Sejak musim covid ni, kami dah sem4kin jarang dapat berjumpa disebabkan PKP. Hubungan m4kin renggang dan aku buat keputvsan untuk jumpa suami, tapi dia nampak lain. Minggu seterusnya dia ajak aku berpisah dengan alasan aku dah tak cantik.
#Foto sekadar hiasan. Assalamu’alaikum. Salam sejahtera. Aku berumur awal 30an, mempunyai 2 orang anak. Usia perkahwinan hampir mencecah 4 tahun.
Aku baru diceraikan oleh suami, tapi belum disahkan di mahkamah lagi. Aku dan suami sudah hampir 2 tahun tinggal berjauhan (PJJ).
Dia kerja di kota raya, aku kerja di satu daerah kecil di negeri berlainan. Hasil perkahwinan dengan suami dikurniakan seorang cahaya mata. Anak pertama hasil perkahwinan dengan arw4h suami pertama.
Selama 3 tahun perkahwinan aku bahagia bersama suami sekarang, sangat selesa bersama dia. Suami baik, tak pernah kasar dengan aku, tak culas bab nafkah.
Sebelum berjauhan, kami pernah duduk sebumbung selama setahun sahaja. Masa tu aku sorang bekerja, dia cuma cari rezeki dengan menjual barangan secara online, ada la rezeki sikit. Aku tak berkira dengan dia, sebab aku faham keadaan dia.
Bila dapat tawaran kerja di kota, aku tengah sarat mengandung. Jadi mak ayah nak datang ke tempat aku untuk tinggal bersama aku dan anak – anak.
Alhamdulillah, aku gembira. Selama setahun lebih berjauhan, kami tiada masalah. Suami selalu balik jumpa aku dan anak – anak. Kadang – kadang aku yang datang ke kota berjumpa dengan suami.
Sejak musim covid ni, kami dah sem4kin jarang dapat berjumpa disebabkan PKP dan sewaktu dengannya. Suami pula kerap kerja lebih masa (OT) untuk cari rezeki lebih buat kami.
Sampailah satu masa dia janji nak balik jumpa aku dan anak – anak, tapi tak jugak kesampaian kerana setiap minggu dia akan beli OT.
Awalnya aku redha lagi, tapi dah sebulan tak jumpa, aku mula tak sedap hati. Aku buat keputvsan untuk pergi ke kota jumpa suami.
Biasala perempuan, merajuk sikit sebab janji tak ditunaikan untuk balik jumpa aku, jadi aku tak tegur dia sangat dengan harapan dia pujuk aku. Tapi apa pun aku tak dapat, dia leka dengan telefon dia.
Aku mula nampak perubahan dia sikit demi sedikit. Minggu seterusnya aku usaha untuk balik semula jumpa dia, tapi dia tetap dingin.
Akhirnya dia ajak aku berpisah. Katanya dah tawar hati. Benci dengan aku, nak bebas, seronok hidup bujang. Sebab tu dia sengaja tak nak balik jumpa aku. Katanya aku dah tak cantik.
Dia banyak merendahkan aku, h1nakah aku? Bila ditanya dah ada orang lain ke, dia tak mengaku. Dia banyak salahkan aku. Kata aku tak sayang dia dah, abaikan dia. Kami PJJ, macamana aku nak jaga dia?
Rupanya aku dapat tahu dia ada orang lain, kawan sekerja. Dah selalu meluah dengan kawan tersebut. Dah pernah keluar sama beberapa kali. Dah kerap makan sama sebab selalu sama syif. Dah selalu saling tolong menolong di tempat kerja dan di luar tempat kerja.
Bila ditanya, jawabnya salahkah kami berkawan? Aku cuba untuk husnuzon. Berbulan aku makan hati dengan sikap dia.
Setiap kali aku WhatsApp, dia bagi bluetick saja. Jarang nak reply, kalau ada pun dingin saja. Tapi aku tetap sabar dan bagi dia ruang, peluang, serta turut saja kemahuan dia.
Aku pernah sampai jatuh s4kit sebab terlalu tertekan dengan masalah ni. Aku pend4m sorang, sampailah dah tak boleh buat apa, aku bagitahu family aku. Mertua pun tahu.
Mertua sering bertanya, tapi aku rahsiakan sampai tahap dah tak dapat nak rahsiakan lagi. Dia marah sebab aku libatkan family dia. Kalau aku tak buat macam tu, dia akan m4kin hanyut.
Bila dia dah mula posting di media sosiaI berkaitan skandaI dia (tapi bukan secara terang – terangan. Hanya menggunakan caption dan simbol yang skandaI tu suka yang tak pernah dia tuju kat aku sebelum ni),
Aku mula tercab4r untuk mesej perempuan tersebut. Bila ditanya, dia mengaku sukakan suami aku. Mengaku pernah beberapa kali keluar sama naik kereta perempuan tu (sebab suami ada motor saja, kereta aku pakai).
Katanya tolong laki belikan barang naik kereta. Aku dah cakap elok – elok suruh jauhkan diri jika melibatkan hal peribadi, biarlah hanya urusan kerja sahaja.
Kalau suami minta tolong, biarlah dengan kawan lelaki sahaja. Tapi perempuan tu kata, dia tak boleh janji semua tu. Jangan percayakan dia. Tapi jangan jadikan dia punca rumahtangga aku runtvh.
Dia kata, salahkah mereka berkawan? Aku cakap elok dah, takde menc4rut ke apa. Aku masih kawal bahasa aku. Aku tanya elok, ada perancangan dengan laki aku ke.
Dia kata buat masa ni takde, tapi takdir jod0h ketentuan Allah katanya, siapalah kita untuk menghalang semua tu. Bijak dia berkata – kata. Aku malas dah nak layan dia. Aku cuma ucap terima kasih saja.
Aku dah minta petunjuk dari Allah untuk rumahtangga aku. Allah tunjuk satu satu kecurangan suami. Kant0i sikit demi sikit.
Nama dan bio Instagram pun ubah guna emoticon dan ayat yang sama, nampak macam pasangan kekasih. Wallpaper WhatsApp pun guna gambar skandaI. Tapi tetap nafikan dan kata salahkah berkawan. Kawan ke sampai macam tu?
Sejak dia lafazkan cerai bulan lepas, dia dah sem4kin kerap keluar dengan perempuan tu. Sampai tahap pergi balik kerja pun jemput perempuan tu.
Keluar dating jangan cakap, dah biasa dah. Dah m4kin berani dah buat kerja. Sampai tahap ke rumah masing – masing. Buat apa? Allah saja yang tahu.
Bila dah jadi macam ni, dia buat drama rindukan anak dengan family dia. Dulu masa tak layan aku, aku hantar gambar dan video anak setiap hari, tapi dia bluetick saja. Videocall pun aku jawab elok. Tapi bila dah jadi macam ni, aku dah tak layan, katanya aku halang dia jumpa anak.
Aku dah bagitahu, aku tak pernah halang. Aku cuma tak selesa dah nak jawab videocall dan reply mesej dia. Kalau rindu, datang jumpa anak. Jumpa kekasih setiap hari boleh je, jumpa anak takkan tak boleh.
Berat ujian aku, diani4ya dan ditipu sampai macam ni. Berat aku susut banyak, sampai kurus teruk dah aku.
Demi anak – anak, aku cuba untuk bangkit. Urusan mahkamah pun tak selesai lagi, dia dah bahagia dengan kekasih dia ke sana ke sini. Aku masih dalam tempoh iddah. Sebelum cerai dia pujuk aku kata kalau jod0h kuat kami rujuk semula.
Bod0hnya aku percayakan kata – kata lelaki yang kononnya baik tu. Selepas cerai katanya anggap antara kita tak ada jod0h, yang ada hanya bod0h. Semudah itu dia buang aku. Apa tujuan dia kahwin dengan aku? Tak ikhlas kahwin dengan aku.
Tak ikhlas terima anak aku. Kesian anak aku, anak yatim, berharap kasih sayang seorang ayah. Anak kecil aku pulak memang dari lahir dah kurang kasih sayang ayah sebab kami PJJ.
Bila bersama suami tak pernah tolong basuh b3rak, mandikan anak, siapkan anak, buatkan susu anak. Aku faham, aku tak pernah berkira semua tu selama ni.
Tapi bila dia buat aku macam ni, aku nampak kenapa dia tak ada usaha untuk buat semua tu kat anak dia sendiri. Yang dia tahu, main dengan anak kejap, pastu siap pesan jangan kacau dia nak tidur, nak rehat.
Masa tu aku faham dia penat mungkin, tapi sekarang aku sedar hakik4tnya dia bukanlah ayah dan suami yang baik.
Maaf sekiranya penceritaan aku kurang menarik, dan mungkin agak serabut untuk dibaca. Aku cuma perlukan kata semangat dan pendapat semua, apa perlu aku buat untuk terus kuat menghadapi semua ni?
Aku masih belum dapat move on lagi. Masih dihantui bayangan suami dan skandaI dia. Terima kasih semua… – Seorang ibu (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Momo Memey : Entah kenapa sebak sampai menitik airmata. Mungkin sebab saya juga pernah lalui d3rita Yang hampir sama dengan puan. Masih terasa perasaan tu disi4t s4kit Macam mana…. Ngilu tak terkata bila cuba titip sabar setiap saat. Semoga puan tabah dah sabar… Semoga puan bahagia semula selepas ini walaupun bukan dengan si sakai tu… Jangan biak dah anak berudu dia..
Madamme Que : Sis. U jangan pandang belakang lagi. U dah ada harta paaaaaling berharga: ANAK2. kalau masuk bicara mahkamah, tolong jangan lembut hati bagi hak penjagaan. U f1ght for your kids. Bekas suami u pun bukannya kisah sangat kat anak dia sebelum this kan. Kumpul bukti yang dia tak layak dapat hak penjagaan. Nafkah, pergaulan bebas dengan gf baru. Lupakan dia. U groom yourself. Cantikkan diri, bina c0nfidence. Bina kerjaya. Gi bercuti. Tunjukkan, tanpa dia pun u mampu bahagia. U go girl
Wahi Afifa : Betul ke perempuan ni tak boleh hidup tanpa lelaki? tanpa suami? Pada pendapat saya, kalau suami dah berani ke sana sini dengan scandaI, tak peduli anak, jumpa pun jarang – jarang baik tak ada, dari ada. Saya percaya anak – anak sumber kekuatan kepada semua para ibu. Tengok muka anak, terus kita rasa kene kuat demi anak. Puan jalan teruslah jangan pandang belakang lagi. Jadikan anak yang pertama, lelaki atau suami yang kedua. Kalau ada jod0h baru, alhamdulillah tapi bukan mudah nak cari lelaki yang terima anak kita seadanya. Be strong mommy.
Fatirah Ramli : Sis, sebab suami dah lafazkan cerai, lepas ni tolong f1ght untuk nafkah anak – anak. Menangis la sepuasnya dan bagi masa pada diri untuk move on. Betul susah, tapi mulai skarang, usah persoalkn apa – apa. takdir sudah begitu, sis redha dan mohon pada Allah kekuatan untuk mula hidup baru. mohon pada Allah hapuskn semua rasa sayang pada bekas suami. Bangkitlah demi anak – anak. He is not worth to f1ght for. Moga Allah berikan kekuatan pada sis dan diIimpahkan rezeki untuk besarkn anak – anak.
عيشامايوزي هيشام : Puan.. sedih memang sedih, kecewa memang kecewa. Boleh berduka tapi ada had masanya. Bila smpai waktu kena berdiri kuat jangan toleh belakang lagi. Tak guna bersedih sedangkan dia berseronok dan tak ada sesaat pun hiraukan pasal puan dan anak – anak. Sangat tak berbaloi. Puan hilang dia, punca kesilapan dia sendri. Puan masih ada anak – anak, mak ayah yang sayang puan. Dalam hidup ni memang ada masa kita terjatuh tapi yang paling penting adalah saat kita nak naik balik.. Moga Allah bagi puan kekuatan, kesihatan yang baik dan rezeki yang mencurah – curah. Semoga Allah lapangkan urusan puan dan anak – anak selepas ni….