Saya tak tahu di mana salah asuhan saya pada anak – anak. Kalau saya bercakap dengan anak lelaki tunggal, dia akan tengking saya. Kalau saya tegur anak – anak d4ra untuk solat kemain liat. Dengan perangai suami pun sama. Apa guna hidup tanpa kasih tanpa bahagia, kalau hidup miskin tak makan, saya masih boleh terima dan telan tapi bila hidup penuh dengan tangisan dan tiada kebahagiaan lagi baik saya m4ti sahaja…
#Foto sekadar hiasan. Salam min, terima kasih sebab sudi luangkan baca dan siarkan kisah saya. Saat ni hati saya retak seribu, sedih dengan sikap anak saya, satu – satunya anak lelaki tunggal saya. Sejak dia bekerja perangainya b3ngis dan suka marah. Setiap kali saya tanya, saya ditengking. Saya tak tau di mana silap asuhan saya. Sembilan bulan saya mengandungkn dia saya jaga dia macam ibarat menatang minyak yang penuh, s4kit demam dia saya jaga malah saya la sapukan ubat untuk dia sampai saat ke hari ni.
Tapi bila saya bercakap, bertanya, dia akan marah saya dia tengking saya. Airmata saya mengalir laju, sedih saya dengan sikap anak. Entah di mana silap asuhan saya sehingga begitu sikap anak saya. Umurnya tahun ni dah 19 tahun. Saya dapat rasakan mngkin em0si dia sering terganggu sebab saya dan suami sering berg4duh, saya tak tau bila kali terakhir dia dan ayahnya bertegur sapa, mungkin dua atau tiga tahun yang lepas. Itu pun mungkin sepatah dua perkataan sahaja.
Ayahnya terlalu sibuk untuk saya dan anak – anak, pagi lagi sudah pergi kerja, balik kerja akan melepak kedai siam dulu sampai ke pukuI 2,3 pagi baru balik kemudian terus tidur. Kalau tak keluar malam, ayahnya banyak habiskan masa dengan telefon. Nak tanya tentang anak memang tak ada la. Anak – anak semua buat hal sendiri, dua lagi anak d4ra saya masih sekolah tapi bila saya suruh solat, kemain liat nak buat. Yang si abangnya memang tak pernah solat termasuk suami saya. Dekat rumah ni saya sorang je solat.
Kadang – kadang saya sedih dengan hidup keluarga saya, saya gagal didik anak. Saya cuba jadi isteri yang terbaik tapi dalam keluarga ni tiada kasih sayang, tiada yang ambil berat antara satu sama lain. Antara saya dan saya suami dia dengan hal dia, pasal belanja, nafkah kalau ada, ada lah. Saya cari duit sendiri, saya kerja cleaner sebab saya tau kalau saya tak kerja kalau saya tak ada duit, tak ada siapa nak tolong saya. Pernah satu hari dalam beg duit cuma ada RM2. Saya benar – benar buntu tak tau nak mintak dengan siapa walau saya ada suami. Bila saya kerja, suami m4kin liat dalam hal belanja rumahtangga.
Kad bank, duit suami semua dia pegang bila dapat duit pencen dia cuma bagi saya RM200 itu pun dengan keadaan mulut dia merungut dan kadang – kadang dia baling je duit tu kat saya, padahal RM200 tu sebulan sekali yang dia bagi saya duit tu saya guna RM150 untuk saya bayar bil, RM50 je untuk saya isi minyak kereta. Sejak saya kerja dia m4kin liat nak bagi duit belanja. Kadang – kadang dekat rumah tak ada lauk pun yang nak di makan, sabun mandi, syampu sampai licin. Duit gaji saya, saya belajar untuk jimat tapi kadang duit tu la untuk saya beli lauk dan makan untuk anak – anak, untuk beli barang keperluan saya, minyak kereta, top up kredit HP saya.
Tadi saya menangis dengar kata – kata suami, saya tanya, “mana kad pesara? Semua isteri dapat. Dah 4 tahun awak pencen tapi awak tak bagi pun dekat saya? Kad pesara ni penting untuk isteri, untuk medical dekat hospitaI.” Suami lain bila dapat kad, semua bagi kat isteri tapi suami saya, dia simpan je kad tu. Tadi bila saya mintak, dia marah saya sambil berkata, “Siapa yang kerja? Awak ke yang kerja? Dapat kad tu!!
Saya jawab, “saya ni isteri awak yang hidup susah senang dengan awak selama 20 tahun, yang dah lahirkan 4 orang anak untuk awak. Saya tak ada hak kerr?” Saya tak faham la saya seorang ke isteri yang bod0h kat sini?? Saya ni dah macam tak ada laki, semua saya buat sendiri, semua hal.
Kalau ada masalah saya selesaikan sendiri, kalau s4kit demam, saya yang drive pergi hospitaI sendiri. Bila naik moto dengan suami dia akan merungut, “habisla tayar motor pancit gajah naik!” Saya ni dia panggil gajah. Kadang dia panggil saya itik, yang selalu dia panggil saya, “si kembang.” Perkataan “sayang” rasa dah lama tak dengar, mungkin perkataan tu saya dengar masa 15 tahun yang lepas. Bila dah dua puluh tahun ni, tu je la dia panggil saya. Saya ni dah letih sangat. Saya penat lelah dengan hidup seperti ini. Saya tahu ini dugaan Allah buat saya, saya selalu doa, “Allah bagiIah h4mbamu ini bahagia,” namun nasib saya dapat hidup seperti ini.
Di saat saya taip luahan ni airmata saya tak henti mengalir sebab saya begitu takut Allah akan makbulkan doa – doa saya yang saya minta sejak akhir – akhir ini. Setiap kali hati saya sedih, saya terIuka, saya berdoa, “Ya Allah, seandainya m4ti itu baik bagiku, ambillah nyawa aku!” Apa guna hidup tanpa kasih tanpa bahagia, hidup miskin tak makan, saya masih boleh terima dan telan tapi bila hidup penuh dengan tangisan dan tiada kebahaagian lagi baik saya m4ti sahaja.
Anak – anak sudah tidak perlukan saya, suami juga dengan perangai begitu. Tak apa la, moga satu hari nanti kebahagian saya di akhir4t sana. Doakan saya tabah dengan sikap suami dan anak – anak. Semoga mereka akan sedar suatu hari nanti bila mereka telah kehilangan saya. Maafkan saya semua, saya tak dapat teruskan luahan saya lagi saat ni, fikiran saya benar – benar tertekan.
Komen Warganet :
Pizzam Wan : Bersabarlah puan akak doakan semoga kebahagian menanti dalam kehidupan puan. Berdoalah berserahlah bermunajatlah kepada-Nya. InshaAllah, mudah – mudahan doa dan impian serta harapan puan dikabulkan. Aamiin
Fatin Mell : Berat dugaan yang puan hadapi, bukan sahaja nak hadap perangai suami, malah perangai anak – anak yang tak sedar diuntung. Sepatutnya mereka dah lihat apa yang berlaku antara puan dan suami, merekalah yang kena jadi penenang kepada puan. Bukan menambahkan rasa beban dan sedih. Teruskan berdoa puan, puan seorang ibu. Doa seorang ibu pasti akan dimakbulkan tuhan.
Khairun Najwa Nafisah : Memang selalunya anak – anak akan turut tertekan bila tengok mak bapak selalu berg4duh depan mata. Dah jadi aura negatif dan akhirnya beri kesan pada mereka. Sebab tu mereka jadi kurang ajar dengan ibu sendiri sebab ayah mereka pun tak hormat pada isteri. Semua tu teladan dari rumah. Tapi saya rasa masih belum terlambat untuk puan cuba slowtalk dengan anak – anak terutamanya yang perempuan dua orang tu. Cuba lepas ni puan tak payah dah berg4duh dengan suami depan anak – anak. Sebab selama ni g4duh bertekak pun sama jugak perangai suami tak berubah. Sekurang – kurangnya anak – anak tak str3ss tengok mak bapak berg4duh.