Lepas 3 minggu berkahwin suami nak kahwin lain dan menyesal kahwin dgn saya

Pedihnya hati saya hanya Allah sahaja yang tahu, selang 3 minggu berkahwin, suami menghantar mesej menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan seorang ibu tunggal yang amat disayanginya dan mendakwa mereka telah bertunang sebelum kami berkahwin. Terk3jut saya..

#Foto sekadar hiasan. Saya merupakan ibu tunggal yang berkahwin duda tetapi kerana saya bukan janda berharta saya dibuang sesuka hati kerana tidak memenuhi cita rasanya. Saya sungguh tak menduga lelaki sekarang kalau berkahwin hendak cari wanita berharta, bukan bertujuan membantu ibu tunggal seperti saya, tetapi mengharapkan apa yang dia boleh dapat daripada saya untuk kesenangan hidupnya.

Masalah saya mungkin tidak berat pada pandangan pembaca, tetapi amat menekan jiwa dan perasaan saya terutama bila berhadapan dengan kaum keluarga serta teman – teman sekeIiling. Malu yang teramat hingga terasa lebih baik m4ti daripada hidup.

Dulu saya ibu tunggal dengan 4 orang anak, seorang kakitangan kerajaan, saya bercerai setelah berkahwin selama lebih 20 tahun. Perceraian kerana saya tidak tertahan dengan pend3raan mentaI dan fizikaI yang saya hadapi sejak berkahwin.

Puas saya bersabar, tetapi akhirnya saya terp4ksa menarik diri. Dalam tempoh berkahwin cuma selama 2 tahun sahaja saya bahagia, selepas dapat anak, hidup saya berubah sentiasa dalam ketakutan.

Bekas suami dulu kerap mend3ra perasaan dan fizikaI saya. Saya sering dipukuI tak kira dengan tangan atau apa sahaja benda yang ada di hadapannya. Puas saya menahan sabar, tetapi sem4kin hari sem4kin terasa kekej4mannya yang teramat sangat.

Saya bertahan walau pun disiksa kerana kesiankan anak – anak yang terus bertambah, dan saya tetap bersabar dengan harapan perangai suami akan berubah satu ketika nanti, tetapi harapan tinggal harapan.

Keadaannnya sem4kin kej4m kerana ada kekasih yang sentiasa mendampinginya silih berganti. Akhirnya 6 tahun lalu kami bercerai. Kini anak sulung saya sudah bekerja, ada yang masih menuntut di IPTA sementara yang bongsu belajar di peringkat menengah.

Saya bersyukur dengan pengalaman pahit yang saya lalui dan perasaan takut yang sentiasa menyeIubungi jiwa anak – anak. Namun mereka cekal dan dapat meneruskan pelajaran dengan baik. Semuanya mungkin kerana mereka bersimpati dengan nasib saya.

Pada awalnya memang saya tak mahu berkahwin, malah saya rasa bahagia hidup bersama anak – anak terlepas dari penyiksaan suami. Namun kerana jod0h pertemuan adalah ketentuan Allah jua, maka saya berkahwin dengan duda kem4tian isteri, berusia 55 tahun dengan 5 orang anak dan 5 orang cucu yang diperkenalkan oleh seorang kawan.

Baru 3 bulan berkenalan melalui telefon dengan Hazrei, kerana kami berjauhan dia di KL dan saya dari utara, dia terus melamar saya untuk berkahwin. Atas persetujuan anak – anak dan ibu bapa saya, kami pun bernikah bulan Jun lalu.

Sebelum berkahwin dia tak kisah sekiranya saya tidak bertukar tempat kerja asalkan setiap hujung minggu atau cuti kami akan bergilir – gilir ke KL atau ke Utara. Namun tersemat dalam hati, saya bercadang minta tukar kerja ke KL, jadi mudahlah saya menjaga dia kalau s4kit pening.

Dan hasrat saya bila ada duit lebih bolehlah kami mengerjakan umrah dan haji bersama memandangkan usianya dekat 60 tahun. Lepas kahwin saya bercuti ke KL hajat nak tinggal sementara di rumahnya, tetapi tak jadi, sebab rumahnya penuh dengan anak cucu.

Sedangkan dia yang masih bekerja secara kontrak terp4ksa menyewa bilik lain dekat tempat kerjanya. Namun saya tak keberatan tinggal bersamanya di bilik tersebut. Kerana saya menerima dia seadanya.

Dari situ baru saya tahu dia tidak ada rumah masih menyewa apartmen. Dan dia terp4ksa menanggung semua anak – anaknya, kerana 4 orang masih belajar cuma seorang sahaja anaknya sudah berkahwin tapi tidak tinggal bersamanya.

Kerana keadaan rumahnya yang padat katanya dia terp4ksa bekerja. Dan dia suka bekerja untuk mengelakkan kesunyian yang meIanda jiwanya. Saya jadi sem4kin sayu. Lepas berbulan madu di biliknya tak sampai seminggu, saya kembali ke utara sebab cuti dah habis.

Dua minggu kemudian dia berkunjung ke rumah saya di utara, berkenalan dengan sanak saud4ra. Dia di terima dengan baik dalam keluarga kami. Tetapi selang 3 minggu kemudian dia menghantar mesej menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan seorang ibu tunggal yang amat disayanginya dan mendakwa mereka telah bertunang sebelum kami berkahwin. Terk3jut saya.

Kenapa tak beritahu lebih awal, pasti saya tidak berkahwin dengannya. H4ncur luluh hati saya kerana tidak sangka apa yang dia lakukan pada saya selepas sebulan kami berkahwin. Dia juga beritahu amat kesal berkawin dengan saya yang tidak ada apa – apa.

Rupa – rupanya dia kahwin dengan saya kerana hendak menumpang bila dia berhenti kerja nanti. Maklumlah dia bekerja swasta tak ada pencen, bimbangkan rawatan perubatannya dan dia tidak ada rumah sendiri kecuali rumah sewa.

Selepas saya selidik baru saya tahu selepas kem4tian isterinya, dia pernah berkahwin lagi tapi bercerai kemudiannya, dia seorang yang telah disenarai hitam oleh bank, sebab tu dia tidak boleh beli kereta kecuali jika bayar secara tunai.

Saya tak kisah sangat semua itu asalkan dia jujur dan ubah perangai. Rupanya dia mengharapkan kekayaan saya, walaupun saya berpencen tapi saya mungkin bukan kaya seperti kekasihnya di KL. Selama berkahwin, cuma beberapa hari sahaja kami benar – benar jadi suami isteri selainnya kami berjauhan.

Kalaulah dia hendak cari isteri yang sentiasa berada di sampingnya mengapa kahwin dengan saya yang dia tahu saya memang tinggal nun jauh di utara? Carilah yang tinggal di KL? Bayangkan sebagai isteri setelah dia kembali ke KL dia tidak pernah telefon bertanya khabar s4kit demam saya.

Pedihnya hati saya hanya Allah sahaja yang tahu, saya ingin turun ke KL berjumpa dan bertanya apa sebenarnya berlaku, tetapi Hazrie tak izinkan sebaliknya dengan bangganya dia membertahu bahawa dia akan berkahwin dan tunangnya selepas Hari Raya nanti.

Dan dalam waktu yang sama dia akan menceraikan saya. Kata Hazrie, tunangnya adalah seorang wanita serba ada dan dia rela dan bersedia menjaga dirinya serta makan minumnya hingga ke akhir hayat.

Katanya lagi dia tidak akan bimbang tentang masa depannya, kerana tunangnya seorang yang benar – benar berkemampuan dan mewah dalam serba serbi dan dia boleh menumpang hidup.

Saya rasa benar – benar tertekan dengan kata – katanya. Kerana saya rasa benar – benar tertipu, jika dia sudah bertunang mengapa bercinta dan melamar untuk berkahwin dengan saya.

Jika dia mencari kekayaan saya sudah jelaskan latar belakang saya sebelum berkahwin, dan kalau saya tidak mencapai tahap yang dikehendakinya jangan kahwin dengan saya. Dan saya tak pernah p4ksa dia kahwin dengan saya.

Pada awalnya dulu memang saya rasa macam nak bunvh diri, sebab saya malu sangat dengan keluarga dan sahabat handai, maklum tak sampai sebulan kahwin dah nak diceraikan. Tetapi atas nasihat keluarga, kini saya ada kekuatan dan boleh menerima kenyataan, dan saya sedia diceraikan.

Apalah nak dikisahkan lelaki yang ingin menumpang kekayaan isteri. Mungkin kehadirannya nanti lebih menyusahkan hidup saya siapa tahu. Allah memberi saya kekuatan terima keadaan ini dengan redha.

Cuma perasaan malu sering menghantui saya hingga kini. Kepada pembaca yang seangkatan saya khususnya ibu tunggal ataupun andartu, janganlah mudah terpedaya dengan lelaki walaupun dia warga emas.

Mereka menilai diri kita untuk dinikahi, sambil memikirkan apa yang dia boleh dapat dari kita bukannya memberi bantuan apa lagi mahu menyeIamatkan kita. Itulah dia lelaki zaman sekarang mencari wanita berharta untuk menumpang hidup.

Lela Zain : Pepatah orang – orang tua, kalau sekali orang tak hendak seribu kali aku tak hingin.. ha.. .move on dan terima hakik4t. Memang ada per4ngai manusia gitu. Jangan dok beban kepala otak kita dengan orang lagu tu.

Just move on dan lupakan kewujudan dia. Anggap saja dia baru m4ti kena Ianggar. So habis cerita, tutup buku bab orang laki camtu sikit pun tak beri manfaat kalau nak frust lama – lama pun.

Winny Winny : Tak apa la puan, nasib baik berpisah awal sebelum dia kaut duit simpan puan. Pasti ada hikmah d sebalik apa yang terjadi. Redha je la moga Allah kurniakan kehidupan yang lebih baik disamping anak – anak.

Boniyah Awang Tambik : Tak usah malu, kena move on, buat apa malu, itu bukan salah akak, baik hidup seorg daripada bela biawak hidup bukan nak menyenangkan tapi beban.

Hamidah Nordin : Memang ramai lelaki tua macam ni. Anak – anak dia suruh nikah sebab ada orang jaga ayahnya bila s4kit tua. Yang perempuan ada pencen walau pun dah terbaring s4kit pun tak diceraikan sebab nanti pencen jatuh pada suami. Suami tu lebih sanggup kahwin lain walaupun tak sebumbung dengan isteri yang s4kit. Ini benar – benar terjadi.

Izzah Izzman : Sabarlah puan, dia bukan mencari isteri yang ikhlas blh susah senang bersama dia. Ikhlas menjaga dia nanti, dia mencari harta dan kekayaan orang. Allah maha kaya dia belum tahu orang kaya tu boleh nak beIa dia ka, boleh nak share kekayaan tu kaa.. Rasa saya dia pun kena tend4ng suatu hari nanti.