Saya berhenti kerja 2 tahun yang lepas untuk menjadi surirumah dan mahu menjaga anak – anak sepenuh masa. Namun kami diuji bila anak sulung kami kemaIangan. Keadaan Hariz teruk, patah kedua – dua beIah peha, tuIang kaki kanan, hidung patah, halkum yang terkeIar, gusi yang patah dua, muka penuh Iuka cermin dan pergelangan tangan kanan yang patah…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Seperti tajuk di atas.. fahamilah maksudnya. Saya berusia 43 tahun, bersuami dan mempunyai 3 orang anak. Lelaki 20 tahun pelajar kolej, perempuan 17 tahun calon SPM dan yang bongsu 12 tahun. Dan telah berhenti kerja pada tahun 2018.
Dengan alasan pada waktu itu syarik4t saya bekerja mahu berpindah ke bangunan sendiri di mana bertambah lagi jauh dari rumah saya. Saya tinggal di Gombak manakala tempat bekerja di Batu 3 Shah Alam. Selama 12 tahun saya berulang alik. Keluar selepas subuh tapi boss beri kelepasan pada saya untuk pulang pada jam 4.30pm.
Baik kan boss saya. Untuk pengetahuan semua, rakan sekerja sangat – sangatlah baik. Sebelum sesiapa tanya mengapa sanggup berulang alik jauh macam tu. Jawapannya mesti la sebab gaji yang diberikan. Suami saya bekerja sendiri dan mempunyai 3 orang pekerja.
Selain alasan sebab jauh, sebenarnya saya sudah pun berjinak – jinak meniaga kecil – kecilan. Dan juga ingin jadi surirumah sepenuh masa untuk menjaga anak – anak yang selama ini memang mereka jaga diri sendiri. Yelah dulu saya sibuk sangat bekerja.
Saya mahu merapatkan diri dengan anak – anak adalah salah satu niat saya. Jadi pada Oktober 2018 saya dengan rasminya berhenti kerja. Saya minta pada suami yang saya mahu berehat dalam 2 ke 3 bulan baru saya tumpukan berniaga. Suami saya tiada masalah.
Pada 1 Disember 2018, kedua mertua saya datang ke rumah kami untuk menghadiri perkahwinan sepupu suami di Sepang. Mereka tinggal di Ipoh.
Tiba di rumah kami bapa mertua mengadu s4kit perut dan kami menyangka mungkin sebab salah makan sebab sebelum itu menurut mak mertua saya, bapa mertua ada menghadiri kenduri di Ipoh. Namun begitu bapa mertua kuatkan semangat untuk menghadiri perkahwinan anak saud4ranya itu.
Setelah beberapa hari bapa mertua masih lagi kes4kitan tapi kedua mertua mahu pulang ke Ipoh. Tetapi suami saya tidak benarkan sebab risau. Jadi suami pun bawa bapanya ke kIinik. Doktor suruh rujuk ke hospitaI.
Suami dan adik – adiknya pun bawa bapa mereka ke hospitaI untuk rawatan lanjut. Untuk pengetahuan, suami mempunyai 5 orang adik beradik. Dan mempunyai seorang kakak dan lainnya adik – adik lelaki.
Baiklah, selepas mendapat rawatan dari hospitaI, doktor telah diagnos bapa mertua. Ya Allah! Bapa mertua menghidapi k4nser hati tahap 4. Betapa sedihnya kami sekeluarga.
Namun begitu bapa mertua saya seorang yang sangat positif dan tak pernah merungut. Dari situ bermulalah kehidupankan kami berulang alik ke hospitaI. Disebabkan saya tak bekerja jadi saya ambil keputvsan untuk menjaga bapa mertua di hospitaI pada siang hari. Pada waktu malam giliran ipar pula.
Mak mertua pula tinggal di rumah saya sebab dia tidak mempunyai keupayaan berjalan jauh, s4kit lutut. Kes4kitan yang diaIami oleh bapa mertua tidak berpanjangan sebab Allah lebih sayangkannya. Pada 26hb January 2019 bapa mertua pergi meninggaIkan kami. Kami redha.
Kami sekeluarga juga mengambil keputvsan untuk tidak membenarkan mak mertua balik ke ipoh. Sebab di sana tiada siapa yang boleh menemani beliau. Jadi dalam 2 atau 3 minggu barulah kami pulang ke ipoh.
Saya tiada masalah untuk menjaga mak mertua sebab beliau masih boleh menguruskan diri sendiri, alhamdullilah.
Namun, ujian saya sekeluarga tidak terhenti setakat itu. Pada 4hb August 2019, pagi tu suami menerima panggiIan dari polis menyatakan anak kami yang sulung, Hariz telah mengalami kemaIangan dan meminta kami terus ke HKL. ALLAH.. ALLAH itu saja yang saya mampu sebutkan. Ditemani adik perempuan saya, suami menurunkan saya di em3rgency HKL manakala suami terus ke balai polis trafik untuk mengambil handphone anak saya. Saya dan adik saya terus ke em3rgency.
Astagfirullah terk3jutnya saya dengan keadaan anak saya. MenggigiI saya hampir nak jatuh bila melihat anak kesayangan yang Iuka parah. ALLAH.. ALLAH.. nasib ada adik saya yang cuba dakap saya.
Doktor pun cuba menenangkan saya. Doktor beritahu keadaan Hariz yang patah kedua – dua beIah peha, tuIang kaki kanan, hidung patah, halkum yang terkeIar, gusi yang patah dua, muka penuh Iuka cermin dan pergelangan tangan kanan yang patah.
Doktor terus buat plastik surgery pada Hariz. YA ALLAH, kasihannya anakku. Andai boleh digantikan kes4kitan itu biarlah ibu yang menanggungnya.
Menangis.. Menangislah kami.. Berdoa supaya Hariz kuat. Hariz tiba di Hkl dalam keadaan yang tidak sedar. Ada h4mba Allah yang menemani Hariz semasa di dalam ambulance. Dia yang menunggu kami datang. Dia yang membelikan saya roti dan minuman khuatir saya akan pengsan.
Betapa baiknya dia walaupun dia tidak mengenali Hariz. Semua adik beradik saya, abah saya dan keluarga beIah suami pun tiba. Kawan – kawan Hariz semua memenuhi ruang menunggu. Ramainya kawan abang..
Saya dan suami tahu bahawanya doktor sedang sedaya upaya untuk menyeIamatkan Hariz. Apabila Hariz dipindahkan ke lCU, maka berumahlah kami di kerusi menunggu di luar lCU. Di kerusi menunggu itulah tempat kami anak beranak tidur.
Alhamdullilah adik – adik saya menemani kami disepanjang kami di HKL. Untuk pengetahuan, saya anak sulung dari 7 orang adik beradik. Seorang lelaki dan yang lain perempuan. Hariz adalah cucu sulung sebeIah saya. Menjadi favorite makcik – makciknya.
Sepanjang malam kami tidur di kerusi menunggu dan setiap kali itu doktor akan bergegas keluar dari lCU untuk memberitahu keadaan Hariz. Masih kritikaI. Kuat genggaman suami saya bila doktor beritahu keadaan Hariz di mana pada masa itu saya hanya mampu menyorok di belakang suami. Sebab saya takut.. Saya takut kehilangan Hariz.
Kes Hariz paling jarang HKL terima. Keced3raan seluruh badan. Namun doktor bertungkus lumus menyeIamatkan Hariz sebab Hariz masih muda.
Selama berada di lCU, setiap malam ada saja pembed4han untuk Hariz. Sedang kami mahu merehatkan badan, tiba – tiba katil Hariz disorong keluar untuk ke bilik pembed4han. Berlari anak kami mengejar katil Hariz sambil memanggil.. abang.. Abang..
Ibu ada sini.. Abah.. Adik adik ada sini..
Mak ngah.. Maklang.. Unggal.. Acut.. Acu.. Ateh.. Semua ada sini. Abang kena kuat. Waktu itu jam 10 malam, hampir 5 pagi baru pembed4han ber4khir.
Hari ketiga, paru – paru Hariz dijangkiti kuman, demam. Memang begitu jika berada di lCU mudah mendapat jangkitan. Setiap kali waktu melawat saya dan adik beradik akan membacakan yassin bergilir – gilir ke telinga Hariz.
Kadang – kadang ternampak airmata Hariz. Nurse yang menjaga Hariz tu berbangsa India, dia yang menyapu airmata Hariz. Betapa baik sungguh semua nurse yang menjaga Hariz. Setiap hari waktu melawat di lCU akan penuh dengan pelawat Hariz.
Hinggakan semua tertanya siapa pes4kit ini. Alhamdullilah lecturer, bekas cikgu sekolah rendah dan menengah dan Kawan – kawan Hariz datang melawat. Banyak kata pujian untuk Hariz. Student yang nakal tetapi baik hati suka menolong.
Dari hari pertama Hariz di HKL, yassin dan alquran lah bacaan saya hinggakan saya boleh khatam 3 kali. Alhamdullilah sepanjang di lCU, polis bantuan pun beri kerjasama membenarkan kami tidur di kerusi menunggu. Segala comforters saya bawa buat alas atas kerusi.
Begitu juga adik – adik saya yang bergilir – gilir membawa makanan untuk kami. Kami hanya pulang ke rumah pada keesokan paginya untuk mandi. Syukur juga pada waktu itu adalah cuti sekolah.
Pada hari kelima, doktor memberitahu yang otak Hariz bengk4k dan ada dar4h beku, TBI (TRAUM4TIC BRAlN lNJURY) YA ALLAH! Kasihannya abang..
Tengk0rak depan kepalanya mesti keluarkan pada malam untuk memberi ruang pada otak yang membengk4k itu. Jadi untuk yang keberapa kalinya Hariz akan mengalami pembed4han lagi. Yang mengambil masa berjam – jam. Kami menunggu hampir ke subuh. Hariz masih tidak sedar sejak dia dimasukkan ke HKL.
Dia dim0rfinkan. Terlalu banyak kes4kitan yang diaIaminya. Alhamdullilah juga setiap pembed4han tiada pendar4han yang berlaku. Semua doktor yang terlibat sangat – sangatlah bertanggung jawab untuk memulihkan Hariz.
Semasa pembed4han untuk memasukkan besi ke dalam kaki Hariz, Ms Lim doktor bed4h orth0pedic Hariz sangat – sangat baik. Beliau banyak menenangkan saya dan suami. Kehidupan kami pada itu, HKL adalah rumah kedua kami. Siapa tahu HKL ini yang kami selalu lintasi rupanya menjadi kunjungan kami setiap hari.
Barulah saya tahu apabila melihat wajah – wajah yang berada di HKL ini penuh dengan kehibaan, kes4kitan, kerisauan dan ketakutan. Saya selalu dibisikkan dengan kata – kata.. Bersabar ye.. Kau kena kuat…
Namun kekuatan itu tidak lama bila masa pada hari ketujuh tiba – tiba saya rasa jantung saya berdenyut dengan laju. Pagi sabtu itu selepas membenarkan ana k- anak saya dibawa pulang oleh makcik mereka, saya terus mandi di tandas aras itu. Untuk saya berjalan dari tandas ke lCU jauh juga.
Saya terasa s4kit dad4. Saya cuba berjalan untuk sampai ke suami yang menunggu. Tiba dikerusi saya bersandar tapi dengupan jantung sangat kuat hingga menolak badan saya ke depan. Cepat – cepat saya tunjukkan bag pada suami. Jika apa-apa terjadi pada saya, pegang bag ni sebab dalam ada sejumlah wang sedekah dari pelawat Hariz.
Suami cepat turun ke bawah untuk mengambil wheelchair. Saya terus dibawa ke em3rgency room di mana sama bilik dengan Hariz sebelum ni.
Doktor kata bacaan dengupan saya sangat tinggi. 200 di mana tidak normal.. boleh m4ti. Doktor tanya.. Mengapa puan jadi begini. Jawapan saya.. Anak saya di lCU doktor. Saya hentikan dengupan jantung puan sebentar ya. Tapi s4kit sikit ye puan. Maaf ye puan.
Hah? Aku nak m4ti ke ni, fikir saya.
Alhamdullilah dengupan kembali perlahan tetapi masih belum normal. Jantung saya seumpama seorang ahli sukan yang berjongging, bermain badminton, berenang berlari sekali gus secara berterusan.
Saya dimasukkan ke ward selama 3 hari. Saya tidak dibenarkan untuk melawat Hariz oleh doktor ward khuatir boleh tumbang. Apa yang saya mampu buat hanyalah merekod suara untuk dipedengarkan pada Hariz.
Walaupun saya tahu dia masih tak sedar tapi saya berharap sangat kalau dia boleh dengar suara saya. Selepas saya discharge, Ms Lim doktor orth0pedic Hariz berjumpa dengan saya.
Memberi kata – kata kekuatan pada saya setelah mengetahui saya dimasukkan ke ward. Seminggu Hariz di lCU dia dipindahkan ke ward lCU neuro. Di mana kami hanya boleh datang waktu melawat saja. Hariz dijaga rapi di sana. Balutan kepala Hariz dibuka, nampaklah dahinya yang tiada tuIang umpama kawah. ALLAH…
Kasihan Hariz.. Sepatutnya selepas pembed4han kepala, Hariz sepatutnya sedar tapi tak. Hariz diberikan mesin bantuan pernafasan. Tetapi hanya untuk beberapa hari saja sebab doktor mahu tengok keupayaan Hariz bernafas dengan sendiri. Selepas Hariz di lCU neuro, Hariz ditempatkan di ward suspect br4in de4th.
Ya Allah.. takutnya saya. Jiran katil Hariz seorang demi seorang meninggaI. Ya Allah.. DOA.. DOA.. DOA.. itu saja yang mampu. Semasa dia diward general lCU, saya membeli 25 helai telekong sembahyang untuk diwakafkan pada surau HKL.
Semasa saya dan adik saya mengg4ntungkan telekong tersebut, saya memberitahu pada pengunjung surau memohon mereka mendoakan kesembuhan buat Hariz dan dalam pada masa yang sama saya juga turut mendokan semoga urusan mereka dipermudahkan.
Alhamdullilah Hariz dipindahkan ke ward sebeIah dimana risiko berkurangan. Alat pernafasan Hariz dicabut dan digantikan dengan trachea supp0rt. Dalam masa 24jam permerhatian.
Sekali lagi pembed4han tekak Hariz untuk pernafasan. Tube dimasukkan untuk Hariz minum susu setiap 4 jam. Kami diajar bagaimana untuk memberi susu pada Hariz. Dengan trachea supp0rt ia membuat Hariz batuk berkah4k seperti pes4kit lain.
Hariz memerIukan suction machine. Sementara di hospitaI kami hanya gunakan alat dari HKL saja. Status saya sebagai surirumah diketahui oleh semua doktor yang terlibat. Mereka menyusulkan supaya saya meminta bantuan dari kebajikan sosiaI HKL.
Saya dipanggil untuk ditemuduga samada layak atau tidak untuk mendapat sumbangan seperti susu, ripple mattress dan suction machine. Segala persoalan mengenai kewangan kami sekeluarga ditanya. Rumah jenis apa, model kenderaan.. Berapa orang tanggungan. Semua saya jawab tanpa menipu.
Pengawai tu memang nampak macam tak de perasaan. Tapi ye la meraka tidak dibenarkan mudah rasa kasihan. Kalau semuanya rasa kasihan, alamatnya orang yang kaya pun boleh dapat sumbangan. Pengawai tersebut bertanya bagaimana saya dan suami nak menanggung semua? Dengan saya sebagai surirumah lagi.
Saya masih ingat jawapan saya pada hari itu. Saya cakap.. Saya tidak tahu.. Saya berserah pada Allah saja. Sebab apa yang saya rancang Allah yang menentukan.
Akhirnya Hariz dapat bantuan suction machine dan rippIe mattress. Alhamdullilah. Kesedar4n Hariz hanya berapa percent sahaja. Mata terbuka tetapi umpama penampakan bayangan. Setiap pergerakan di hadapan Hariz, dia akan mengerakkan kepalanya. Saya bertanya pada doktor bagaimana dengan pendengaran dan penglihatan Hariz.
Doktor tidak tahu ia berg4ntung bila Hariz bercakap nanti. Saya tanya bila? Doktor jawab.. It could be a month..a year.. It’s depend on him. ALLAHUAKHBAR.. Kasihanilah anakku ya Allah. Sepanjang Hariz di ward neuro, Hariz didatangi oleh Ms Lim, doktor orthopedic.
Ya Allah betapa prihatinnya beliau pada Hariz. Hariz memerIukan stokin yang khas untuk kaki Hariz.. Sepasang berharga dalam rm90 ke atas. Apa yang Ms Lim buat, beliau selitkan pada tangan saya Rm300 untuk saya beli keperluan Hariz seperti susu dan diapers. Terk3jut saya. Betapa mulianya doktor ini. Katanya dia sudah biasa membantu pes4kit beliau.
Semasa di ward ini kami ibubapa dipanggil untuk menghadiri sesi untuk memandikan pes4kit. Jadi seawal jam 7am kami sudah sampai. Nurse tunjukan cara mandikan Hariz bersama pes4kit lain.
Saya takut, sebenarnya tak sanggup dengan tangan Hariz yang bersimen lagi. Mujur suami dan adik perempuan saya yang mandikan Hariz. Dimandikan dengan air paip yang sejuk seawal pagi. Sejuk anak ibu.
Kami didatangi oleh physi0therapist, Encik Salleh. Beliau mengajar kami physi0therapy pada Hariz. Rupanya beliau sudah mengikuti kes Hariz sejak di neuro ward lagi.
Kesihatan Hariz bertambah baik dan Hariz dipindahkan keward lain di mana memerIukan penjagaan waris. Jadi waktu siang saya jaga Hariz malam pula suami.
Kami diajar cara menukar tube k3ncing, tukar diaper dan cara memberi susu. Setiap 4 jam Hariz diberi susu saya rekod dalam buku catatan.
Kasihan Hariz, hanya susu saja yang mampu kami beri untuk Hariz. Doktor memberitahu yang Hariz akan dipindahkan ke ward orth0pedic untuk pembed4han pergelangan tangan Hariz kerana di ward neuro sudah tiada apa lagi untuk dirawat hanya tunggu untuk kemasukan semula tuIang tengk0rak dalam masa 6 hulan.
TuIang tengk0rak Hariz disimpan di dalam bank tuIang HKL. Bila dipindahkan ke ward orth0, segala keperluan Hariz haruslah disediakan sendiri seperti diapers dan tube susu Hariz. Hanya susu tin sahaja yang disediakan oleh pihak ward.
Boleh dik4takan semua pharmacy di hadapan HKL sudah saya masuk untuk membeli keperluan Hariz apabila dia discharge nanti. Mencari kedai yang termurah menjual susu ensure Hariz. Alhamdullilah ada satu kedai yang menjual murah iaitu RM76 setin kecil. Harga sebenarnya dalam RM95. Segala kapas, plaster, saline water, alas katil semuanya kami beli.
Alhamdullilah nenek Hariz sponsored katil untuk Hariz (macam katil di ward). Di ward ortho ini memerIukan 24 jam jagaan dari pewaris. Macam sebelum ini kami takes turns. Jadi setiap pagi saya hanya touch n go dengan suami. Tiba saya di bawah suami gegas turun dan bertukar pemandu.
Begitulah yang hampir 2 hulan di HKL. Hariz hanya berkomunikasi melalui kerlipan mata. Sudah cukup saya mensyukurinya. Satu hari tu Hariz seperti spasm..
MengigiI. Saya menangis sebab tak tahu apa yang Hariz s4kit. Dia tak boleh bercakap. Tiba – tiba saya terfikir kerana sepanjang Hariz di HKL ni hanya sekali dua je buang air besar. Jadi saya meminta pada nurse ubat senang buang air besar. Tapi nurse perIukan approval dari doktor pada esok hari.
Jadi setiap kali Hariz mengigiI saya sedih sebab tidak tau punca. Sudah berapa malam Hariz tidak dapat tidur nyenyak. Pada hari itu hujan, menangis saya di tingkap katil Hariz. Pes4kit depan katil Hariz berwarganegara Bangladesh beristeri orang melayu memujuk saya dengan berkata, kakak jangan risau Hariz boleh sembuh.
Dia orang tabligh, menadah tangan berdoa untuk Hariz. Bertanya saya pada Allah apa yang harus saya buat lagi untuk mengurangkan s4kit Hariz. Solat tahajud dan hajat dah saya lakukan.. bersedekah sudah. Apa lagi yang tidak saya lakukan? Tiba – tiba terdetik dihati saya. Rupanya saya belum berpuasa sunat untuk Hariz.
Esoknya saya berpuasa. Ditemani dua orang adik perempuan saya hari itu. Kami dapat ubat untuk Hariz buang air besar dalam masa 10 minit Hariz berusaha meneran. Ya amat besarnya. Maaf ye! Kami ketawa.. Kami bertanya pada Hariz.. Oooo jadi yang abang mengigil tu sebab abang nak buang air besar la ye?
Tiba – tiba Hariz menjawap lambat – lambat… Iya.. Ya Allah terk3jut kami dengar suara Hariz walaupun perlahan. Saya bagaikan mahu berlari dalam ward nak bagitau yang Hariz dah bercakap. Sukanya saya. Adik saya cakap hikmah kau berpuasa long..
Sukanya suami mendengar. Semua doktor di sana bersetuju bahawa positive progress Hariz adalah dari family supp0rt. Terima kasih keluargaku.
Jadi sepanjang Hariz di ward ortho ni ada beberapa lagi pembed4han. Pada kiraan kami lebih 12 kali dibed4h. Dan kami bersyukur yang Hariz tidak merasai segala kes4kitan kerana dia tidak sedar.
Jangan bosan baca cerita saya yang panjang ni ye. Kegembiraan sedikit demi sedikit terpancar pada wajah kami dengan melihat progress Hariz. Trachea Hariz dibuka dan alhamdullilah Iuka kering dengan baik. Hariz bernafas secara normal.
Tibalah hari Hariz dibawa pulang ke rumah. Dengan menyewa ambulance kami tiba di rumah. Rupanya dah ramai yang menunggu Hariz pulang. Bagaikan menanti ceIebrities pula.
Dan malam tu rumah kami kembali terdengar gelak ketawa. Bak kata jiran kami pada anak perempuan saya.. Suka aku dengar family kau dah gembira. Rutin harian bertukar di mana Hariz memerIukan jagaan rapi dari kami.
Pemberian susu setiap 4 jam. Jika waktu tengah malam masa Hariz minum susu walaupun dia sudah tidur kami harus memberi dia susu. Maklumlah hanya itu sumber makanan Hariz. Dan selepas itulah aku bertahajud, berzikir, berdoa meminta pada Allah.
Allah berkata, mintalah pada aku. Sebenarnya banyak sudah doa dan hajatku Allah perkenankan. Sesungguhnya saya malu pada Allah sebab saya ni hanyalah h4mbaNya yang h1na yang banyak berd0sa. Sejak hari itu punyalah banyak HKL appointment Hariz.
Maklumlah ced3ra satu badan. Mata, gigi, kaki, tangan, neuro, hidung. Setiap minggu ada appointment. Alhamdullilah rakan suami sponsored wheelchair untuk Hariz. Salah seorang adik perempuan saya yang sudah bersuami tetapi masih belum mempunyai zuriat akan datang setiap minggu dalam 3 hari untuk menemankan kami pergi ke HKL.
Beliau juga menggantikan tempat saya menjaga Hariz supaya saya dapat tidur. Terima kasih pada suaminya yang membenarkan isterinya datang ke rumah kami. Kadang – kadang adik saya yang lain pun akan menemankan kami ke HKL untuk appointment.
Setiap kali ke HKL suami akan mendukung Hariz memasuk dan keluar dari kereta. Nasib baik suami saya berbadan besar tapi termengah juga la dia. Beberapa kali juga kami ke em3rgency room sebab Hariz asyik cabut tube susunya.. Aduhai.. Akhirnya suami belajar cara memasukkan tube ke dalam tekak Hariz.
Appointment seterusnya untuk cabut tube susu Hariz. Untuk tengok kemampuan Hariz menelan. Makanan pertama yang dibagi pada Hariz ialah biskut. Pengawai bertugas bertanya apa yang Hariz nak makan lepas ni. Katanya KFC.. Tapi ibu boleh bagi abang makan whipped potato dulu ye.
Perlahan -lahan nanti takut tercekik. Alhamdullilah Hariz diajar cara pernafasan dari perut untuk membantu Hariz bercakap lebih kuat. Tibalah hari untuk memasukkan kembali tuIang tengkorak Hariz. Alhamdullilah tiada pendar4han.
Untuk makluman, dari kepala hingga kaki Hariz dipenuhi besi. Hinggakan seorang doktor menggeIarkan Hariz iron man. Besi dalam badan Hariz bukan calang – calang, titanium. Ada besi yang memerIukan pembayaran dari kami, beribu juga la. Sebenarnya Hariz telah mendapat banyak sumbangan dari pihak yang tidak kenali.
Segala keperluan pharmacy yang kami mesti beli setiap minggu semuanya datang wang sumbangan untuk Hariz. Dan juga salah seorang penyumbang telah meminta JKM untuk memberi sumbangan pada Hariz. Dan Hariz juga mendapat 0KU kad. Alhamdullilah luas rezeki Hariz.
Alhamdullilah dari berwheelchair akhirnya Hariz boleh berjalan sendiri. Sehinggakan kakak cleaner hospitaI pun bersyukur melihat Hariz yang dari berwheelchair sudah boleh berjalan. DOA tu penting ye. Jangan tinggal doa. ALLAH MAHA MENDENGAR.
Sebenarnya selain adik beradik saya, kedua – dua anak saya banyak sangat membantu menjaga abang yang s4kit. Semoga Allah membaIaskan mereka dengan keputvsan peperiksaan yang cemerlang.
Dan semalam doktor dari orth0pedic kIinik mengesahkan kaki hari sudah bercantum sepenuhnya 100 percent. Dan discharge dari orth0pedic kIinik. Alhamdullilah. Tapi masih ada banyak appointment yang lain. Hariz masih mengikuti rehab, psych0Iogy. Hariz masih memerIukan rawatan psych0Iogy sebab keced3raan otak.
Pengiraan Hariz tidak berapa bagus. Namun Hariz banyak berubah. Solat, itulah yang dia tidak pernah melambatkan. Bacaan yassin dihafalnya. Bagaimana? Sebab abang selalu dengar ibu baca kat abang. Separuh surah al baqarah juga dihafalnya. Setiap malam surah itu yang diperdengarkan untuk Hariz.
Cukuplah saya mensyukuri keajaiban yang ALLAH berikan. Dengan supp0rt dari keluarga, doa orang ramai.. Alhamdullilah.
Tugas saya sekarang, jika ternampak pes4kit atau ahli keluarga pes4kit, saya akan memberi motivasi untuk mereka dengan menceritakan dan menunjukkan gambar Hariz. Bahawa jangan putvs berdoa sebab ALLAH MAHA MENDENGAR.
Terima kasih sudi baca dan maaf sebab terlalu panjang. Sekali saya sebutkan.. KITA HANYA MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKAN. WASALAM, – Cik Siti (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Olieyy Norlieyy Zeinn : Alhamdulillah, bergenang air mata baca penceritaan Puan.. sebagaimana kegembiraan puan melihat progres Hariz sembuh sebegitulah gembiranya kami warga kesihatan melihat perkembangan dan progres pes4kit yang sembuh terutamanya dari tr4uma dan peny4kit kritikaI. Terima kasih.
Peah Peah : Terima kasih puan atas perkongsian, saya menangis membaca kisah ini. Kuat semangat seorang ibu dan hebat sokongan dari ahli keluarga puan dan yang penting jangan putvs berdoa. Allah sentiasa ada mendengar dan memakbulkan doa h4mbanya.
Roziah Abu Samah : Menangis saya membaca kisah Puan. Begitu tabahnya Puan sekeluarga termasuk saud4ra – mara menghadapi cab4ran nie. Saya berharap semoga Hariz akan terus sembuh seperti sedia – kala. MenggigiI juga saya bila mula membaca kisah ini kerana kebetulan anak kedua saya bernama Hariz iaitu Muhammad Hariz Zulqarnain. Semoga keselamatan dan kesihatan Hariz anak saya dan Hariz anak Puan diIindungi dan diberkati Allah S.W.T., Aamiin…
Norziah Othman : Bertuah puan siti bila akhirnya anak puan sem4kin sihat, tahniah! Berbanding saya dan keluarga yang setahun setengah menjadikan neuro HKL sebagai rumah kedua kami bila anak ke-3 kemaIangan. Akhirnya anak kami kembali kepada pencipta. Tak pernah lupa dengan jasa semua yang sentiasa membantu kami khususnya nurse di neuro HKL. Juga semangat yang sentiasa hadir daripada keluarga. Kami redha, cuma sedikit terkilan kerana orang yang meIanggar anak kami tak pernah datang berjumpa kami sehingga kini, 6 tahun telah berlalu tapi peristiwa tersebut tak pernah hilang diingatan. (alfatihah buat adik)
Salmiah Mohd Sani : Sayu baca cerita Puan. Saya pun pernah mengaIami pengalaman yang hampir sama. Anak sulong terlibat dalam kemaIangan. Tapi bila kita rasa anak kita teruk, rupanya selama berkampung di hospitaI tu, di kiri kanan katil anak, ada lagi m4ngsa – m4ngsa kemaIangan yang lebih teruk. Masa tu rasa bersyukur sangat. Alhamdulillah. Allah beri kesembuhan pada anak. Semoga Allah beri kesembuhan pada anak Puan juga.