari cari pembantu rumah. Aku perlukan lelaki yang stabil sehinggalah aku jumpa dengan Shah. Shah manjakan aku. Malah pintu kereta pun dia bukakan untuk aku. Sangat R0mantik!
#Foto sekadar hiasan. Aku wanita hebat. Apa yang kurang pada aku? Tiada. Aku comel, cantik, bekerjaya, kaya dan miliki segalanya. Aku ada pakej yang lengkap. Cukup lengkap.
Aku seorang pendidik. Aku juga antara yang terlibat dalam menulis buku teks sekolah. Tidak cukup dengan itu. Aku juga memiliki bisnes kek sendiri.
Aku merupakan anak ke 11 dari 12 beradik. Aku paling berjaya dalam kalangan adik beradik ku yang lain. Aku memiliki dua orang anak lelaki dan pernah memiliki dua orang suami. Ye aku Janda. Pada aku, memperjuangkan hak wanita itu adalah kewajipan untuk aku.
Wanita itu harus dilayan laksana permaisuri. Bukan ditinggal – tinggalkan dan diambil kesempatan sewenangnya. Aku mahu lelaki yang setaraf denganku. Yang sentiasa memberikan aku kasih sayang dan waktu.
Perkahwinan pertama aku ketika aku berusia 25 tahun dengan seorang pegawai polis. Aku telah dibom0h dan diguna – gunakan oleh suami sendiri.
Aku juga gagal memiliki anak kerana amalan hitam keji bekas suami ku ini. Namun, semua ini tidak kekal berpanjangan hanya bertahan selama 5 tahun.
Aku berjaya mengetengahkan kes ini ke mahkamah dan berjaya membuktikan kemenangan buat aku. Ternyata hal sih1r dan khurafat ini didengari oleh hakim dan taIak telah dijatuhkan.
Ketika aku berusia 31 tahun sekali lagi aku menemui cinta baru dengan lelaki yang lebih muda dari aku. Aku kenalkan dia sebagai Ean. Perkenalan kami terlalu singkat dan tidak lama kami terus diijabkabulkan. Kami memiliki minat yang sama dalam bidang permotoran besar.
Aku tekad mengahwini Ean kerana aku yakin melalui Ean aku boleh berjaya memiliki anak. Alhamdulillah aku dikurniakan dua anak lelaki. Setelah menghampiri 5 tahun perkahwinan dan setelah memiliki anak ke dua, aku sudah tidak jumpa keserasian antara kami.
Aku bosan. Aku sunyi. Ean seorang pekerja kapal di lautan. Tidak selalu ada dengan aku. Aku menguruskan kedua anak dan kerjaya aku banyak seorang diri. Jadi seperti tiada guna aku meneruskan perkahwinan ini.
Aku boleh berdiri sendiri. Aku ada dua anak yang bijak dan comel. Aku cantik, aku kaya. Ean tidak mampu melayan aku seperti permaisuri. Dia tidak mampu ada saat aku perlukan dia. Dia juga terlalu melengahkan untuk mengadakan pembantu rumah untuk aku.
Kerjaya Ean juga tidak menunjukkan perubahan aras. Masih di takuk yang sama. Aku mahu rumah yang besar kereta yang besar. Aku benci duduk di rumah setinggan seperti ini. Aku mahu lelaki yang stabil. Aku perlu lelaki yang sentiasa ada dengan aku.
Ketika Ean di atas kapal, aku berkenalan dengan Shah tanpa sengaja. Aku bahagia. Terasa lengkap hubungan ini. Shah seorang lelaki yang sangat r0mantis. Seorang lelaki yang mat4ng. Kacak. Sentiasa ada bila aku perlukan dia. Bergaji tinggi.
Inilah yang aku mahukan dari seorang lelaki. Setaraf dengan ku. Aku bahagia dengan Shah. Dia sangat melengkapi aku. Sepanjang ketiadaan Ean, Shah sentiasa membahagiakan aku.
Melayani aku seperti permaisuri. Shah manjakan aku. Malah pintu kereta pun dia bukakan untuk aku. Aku sangat bersyukur adik bongsuku dan suaminya sentiasa menyokong hubungan aku dengan Shah. Tetapi yang menjadi masalah buat aku adalah kakak dan abang ipar aku. Hubungan aku dan Shah berjaya dihidu oleh meraka anak beranak dan mereka menent4ng keras hubungan kami.
Hubungan Ean dan mereka sangat rapat. Aku tahu lambat laun mereka akan beritahu hal ini pada Ean. Aku perlu bijak untuk menghalang semua ini dari terlepas ke pengetahuan Ean. Berbeza dengan adik dan iparku. Mereka sangat bersetuju aku tinggalkan sahaja Ean kerana Ean zaIim membiarkan aku menguruskan semuanya sendiri. Hanya mereka berdua sahaja faham pend3ritaan aku selama ini.
Ean terlihat naif dan baik tetapi hakik4tnya dia biarkan aku d3rita seorang diri. Sikap ambil mudah dan ketidakmat4ngannya membuat aku sem4kin hilang kasih dan cinta. Dengan bantuan adik dan iparku aku bebas bermadu kasih dengan Shah. Anak – anak diuruskan sepenuhnya oleh adikku dan suaminya. Bila tiba hujung minggu, baru aku ada masa untuk mengambil anak – anak dari adik ku.
Aku masih tahu tanggungjawab ku. Cuma atas kekangan masa dan jarak mem4ksa aku untuk tinggal kan anak – anak dengan adik dan ipar ku di Kajang. Aku menyewa berhampiran dengan apartmen Shah di kota raya bagi memudahkan aku berulang alik ke sekolah. Segalanya sangat sempurna kini. Aku tidak lagi terbeban seorang diri. Shah juga tidak kekok melayani anak – anak ku yang masih kecil. Semuanya dia lakukan tanpa perlu aku pinta.
Namun, tidak seperti perkahwinan pertamaku yang dahulu, mudah untuk aku melepaskan diri. Ean terlihat sempurna. Aku perlu cari cara untuk meloIoskan diri. Ketika Ean di lautan, Ean ada mengadu s4kit belakang dengan aku. Ini peluang baik untuk aku mencari cara.
Aku tahu inilah saat untuk aku katakan pada Ean yang dia terkena buatan sih1r. Aku akan katakan ini semua perbuatan kakak dan abang ipar ku. Aku tahu dia cinta dan akan percayakan aku. Setelah 3 bulan, tiba masa Ean turun ke dar4t. Aku suruh Ean mandi air yang aku sediakan.
Aku bagi dia minum. Aku yakinkan Ean dia memang terkena sih1r. Ean percaya semuanya. Hubungan Ean dan kakak serta ipar ku terputvs. Aku berjaya. Namun jiwa aku tetap tersiksa. Aku rindukan Shah.
Kepulangan Ean menyukarkan aku untuk bertemu dengan Shah. Aku sudah hilang rasa pada Ean. Cinta aku hanya pada Shah. Aku rimas dengan kepulangan Ean.
Aku mahu keluar. Aku nekad. Dengan bantuan adik dan adik iparku bersama Shah aku akan melarikan diri. Aku akan pergi membawa anak – anak dengan ku. Aku tidak mahu berpura – pura lagi. Malam itu, Ean keluar sebentar, ibu mertua ku ada di rumah. Tapi aku yakin orang tua tu tidak ambil kisah. Aku terus keluar.
Sejurus Ean tahu aku keluar, Ean seperti biasa terlalu naif dan buntu. Ean berkali – kali memohon maaf, tanpa henti memujuk aku untuk pulang. Pelbagai usaha memujuk rayu aku pulang. Tetapi Ean silap. Itu adalah langkah pertama ku dan aku takkan berpatah balik. Sejak dari itu, bermulalah strategi aku untuk keluar dari perkahwinan ini.
Selang seminggu aku nekad untuk memohon cerai pada Ean. Aku minta cara baik. Namun Ean menolak. Aku sem4kin membenci Ean. Ean menghalang keinginan aku. Pelbagai cara aku lakukan untuk membuatkan Ean nampak dayus. Aku siksa mentaI Ean dengan melarikan diri bersama anak – anak.
Sebab aku tahu kelemahan Ean adalah anak – anak. Jika aku siksa mentaI Ean, aku pasti Ean akan bertindak gan4s. Semua itu boleh dijadikan asbab kelak untuk aku buktikan Ean lelaki dayus. Aku tiada bukti untuk membuat tuntutan fasakh terhadap Ean. Segalanya dia laksanakan dengan baik. Pelbagai usaha Ean lakukan untuk aku pulang semula.
Namun, keinginan aku mengatasi segalanya. Aku keluarkan saman cerai terhadap Ean. Aku nyatakan pada saman tersebut Ean pukuI aku dan tidak melaksanakan nafkah dengan baik. Aku yakin dengan kuasa wanita aku aku berjaya meyakinkan hakim nanti.
Ean sendiri tidak berdiam diri, dia mula mengambil lawyer untuk Iawan kes kami. Tetapi, setelah aku fikir kan ada baik aku menarik saman sahaja semula, kerana Ean tetap tidak akan lama di dar4t. Aku bebas untuk buat apa sahaja. Anak – anak pun masih dengan aku.
Segalanya sempurna hampir setahun. Ean akhirnya tahu hubungan aku dan Shah, melalui kakak kandungku dan abang ipar ku. Namun Ean masih merayu aku untuk pulang. Bod0hkan Ean. Pujuk rayu Ean aku abaikan. Aku rasa kosong. Aku rasa benci. Pada aku, aku hanya perlukan Shah dalam hidup aku. Aku di zon selesa.
Biarlah terg4ntung pun, asal aku miliki kepuasan. Namun, Ean yang aku sangkakan hanya diam tak berkutik nekad mencuIik anak sulungku dari taska pada hujung tahun lepas. Ean dengan bantuan kakak kandungku berjaya melarikan Irfan anak sulungku dari taska.
Kebencian aku pada Ean dan kakak kandungku sem4kin meIuap – meIuap. Aku reIa putvs saud4ra dengan kakak ku. Dia begitu k3ji menyebeIahi iparnya dari saud4ra kandungnya sendiri. Bayangkan naluri ku sebagai seorang ibu terpisah dengan anak lebih dari sebulan lamanya.
Aku mula mengatur langkah. Aku membuat laporan polis. Aku pergi dengan polis menyerbu rumah Ean. Dari malam hingga ke lewat pagi aku bersama polis dan Shah menunggu di hadapan rumah Ean diiringi siren polis. Namun Ean dan Irfan entah ke mana.
Aku pulang dengan hampa. Aku tekad. Aku akan buat pelbagai tuntutan. Termasuklah hak hadanah. Akan tetapi, kami masih sah suami isteri. Ini sangat membataskan aku. Aku perlu akhiri perkahwinan ini dahulu sebelum menuntut hak hadanah. Aku failkan semula saman cerai.
Dengan kuasa wanita dan seorang ibu, aku berjaya mendapatkan semula anak ku dengan perintah mahkamah secara serta merta. Aku menangis semahunya ketika Irfan dalam dakapan ku. Aku rindukan dia. Aku hampir hilang nyawa. Setelah aku mengambil semula Irfan, aku tekad.
Aku tahu Ean takkan berhenti. Dia pasti akan cari cara untuk Iawan hak hadanah nanti. Jadi aku perlu selangkah lebih bijak dari Ean. Aku akan bawa kes ini ke siviI walau apa cara sekali pun. Syariah sahaja akan melambatkan urusan aku. Aku yakin. Aku takkan GENTARRR. Aku nekad.
Kes syariah, cerai tetap berjalan, Ean tidak mudah untuk melepaskan aku sebab aku tahu dia terlalu cintakan aku. Aku HOT. Mana mungkin dia mahu lepaskan aku semudahnya.
Dengan kebijaksanaan aku dan bantuan adik ipar ku yang merupakan seorang koperal polis ahirnya aku berjaya membuktikan yang Ean mend3ra anak aku Irfan sewaktu Ean mencuIik anak kami. Ean ditangkap polis pada hari sama kes syariah kami berjalan. Aku rasa puas dapat lihat Ean meringkuk dalam lokap. Berhari – hari Ean direman dan Ean ketika pertuduhan dia mengaku tidak bersalah.
Aku berjaya mencaIarkan profil Ean. Jika benar dia tersabit sudah pasti hak hadanah dimiliki hanya oleh aku. Oh.. Untuk pengetahuan kalian Ean juga memfailkan tuntutan nusyuz terhadap aku. Tapi Ean bod0h di Malaysia ni aku takkan terkesan sebagai hadinah untuk kes nusyuz ni. Hahahaa. Dasar sia – sia.
Sepanjang panggiIan untuk kes nusyuz tak pernah sekali pun aku datang. Semak je. Tapi paling bod0h sekali selain ibu mertua ku. Yang menjadi saksi untuk kes nusyuz aku adalah kakak kandung dan anak buah aku sendiri. Sudahlah miskin bod0h pula. Sanggup menga1bkan adik kandung sendiri dibanding adik ipar dayus dia tu.
Sedari awal, Ean dan kakak ku cuba untuk menangkap khaIwat aku berkali – kali. Namun mereka gagal. Sedangkan JAWI pun tidak sebok hal aku. Mereka nak tunjuk hero nak kant0ikan aku. Kelakar. Setelah berkali – kali turun naik mahkamah untuk kes cerai kami. Setelah dua tahun aku tersiksa. Akhirnya Oktober lepas kami sah bercerai.
Lafaz taIak dilafazkan oleh wakil Ean. Nampak sangat lafaz Ean tak laku untuk aku. Aku tidak kesah Ean membuat tuntutan apa pun. Yang aku mahu cuma CERAI. Shah sangat setia menemani aku di luar mahkamah. Kasihan Ean. Usai cerai aku sudah ada Shah. Ean ada siapa? Duda lah kau sampai ke tua. Dasar tak laku.
Aku ada anak – anak. Aku tidak akan sesekali biar anak – anak berjumpa dengan Ean. Walau apa cara sekali pun, aku melarikan anak – anak dari Ean. Biar Ean mend3rita tanpa anak – anak. Aku akan pastikan Ean terbukti bersalah untuk kes d3ra tu nanti. Tersabit Ean kelak maka terkubvrlah hasrat Ean untuk bertemu anak selamanya. Ini harga yang Ean perlu bayar setelah mencuIik Irfan tempoh hari. Segala bukti aku cukup lengkap. Kau tunggu nasib kau Ean.
Kau gigit jarilah tengok aku bersama Shah dan anak – anak. Kau mer4na lah seorang diri sehingga m4ti. Aku sangat yakin kes d3ra ini akan membelenggu hidup kau, kerjaya dan masa depan kau. Nasib pun sentiasa menyebeIahi aku dengan kes pandemik ini semua kes mahkamah akan berpanjangan. Semua ini karma untuk lelaki dayus macam kau.
Bukankah patut Ean berundur diri sebagai hadanah? Dia tak layak langsung pun. Kerja di lautan berbulan – bulan. Mampu ke dia nak jaga anak – anak? Diri sendiri pun tak terjaga. Kau duduk jela diam sana. Kerja pun setakat cuci kapal. Ada hati nak jaga anak – anak? Kau tu tak mampu. Aku mampu. Lebih dari mampu. Kerjaya aku stabil.
Aku cikgu. Aku ibu. Aku ada hak mutlak. Masa aku banyak. Adik dan ipar ku juga tiada masalah untuk membantu aku menguruskan anak – anak. Dia ada siapa? Tolonglah Ean kau sedar diri. Mengalah jelah. Hiduplah kau mereput dengan kes jenay4h kau itu.
Buat bekas suami ku Ean sayang, nikm4tilah hidup kau sementara kau belum disabitkan d3ra ini. Dan teruskan bermimpi untuk bersama dengan anak – anak kembali. – Rara (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Nur Adilah Abdul Nasir : Dia kata dia hot comel cantik, sorry tak nampak sebab tak letak full body image kan. Tapi kalau kurang bijak tu macam jelas bercahaya la. Kata cikgu, penggubal buku teks lagi, eja hadhanah pun tak betul, hadhanah ye bukan hadinah. Kata kaya, tapi duduk rumah sewa? hmmm.. point banyak tak matching ni. nak suami yang selalu ada di sisi. Bos saya kata lelaki yang banyak duit selalunya tak banyak masa.
Lelaki yang banyak masa biasanya tak banyak duit. Nampak logik kata bos saya tu. Nak jadi permaisuri tapi nak setia dengan satu suami pun susah macam nak suruh pergi m4ti. Banyak perempuan mend3rita sebab suami tak baik. Dia ni dah dapat yang baik pergi camp4k – camp4k, fitnah macam macam. Tengok tajuk memang la tak gentar, sebab belum kena Iempang dengan ujian Allah, sekali tuhan uji kot tak mampu nak tegakkan tuIang belakang kot.
Doa orang yang dizaIimi sangat dekat dengan Allah tau. Watch out your step. takut esok tiba – tiba jatuh cinta ik4t m4ti dengan skandaI baru, tiba – tiba kena tinggal, duit kena kikis, body pun dah Iunyai, mungkin ada ruang sikit kot nak guna fungsi otak dengan baik?
Nur Afieda : Sis tahu? Doa orang yang terani4ya ALLAH akan makbulkan sama ada cepat atau lambat. Saya yang malu bila sis beritahu sis seorang Guru / Pendidik sebab tingkah laku sis yang agak keji. Maaf. Tapi tahun lepas memang ada masuk berita tentang anak kena cuIik dengan bapa.
Suzana Ismail : Sangat angkuh. Adakah sikap cikgu sebegini, memalukan. Ingat tau, langit tak selalu cerah. Doa orang yang dizaIimi akan dimakbulkan kelak. Patut sangat saud4ra kandung tak menyebeIahi cikgu angkuh dan somb0ng ini. Satu masa, cikgu ini akan terima baIasan. Saya pun cikgu cantik dan comey pun tapi tak seangkuh anda. Semoga kalau benar anda cikgu, insaf la. Bekas suami anda juga manusia, ada hati dan perasaan…
Ezan Dean : Anda dalam kerugian. Anak akan mencari ayahnya akhirnya. Ko tetap berd0sa. Hidup anda sia – sia mengejar nafsu nafsi. Semoga anda insaf. Suami anda pon merosakkan hidup. Cari la kedamaian dan keredaan Allah. Hidup sementara. Nak kejar apa.
Nor Saadah Rohani : Macam pernah baca confession dari pihak Ean sebelum ni. Dia pernah cerita yang kisah dia pernah heb0h di media tentang dia kononnya mencuIik anak dia dari taska setelah lama isteri dia pisahkan dia dengan anak, tapi isteri dia buat fitnah yang dia mendera sampi terpisah semula dengan anaknya. Ada siapa – siapa pernah terbaca macam confession dari pihak Ean sebelum ni macam saya???? Kalau lah jumpa link nya lagi baikkk…