Suami bantu buat pinjam untuk adiknya sampai beratus ribu. Dah masuk tahun ke-6, adik ipar mengelak nak bayar. Bila jumpa di rumah mertua, mereka yang sombong, siap beli kereta baru. Sehinggalah ke hari ini, i-sinar ipar sudahpun bersinar – sinar. Tapi tiada sinaran buat suami.
#Foto sekadar hiasan. ‘Iparku Tidak Ada Perasaan.’ Tajuk ini bukanlah kata membenci ipar. Sekadar luahan dan minta nasihat mahupun pendapat. Ringkaskan cerita, suami seorang kakitangan kerajaan, manakala ipar waktu itu seorang kakitangan swasta di sebuah institusi kewangan.
Suami anak sulong dalam keluarganya, seorang abang yang bertanggungjawab akan membantu keluarga disaat kesusahan walaupun kami bukanlah orang yang mewah cuma seadanya dan cukup untuk diri kami.
Nak dijadikan cerita, suami buat personal loan (government rate kan murah) untuk bantu adik ipar (adik lelaki suami) dan buat perjanjian yang adik ipar akan bayar setiap bulan ikut jumlah yang mereka persetujui. Saya tak masuk campur waktu ini.
Sehingga pada satu masa, adik ipar berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri atas tiket kewangan dia dah kukuh katanya.
Sehingga beberapa bulan dan tahun, suami baru bercerita yang adik ipar dah mula skip bayaran bulanan dengan suami sedangkan gaji suami dipot0ng setiap bulan untuk loan tersebut sebab perniagaan yang adik ipar usahakan kurang berjaya.
Buat ni tak jadi, tukar buat bisnes lain, tak jadi juga, tukar lain. Suami bagi masa untuk adik ipar stabilkan semula kewangan dia dan family (biras saya suri rumah sepenuh masa) jadi suami masih ada beIas kasihan.
Perkara ni berlanjutan ke 2, 3, 4, 5 dan tahun ni nak masuk tahun ke 6 adik ipar mengelak dari membayar.
Kenapa saya kata mengelak, sebab dalam tempoh tahun – tahun yang saya bagi tadi, ada juga nampak hasilnya (dia beli kereta baru yang bulanan cecah hampir 1k) tapi hutang liat nak bayar.
Ni yang dik4takan bagai kacang lupakan kulit ataupun habis madu sepah dibuang. Begitu.
Lama – lama saya pulak yang s4kit hati tengok. Bila suami slowtalk mintak “duit sendiri” macam men4gih simpati, dia boleh buat tak tahu, buat tak tahu macam tak ada apa – apa yang berlaku.
Bila ada perjumpaan family mertua, dia akan datang bersembang makan macam biasa walaupun sebelum tu suami dah bagi tahu nak pakai RM50 contohnya,
Dia akan salam kosong dan balik rumah dengan senang hati tanpa hiraukan permintaan suami, whatsapp pun tak berbaIas ya. Sungguh dia tak ada perasaan.
Sampaikan satu tahap suami agak bertegas nak pakai duit sedikit, dan mengungkit perjanjian lama mengenai hutang juga teguran mengenai sikap acuh tak acuh dia nak bayar hutang.
Adik ipar macam tak boleh terima teguran, dia pulak yang somb0ng dengan suami. Pelikkan. Tapi tu lah hakik4t. Macam suami pulak hutang dia. Men4gih duit sendiri.
Bukan suami mintak segedebuk. Siap offer sebulan sekian – sekian. Buat pengetahuan semua, jumlah hutang bukan kaleng – kaleng ya. Mencecah ratusan ribu!
Paling menjeIikkan, masa family gathering rumah mertua, adik ipar dan isterinya datang tanpa bertegur sapa dengan suami mahupun saya, kita pula yang rasa serba salah macam kami buat kesalahan besar.
Puncanya cuma suami whatsapp panjang jeIa untuk tuntut hak dia, saya agak mungkin isterinya pun baca whatsapp tu sampai berjangkit dengan suami dia eg0is tu. Dah dia hutang kita, kita pulak yang macam buat salah.
Mungkin sebab saya bekerja dan ada kewangan yang baik di samping membantu suami mencari rezeki, kami nampak macam segalanya cukup.
Mungkinlah dia nampak cukup, tapi ada masanya perlukan lebihan tunai juga contoh awal tahun anak nak sekolah, nak renew lesen kereta, kereta r0sak dll.
Eh kena ke bagi tahu ipar yang duit tu untuk apa dan apa. Rasa tak perlu. Tapi itulah, suami dah cerita kat ipar macam – macam pun dia langsung tidak berperasaan. Me4agih duit sendiri s4kitnya tuh di sini.
Sehinggalah ke hari ini, i-sinar ipar sudahpun bersinar – sinar. Tapi tiada sinaran buat suami. Kasihan suami, kasihan kami. Mohon yang membaca doakan terbuka pintu hati ipar untuk membayar semula hutang suami. Sekian. Wassalam – Siti (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Cik Puan Minn : Pengajarannya di sini, jangan pernah setuju untuk buat pinjaman atau jadi penjamin sebab nak tolong adik beradik, ipar duai, sepupu sepapat. Kalau nak juga bersedialah untuk redha, atau halalkan saja, atau niatkan sedekah. Sebab peluang untuk jadi kes – kes macam ni amat tinggi.
Chik Ima : Pengajaran buat semua jika nak tolong adik beradik. Ada kes yang sama saya pernah lihat, bila si abang menuntut hutang, si adik memang liat nak membayar sebab merasakan “itu duit abang aku, bukan orang lain adik beradik takkan nak berkira”. Kakak ipar pula yang dituduh sebagai penghasut untuk menuntut hutang.
Khafifah Khalid : Dah kena dah. Sepupu pinjam tak nak bayar. Hanya kerana hidup kami nampak senang, tak bermakna kita ni kaya raya. Rumah, kereta bukan beli cash pun, pinjaman jugak. Kereta r0sak, insurance kereta tu mahal tau. Belum cerita awal tahun, dengan yuran tadika seorang anak pun dah lebih RM1k.
Izzul Aiman : Kesilapan suami puan yang terlalu baik, sehingga dibuIi oleh adik sendiri. Hutang tetap hutang, walaupun adik beradik. Ia tetap halangan utama, jika tidak diselesaikan, setelah kita meninggaI dunia. Sebaiknya, sebagai ibu bapa (jika masih ada), nasihatkan adik ipar puan, untuk membayar hutang tersebut dan tidak bebankan suami puan. Dan sebagai biras pula, beliau juga wajib ingatkan suami beliau untuk lunaskan segala hutang, sebelum membeli barang lain yang bukan keperluan. Adik beradik walaupun keluar dari rahim yang sama tapi hati tetap lain – lain.
Zie Sakura : Orang Iiat bayar hutang ni sis, hidup dia sebenarnya tak tenang pun. Percayalah sebab tu masa diorang hadir perjumpaan family beIah suami sis tu diorang menyomb0ng. Sebenarnya sebab diorang rasa tak tenang tu lah. Dah kena tarbiah cukup – cukupkan. Lepas tu dah sent4p dan tak tenang. Memang tak akan tenang sis. Allah akan bayar cash sekejap je tu sis. Nanti dah tersungkur baru dia ingat d0sa – d0sa lalu dia.
Zurainah Abd K : Ada buat perjanjian hitam putih tak? Sepatutnya bila melibatkan jumlah yang besar, suami kena buat perjanjian hitam, putih (biarpun adik beradik sendiri). Perjanjian harus ditanda tangani oleh kedua – dua pihak di hadapan pesuruhjaya sump4h (murah jer) dan kedua – dua pihak terlibat mesti simpan satu salinan sebagai bukti. Jadi bila berlaku sesuatu kita ada bukti untuk buat tuntutan kemudian hari. Masalah orang kita ni suka ambik mudah dan remeh benda ni dengan alasan adik beradik. Bila dah terjadi macam ni, susah kita nak menuntut sebab tak ade hitam putih.