Masa aku kenal dengan Ain, aku sebenarnya sudah berkahwin dengan isteri aku bernama Mai. Tapi Mai dah setahun lebih tak balik ikut lelaki lain. Mai setiap hari mesej minta cerai hinggalah hati aku dan anak2 terbuka terima Ain, aku ceraikan Mai. Perkahwinan kami bahagia, anak2 yang dulu kurus dah jadi gemuk. Beberapa bulan yang lalu aku jadi cepat panas dan tak suka balik rumah. Hingga akhirnya aku halau Ain..
#Foto sekadar hiasan. Isteri aku sangat suka baca luahan di facebook ni, aku harap dia baca tulisan aku dan kembali kepangkuanku. Maafkan abang sayang. Isteriku adalah graduan dari sebuah universiti tempatan. Dulu sebelum aku kenal isteri aku, aku dah ada isteri tapi isteri aku yang dulu curang.
Yang curang itu biarlah aku namakan dia Mai. Mai dah setahun lebih tak balik rumah sebab ikut laki lain. Hari – hari Mai mesej aku mintak cerai tapi aku tak ceraikan Mai sebab sayangkan anak – anak. Aku ada 2 orang anak lelaki, kedua – duanya tinggal dengan aku sebab Mai giIakan laki lain, dia abaikan anak – anak.
Di saat aku sedih dan masih mengharapkan isteri aku pulang, aku kenal isteri aku yang sekarang yang aku namakan dia Ain. Masa aku kenal dia, dia masih belajar di UIA. Mula – mula, aku niat cuma untuk isi keboringan hidup aku.
Aku tak ada niat langsung untuk bernikah dengan Ain. Aku masih sayangkan Mai dan mengharapkan dia pulang. Sejak Ain tinggal dalam asrama dan aku kerja tak jauh dari Uia, aku banyak jemput Ain bawak dia keluar. Aku kenalkan Ain pada kawan – kawan aku.
Tapi sebenarnya belakang Ain, aku bagitau kawan – kawan aku yang aku tak ada niat untuk nikahi Ain. Tapi m4kin lama aku kenal Ain, m4kin nampak ketulusan hati dia. Dalam diri Ain, tak ada langsung nampak sifat penipu, dia jauh beza dengan Mai.
Perkahwinan aku dengan Mai sentiasa penuh dengan m4kian, dia tak hormat aku sebagai seorang suami. Malah Mai jugak mesej m4ki – m4ki keluarga aku agar aku dapat menceraikannya. Dayusnya aku ketika itu sebab bertahan dengan Mai tapi demi anak – anak, aku pertahankan.
Bila aku m4kin tertekan dengan permintaan Mai untuk ceraiknnya, aku m4kin rapat dengan Ain. Aku dapat rasa aku m4kin jatuh hati dengan Ain. Kawan – kawan nasihatkan aku untuk lepaskan Mai dan serius dengan Ain.
Aku bawak Ain jumpa anak – anak aku. Pada awalnya anak – anak aku macam kekok, mereka macam tak dapat terima kehadiran Ain. Aku faham, mereka memerIukan ibu kandung mereka iaitu Mai. Oleh kerana aku dan Ain berasal dari 1 negeri yang sama, ketika hari raya, aku bawak Ain datang jumpa family aku.
Tak ku sangka semua family aku terlalu suka dengan kelembutan Ain. Mereka nasihatkan aku untuk lepaskan Mai. Aku mula terima Ain, aku nasihatkn Ain untuk serasikan diri dia dengan kedua – dua anak lelakiku. Seorang berumur 14 tahun dan seorang lagi umur 12 tahun.
Ain tak kisah. dia cuba sedaya upaya untuk serasi dengan anak – anak aku. Aku selesa dengan layanan Ain pada anak – anak aku. Lama – lama anak – anak aku sayangkan Ain, sehinggakan mereka tak pernah bertanya langsung tentang ibu mereka, Mai.
Aku mula dapat lupakan Mai, aku mula sayangkan Ain. Satu hari, Mai mesej aku lagi untuk mintak cerai dan aku setuju. Aku suruh dia angkat call untuk aku lafazkan taIak. Mai terk3jut, aku call berkali – kali tapi dia tak sanggup pula nak angkat.
Aku tanya pendapat anak – anak aku, mereka setuju untuk aku lepaskan ibu mereka. Korang dapat bayangkan betapa terIuka hati anak – anak aku sebab diabaikan oleh seorang ibu. Sampai langsung tak kisah dah anak – anak aku bila ibu dorang tak ada.
Aku tanya pendapat mak aku, adik beradik aku yang lain. Semua setuju untuk aku lepaskan Mai. Aku buat istikharah, aku tak nampak bahagia dengan Mai. Akhirnya selepas solat maghrib setelah berkali – kali aku call Mai tapi tak angkat, aku mesej dia dan aku ceraikan dia.
Dipendekkan cerita, setelah penceraian kami selesai, aku kahwini Ain. Sump4h aku bahagia dengan Ain. Anak – anak aku semua sayangkan Ain. Mereka macam dah lupakan ibu kandung dorang. Bila aku suruh call tanya khabar ibu dorang, macam – macam alasan dorang nak mengelak.
Ain memang pandai ambik hati anak – anak aku. Makan minum anak – anak aku semua dia jaga. Anak aku lapar pukuI 3 pagi, dia bangun masak, Ain pun memang suka masak. Aku puji dia, anak – anak aku dari kurus kering dah jadi gemuk – gemuk sebab Ain suka masak.
Dulu dengan Mai, anak – anak aku selalu makan m4ki. Bila Mai tengok aku bahagia, dia mula cari pasal dengan aku, cuba nak robohkan rumahtangga aku dengan Ain. Dia hasut anak – anak aku untuk bencikan Ain tapi anak – anak aku tak layan.
Aku pernah terbaca mesej Mai dalam hp anak aku, Mai bagitau anak aku yang Ain selalu m4ki dia. Sampai macam tu sekali dia fitnah Ain. Tapi alhamdulillah, anak – anak aku sayangkan Ain walaupun Mai lagi tua 10 tahun dari Ain. Ain lagi mat4ng dalam melayani anak – anak aku.
Aku rasa terlalu indah hidup dengan Ain. 2 bulan lepas, aku dapat rasa 1 kelainan antara hubungan aku dengan Ain. Aku jadi cepat panas, aku selalu marah Ain benda – benda yang tak patut. Aku tak tahu kenapa jadi macam ni. Aku jadi benci nak balik rumah, benci nak tengok anak – anak aku.
Aku jadi panas tiap kali duk dalam rumah, aku sampai sanggup tidur dalam kereta. Kalau aku balik rumah pun, sekejap – sekejap saja untuk tengok anak – anak aku dah makan ke belum. Aku banyak habiskan masa lepak dekat ofis.
1 hari tu, Ain kena pegi outstation 3 hari. Lokasi tempat dia outsation tu dalam 2 jam dari rumah aku. Aku kena uruskan anak – anak aku. Masa tu, aku cari point untuk g4duh dgn Ain. Aku cakap, kalau sayangkan anak – anak aku, balik masak sedangkan aku tau memang sukar untuk dia drive 2 jam balik rumah semata – mata untuk masak kat anak – anak aku.
Padahal ofis aku dengan rumah aku cuma 10 minit saja. Boleh sangat kalau aku balik hantar makanan kat anak – anak aku. Ain mintak aku tolong masakkan untuk anak – anak aku sebab dia jauh. Tapi aku baIas dengan kata – kata yang meny4kitkan hati.
Aku beza – bezakan Ain dengan Mai. Aku tau Ain terIuka dengan kata – kata aku. Aku cakap kat Ain, ko tak layak untuk jadi ibu pada anak – anak aku. Hanya Mai yang terbaik untuk anak – anak aku. Aku tau terIukanya hati Ain masa tu.
Hari tu aku balik rumah pukuI 5.30, aku terk3jut tengok ada makanan dalam rumah. Aku tanya anak – anak aku, siapa yang hantar. Anak aku jawab, Ain orderkan delivery pizza untuk dorang. Lepas tu, aku tengok Ain selalu s4kit – s4kit, selalu demam dan paling teruk dia munt4h dar4h.
Aku gak selalu rasa tak sihat, hubungan kami macam ada sesuatu tak kena. Aku jadi m4kin tak suka pada Ain tapi hati sayang.. Aku tak tau macam mana nak cakap. Bila jauh, aku rindu, bila ada depan mata, seolah – olah ada sesuatu yang tak kena.
Ain ajak aku berubat, Ain cakap dia dapat tengok dalam mata aku penuh dengan kebencian terhadapnya. Ain hari – hari ajak aku pergi jumpa ustaz. Dia cakap dia selalu munt4h dar4h tapi aku buat bod0h je sebab dar4h tu tak adelah banyak mana sangat.
Dalam masa yang sama, Mai selalu datang ofis aku, keluar makan dengan aku, sampai tahap tido dengan aku. Aku abaikan Ain. 3 minggu lepas, aku buat keputvsan yang bod0h. Aku halau Ain keluar dari rumah aku. Aku tak ceraikan dia tapi aku haIau dia.
Ini semua atas permintaan Mai untuk tumpang tinggal dalam rumah aku tu. Rumah aku yang dulu hasil perkahwinan aku dengan Mai, aku telah jual dan bahagikan wang dengan Mai. Rumah yang sekarang adalah rumah share aku dengan Ain.
Korang bayangkan apa perasaan Ain bila aku suruh dia keluar dari rumah dia sendiri semata – mata sebab Mai. Ain memang keluar dari rumah tu. Aku tau hati dia r3muk tapi aku tak ada rasa sedih ke apa ke sebab aku ada Mai.
Aku tak nikah balik dengan Mai, bila anak – anak pergi sekolah, aku bermesra dengan Mai. Buat macam suami isteri. Aku turut semua cakap Mai, berhabisan untuk Mai. Aku biarkan Mai hantar whatsapp kat Ain gambar aku dengan Mai tengah tidur sebantal.
Betapa teruknya Mai s4kitkan hati Ain. Anak – anak aku walaupun anak kandung Mai, tetap tanya aku mana Ain, mereka betul – betul sayangkan Ain. Satu hari tu aku tergerak hati untuk check phone Mai, aku terbaca mesej Mai dengan seorang lelaki warga indonesia.
Ya Allah, aku tak sangka apa yang telah terjadi. Mai telah sih1rkan aku, satu persatu aku baca perbualan Mai dengan lelaki warga indonesia tu. Salah satunya suruh masukkan dar4h h4idnya dalam makanan aku, baru aku sedar tiap kali makan nasi, Mai selalu tak makan nasi yang sama dia masakkan untuk aku.
Korang bayangkn anak – anak aku makan nasik yang sama dari periuk yang dia masakkan untuk aku. Aku baca lagi mesej – mesej tu, suruh letak sesuatu dalam bantal aku. Aku selongkar kekabu bantal aku, jumpa sejenis kayu.
Aku tak sangka Mai sanggup buat macam ni. Sekelip mata aku terus sedar, aku halau Mai serta merta aku seolah – olah macam baru sedar dari mimpi. Ya Allah apa yang aku dah buat pada Ain. Aku call Ain langsung tak dapat.
Aku mintak no baru kat family Ain, aku balik kampung cari Ain tapi Ain tak ada. Mereka mintak aku bagi masa untuk Ain tenangkan fikiran. Aku pergi ofis Ain, Ain ambik cuti tanpa gaji sebulan. Aku tau Ain terIuka, aku tau Ain sedih.
Ain, maafkan abang. Abg tahu Ain suka baca dekat page ni. Suka cerita kat abang tentang kehidupan rumahtangga dalam page ni. Hari ni dug4an ni terjadi dalam hubungan kita. Maafkan abang banyak – banyak sayang. Abang banyak Iukakan hati Ain tanpa pikirkan perasaan Ain.
Bagi abang untuk jumpa Ain, abang risaukan Ain. Abang ceritakan semuanya dalam page ni supaya Ain tahu keadaan sebenar sebab abang tak ada peluang untuk bercakap dengan Ain. Abang janji abang akan jaga hubungan kita. Maaf atas segala kekhilafan abang.. Kawan – kawan semua, doakan Ain pulang ke pangkuan saya.. – Encik Z
Komen Warganet :
Nomy Asri : Salam encik Z, saya ni bukan lah alim mana pun. Saya pun banyak d0sa jugak. Tapi saya rasa, eloklah cik z buat dulu solat taubat. Buat dengan ikhlas kerana Allah Azza Wa Jalla. Bukan kerana Ain. Mohon ampun pada Allah. Dan minta Allah tunjukkan jalan terbaik untuk cik Z. Tapi saya nak cakap, jalan terbaik tu tak semestinya jalan termudah. Semoga Allah membimbing cik Z dan keluarga. Salam alaik.
Mohd Hariz Zaine : Hebatnya ujian, bersabar dan bertabahlah. Saya doakan hubungan encik z dengan Ain dikembalikan. Rapatkan diri dengan Allah, benda sih1r ni hebat mana pun dia tak akan mampu masuk dalam badan yang diIindungi Allah. Doalah, pemegang hati tu Allah. Kalau rase elok pindah (supaya tak jumpa Mai). Rasa awak perlu berubat.
NurAdila Anuar : Semoga Allah permudahkan urusan kalian. Dalam melayari bahtera rumahtangga pasti ada yang tersasar. Ikhtiarlah macam mana cara sekali pun supaya dapat pujuk puan Ain kembali. Bukan senang nak dapat isteri macam Puan Ain.
Harap Puan Ain dapat bagi peluang kedua kepada en z. Buat en z, banyakkan berzikir dan baca Quran supaya dijauhkan segala jenis sih1r. Alquran lah pendinding kita daripada sih1r. Jaga iman, jaga hati insyaAllah diberkati.
Suhaimi Long : Wahai Ain. Berilah peluang kepada encik Z semula. Saya pun rasa sedih jugak dengan apa yang berlaku. Untuk encik Z. Kembalilah kepada Allah. Bertaubat lah dan mohon ampun kepadaNya. Saya doakan yang terbaik untuk anda.
Nurul Ain : Aku dapat rasa segenap sudut ape hati Ain tengah rasa sekarang. Tak pe brother. Sekarang ni Allah ja yang boleh tolong brother. Doa, mintak petunjuk dari dia. Hanya Dia yan tahu Ain tu kat mana sekarang.
Semoga dia dalam keadaan sihat, sabar, dan tabah. Mungkin brother boleh amalkan ayat kursi setiap masa untuk pagar diri sendiri dan hembus kat segenap ruang dalam rumah brother. Pasang ayat – ayat quran dalam rumah biar duduk mana pon dalam rumah, setiap orang boleh dengar ayat quran tu. Kuasa Allah sape boleh tandingkan? Semoga urusan brother dipermudahkan Allah. Amin.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.