Logik ke Artis Popular, Dalam Akaun Arwah Ada Banyak Itu Jer? Ali Terus Jawab Mana Pergi Semua Duit Abam
Ada yang tertanya-tanya arw4h Abam adalah seorang artis popular, menang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015, jadi kenapa dalam akaun arw4h ada sebanyak itu sahaja. mana pergi semua duit arw4h?”
Demikian soalan wartawan kepada Ali Puteh semasa dia mengadakan sidang media memberi penjelasan berhubung isu berbalas saman dengan kakak iparnya, Hidayah.
Sehubungan itu, Ali telah menjelaskan satu persatu berkenaan duit simpanan dalam akaun bank arw4h Abam yang mungkin mengejvtkan ramai.
Menang beratus ribu tapi dalam akaun bank tinggal banyak tu jer? Rupanya..
” Okay dekat sini saya ulang balik, dalam akaun Maybank ada RM56 ribu (selepas pengeluaran RM10 ribu) dan dalam akaun Affin Bank RM 28 ribu.
” Logik tak sebagai seorang artis terkenal, yang cukup dikenali, yang menang anugerah Maharaja Lawak Mega, boleh dikategorikan duduk belakang tiang pun orang tahu itu Abam Bocey, tapi ada duit simpanan banyak ini.
” Inilah yang dikatakan saham akhir4t. Arw4h adalah seorang yang sangat suka menderma. Cuma dia menderma dia tak hebahkan
” Itu sebab saya pernah tanya dia, bang duit kau dalam akaun cukup tak ni? Dia jawab cukup aku belanja dengan mak, cukup untuk aku belanja dengan anak isteri.
” Ibarat kata cukuplah banyak itu, tak perlu banyak pun..cukuplah untuk dia buat belanja katanya.
” Sebab banyak duit dia sudah agihkan untuk saham akhir4t dia..rumah bantuan sana, rumah bantuan sini..
” Cuma dia je tak perlu buat video rekod untuk hebohkan..takde itu bukan arw4h Abam.
” Malah selepas dia meninggaI pun ramai yang keluar (individu tidak dikenali) tiba-tiba muncul beritahu arw4h Abam ada bantu..arw4h Abam ada bantu.
” Alhamdulillah itu saham akhir4t dia. Tapi janganlah buat tuduhan yang saya makan harta berjuta-juta (duit Abam).
Tiada isu Ali makan harta Abam
” Inilah duit arw4h Abam yang ada, yang selama ini saya biarkan, yang orang duk cakap saya duk kejar-kejar (harta)..inilah dia duit arw4h Abam yang ada sebenarnya” kata Ali lagi.
Kemudian wartawan turut bertanya ketika akaun arw4h Abam sudah dibekukan semasa faraid dibuat, maksudnya tiada langsung isu Ali makan duit.
” Saya rasa pada hari kelima saya ambil kad bank itu, semua duit dalam akaun itu kita sudah beku. Bukan untuk apa, tapi untuk memudahkan urusan faraid.
” Bila lambat urusan faraid jadi beginilah, yang ambil duit itu, yang keluarkan duit itu kita tak tahu..jadi kita nak kumpul untuk urusan faraid itu susah.
” Jadi sekarang tengah nak urus faraid, timbul pulak isu saman..” kata Ali