Suami saya sangat sayang kakak dia, setiap bulan suami berikan RM500 dan duit makan minum untuk kakaknya. Namun semasa suami terIantar akibat kemaIangan, adik beradik suami hasut saya untuk tinggalkan suami. Rupanya bila saya slow talk dengan suami baru dia buka cerita..
#Foto sekadar hiasan. Saya berkahwin sudah hampir 5 tahun. Saya berkahwin atas permintaan arw4h mak mertua. Awal perkahwinan suami tinggal dengan kakak beliau yang masih bujang.
Saya dan suami bersetuju untuk tinggal berasingan memandangkan saya ada rumah sendiri. Suami saya sangat sayang kakak dia jadi bila ibu mertua meninggaI kami berbincang dan setuju suami jaga kakak dia kerana kakak sulung umpama pengganti ibu.
Ayah mertua, adik bongsu yang jaga sebab arw4h emak mertua pesan adik jaga ayah. Jadi suami tiap – tiap bulan bayar RM500 dan duit makan minum untuk kakaknya. Saya diberikan nafkah RM500 kerana masih berkerja.
Tapi semua berubah ketika saya mengandung. Awal – awal mengandung kebetulan adik ipar pun mengandung. Satu hari ketika di rumah kakak ipar semua adik beradik ipar berkumpul mereka bawa durian.
Kakak ipar saya beria – ria menyuruh saya makan durian, Tapi bila adik dia yang sama mengandung datang ke dapur dipesan jangan makan durian tu sebab tengah mengandung, Saya terpinga – pinga sambil gosok perut sebab saya pun mengandung.
Mula hari itu hati saya rasa tak sedap. Hari berganti saya bersalin dan berpant4ng di rumah kakak ipar, Suami saya bersangka bila berpant4ng di rumah kakak adalah yang menjaga walau kakak dia bekerja.
Sekurang – kurang waktu malam bila suami kerja shift malam ada yang jaga. Tapi semua itu tidak terjadi, malahan makan, jaga anak, pakaian semua saya urus sendiri.
Pernah satu malam suami shift malam anak kecil saya menangis sepanjang malam dan saya nyaris – nyaris mencamp4kkan anak saya sebab mer0yan, mujur saya tersedar dan istighfar. Kakak ipar saya di bilik sebelah langsung tak peduli.
Malahan keesokan pagi dia kata ada dengar budak nangis tapi lupa yang dalam rumah ada budak kecil. Saya yang dalam pant4ng rasa sangat sedih. Kakak ipar ni secara terang memang lebih sayangkan anak adik perempuan dia.
Sekolah ditanggung, susu, pampers semua la senang cerita. Malah suami beli susu mahal untuk anak saya pun disuruh tukar susu. Dalam hati saya kata bukan kakak ipar yang tanggung kami.
Pada ketika anak saya berusia 3 bulan suami saya kemaIangan motor. Saya ambil keputvsan berhenti kerja untuk menjaga suami di hospitaI. Anak saya di awal minggu adik ipar minta untuk jaga sebab dia belum kawin.
Satu hari adik ipar bawa anak ke hospitaI dia drive dari utara ke Kuala Lumpur. Bila saya ambil anak saya, dia menangis keras, saya pelik kenapa?? Bila ditanya mana botol susu, rupanya botol susu masih di dalam stoller dan susu dah berkerak basi.
Saya terfikir sejak bila anak saya last menyusu. Lepas dibuat susu rupanya anak saya kelaparan. Saya maklumkan suami saya tak mahu adik dia jaga anak saya. Kemudian di jaga oleh makcik dia barulah elok. Tapi selepas 2 minggu kakak dan adik dia datang lagi ke hospitaI.
Tapi waktu di bawah tempat menunggu kakak dia beritahu saya suruh tinggalkan suami saya biar suami jaga diri sendiri. Saya kata tengok la keadaan suami saya mana mungkin dia boleh jaga diri sendiri.
Kaki patah dipasang besi. K3ncing dan ber4k pun saya urus. Kakak ipar kata biar je suami urus sendiri dan terus berlalu naik ke wad. Saya menangis semau – maunya di situ tapi rupanya ayah mertua nampak saya.
Tapi kerana jarak yang agak jauh tidak pasti ayah mertua dengar atau tak apa yang kakak ipar cakap. Kemudian saya pun naik wad nak ambil beg baju. Suami saya pelik dan tanya kenapa. Saya kata saya malas nak g4duh dengan adik beradik dia.
Mujur suami tak izin saya pergi. Sebaliknya dia suruh kakak dia yang beredar. Tapi semua tak berakhir di situ, selang beberapa hari abang suami pula datang menyatakan hal yang sama supaya saya tak payah jaga suami saya.
Kemudian isteri pakcik suami pulak menyatakan hal yang sama seolah – olah mereka bersekongk0l pula. Di hari yang lain di hospitaI suami kata dia nak beli tongkat nanti senang nak bergerak. Kakak dia kata bagi kad bank kat dia biar dia pegang.
Saya dengar cuma diam saja. Tapi suami tak bagi pun kad bank dia. Cuma suami minta kakak dia belikan tongkat tapi pakai duit saya. Sepanjang suami exc1dent ketika tu tahun 2018 pelik sebab saud4ra mara beIah ayah mertua tak seorang pun menziarah.
SebeIah ibu mertua yang datang pakcik dan bininya tu pun ayat macam suruh saya jadi isteri derh4ka. Mujurlah adik saya banyak membantu, dari segi kewangan dan kenderaan tapi tu la adik saya duduk johor.
Masa suami nak discharge pun kakak ipar suruh suami naik grab padahal sepupu semua pakai kereta. Kakak ipar seolah tak mahu kami dapat atau meminta bantuan sesiapa. Tapi Allah Maha Kaya dengan suami kaki keIiling besi ķami ditumpangkan wakil insuran sampai ke rumah.
Sepanjang suami MC dan saya tak kerja, selain duit socso, kawan – kawan suami dan adik dan kawan – kawan saya yang membantu dari segi kewangan. Adik beradik suami langsung tak membantu.
Malahan bil – bil rumah, sewa RM500 dan makan minum kakak ipar, suami dan saya yang tanggung. Mana nak bayar hutang kereta dan kad kredit suami lagi. Untuk makluman saya tak ada lesen dan suami tak benarkan saya drive.
Selepas dari peristiwa di hospitaI memang sikap ipar duai pelik la kan. Kak ipar balik kerja bent4k – bent4k macam tak puas hati saya ada di rumah dia. Semua ipar seolah sengaja menunjuk – nunjuk sayang mereka pada biras saya.
Sindiran – sindiran pedas dah jadi makanan saya. Memang sekarang masih sama. Tapi Alhamdulillah lidah saya Allah tak izinkan menjawab. Maka tiadalah pernah berlaku per4ng mulut. Hari – hari saya menangis dalam solat.
Doa saya jadi kuat untuk anak dan suami. Rupanya bila saya slow talk dengan suami baru dia buka cerita bahawa adik beradik dia memang tak suka suami saya sebab arw4h mertua sayang dia.
Dulu masa suami balik kampung dan mak dia masak atau terlebih sikit dengan suami adik beradik dia ada je yang membent4k kat mak mertua. Alhamdulillah sekarang suami dan saya dah pindah keluar dan tinggal di rumah sendiri.
Suami dapat duit pamp4san sokso dan insuran pun saya tak ambil walau sesen. Cuma suami beli baju dan peralatan rumah atas kerelaan dia. Bagi kat ayah dia dan selebihnya repair kereta dan simpan.
Cuma bila nak balik kampung saya susah hati. Maklumlah mentaI fizikaI kena kuat nak tahan peel ipar duai dan biras kan. Tapi sebab saya fikir ayah mertua tu tanggungjawab suami. Kesian juga ayah mertua dengan per4ngai anak – anak dia.
Bila suami minta adik dia hantar infaq ke tahfiz adalah yang kata tolong adik beradik dulu baru tolong orang luar. Dan kata – kata tu masih berterusan sekarang. Cuma saya berkata – kata dalam hati masa saya dan suami susah dan sedang Allah uji adik beradik suami di mana?
Kenapa tak tolong kami. Banyak perkara saya boleh cerita tapi sebab saya fikir orang beriman tak akan buka kea1ban orang lain. Selebihnya biarlah antara mereka dan Allah saja. Panjang lagi perjalanan hidup ini, doakan saya kuat nak hadap sikap ipar duai saya ni.
Kesian suami kalau saya bercerai sebab adik beradik dia. Suami saya baik dan jenis tak meIawan. Doakan kami ye semua… Terima kasih. – Isteri Duka (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Nur Atikah Mahadzir :
1. Ambil lesen kenderaan segera. Pujuk suami untuk benarkan. Ceritakan kelebihan ada lesen ni.
2. Buat hibah segera. Jadi apa – apa masa depan, InsyaAllah terjamin.
3. Jangan kerap berjumpa kakak ipar, adik ipar, mak cik, pakcik semua yang t0ksik tu.
4. Boleh usaha untuk kerja semula dengan izin suami.
5. Beranilah Iawan untuk hak kita. Jangan kerap pend4m dan simpan perasaan takut nanti kemurungan.
Miza Sanusi : Jangan lembik sangat, sekali sekala tegas bila libatkan hak dan harta sendiri. Bila perlu bersuara, keluar suara tu. Jangan harap apa – apa lagi dari beIah ipar sana dan cakap dekat suami buat hibah cepat – cepat.
Masa hidup dah buat awak dengan suami macam ni, lepas suami meninggaI nanti silap – silap tabung penuh duit seposen pun diorang tuntut kalau belum ada anak lelaki..
Anna Fie : Kita ni hentikanlah mentaIiti minta bantuan orang. Kalau kita set kan minda untuk berdikari, tak nak minta bantuan orang, kita mungkin akan lebih rasa tenang.
Tak payah harap apa – apa dengan orang, orang pun TAK BOLEH nak harap lebih – lebih dengan kita. Mudah untuk cakap NO, tanpa fikir perasaan orang yang tak ade kisah pun pasal perasaan kita.
Marzuki Zulkufly : Belajar memandu, berlajar berdikari. Bukakan minda suami supaya ajarkan untuk berdikari sebab suami tak sentiasa akan ada di sisi. Dan kalau suami tu pandang ke depan, inshallah dia akan tunjukkan jalan.
Banyak dah berlaku depan mata, bila suami meninggaI, isteri tergapai – gapai. Datang pejabat nak tuntut harta pusaka pun mintak tolong jiran bawakkan, isikan borang dan sebagainya. Kena mula belajar.
Shahanie Habibur Rahman : Sis, perkara pertama ialah belajar memandu ya. Belajar sampai lulus. Kedua, soal rumahtangga dan kewangan keluarga sis uruskan. Tepis campur tangan ipar duai tu. Bincang secara telus dengan suami.
Ketiga, pulang ziarah ayah mertua sekali dalam sebulan atau 2x dalam sebulan ikut keadaan. Jika tak tahan tak perlu bermalam. Sis dan family bermalamlah di hotel mengikut kadar kemampuan. Kak ipar kerja kan?
Bil – bil rumah semua suami tanggungkan? Boleh dah kurang kan separuh duit sis tu. Selebihnya buka insurans untuk anak – anak u atau diri u. Harta yang suami ada tu, hibahkan supaya tiada perebutan di kemudian hari.
Bak kata sis jauh lagi perjalanan sis dan anak – anak kan. Usaha la ya. Doa terus jangan putvs. Kuatkan mental ya. Kena kuat!
Hafsah Choing : Tolong bangkit. Jangn jadi lembik, berdikari urus rumahtangga, minta dari suami, biar awak sendiri yang uruskan perbelanjaan rumahtangga, minta duit dia, jangan guna duit awak pula, bantu sikit – sikit dah.
Suami tu dah culas bab tanggungjawab anak bini. Remind suami selalu tentang tanggungjawab dia. Kakak tu berkerja kan minta dia tanggung diri sendiri. Jaga adik beradik bukan bermaksud tanggung kehidupan mereka 100%!
Keluar dari rumah kakak tu dan pergi lawat sekali sekala je. Sesekali tegas dan beri kata putvs pada suami. Yang kata suami dia tak salah tu please lah, suami tu kena tegas dan adil sebagai KETUA KELUARGA.
Kalau nak ikut cakap adik – adik beradik hal urusan keluarga sendiri, kau sebagai seorang suami memang Iembikkk…! Eh, tergeram pula aku