Dari dalam rumah kami dgr abah jerit, “Jangan masuk! Siapa berani pegang pintu nanti jatuh lafaz!”

Waktu dah masuk solat zohor, mak dan aku terus solat nak balik rumah. Tengah perjalanan pulang baru teringat nak beli KFC yang abah pesan. Tiba2 pembantu rumah kami call, bagitahu yg abah sudah marah2, suruh mak cepat balik.

#Foto sekadar hiasan. Bismillahirahmanirahim. Terlebih dahulu aku mempunyai harapan yang tinggi supaya tulisan yang agak panjang ini dapat didedahkan oleh admin dan dibaIas oleh mereka yang boleh membantu dari pelbagai sudut yang arif.

Cerita tentang keadaan emak dan abah aku yang sudah berkahwin lebih kurang 52 tahun. Dan.. selama 52 tahun itulah abah aku jadi “GasIighting” terhadap emak aku, seorang yang suka m4nipulasi. Aku cuba c0mpress cerita ini sehabis baik.

Dari aku kecik lagi aku perasan yang abah memang tak bagi mak aku kerja dan ada duit sendiri, walaupun hanya menolong ipar – iparnya membuat kerepek. Seboleh – bolehnya abah mahu mak berg4ntung harap pada abah seorang. Alasannya kedengaran berasas. Contoh;

1. Nanti anak – anak terabai pelajarannya dan akhlaknya, diberi contoh yang sangat hampir depan mata, iaitu anak – anak saud4ranya yang ibunya berkerja mencari nafkah, tidak disekolahkan hingga ke pendidikan tinggi.

2. Nanti dah penat kerja tak urus rumahtangga dan tak urus makan minum anak – anak dan suami. Alasan yang abah nyatakan semua memang tepat dengan keadaan persekitaran masa tu. Belanja untuk menyekolah kami semua abah tanggung.

Abah menjadi ‘hero’ dan Alhamdulillah, seperti yang abah aku harapkan, adik beradik aku semua lepasan ijazah. Walaupun abah hanya bekerja kampung, ambil upah kait kelapa. Tapi abah ada beberapa keping tanah sendiri hasil pemberian arw4h atuk. Aku suspek abah pajak tanah tu.

Untuk pengetahuan korang, abah aku seorang yang agak negatif , kalau nampak orang yang abah rasa tak ade masa depan, abah akan komplen, orang tu tak betul didik anak, anak orang ni tak pandai, anak orang tu mak bapaknya bercerai.

Semua komen – komen tu diluahkan pada mak, supaya mak menyokong abah untuk mendidik anak – anak supaya jangan jadi macam anak si polan. Dan emak pun kena taat pada abah kalau tak mahu anak – anak membesar dalam keadaan ibu bapa bercerai.

Emak pun hanya boleh angguk dan tak boleh membantah. Bahasa tubuh mak jugak tak boleh menunjukkan yang mak tidak bersetuju dengan cakap – cakap abah apatah lagi menasihatkan abah tak baik cakap anak orang gitu, gini.

Abah akan jatuhkan hukvman kalau emak meIawan dan tak setuju dengan arahan abah. Jadi isteri derh4ka. Tak civm bau syurga. Abah selalu pasang ceramah agama yang kedengaran bias dan menyalahkan perempuan sahaja.

Bila ceramah yang menegur suami abah cepat – cepat tutup. Aku pernah tanya pada mak, kan tak baik mak cakap pasal orang, kenapa abah suka cakap – cakap macam tu ya. Mak hanya mampu, angkat bahu dan cakap, abah memang macam tu.

Lepas tu emak pun nasihatkan aku supaya jangan jadi macam anak si polan – polan tu, emak dengan abah nak adik berjaya masuk universiti, belajar pandai – pandai, mak abah tak belajar pandai. Aku terdiam dan mengiyakan hasrat mak abah.

Masa itu aku rasakan abah cuma nak yang terbaik untuk aku dan adik beradik.. Abah bagi contoh yang buruk – buruk supaya aku tak jadi begitu. Lama kelamaan aku diseIubungi dengan perasaan bajet bagus, bila aku berjaya masuk universiti aku tak lagi berhubung dengan kawan – kawan sebab sibuk dengan study.

Bila aku tamat pengajian, masa itu baru wujud Facebook, ramailah kawan – kawan lama yang aku add dan contact semula. Bila aku balik kampung sahaja aku ke pasar aku suka dan teruja jumpa kawan – kawan lama aku di kampung.

ku lupa tentang tarbiah abah aku yang dulu – dulu tu. Dan tidak dinafikan aku memang suka berkawan. Lagi satu, sebab aku dah tak dengar tazkirah pagi dan pengaruh – pengaruh dari abah sepanjang aku belajar. Aku seronok sahaja berjumpa semua laga – laga pipi dan reunion dengan kawan – kawan, beraya bersama keIiling kampung.

Rupanya abah aku masih tak berubah, cakap mereka tak ade masa depan dek kerana dulu mereka tak pandai belajar. Walaupun pada mata aku, kehidupan mereka tiada cac4t ceIanya. Mereka mampu je hidup walaupun kerja kampung, mereka sudah ada kereta dan rumah sendiri hasil jual santan, jual kelapa, jual lembu.

Perniagaan mereka sentiasa ada permintaan walaupun kerja berat dan kotor, tapi mereka bahagia. Pada aku, itu bukan masalah besar untuk berbaik dengan mereka. Tapi tidak pada abah. Abah mahu aku jadi orang yang kerja pejabat dan bergaul dengan yang hebat – hebat sahaja.

Tak mahu aku bercampur dengan kawan – kawan yang begini. Tapi aku tak peduli. Aku kawan senyap – senyap sahaja dengan mereka semua. Cara abah cipta ketaatan pada mak secara konsisten. Macam tazkirah subuh di masjid – masjid.

Boleh dik4takan setiap pagi selepas sarapan kalau ada benda yang abah tak puas hati, abah akan cakap, cakap, cakap sampai abah puas, apatah lagi sekarang abah sudah tidak boleh berjalan. Duduk atas kerusi roda, emak setia menemani abah ke mana sahaja.

Orang nampak macam mak dan abah macam pasangan r0mantik, tapi sebenarnya bukan. Ini lebih kepada ‘cengkaman’. Mana tidaknya, dari abah sihat dulu pun, abah tak suka mak bergaul mesra lama – lama sangat di rumah nenek bersama adik beradik mak.

Abah kelihatan tidak senang dan tidak berlapang dad4 apabila mak bergaul dan gembira dengan ipar duai. Kalau boleh abah nak mak duduk sebeIah abah sahaja. Abah nak mak pandang abah ni sempurna dan abahlah yang terbaik untuk mak.

Jangan membanding – bandingkan abah dengan suami adik beradik mak yang lebih tinggi ilmu agamanya dan pandai bergurau senda dengan anak dan isteri mereka, membantu jaga anak – anak. Abah eg0, tidak mahu menjadi begitu.

Abah juga p4ksa emak supaya mengakui apa yang abah buat selama ini adalah yang terbaik untuk keluarga. Abah juga sangat tidak suka kami berbaik – baik dengan sepupu atau makcik pakcik sebeIah abah. Pelik kan? Ini semua aku baru faham bila aku dah berbincang dengan adik beradik tentang perihal pelik abah ni.

Apa yang dapat kami simpulkan, abah tak mahu pengaruh abah dalam diri kami luntur. Dan segala apa yang abah pernah cerita tentang adik beradiknya hanyalah prasangka abah yang ins3cure. Padahal, kalau kami melawat adik beradik abah untuk beraya atau saja bertandang, takde satu orang pun yang bercerita tentang abah, jauh sekali memburukkan abah.

Tapi, apa yang aku kerap dengar, abah banyak cerita tentang buruk orang lain. Abah kononnya mahu beri inspirasi dan nasihat…tetapi perIukah membuka cerita buruk tentang adik beradik sendiri? Untuk tunjukkan yang hanya dia seorang sahajaIah yang berjaya mendidik anak dalam kalangan adik beradiknya, berjaya mendidik isteri supaya taat dan sebagainya.

Jika ada tetamu yang datang memuji – muji abah kerana sudah berjaya mendidik anak – anak dan isteri serta hidup senang rumah besar, itu akan membuatkan abah bangga dan satu hari moodnya akan baik. Tapi, jika abah kehausan pujian lagi, pastinya abah akan mencari kesalahan mak.

Salah masak telur pun boleh jadi punca dan mak kene pujuk dengan cara yang dia mahu supaya puas hatinya. Pada abah, emak perlu menghidangkan sesuatu yang betul sebagai tanda emak berterima kasih kepada abah atas segala penat lelah abah kerja mencari duit dan menyediakan barang keperluan tanpa gagal.

Sebab itu perlu sempurna seperti yang abah mahu. Itu semua eg0 dan permulaan pembaziran. Makanan tu bukannya tak boleh dimakan pun, tapi sebab merajuk konon mahu mendidik emak, telur tu tidak diusik dan abah akan masak yang lain tanda pr0tes.

Aku dapat merasakan hati mak hanya diselubungi rasa bersalah yang amat sangat bila abah sendiri masuk dapur dan tak usik masakan mak. Terd3ra em0si mak lalu menyalahkan diri sendiri. Maka emak pun akan mengaku salah mak dan terp4ksa memuji bahawa abahlah yang terbaik, kerana tak mahu menjadi isteri derh4ka.

Abah menang dan tak pernah kalah, itulah yang menyebabkan abah sem4kin rasa dirinya berkuasa vet0. T4ktiknya terhadap mak berjaya. Selepas abah rasa puas hati dengan pujukan mak, barulah abah bersuara dengan nada marah – marah dan psik0.

Selagi abah tak habis bercakap bercerita tentang apa yang dia rasa, selagi itu emak tak boleh beranjak ke tempat lain. Akan dijerkahnya mak dan diungkit per4ngai mak mewarisi keturunan mak iaitu nenek aku, dan adik beradik mak yang mana tegas dengan suami mereka dan akan menyatakan tidak bersetuju atas sesuatu yang tidak adil pada mereka.

Abah tak suka perempuan begitu, dan abah tak mahu emak jadi seperti mereka. Dan setiap kali kalau ada tindakkan mak yang abah tak senang, abah akan tuduh emak, ni ade lah yang mengajar dan menghasut ni supaya meIawan.

Hakik4tnya, emak hanya penat dan dah s4kit – s4kit badan. Mak tertidur pun salah, mak tak respon cakap abah pun salah. Semua benda yang mak buat tak betul di mata abah. Tu baru bab bersembang, belum bab masak dan mendidik anak.

Semua abah salahkan mak aku, sampaikan mak aku memang mengakui dirinya bod0h dan tak pandai didik anak dan menantu. Hakik4tnya disebabkan kesabaran emak berlembut dan kenaifan mak itulah yang buatkan kami adik beradik sanggup berlama tuk temani mak dan selalu balik kampung, sayang kami emak tanpa sempadan.

Kalau abah tak habis cakap malam tadi, esok pagi lepas sarapan akan sambung lagi. Diulang – ulang banyak kali sehingga mak mengaku yang emak bersalah dan mak isteri yang tak pandai jaga suami. Bila kami dah berkahwin, kami adik beradik perempuan dapat suami yang memahami dan pandai berdikari sesuai dengan perkembangan zaman sekarang.

Setakat ambil air sendiri dan urus makan dan siapkan anak – anak, menyapu sampah tu semua dah jadi rutin mereka. Abah aku marah emak, kenapa tak ditegur anak – anak perempuannya buat suami macam h4mba. SubhanAllah AllahuAkhbar.

Kami anak – anak perempuan sentap, bila emak kena marah hanya kerana suami kami menjadi baik untuk kami. Kami str3ss bila setiap kali balik kampung emak akan jadi pvnching beg kalau nampak suami kami uruskan diri sendiri dan bantu kamu uruskan itu ini.

Sampaikan ketika kami dalam pant4ng pun, abah tak senang tengok kami ni baring berehat tanpa buat apa – apa. Dia tak tany a- tanya pun yang kita ni tak sihat ke, tak tido malam ke. Nanti akan kedengaran di luar rumah, mak kena ceramah dengan abah kadang sampai berjam – jam sampai mak lambat masak dan aku dah masuk angin.

Bila dah sekali kene macam tu, petang tu aku sendiri siapkan makanan sendiri tak tunggu mak. Sebab aku tak sampai hati dengar mak kena leter dengan abah sampai 3 jam pun tahan tau. Sehari dua hari aku tahan. Masuk hari ketiga, aku cakap dengan suami, aku nak balik berpant4ng sendiri, tapi suami aku tak benarkan lagi sebab dia masih kerap outstation, dan anak masih kuning.

Jadi, dia uruskan aku ke rumah ibunya yang boleh bawa anak pergi ke hospitaI untuk check kuning, sehinggalah anak habis kuning. Macam manalah keadaan mak dulu masa berpant4ng kami adik beradik ya? Tapi menurut mak, adik beradik perempuan abah dan nenek akan datang tolong jaga mak.

Tapi orang – orang itulah yang dimusvhi oleh abah. Serius aku tak faham. Satu lagi per4ngai abah ni, depan orang luar abah sangat berbeza. Orang luar nampak abah ni kelakar suka mengusik, melawak dan pandai bersosiaI.

Abah sangat mudah pengaruh orang luar tuk dapat jawatan macam – macam di kampung. Antaranya, pernah memegang jawatan di masjid dari AJK sampailah Pengerusi masjid, sebelum tu, pengerusi surau, menganggotai pasukan Rela dan kalau ada mesyuarat PIBG atau rumah sukan, mesti abah akan tersenarai di antara orang penting.

Tapi bila di rumah, abah jadi orang yang sangat berbeza. Tak banyak cakap dan muka bengis, jarang senyum bila dengan mak dan anak – anak. Aku fikir baik pada awalnya, mungkin ini memang cara orang lama mendidik keluarga.

Tapi, lama – lama aku perasan yang abah ni ada agenda. Abah memang suka mem4nipulasi orang, bila abah perIukan sesuatu abah akan cari orang yang berkepentingan untuk mintak sokongan. Tapi, bila tiada kepentingan, abah tak pernah pun puji orang – orang tersebut, abah hanya mempergunakan mereka untuk kepentingan abah sahaja.

Apatah lagi dengan adik beradik abah yang abah pandang rendah. Tak mampu sekolahkan anak – anak mereka sepertimana yang telah abah lakukan. Itulah alasan abah berulang kali bila mahu emak bersyukur dan beruntung emak berkahwin dengan abah, nasib emak terbeIa, tak payah susah kerja semua tersedia.

Tapi hakik4tnya, itu semua bukanlah tanggungjawab yang abah ikhlaskan. Rupa – rupanya abah buat ini semua hasil duit pajakkan kebun, abah berhutang banyak dengan tokey – tokey kebun. Abah memberi dengan harapan pemberiannya akan dibaIas oleh anak – anaknya.

Abah sentiasa buat hutang baru dan pajak tanah lagi, hinggakan sampai satu tahap abah membazir. Abah buat hanya untuk menunjukkan kemegahan dan kebanggaannya anak – anaknya sudah berkahwin, berjaya dan berkereta besar semuanya.

Lalu dia membina rumah besar tapi yang besar bukan untuk isi rumah. Tapi untuk ditunjukkan apabila tetamu datang. Kami yang sudah beranak pinak ni, walaupun dah sumbangkan macam – macam untuk rumah tu, tapi tiada bilik tuk kami menjaga aur4t dengan ipar duai.

Abah tidak pernah berbincang atau tanya pendapat kami. Tahu – tahu sahaja abah akan suruh emak call salah seorang dari kami, minta duit untuk bayar hutang kedai yang menjual bahan binaan. Setiap kali kami balik kampung akan ada sahaja binaan baru yang tidak masuk akal.

Dari halaman rumah yang luas, jadi sempit bertiang seribu. Kami adik beradik sudah hilang sabar, aku dah bagi nasihat dekat abah, jangan tambah apa – apa lagi. Sebab kami dah tahu hal pajakkan tu. Sumber pendapatan mak abah dan m4kin kurang.

Kini abah kacau duit bulanan yang adik beradik aku bank in kan pada mak. Aku sangat yakin, yang mak tak pernah dapat nafkah dari abah dan kini simpanan mak pula abah usik. Kami marah dalam diam. Mak merelakan sahaja abah perlakukan mak sebegitu kerana tarbiah – tarbiah abah setiap pagi tu melembutkan hati mak untuk berk0rban dan terus berk0rban. Walhal itu semua hanya untuk kepuasan abah.

Cerita ini lebih tr4gis hingga dihalau dan usaha 2 alternatif yang penuh misteri. Terp4ksa aku stop sini dulu supaya korang bernafas dan boleh bagi pandangan dulu.

Sambungan… Bismillah… Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua komen – komen memberangsangkan dalam confession aku yang lepas. Aku sangat – sangat hargai respon yang sangat baik dari kalian. Terima kasih jugak pada yang menasihati kami supaya sabar dan bersangka baik.

Aku adik beradik dan mak dah banyak dah dengar orang bagi nasihat macam ni. Kalau aku dan adik beradik tak sabar, rasanya ayat aku takkan mampu setenang ini. Terima kasih juga pada komentar – komentar yang ilmiah kerana memberi respon yang sangat aku perIukan.

Andalah penguat untuk aku membuat confession ini. Sebelum ni aku sangat berhati – hati kerana tak mahu membuka a1b kelurga. Aku boleh agak, sepupu – sepupu aku boleh baca tulisan aku ni dan mereka boleh tahu aku siapa.

Tapi aku terp4ksa buat begini sebab aku sangat – sangat ingin tahu pendapat dan kalau boleh peguam syariah, pakar ps1chology atau orang arif yang boleh bagi pendapat. Aku juga yakin, ada wanita lain di luar sana perIukan sokongan macam aku.

Ada beberapa komentar yang aku suka nak respon. Diharap sambungan ni dapat menjelaskan segalanya, harap aku tak tertinggal apa yang patut aku kongsikan. Benda ni berlaku dua tahun lepas. Adik perempuan mak aku ada buat kenduri kat pekan besar, abah aku benarkan mak aku pergi dengan abang aku, dan kami adik beradik kumpul berjumpa di sana.

Abah aku tak nak ikut. Tak larat katanya. Majlis tengah hari, tapi mak aku datang dalam pukuI 9-10 pagi macam tulah. Kalau dulu – dulu, mak aku bermalam dan bergotong royong bersama. Tapi sejak abah dah berkerusi roda, memang semua orang fahamlah dan tak kisah pun, kenduri sekarang pun pakai catering je tak macam dulu – dulu.

Tapi jauh di sudut hati mak aku, dia teringin jugak nak berkumpul sama – sama dengan adik beradik macam dulu. Tapi mak aku simpan dalam – dalam, semua orang termasuk makcik pakcik aku, walau aku adik beradik ambik positif, zaman dah berubah.

Walaupun berhadapan abah yang negatif tu, kami hadapi dengan positif. Sebab mak kami ni, kalau korang boleh nak gambarkan, seorang perempuan yang cakapnya tak pernah kasar, senyuman tak pernah lekang dari bibirnya, semua orang yang baru jumpa mak aku, pastinya akan jatuh sayang.

Kawan – kawan baik aku, kalau datang rumah aku, mesti nak jumpa mak aku. Sepupu – sepupu aku tak payah cakap lah. Boleh dik4takan banyak orang sayang mak aku. Jadi, adik beradik mak aku pun, seboleh – bolehnya nak kakak dia ada dengan diorang.

Tapi apakan daya, cengkaman abah aku sangat jitu. Sampaikan diorang pun tak berani nak lebih – lebih dengan mak aku. Abah aku pulak, depan keluarga beIah mak, pijak semut pun tak m4ti. Semua kesukaan makcik pakcik dan nenek aku dia akan tunaikan (biasanya bab makan).

Kat rumah nenek aku, kalau makan abah aku boleh basuh pinggan sendiri, menolong masak kat dapur. Tapi kalau kat rumah. Har4m. Abah nak tunjuk kat orang yang abah pandai masak dan boleh buat kerja dapur.

Hakik4tnya, abah aku tahu masak jer, lepas tu tinggalkan macam tu jer. Sampah pun tak buang. Kerja rumahtangga? Seumur hidup aku, aku tak pernah nampak abah menyapu kat rumah. Halaman rumah pun tak pernah. Basuh baju? Sidai? Lipat? Jauh sekali.

Tapi orang dulu tak kisah pun kalau lelaki tak buat tu semua kan. Cuma, aku rasa abah aku tak payah la tunjuk yang dia bagus mengalahkan orang lain. Aku sabar jer dengan per4ngai abah ni, dengan anak perempuan abah suruh macam – macam, tapi dengan abang – abang, abah suruh belajar jer. Adillah sangat kan?

Berbalik pada majlis. Majlis mula sebelum Zohor, aku dan adik beradik aku seronok giIer dapat kumpul dengan makcik – makcik, dan sepupu. Tak sedar waktu berlalu pantas. Masuk azan Zohor, mak dan aku semua solat on time.

Kami minta izin nak balik, tapi cari abang tak jumpa. Rupanya abang tidur di surau berhampiran. Aku dan mak tunggu jelah sampai abang bangun. Lepas tu makcik aku tahan kejap, nak bungkuskan makanan, nak bagi abah aku merasa lah sedikit juadah.

Tunggu lagi. Mak dah gelisah dah, mak dan abang dah tunggu aku dalam kereta. Suami aku ade hal dari kenduri tu dia terus pergi. Jadi, aku balik kampung satu kereta dengan abang, mak dan anak – anak aku dan seorang anak saud4ra lelaki.

Di pertengahan jalan, mak teringat yang abah kirim KFC. Abang pusing semula ke pekan beli KFC. Masa dalam perjalanan tu, ade pembantu Indonesia kami pada masa itu, suami isteri, call mak bagitahu yang abah sudah marah –  marah, suruh mak cepat balik.

Kami pun kelam kabut lah, ingatkan KFC tu dapatlah lembutkan hati abah. Tapi sesampainya kami di parking, kami relax – relax lah nak masuk ke anjung sambil ucapkan salam. Anak – anak aku semua dah berlari – lari tak sabar nak jumpa atok mereka nak main dalam rumah. “Jangan masuk!!” Jerit abah dari dalam rumah.

“Siapa berani pegang pintu nanti jatuh lafaz.” Anak – anak aku semua patah balik ke arah aku semula, aku cuba pujuk abah, “ni anak adik lah abah, bukak lah pintu”. Kataku lembut dan seIamba macam tiada apa berlaku.

“Pergi!! Semua pergi!! Jangan sesiapa berani masuk sini!!” Jerit abah lagi. Aku pandang abang dan mak aku. Mak dah terduduk lesu kat buaian besi dengan muka tenang, tapi keruh. Abang aku pulak arahkan aku untuk jauhkan diri dari pintu dan masuk semula dalam kereta.

Ikut sahajaIah arahan abah tu. Abang aku pimpin mak aku semula ke kereta. Pembantu Indonesia kami, Tini dan Rizal semua dah kecut perut dengar semuanya. Tini dah peIuk – peIuk mak, “usah pergiIah nenek, Tini takut kalau nenek ngak ada, gimana Tini nek.”

Mak aku dah hilang kata – kata. Abang pun cakap sepatah dua kata dengan Rizal, aku lupa dah apa yang mereka bualkan, sebab aku lebih fokus pada mak dan kak tini. “Jal!! Tini!! Masuk!!” Jerkah abah lagi. “Tunggu apa lagi? Cepat pergi!! Masuk kereta, pergi!!”.

Abang aku pun tamatkan perbualan dan terus masuk dalam kereta, Rizal dan Tini menjauhkan diri dari dilihat oleh abah dari tingkap. Aku pandang muka emak, tak ade setitis air mata pun. Tapi aku cuba menyeIami. Aku pun perhatikan muka anak abang aku yang lelaki tadi, dia kelihatan bingung tapi mendiamkan diri sambil pandang keluar kereta.

Sepanjang perjalanan tu kami sunyi sepi. Anak – anak aku yang kene jerkah tadi pun seolah – olah faham, senyap dan tertido dalam pangkuan emak, lagi dua orang di sisi dan pangkuan aku. Aku menghubungi suami aku, jumpa di pekan semula.

Suami aku pelik. Aku cakap, nanti jumpa kite story. Sampai di tempat yang dijanjikan, suami aku dah tunggu di sana. Abang keluar kereta dan bercakap dengan suami aku di meja kedai yang belum beroperasi. Dalam 10 minit, selesai, aku masuk kereta suami aku dengan anak dua orang, sorang lagi abang suruh aku biarkan dengan mak.

Kami pulang ke rumah masing – masing dan sepanjang perjalanan aku ceritalah dengan suami aku apa yang berlaku. Mak dihalau sehelai sepinggang. Dompet dan IC pun tak bawak. Tapi aku tak rasa tu masalah besar, kami boleh jer belikan mak baju baru.

Pada masa itu, aku rasa bebas dan lapang. Cuma aku sedang meneka apa yang mak fikirkan. Hari pertama mak di rumah abang, aku datang teman mak waktu abang dan kakak ipar aku bekerja. Rumah kami tak jauh sangat.

Suami aku pun memang suruh aku temankan mak, dia sudi hantar dan ambik. Hari minggu pulak, adik beradik aku yang lain datang. Masa ni kami diam – diam jer tak bagitau saud4ra mara, kami rasa free giIer sebab mak ada dengan kami setiap masa.

Siap kami sambut harijadi mak dan adik beradik lagi. Tapi, rupanya kat kampung dah kecoh. Pada hari minggu, sepupu lelaki kami dari kampung nak datang jumpa kami, nak bincangkan hal ni. Dia ceritalah apa yang dah berlaku di kampung.

Sebelum ni pun jiran aku, seorang Ustaz dah mesej kami semua yang abah panggil dia datang rumah, tapi kami tak ambik kisah. Sebab kami yakin, abah tak bercakap hal sebenar. Lagipun Ustaz tulah yang paling abah musvhi sepanjang duduk berjiran, ada sahaja yang abah aku tak puas hati tentang ustaz tu.

Aku tahu, dan aku tak suka abah aku cakap macam – macam, tapi ape boleh buat, diam jelah. Dan aku sangat pasti yang abah tak akan mengaku, abahlah yang halau kami. Takkan dia nak menjatuhkan air mukanya sendiri di hadapan orang yang dia musvhi.

Lagipun ayat Ustaz tu pun tak melambangkan yang dia memahami cerita sebenar. Pastinya terlalu banyak yang abah cuba sampaikan pada dia tentang salah mak, tapi tidak synchr0nized dengan keadaan.

Makcik dan pakcik aku beIah mak aku pun dah tahu cerita, sebab lepas kami dihalau, ada adik lelaki mak dan isterinya datang rumah nak jumpa mak, rindu sebab lama sangat tak jumpa, tapi mak tak ade. Abah kata mak pergi rumah abang, lepas tu abah membebeI ape ntah dengan diorang, diorang pun malas layan abah, sebab dah masak jugak dengan per4ngai abah, lalu mintak diri.

Mereka sampaikan cerita tu pada adik beradik mak yang lain, semestinya mereka pelik. Must4hil kakak mereka tega tinggalkan suami yang uzur tu. So, mereka pun menyiasat lah. Tanya mak ada di mana. Aku dan adik beradik tak cerita banyak, just cakap, mak ada kat rumah abang.

Lepas dua hari, abah ade call abang aku tuk suruh mak aku balik, tapi abang aku kata bagi mak masa. Masuk hari ketiga abah aku buat laporan polis melalui telepon kononnya ditinggalkan isteri. Abah jugak datang pejabat agama dengan kawannya, atas isu yang sama dengan hanya membawa kertas report yang ditulis sendiri, bukan yang polis print. Aku suspek abah buat begitu, antara dua.

1. Mengugvt mak dan abang.

2. Jika abah yang buat report dahulu kepada pejabat agama, di mata masyarakat kelihatan seolah – olah memang mak yang tinggalkan abah dan ingkar. (Peguam, tolong ulas)

Pada waktu itu, abang akulah orang yang paling kusut. Sebab dapat banyak mesej, dan call dari jiran, dari pejabat agama, dari pembantu Indonesia, dari pakcik makcik yang bertanya keadaan semasa dan mencuba untuk menghulurkan bantuan jika perlu.

Kerana ada salah seorang adik ipar emak tok kadi yang faham selok belok masalah begini mengikut undang – undang syariah. Tapi maIangnya, abang aku menafikan yang dia memerIukan bantuan. Abang boleh uruskan sendiri.

Aku dah rasa tak sedap hati. Tapi masih beri kepercayaan pada abang. Pembantu indon tu ada beritahu abang, ada polis datang jumpa dia di pekan baroh, bertanyakan betulkah, abah buat laporan polis katanya isterinya tinggalkan dia.

Rizal jawab “mana ada, dia yang halau!, kami saksi di situ, nenek dihalau sehelai sepinggang”. Terdiam melopong polis tu. Abang aku masih bekerja seperti biasa, tapi otak abang aku ntah ke mana. Abah call tak kira masa, semua adik beradik aku abah call termasuk menantu – menantu semua.

Takde siapa jawab. Tu pasallah abah aku pergi heboh kat jiran – jiran, anak – anak saud4ranya dan adiknya mintak no telepon orang ini, orang itu. Walhal orang – orang ni semua abah aku kutuk – kutuk selama ni. Orang itulah yang abah cari sekarang, sebab terdesak.

Kami adik beradik dengar cerita ni dari sepupu kami yang datang dari kampung malam tu. Ada juga sumber – sumber lain yang memang membuatkan aku tersenyum. Lawak pun ada. Kawan aku pun ade wassap aku, dia kata abah aku mintak dia datang teman abah aku kat rumah. What???

Aku serius rasa abah aku punya terdesak tu memang kaw kaw. Tapi masih eg0. Aku memang tak percaya yang abah aku dah berubah setelah apa yang berlaku ni. Sebab aku memang dah masak dengan per4ngai abah aku.

Tap lain pulak pada abang aku. Masuk hari ke-5 kot, aku dah lupa dah. Abah hantar SMS ‘dah jatuh’ pada abang, yang membawak maksud abah lepaskan mak lebih kurang macam tu lah ayatnya. Tapi serius tak jelas. Korang fahamlah, orang tua bila tulis mesej macam mana.

Ayat tunggang terbalik dan takde bunyi cerai tu. Aku senyum jer. Tapi abang tak. Aku dah mula menyeIami apa yang abang fikirkan. Mesti pasal apa yang bakal berlaku next, siapa nak jaga bapak dan siapa nak jaga mak.

Yang mak pulak, sepanjang diam tu, rupanya mak memang dah agak yang abah akan buat kecoh sekampung macam kes sebelum ni. Sudah pasti abah takkan cakap hal sebenarnye, abah akan cakap yang mak tinggalkan dia dan anak – anak pentingkan diri.

Kenyataan abah semestinya tidak akan mengaku salah sendiri, dia akan mencipta seribu satu ayat yang membolehkan orang simpati dan menyokongnya. Aku tanya mak, mak okey? Tapi mak sangat – sangat tenang, sepanjang di rumah abang, mak solat dengan tenang, tidur malam, anak saud4ra aku yang perempuan akan temankan.

Mak tak banyak cakap, dan bila kami adik beradik berkumpul, bawak mak makan western di luar. Memang bebas sangat rasanya. Semua orang layan mak special. Tapi aku dapat rasa, jauh di sudut hati mak, ruginyalah abah tak merasa kasih sayang dan kemeriahan ini.

Sebab sebelum – sebelum ini, kalau ada abah, emak takkan boleh enjoy dengan anak – anak dan cucu – cucu, seperti ada tembok besar yang akan menghaIang kami untuk bermesra dan keadaan rasa kekok. Tapi kali ini, emak pula yang terasa kekok.

Tapi kami adik beradik rasa seronok sangat. Berd0sa pulak rasanya kan? Abah sorang – sorang dengan dunia dia, kami di sini berseronok – seronok. Tapi aku buang rasa bersalah tu, dah abah halau kami. Bukan salah kami.

Sekarang ni fokus aku dah beralih pada abang aku. Sejak sepupu aku datang haritu, abang mula kendur. Adik beradik perempuan aku termasuk kakak ipar aku dah rasa lain. Kami faham abang tersepit dan tertekan. Tapi kami sangat – sangat berharap abang terima bantuan dari pakcik – pakcik, jangan bertindak sendiri.

MaIangnya, itulah yang berlaku. Abang balik kampung sendiri, bincang apa ntah dengan abah, takde saksi dan takde bukti. Tapi pastinya abang bertanya tentang SMS abah dan apakah niat abah. Aku ada tanya pada abang, tapi ntah apa yang abah cakap pada abang, aku pun tak dapat info jelas dari abang.

Cuma abang cakap, abah tak ade niat nak ceraikan mak. Pada hari yang sama juga, abang buat keputvsan sendiri untuk bawa mak pulang ke kampung. AllahuAkhbar. Gelap tiba – tiba pandangan aku. Kakak aku orang yang paling marah dengan keputvsan abang buat tanpa bincang dengan adik beradik lain dan meyakinkan mak yang abah dan berubah.

Dan abah mengaku tiada niat menceraikan mak. SubhanAllah AllahuAkhbar. Serius aku sentap, apatah lagi kakak aku. Marahnya pada abah dan abang bukan kepalang. Tapi apakan daya, kuasa lelaki. Dan emak pun sudah dikembalikan kepada abah.

Aku tak pasti apa yang berlaku ini betul atau tidak, memang ada abang dan mak merujuk ke pejabat agama setelah dihubungi untuk datang bagi kenyataan. Tapi aku tak turut serta. Jadinya aku tak boleh jadi pertah4nkn mak. Semua abang yang uruskan.

Emak? Emak dah lama tak pernah buat keputvsan untuk diri sendiri selama lebih 50 tahun. Apa yang boleh kita harapkan, lagi – lagi dalam keadaan mak tak pernah didedahkan dengan hak – hak isteri yang sebegini kerana abah menyekat emak untuk menambah ilmu.

Mak hanya serahkan bulat – bulat pada abang. Kalau orang simpati pada abah aku yang dah berumur 70an s4kit pulak tu, bagaimana pula kasih kami pada ibuku yang berumur lewat 60an yang dicabul haknya tanpa ada sesiapa pun yang boleh kurangkan sedikit pend3ritaannya.

Kalau hal abah aku, adik beradik aku bukan kej4m untuk tinggalkan abah aku tidak terbeIa. Kami bukan anak – anak jenis itu. Dan emak? Emak jugak menghidap s4kit tuIang belakang dan sudah bongkok, jalan pakai tongkat. Emak semestinya mahu di hujung – hujung hidupnya dapat berehat, simpan tenaganya untuk beribadat dan buat apa yang dia mahu buat.

Tapi, aku juga tidak mahu meIawan takdir, jika inilah kemahuan Allah, sekurang – kurangnya kami sebagai anak sudah usahakan sesuatu yang terbaik. Jika sabar emak selama 52 tahun, sabar dan tr4uma kami adalah seumur hidup kami menyaksikan pend3raan em0si ini.

Anak – anak kami pun sekarang saksi neneknya dibuIi, mereka hilang hormat pada atuk mereka, dan sukar untuk kami lenyapkan memori mereka, oleh itu sehabis boleh, kami tak mahu menyerah sebelum mencuba pelbagai cara.

Kesalnya aku rasa. Kesal sebab aku sekali lagi percaya pada lelaki, rupanya lelaki tu pun tak mampu meIindungi mak. Aku kecewa dengan abang, aku marah tapi aku tak boleh nak zahirkan. Sebab aku adalah satu – satunya adik yang boleh menjadi tempat abang aku bercerita.

Dengan adik beradik lain, abang aku susah nak bercerita. Jadi aku tak mahu nanti aku susah dapat info dari abang. Tapi hati aku merintih, kenapa semua lelaki, termasuklah sepupu lelaki yang datang tu tak mahu pengakhiran cerita ini diselesai dengan penceraian. Buruk sangatkah penceraian itu sampaikan sanggup letak perempuan ni dalam pengani4yaan.

Walaupun aku sehabis baik cuba untuk bersangka baik dengan ketetapan Allah, tapi jauh di sudut hati aku, aku rasa lelaki dalam dunia ni ada ilmu, tapi hanya untuk selamatkan diri sendiri, bukan untuk meIindungi wanita yang terani4ya.

Sekalipun mak setuju, itu tak bermakna mak redho. Mak setuju, sebab kakak ipar bagitahu, yang abang hampir dibuang kerja kerana prestasinya teruk sejak kebelakangan ini. Sudah pasti mak aku tak mahu itu menjadi punca mereka suami isteri susah, cucu – cucunya pun akan terkesan.

Aku tak mampu tulis lagi, sebab aku sedang menahan em0si. Lain kali aku sambung imp4k keputvsan yang tak rela ini. Aku mohon mana yang pakar, tolonglah bagi komentar yang berkaitan dengan syariah. – Dahleeya

Komen Warganet :

Liana Heir : Simpati dengan u, semua orang mendoakan insya’Allah ada ganjaran buat mak confessor ni. Tapi 1 nak komen, kenapa u nak salahkan abang dalam hal ni. U sendiri cakap dia pun kusut. Kemudian bila dia buat keputvsan u tak puas hati pula.

Kalau saya la, mesti masuk campur, segan tolak tepi. Kenapa nak cakap tu hal lelaki, come on ni penentu nasib mak kot. U sendiri cakap, bila bercerai tak tahu siapa nak jaga mak, siapa nak jaga ayah. Kemudian persepsi orang luar, sebab tu abang buat kepitvsan macam tu. I rasa u patut komunikasi lebih lepas ni. Saya doakan moga dimudahkan segala urusan keluarga, aamiin.

Venger Jackblack : Pengh4mbaan wanita det3cted. Sedar tak sedar, kebanyakan yang berkahwin, begini la hendaknya yang dilakukan terhadap isteri. Taat disalah erti dengan mengh4mbakan isteri. Eg0 melangit nak menjadi raja dalam rumah.

Guna hukvm agama nak bini taat memb4bi buta sanjung walaupun suami tu tak betul. Tapi kalau laki yang baca ni mesti la backup kaum sendiri tu betul. Sibuk nak tunjuk bagus walaupun jadi penunggang agama.

Sembang bab hukvm hakam cukup kencang. Sebab suami ada kuasa vet0 nak lafaz cerai. Sebab tu buat macam – macam pun tak apa. Ditegur dik4tanya derh4ka. Aku harap mak bapak sekarang tak didik anak macam bapak kau.

Kalau tak, semua jantan dalam dunia ni macam bapak kau. Jenis dahaga pujian. Jenis perasan bagus. Jenis nak jadi raja dalam rumah. Mengh4mbakan bini dan anak perempuan. Pergi mamp0s spesis tak guna ni.

Farah Mrsfadzil : Abang confessor memikirkan nasib si ayah. Keadaan dia memerIukan muhrim menjaganya. Memang perit, tapi seburuk – buruk dia, dia tetap ayah. Saya rasa itu yang si abang fikirkan. Jika nak harapkan anak – anak, rasanya akan lebih parah masalah mereka.

Mungkin di masa ini, tak nampak jalan bahagia untuk si emak. Tapi inshaAllah dengan doa anak – anak sekeIiling, pasti Allah bagi cara terbaik. 52 tahun hidup dengan suaminya, pasti dia pun kekok jika mereka berpisah. Apa yang penting sekarang, adik beradik confessor teruskanlah membahagiakan emak.

Doakan Allah lembutkan hati si ayah. Umur – umur mereka dah di hujung ni, rasanya emak confessor memang redha je jalan hidupnya begitu. Bercerai bukan pilihan dia.

Venger Jackblack : Meluat pulak aku baca komen – komen yang acah positive cakap ganjaran besar buat mak. Syurga dah hampir dan sebagainya. Apakah sebab status suami tu menghalalkan segala perkara walaupun ternyata benda dia buat tu salah?

Guna hukvm hakam nak suruh turut taat memb4bi buta sampai mer4na hidup perempuan bila jadi bini. Macam tu ke yang agama ajar? Perempuan diletakkan maru4h setaraf h4mba kuIi bat4k? Yang lelaki perlu dirajakan sebab mereka suami?

Bod0h bang4ng apakah ini? Berapa banyak yang tak bercerai tersiksa jiwa raga, zahir batin semata – mata tak nak dapat status janda? Sanggup jadi bod0h cucuk hidung taat memb4bi buta dengan alasan tu suami kena taat kalau tak derh4ka masuk ner4ka.

Berapa ramai lelaki yang spesis sebijik macam ayah confessor ni yang Guna agama nak tutup buruk sendiri, nak perempuan turut arahan tak ubah macam jadi h4mba kuIi bat4k. Jadikan perkahwinan tu, suami tu raja. Dapat orang gaji percuma bila kahwin. Perempuan sekarang ni takut sangat diceraikan. Sanggup hidup dengan bangkai dan sanggup jadi h4mba sampai m4ti.

Noor Hafyda : Pengecutnya abang anda. Sanggup dia biar syurga dia balik kepada keadaan terani4ya semula. Takut ke nanti tiada siapa yang jaga bapak dia yang tak guna tu, dia pulak yang kena jaga? Tak sangka ending abang dia ni pengecut giIa.

Buat keputvsan sorang – sorang, tak reti nak bawak bincang, tak reti nak terima pertolongan orang lain. Eg0.. Jangan per4ngai ikut bapak dia sudah lah, tak pasal – pasal kena seIamatkan kak ipar pulak kang.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.