#Foto sekadar hiasan
Assalamualaikum. Saya Nur, berusia awal 30an. Saya just nak share & minta pandangan semua tentang masalah rumah tangga yang sedang saya alami.
Saya dan suami baru berkahwin sebulan setengah. Sebelum berkahwin, kami bercinta lebih 9 tahun, tapi sudah kenal sejak zaman persekolahan lagi. Kami sama umur.
Pada saya, dia baik orangnya, sangat sweet, saya sangat bahagia bersama dia. G4duh sikit – sikit tu biasa, sehari 2 baik semula. Pernah sekali je br3ak, tapi get back together after few months. Sepanjang bercinta saya tak pernah ada syak wasangka buruk pada dia. Saya yakin dia ikhlas dan jujur sayangkan saya.
Saya dikenalkan dengan family dia bila usia perhubungan kami hampir mencecah 2 tahun. Family saya kenal dia dari awal perhubungan lagi, tapi selalunya hanya berjumpa ketika dia datang beraya. Dari awal perhubungan saya dah maklumkan pada dia kalau nak kahwin dengan saya, dia harus setia. Saya takkan terima kalau 1 day dia nak kahwin lain. Kalau dia nak buat juga, dia perlu lepaskan saya dahulu.
Dia belikan cincin & seutas gelang (mas kahwin) 4 tahun lepas, tapi kami baru berkahwin kerana dia belum bekerja (masih student). Hidupnya ditanggung biasiswa dan parents setelah biasiswa tamat. Bab duit memang saya tak berkira sangat lah dengannya, student kan, so saya faham.
Finally hujung tahun lepas dia dapat kerja. Walaupun tempat kerjanya jauh (3 jam perjalanan), dia terima offer tersebut as long as dia bekerja so bermula dari saat itu kami merupakan pasangan PJJ. Lepas dapat kerja, dia terus bawa family dia berjumpa family saya untuk berbincang hal perkahwinan.
Few days sebelum berkahwin, tiba – tiba dia beritahu dia berniat hendak berkahwin lagi 1 selepas kami berkahwin nanti. Katanya dia dah lama kenal perempuan tu. Perempuan tu janda, berusia lewat 40an, anak – anak dah pun remaja so dia perlukan seseorang untuk jaga dia.
Saya tahu perempuan tu, tapi hanya sebagai ex-boss dia di office lama. Saya tak tahu hubungan mereka macam mana. Saya terk3jut sangat masa tu, saya nak batalkan perkahwinan kami tapi dia pujuk dan berjanji dia tak akan teruskan niat dia tu sebab saya tak setuju. Saya termakan pujuk dan janji dia, jadi kami pon berkahwin as planned.
Masuk hari ke-6 perkahwinan, dia berubah. Dari happy, jadi tak happy dan asyik keluar “melepak”. Saya minta dia berterus terang tapi dia cuma cakap yang dia str3ss, nanti dah OK dia akan cerita semuanya.
So lepas seminggu bercuti kahwin, dia balik ke rumah sewa tempat dia bekerja. Bila dia balik, saya mula mengemas barang – barang saya di rumah kami. Sambil mengemas saya terjumpa 1 stack kad ucapan dalam sebuah envelop. 1/3 adalah dari saya, 2/3 dari perempuan tu. Saya terk3jut sangat.
Masa tu baru saya tahu yang hubungan mereka rupanya macam hubungan saya dengan dia juga, bersayang – sayang. Saya solat, tenangkan diri dan senyap – senyap terus pergi ke rumah sewa dia tanpa pengetahuannya untuk berbincang. Bila sampai, saya tengok di luar rumah sewa dia ada sebuah kereta yang bukan miliknya.
Rupanya kereta tu milik perempuan itu dan dia ada dengannya di sana. Perempuan tu ada bersalaman dengan saya, dia mohon maaf kerana dia tak tahu kami dah berkahwin dan katanya tak akan muncul lagi in between us. Selepas itu, saya bersemuka dengan suami, macam – macam saya tanya tapi dia hanya berdiam diri. Akhirnya, dia suruh saya balik dan pesan jangan beritahu family lagi.
Sejak dari hari itu, bermulalah episod masalah rumah tangga yang baru dibina tu. Saya sedih, tak lalu makan, tak boleh tidur, tak boleh focus kerja. Selang 4 hari, saya dapat tahu bahawa suami saya pergi ke Thailand. Saya tak ada choice, saya call ibu mertua untuk beritahu apa yang terjadi.
Selang 2 hari, suami balik ke rumah dan mengaku yang dia dah berkahwin dengan perempuan itu di Thailand. Katanya dia sayang 2 2, nak bertanggungjawab kepada 2 2 so dia kahwin dengan both of us. Family suami ada datang berjumpa saya dan family untuk berterus – terang. Sejak dari itu, saya kembali tinggal di rumah family saya.
Nak dipendekkan cerita, saya rasa tertipu dan diani4yai oleh suami yang tidak berterus terang dari awal, yang tidak memilih salah seorang dari awal. Saya dapat rasakan perempuan itu memang tahu mengenai saya tapi tetap nak berkahwin dengan suami saya. Kalau tak salah, dia banyak “melabur” untuk suami saya sebelum ini.
Kereta yang suami pakai pon rupanya milik dia, sedangkan suami beritahu saya kereta tersebut dia yang beli dan installment bulanan akan dia bayar guna duit yang dia dapat semasa jual kereta lamanya. Barang – barang peribadi suami pon rupanya banyak juga yang dia berikan. Hati saya h4ncur, harapan dan plan masa depan dengannya juga h4ncur. Saya dah tak nampak jalan untuk bersama dia lagi.
Selain dipisahkan oleh jarak, saya tak yakin dia boleh adil dari segi masa dan wang ringgit. Weekends yang sepatutnya ditunggu – tunggu untuk berjumpa, terp4ksa dibahagi sehari bersama saya, sehari bersama perempuan itu. Itu pun belum diambil kira kalau ada yang tidak sihat atau ada hal – lain lain. Saya beri dia pilihan, sama ada lepaskan saya atau perempuan itu, tapi katanya tak boleh lepaskan perempuan tu, lagipun yang minta untuk berpisah adalah saya, bukan dia.
Dia kata saya degil, keras kepala dan penting diri sendiri kerana tak mahu berlapang dad4 menerima keputusan dia yang berkahwin 2. Saya akui, saya masih sayangkan dia, masih rindukan dia, cuma hati sudah tawar. Bercampur aduk dengan rasa kecewa, tertipu dan diani4yai, so saya minta untuk berpisah secara baik.
Kami telah ke mahkamah untuk bercerai. Tetapi setelah ditanya oleh hakim, suami tidak mahu melepaskan saya. Katanya dia sayangkan saya, so dia minta masa untuk saya bertenang dan fikir semasak – masaknya. Hakim setuju dan minta kami datang kembali session seterusnya.
Sehingga kini, menurut akal fikiran saya yang masih waras ni, saya rasa keputusan untuk bercerai adalah yang terbaik buat kedua pihak. Saya tak perlu s4kit hati kerana terp4ksa berkongsi kasih, dia tak perlu terus menipu untuk menjaga hati. S4kit sekarang, tapi mungkin masa depan yang lebih baik buat kami, without each other.
– Nur
Perkongsian yang dibuat telah mendapat pelbagai komen dan reaksi dari para pembaca. Ramai yang memberikan nasihat dan sokongan kepada Nur. Benar bercintalah lama mana pun ia tidak menjanjikan kebahagiaan. Semoga Nur dapat cari kebahagiaan yang diimpikan.
Komen Warganet :
Nurul Nadia
Orang selalu pesan kat aku, jangan negative sangat bab kahwin ni. Apa yang aku fikir, itu yang aku dapat. Tapi bila bila yang aku tak fikir, mesti ada je benda benda yang jadi penyebab aku negative bab kahwin, memang aku takut kawin. Orang kata redah je walau takut. Kes kes macam ni, hang nak suruh aku fikir indah bahagianya sebuah perkahwinan?
Azie Hussain
Awal – awal kahwin lagi dah menipu. hmm actually, mahkamah ni susah nak bagi bercerai kalau tak ade reason yang munasabah (culas nafkah, pernah naik tangan etc. ) kalau berpisah yang terbaik, kena cakap dengan suami yang awak sebenarnya tersiksa macam ni. dia yang tak boleh selfish sebenarnya. Bincang la baik – baik minta dilepaskan cara baik.
Nurulhayat Mohd Noor
Kenal lama sebelum kahwin bukan jaminan untuk kekal bahagia selepas kahwin. Selagi masih tak serumah, tak tidur sekatil sebantal, tak susah senang sama – sama, kita belum kenal lagi secara dalaman. Sedangkan yang kahwin berpuluh tahun pun ada je lagi tak kena. So fikir la untuk diri sendiri dulu. Sayang diri sendiri dulu. Memang makan masa untuk move on sebab tu la lelaki yang lama bertakhta dalam hidup. Tapi nak buat macam mana, lelaki tu x anggap awak macam tu pun. Semoga ada sinar bahagia untuk awak. Awak berhak untuk cari kehidupan yang lebih baik.
Adam Mukhriz
Jujur dik, laki hang tak layak berpoligami sebab dia pun tak mampu, dok harap duit kat isteri sana. Abang tak halang langsung poligami, ramai antara kawan kawan abang berpoligami, dan mereka mampu atas pendapatan mereka sendiri, bukan duit isteri. Abang tak suruh hang cerai, abang suruh hang fikir masak masak, ni tumpang hang tak dak anak, hang ada anak esok, laki hang sat balik, sat tak balik, hang makan hati. Kesian kat anak hang esok. Abang tak salahkan sangat laki hang, sebab memang fitrah lelaki macam tu.
Abang salahkan sikap dia sebab dia tak sedar kedudukan dia. Dia tak mampu, tapi dia nak berpoligami. Hat tu abang marah. 1 lagi mungkin dia terhutang budi, dan dia dapat kesenangan serta kemewahan dengan isteri sorang lagi. Kalau hang rasa hang boleh hadap, tak makan hati, hang teruskan. Kalau rasa hang tak boleh, ambik tindakan sewajarnya. Bukan apa, sebab hang baru sangat kawin. Tapi kira laki hang jujur la, awai awai dia habaq nak kawin sorang lagi. Abang bukan apa dik, abang yg bini sorang ni pun tak dan, dengan anak 3 orang.
Macam mana la dia sempat sat nak pi bini sana, sat nak mai bini sini. Abang tak suruh hang cerai, abang suh hang fikir elok elok. Kalau hang rasa ok, hang teruskan, hang pun banyak masa nak me time. Kalau dak, terpulang. Manusia memang tak akan mampu berlaku adil dalam 2 perkara iaitu s3ks dan kasih sayang.
Amalina Ibrahim
Betul dah tindakan puan untuk selesaikan di mahkamah. Teruskan sampai selesai! Betul dah apa yang puan beritahu di perenggan akhir tu, teruskan puan! Puan juga layak untuk bahagia, walaupun hanya bersama ibubapa tercinta.