Terkilan dengan sikap mertua yang serba tahu kalahkan doktor. Bila anak demam, suhu tinggi tak bagi bawa jumpa doktor atas alasan habiskan duit. Lagi sedih bila dengar jawapan dari suami, yang pertah4nkan ibu mertua…
#Foto sekadar hiasan. Episode Urus Anak. Isteri : Anak demam ni kena bawak jumpa doktor. (suami tidur di bilik)
Mentua: Tak payah, kau bagi dia air kelapa je nanti baik lah habis duit je pergi kIinik, lepas tu jangan bagi dia mandi.
Isteri : Eh tak boleh mak, tinggi sangat ni takut sawan. Kena bawa pergi kIinik. Tak apa saya ada duit, lagipun mana boleh tak mandi kena mandi sebab…. (tak sempat cakap habis mak mertua masuk campur.)
Mentua : Kalau ikut doktor memang lah kena mandi, aku ni dah lama hidup banyak makan garam. Aku tahu la, dulu tak da doktor, doktor ni.
Isteri : Dulu lain mak, sekarang lain, zaman sekarang ni..
Mentua: Mana ada lain sama je. Tak apela kalau nak bawak juga, aku cakap je..
Sambil kita kemas barang mertua bercakap sendiri,
“Orang tua cakap tak nak dengar susah betul la dia ni. Nak ikut kepala je, ada je jawapan nak menjawab, kurang ajar betul!”
Isteri pun menangis terasa hati , suami bangun tersedar dan tanya kenapa. Si isteri pun cerita semuanya dari A-Z
suami : Ala, awak ni mak saya tu memang macam tu. Kena la sabar, nak buat macam mana dah itu mak saya. Dia kan dah tua, kenalah hormat dan mengalah.
Diam si isteri.. Si ibu pun dapatkan anak lelaki.
Mentua : susah betul isteri kamu ni, bila dicakap orang, ada saja jawapan. Kurang ajar tak nak dengar cakap orang tua.
suami : Hmm, minta maaf ya mak, nanti saya tegur isteri saya.
Sikap ibu mertua yang macam ni lama lama mewujudkan rasa benci dan tak suka si menantu pada anda. Untuk suami jangan bersikap tidak adil.
Perkongsian yang dibuat oleh penulis mendapat pelbagai komen dan reaksi dari para pembaca. Masing – masing memberikan pendapat dan juga tips untuk apa yang sedang berlaku. Bukan mudah untuk berada dalam situasi penulis yang tersepit dengan rasa hormat dan juga rasa kasih sayang terhadap anak-anak. Apa – apa pun semoga penulis dapat mengambil nasihat yang diberikan oleh pembaca yang mungkin sedikit sebanyak dapat membantunya.
Komen Warganet :
Ayunnie Natashya Khamdan : Tak nak la sebut pasal duduk sendiri atau tumpang dengan family. Tu antara kita mampu atau belum mampu. Tapi kalau saya, saya memang akan duduk sendiri bukan dengan family sendiri atau family suami. Bab anak, anak kita, kita la yang buat keputvsan apa yang patut dan tak patut. Kita sebagai mak kena tegas lagi – lagi berkaitan dengan anak. Tak kisah dengan siapa sekalipun. Anak kita, kita tau luaran dalaman anak tu macam mana. Sebagai mak kita kena tegas walaupun dengan mertua sekalipun. Tegas tapi bukannya biadap. Kang lain pulak jadinya, barulah kita ni tak dipij4k – pij4k sewenang – wenangnya.
Liza Piee : Dengan orang tua macam tu, situasi ni bila baca, jujurnya saya cakap awak bersalah sebab awak menjawab apa yang ibu mertua cakap. Pada saya, keputvsan di tangan awak, suka hati awak nak dengar atau tidak. Jika awak tidak bersetuju, awak dengarkan dan iya kan sahaja. Kadang benda boleh lebih parah jika kita menjawab. Kadang benda boleh jadi baik jika kita ikut apa nasihatnya. Itu semua adalah pilihan awak.
Fatin Nabihah : Lain kali awak tak payahlah menjawab, iyakan ja.. Tapi bab urus anak, kita buat semua, faham? Lagi satu petua nurse dari kec3masan, jelum anak dengan air asam jawa sebelum bawa ke hospitaI… Doktor puna ada cara – cara diorang juga. Doktor keluarga saya tak bagi mandi 4-5 hari, tapi dia suruh jelum dengan air ais bermula dari kepala ke badan. Ada lagi cara lain dari doktor lain, jelum dengan air suam, tapi doktor kk plak suruh mandi kerap..
Manakala doktor pakar kanak – kanak di hospitaI minta penjaga sentiasa kerap jelum anak, mandi pagi dengan petang ja.. Semua cara – cara ni tak salah untuk dicuba, jangan salahkan sesama sendiri. Yang penting, jaga suhu anak supaya tak lebih 39. Kalau demam lebih 3 hari, teruslah ke hospitaI atau doktor. Saya ni pengalaman anak demam selang sebulan dua selama 4 tahun awal anak sulung. Selepas setel antibiotik tiroid dia tahun ke-4, dia dah ta demam lagi mcm fasa awal kehidupannya. Macam – macam doktor, pakar, gov dan swasta saya dah pergi., macam – macam cara diorang bagi, semuanya berkesan. Ikutlah mana yang sesuai dengan kita yang nak buat untuk anak ni.
Man Wol : Sebab itu mampu ke tak mampu, harus tinggal asing dari mak ayah sendiri mahupun mentua. Kalau ikut prinsip aku, aku bukan seorang yang penyabar, tapi masih boleh ditegur, dan dibawak bincang, tapi aku bukan orang yang suka masuk campur urusan orang. Tak kira urusan aku mahupun keluarga, sebelum apa – apa terjadi, buat la sepatutnya. Nampak aku macam isteri yang terIampau mendesak kan tapi ia untuk kebaikan aku, suami dan juga keluarga. Pada aku, biarlah mereka hanya jadi penasihat kepada aku dan suami, bukan penghalang untuk buat apa saja yang kami bina. Sorry bukan kecaman, tapi aku cakap dari apa yang aku lalui.
Filzah Adilah : Hmm.. Tak tahu la nak cakap apa.. Perangai macam ni bukan sepenuhnya salah mentua je.. Mak saya dan nenek saya pun banyak jugak selisih pendapat dengan saya.. Contohnya anak saya, umur 8 bulan, saya nak mandikan air paip kat rumah nenek (rumah nenek saya bandar, bukan kampung), dia marah – marah kata air sejuk la, kesian budak la, Tapi saya tak ade la rasa s4kit hati, rasa nak marah – marah ke ape sebab itu nenek sendiri kan. Biasa la tu orang tua – tua, kalau nak Iawan pendapat dan pengalaman dengan orang tua – tua ni, tak kira la mak sendiri ke, nenek sendiri ke, mak mentua ke. Saya mandikan jugak baby walaupun nenek bising, marah – marah.. Malas nak g4duh – g4duh, saya buat tak tau je.
Sapura Maju Bundle : Alhamdulillah aku dapat mak mertua yang baik, syukur alhmdulillah. Macam cerita di atas, mak mertua tu menunjukan dia sensitif tak boleh diajar, dan tak boleh untuk beri pendapat kepadanya. Sebagai menantu diam je buat tak tahu apa yang di katakan, sambil – sambil terus bawa anak pergi ke kIinik. Tak perlu menjawab sebab org tua ni walaupun dia salah, dia akan tetap rasa yang dia betol.
Maknanya eg0 dia tinggi, jadi sebagai menantu diam je la yang paling tepat walaupun si menantu yang betol. Si suami pulak, betul la tindakan dia, menghorm4ti mak dia. Walaupun dia tahu isteri dia betol dan mak dia salah, jadi suami tu pulak perlu bagi tahu isteri kenapa dia berkata begitu atas sebab hormat akan ibu kandung dia. Jadi yang si isteri kena faham la kan, suami tak salahkan isteri tapi dia suruh isteri dia sabar, kalau suami jenih lepas tangan, bagi je penamp4r.