20 tahun usia perkahwinan, tak sangka dalam diam suami bermain cinta dengan kawan sendiri. Pada mulanya saya kesian sebab kawan saya ibu tunggal, atas rasa simpati dia selalu datang ke rumah saya pada hujung minggu. Tak sangka ada tujuan lain rupanya…
#Foto sekadar hiasan. Perceraian yang saya lalui amat menyayat hati. Iukanya terlalu dalam sukar saya lupakan, tetapi demi anak – anak saya terp4ksa teruskan hidup yang amat pahit ini. Siapa sangka, perkahwinan kami yang berlangsung hampir 20 tahun h4ncur dalam sekelip mata sahaja, semuanya gara – gara kealpaan dan percayakan kepada kawan, tanpa berfikir secara waras akhirnya memakan diri sendiri.
Siapa sangka kawan baik, yang saya percaya separuh m4ti rupanya dalam diam – diam meminati suami saya yang langsung tak pernah saya duga demikian berakhirnya rumahtangga kami. Rupanya bukan kawan saya saja meminatinya, dalam diam suami saya juga terlebih dahulu mencintainya, dan mereka berhubung belakang saya tanpa disedari.
Tetapi kalau depan saya mereka jarang bertegur sapa. Jadi kerana itulah saya tak pernah tefikir mereka boleh bercinta sakan di belakang saya. Saya kenal suami saya Ib ketika kami sama – sama bersekolah dahulu, walaupun datang dari berlainan kampung, tetapi kami satu sekolah, maka pastilah sekolah tempat kami bertemu dan berkenalan.
Habis SPM masing – masing mencari kehidupan sendiri. Saya bertuah sebab dapat kerja jadi kerani dari situ saya sambung belajar akhirnya saya dapat tawaran menyertai maktab perguruan dan tentulah saya jadi guru akhirnya.
Ib pulak sambung belajar poly dia ada kemahiran tentang wire letrik, maka di situlah dia akhiri matlamatnya mencari rezeki bekerja dengan kontraktor. Setelah beberapa tahun kami berkahwin kemudiannya, akhirnya Ib jalankan bisnes sendiri.
Dipendekkan cerita setelah berkahwin, kerana terlalu sibuk dengan tugas dan urusan rumah. Saya banyak beri laluan kepada Ib untuk bekerja dengan bebas, sebab dia jujur dan rajin. Itu dari apa yang saya lihat luarannya, belakang saya lain pulak halnya.
Kisah ini terb0ngkar setelah kami mempunyai 3 orang anak. Ib banyak melepaskan tugas mengurus anak – anak kepada saya, alasannya sebab dia sibuk nak siapkan kerja, kerana itulah rezekinya. Saya setuju dan kami saling percaya mempercayai.
Tetapi pepatah orang tua tua tak pernah salah, bahawa `air yang tenang itu jangan sangka tak ada buaya.’ Rupaya dalam diam Ib bermain cinta. Kekasihnya bukan orang lain, kawan baik saya sendiri ketika jadi kerani dulu, Min namanya. walaupun kami terpisah cuma sementara, bila saya jadi guru, kami bertemu ketika Min hantar 2 orang anaknya ke sekolah saya bertugas.
Min beritahu dia ibu tunggal, bercerai kerana suaminya kahwin dengan gadis lain. Jadi kerana simpati itulah kami jadi sahabat baik, selalu juga Min datang ke rumah hujung minggu kami berbual. Tambahan anak – anak kami memang baik, kebetulan satu kelas.
Dari situ Min dan Ib berkenalan. Tetapi langsung saya tak tahu mereka buat hubungan lain di belakang saya, hinggalah keadaan rumah tangga kami berantakan setelah saya jumpa telefon rahsia Ib yang disimpan dalam beg khas kerjanya, di bahagian belakang keretanya.
Bila rahsia pecah, Ib nafikan ada hubungan dengan Min, tetapi Min tak nafikan, malah dia minta maaf atas keterIanjurannya. Rupanya dalam diam mereka sudah menikah secara rahsia selama setahun, walaupun perkahwinannya belum didaftarkan di negeri ini, tapi nikah mereka sah dan saya tak boleh maafkan mereka kerana telah mengkhian4ti saya.
Rupanya Min berbaik – baik dengan saya ada tujuan lain. Atau memang Ib mencintai Min, itu saya tak peduli. Pokoknya mereka sudah nikah dan sudah mengkhian4ti kesetiaan saya selama ini. Kerana sedih dikhian4ti saya buat keputvsan minta cerai.
Memang Ib tak mahu ceraikan saya tetapi bila saya katakan kalau dia boleh khian4ti saya selama ini, mengapa saya tak boleh dilepaskan. Bagi diri saya sendiri apabila Ib berkahwin lagi itu bermakna dia tidak sayangkan saya lagi, sebab itu dia cari orang lain gantikan saya.
Tapi kata Ib dia sayang kami berdua. Pada saya itu khayalannya, kerana mahu senangkan hati saya. Dia tak boleh mencintai dua orang dalam satu masa. Sebenarnya dia tidak sayangkan saya tetapi kerana kesiankan saya sahaja, tak lebih dari itu.
Cinta, kasih dan sayangnya terhadap saya sudah terpadam sebaik sahaja dia bercinta dan nikah lagi. Saya minta Ib lepaskan sebab cinta dan sayang saya kepadanya sudah berkubvr sebaik sahaja dia nikah. Saya tidak mahu hidup dengan lelaki yang hanya kesiankan saya.
Dan saya kecewa apabila kasih sayang saya dikhian4ti, jadi lebih baik bercerai. Setahun lamanya Ib menyepi diri. Akhirnya kami bercerai, saya buat permohonan pindah ke tempat lain. Permohonan pertukaran saya diterima balik ke negeri saya, tetapi tempat saya mengajar jauh dari kampung.
Tapi saya tak kisah asalkan dapat pindah. Tujuan saya kerana mahu melupakan peristiwa yang amat meny4kitkan hati itu, walaupun Iukanya sem4kin sembuh, tetapi bisanya tak pernah hilang, sebaliknya sem4kin meruntun jiwa kalau saya tak pindah.
Tempat baru saya harapkan boleh mengubati jiwa ini. Memang benar apa yang saya harapkan terlaksana, suasana bekerja amat baik, perumahan yang disediakan selesa dan yang penting anak – anak boleh belajar dengan senang, kelas agama pun tak jauh mereka boleh pergi dengan berjalan kaki.
Pendek kata memang saya aman. Ketika mula pindah memang emak dan adik beradik datang membantu. Emak pulak kerana terlalu jujur dan baiknya rajin pulak berbual dengan jiran tetangga, malah dengan jujurnya mak mengharapkan mereka bantu saya dan anak – anak kalau s4kit pening waktu malam. Biasalah itu `basi basa’ orang tua tua kalau bercakap dengan jiran tetangga.
Rupanya salah seorang jiran ini isteri kepada rakan sekerja saya tak berapa berkenan dengan saya walaupun kami belum berkenalan lebih rapat lagi. Agaknya dia tak sukakan saya bertaraf ibu tunggal gamaknya. Sebab apabila emak saya bercerita tak pakai `pullstop’, habis dia cerita siapa saya, bekas suami, anak – anak saya dan kehidupan saya, semua dia cerita.
MaIangnya saya tak sempat nasihatkan emak supaya simpan sedikit rahsia kami. Tetapi mengenali emak yang terlalu jujur dia buat kawasan perumahan saya diami ini macam kampung dia, dan jiran – jiran macam jiran kampung semuanya baik – baik dan percaya mempercayai.
Saya dengan jiran istimewa ini Kas namanya memang baik pada awalnya, masuk setengah tahun saya mula nampak dia dah lain. Mula hilangkan diri bila nampak saya balik. Hinggakan anak – anak saya pun dia larang berkawan dengan anak – anaknya.
Kalau dulu mereka jalan kaki bersama ke sekolah agama, tetapi akhir – akhir ini, anak – anaknya naik basikal pulak supaya tak berjalan sama dengan anak – anak saya. Saya tak nampak perubahan ini pada awalnya hinggalah anak – anak beritahu makcik Kas tak mahu mereka berkawan dengan anaknya.
Bila saya tanya apa sebabnya. Mereka juga tak tahu, kalau dulu mereka boleh keluar masuk rumah makcik Kas kini diIarang. Mereka cuma berkawan semasa di sekolah sahaja. Awalnya saya sangka tentu anak – anak buat hal, rosakkan barang, atau buat sepah rumah Kas, tetapi mereka nafikan. Cuma mereka diIarang masuk ke rumah makcik Kas.
Bukan itu sahaja, emak saya pernah panggil Kas hendak beri buah duku dan manggis dari kampung, tetapi bila panggil Kas tidak jawab. Emak pun pelik, kerana sebelum itu mak nampak Kas keluar buang sampah, tetapi bila di panggil dia tak jawab.
Saya beri alasan mungkin Kas tak dengar. Begitulah keadaannya dan saya tak pernah ambil pusing, sebab kata anak – anak mereka masih berkawan di sekolah. Saya pulak memang jarang bertegur sapa dengan Kas sebab sibuk dengan tugas sebaik balik sekolah.
Tetapi apabila hampir setahun berlalu, barulah saya faham rupanya Kas cemburukan saya dengan suaminya. Rasa cemburu Kas menjadi – jadi bila saya dan suami Kas berkursus bersama, saya yang tak tahu hal pergiIah macam biasa.
Sebab masing – masing ada kereta dan saya memang tak suka tumpang kereta orang lain terutama lelaki. Kisahnya terb0ngkar apabila ibu kepada anak murid saya, kak Mon namanya. Kebetulan dia berniaga kuih muih di pekan berdekatan.
Kata kak Mon dia dah lama nak cerita pada saya tetapi segan dan takut saya terasa hati, tetapi bila keadaan sem4kin mendesak, maka dia terp4ksa bercakap walaupun dia tahu saya tak akan percaya. Kata kak Mon dia baik dengan Kas, dari situ dia tahu Kas cemburukan saya.
Katanya kalau suami saya orang ramp4s, nanti besok – besok saya ramp4s suami dia pulak. Nak tergelak pun ada, tapi s4kit juga telinga dengar cerita kak Mon. Semalaman saya berfikir apa patut saya buat, takkan nak pindah lagi, atau patutkah saya terus terang dengan Kas bahawa saya tak berniat nak ramp4s suami dia, kami cuma rakan sekerja. Tak mungkin Kas percaya.
Seminggu lamanya saya berfikir, akhirnya saya buat keputvsan mohon pindah kerja ke tempat lain, dekat bandar, dengan alasan memudahkan saya sambung belajar luar kampus. Alasan yang tepat. Macam biasa permohonan bukan senang dapat, buat sementara memang saya terp4ksa lalui kehidupan yang amat tersiksa ini, namun doa saya satu hari nanti akan tercapai juga.
Rasanya usia saya belum tua lagi untuk mencapat cita – cita tersebut. Bermula tahun hadapan saya akan usahakan hasrat saya ini, walaupun menyuIitkan, tetapi niat yang baik tidak akan Allah hampakan, rasanya inilah jalan terbaik untuk saya. Kahwin lagi bukan cita – cita saya.
Doa saya keinginan saya ini menjadi inspirasi anak – anak untuk belajar lebih kuat lagi untuk masa depan mereka Harapan saya keh4ncuran hati ini hanya akan terubat apabila saya sambung belajar demi masa depan saya yang lebih cemerlang.
Memang amat berat sekali dugaan apabila kepercayaan yang diberikan telah dih4ncurkan sekelip mata. Bukan sekejap usia perkahwinan, tetapi kehadiran orang ketiga tanpa diduga benar – benar mampu meruntvhkan sebuah masjid yang dibina.
Kisah suami kahwin dengan ‘rakan baik’ bukanlah perkara asing, ramai isteri yang berdepan dengan masalah sebegini. Semoga mereka terus kuat demi kebahagian diri sendiri dan anak – anak.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.