Suami dan madu cakap, saya terIampau manjakan anak sebab bagi susu badan. Diorang suruh bagi susu tepung je

Saya merupakan isteri kedua dan hubungan saya dengan madu ok je, sebab dia sendiri izin dan redha untuk bermadu. Tapi bila saya lahirkan anak, dia dan suami tak bagi saya susukan anak, mereka suruh saya bagi susu tepung. Kata mereka saya terlalu manjakan anak sedangkan anak baru berusia dua bulan..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua dan admin. Saya tak tau nak meluah perasan dekat mana, jadi saya meluahkan perasan dekat sini saja. Maaflah kalau luahan saya dapat kecaman semua. Saya merupakanisteri kedua dan sudah 3 tahun lebih mendirikan rumah tangga.

Hubungan saya dengan isteri pertama alhamdulillah ok saja. Hubungan kami ok jee cuma biasalah kadang – kadang tuu ada jugak ujian yang datang, hubungan kami jadi dingin sedikit. Saya tunggu zuriat sudah lama, alhamdulillah dengan izin Allah saya dapat zuriat masa hujung perkahwinan ke-3 tahun.

Biasalah bila dah dapat zuriat sendiri kita mesti exc1tedkan tambah lagi agak lama saya tunggu. Sebenarnya banyak yang saya makan hati sepanjang mengandung dan jugak selepas melahirkan anak. Jika nak cerita memang terIampau panjang tapi saya pend4mkan je selama ni.

Isteri pertama telefon saya bagi tahu saya, kalau boleh waktu megandung jangan terlalu manjakan diri sangat. PergiIah check up sendiri sebab dia tak mau kawan – kawan dia perasan yang suami hantarkan saya. Dia kata dia sendiri izikan suami kahwin dan redho tapi dia tak boleh bila dengar dari mulut – mulut kawan dia yang suami bawa saya pergi mana – mana, dia akan terasa.

Dia cakap tolong jaga hati dia. Tap apa saya faham dan saya masih ikut permintaan isteri pertama. Check up dari awal sampailah saya beranak semua saya buat seorang diri. Dugaan lepas bersalin pula anak kena kuning, lama saya sendiri pergi hospitaI.

Saya jauh dari keluarga jadi terp4ksalah pergi sendiri memandu kereta sendiri dengan dalam pant4ng lagii. Boleh bayangkanlah macam mana keadaan Iuka masih s4kit tapi gagah jugak drive sebab fikir anak jaa. Tak apalah benda dah berlalu benda dan paling saya s4kit sangat bila isteri pertama dan suami cakap yang saya manjakan anak sangat.

Anak saya tu baru masuk 2 bulan lebih. Diorang dah nak ajak saya berjalan – jalan dah. Jalan – jalan kalau siang hari tak apalah boleh je saya cari pengasuh hantarkan kat pengasuh. Ini diorang ajak berjalan sampai tidur dua hari.

Anak – anak isteri pertama dia tinggal kat mak dia. Dia ada 4 orang anak. Macam mana saya dengan mak ayah jauh. Memang terp4ksalah cari pengasuh tapi hati ibu mana yang gamak nak hantar pengasuh 2 hari dengan anak menyusu badan sepenuh nyaa.

Salah ke saya berbunyi bagi tau saya tak mau ikut, kalau diorang nak pergi boleh pergi berdua. Sebab selama ni diorang pergi berjalan memang berdua. Pelik jugak saya bila saya dah ada anak tiba – tiba ajak berjalan bertiga. Saya bukan manjakan anak tapi hati ibu mana tak risau anak berusia 2 bulan nak kena tinggal kat pengasuh.

Sedangkan baby tak biasa berjauhan dengan saya, tambah lagi sedang susu badan. Macam mana nak tinggalkan. Diorang boleh kata bagi je susu tepung. Memang anak diorang tiga – tiga semua susu badan sekejap jee. Lepas tu susu tepung terus.

Kalau yang bongsu awal – awal lahir terus isteri pertama bagi susu tepung. Dia cakap elok jee anak dia. Tapi bagi saya Allah dah bagii susu banyak kenapa saya perlu bagi susu tepung. Memang saya terasa sangat bila suami balik rumah selalu cakap saya ni manjakan anak sangat.

Sampai tak boleh nak bagi susu tepung. Isteri pertama pun wassap saya bagi tau jangan manjakan anak sangat, bagi sama susu tepung. Senang nk tinggalkan anak pergi mana – mana. Nanti anak dah besar dok menepek jee kerjaa, takot jadi anak manja buat apa pun tak boleh.

Dekat sini saya nak tanya kalau bagi susu badan memang anak kita akan jadi manja dan tak dengar kata ka? Cara diorang tu seolah – olah minum susu badan ni anak terIampau manjaa tak boleh buat apa – apa. Patut ke saya dengar cakap diorang bagi susu tepung? Walaupun hati saya tak mau bagii. Saya nak anak saya menyusu saya sampai umur 2 tahun kalau Allah bagi rezeki susu saya banyak. Salah ke saya nk menyusukan anak?

Komen Warganet :

Seri Cahaya Delima : Apa pun yang jadi teruskn usaha menyusukn anak dengan susu ibu. Mungkin isteri pertama tu cemburu anda boleh menyusukan anak anda dengan baik. Anda sebenarnya perlu tegas dengan pendirian anda.

Hormat perlu ada tapi jangan sampai terlalu tunduk dengan segala tingkah dan kata.. Awak juga isteri yang juga berhak berkata. Dalam Islam pun tak kata isteri kedua wajib dengar kata isteri pertama. Hak isteri – isteri tu sama di sisi suami..

Nik Suryati Ibrahim : Memang pun masa inilah nak manjakan anak. Bagi susu ibu setiap titis itu pahalanya banyak daripada Allah swt. Bagitahu suami, ibu lain caranya lain tak boleh nak sama. Rezeki anak puan dapat susu badan ibu, ramai ibu lain tak dapat menyusu lama kerana memang tak ada susu banyak.

Anak yang membesar daripada susu ibu, biasanya sangat rapat dengan ibunya. Fitrah manusia memang hubungan ibu dan anak adalah rapat, jadi tak salah nak manja – manja anak. Kalau hubungan tak rapat, anak pun jadi degil dan mudah meIawan.

Jadi, teruskanlah puan menyusu badan. Kalau mereka nak pergi jalan, biarlah mereka pergi, puan jaga bayi puan dengan baik di rumah. Semoga puan menjadi ibu yang penyayang dan bahagia bersama anak, tak perlu fikir org lain. #Kitajagakita.

Nor Sangadah : Fitrah anak memang manja. Menangis, merengek, tanda kita sebagai ibu dengan anak rapat. Dan fitrah seorang ibu adalah sabar melayan anak – anak, lapar, s4kit, nak makan, nak mandi. Anak pertama memang agak kelam kabut sikit.

Lama – lama biasalah tu. Minta maaf lah banyak – banyak dengan suami kalau tt tak nak ikut bercuti sebab mudharat juga pada tt tidak menyusukan anak selama dua hari. S4kit payu dar4 tu tak tertanggung. Semoga dapat kasih sayang Allah berpanjangan.

Azira Azman Muhd Nasri : Adoi aku dah rasa nak m4ki berbakul – bakul dah madu pertama hang tu. Senang susu badan oi, pi jalan mana tak payah susah – susah nak berangkut macam – macam. Tak payah sibuk cara orang jaga nak jaga anak laaa.

Cakap kat madu tu masa dia dah lepas, tak payah la sibuk kat anak hang pulak. Biarlah hang jaga anak ikut cara hang, lama hang tunggu anak tu. Alasan susu tepung sebab senang nak tinggal anak, giIa la madu hang. Rezeki anak tu susu banyak meIimpah, memang itu hak dia.

Cari pasal la madu hang tu, mai pm aku fb madu hang tu, aku rajin nak tolong cuci sikit kepala otak dia tu. S4kit betoi hati kita. Aku ni nak menangis ja bila kenang anak ketiga ni tak ada rezeki nak bagi susu badan. Meh bagi aku lepas geram kat madu hang tu.

Seri Rumini : Awak ada kemampuan nak bagi susu badan, teruskan beri susu badan sampai 2 tahun. Isteri pertama dan suami takda hak untuk pertikai keputvsan awak. Sesekali awak kena tegas dàn berani kerana benar. Jangan sebab nak ambil hati madu awak yang tersiksa. Suami juga sepatutnya lebih bijak bukan hanya mengikut kata – kata isteri pertama.

Mami Pini : Nak buat macam mana dah jadi no 2 sis, terimalah seadanya, nama pon berkongsi. Dari awal – awal lagi patut fikir kesusahan yang bakal ditanggung, bukan pikir sedap je. Kahwin ni perkongsian hidup susah senang bersama.

Berbini sorang pon makan masa la nak dapat idup senang, senang ni bukan dari segi wang ringgit je, nak memahami perasaan dan kehendak bini pon makan masa. Ini apatah lagi ada bini 2-3 org, kalau memang ditakdirkan untuk bermadu, jadi bersiap sedialah dari awal lagi dari segi mentaI. Kalau tak tahan boleh MENTAL ooo. Sis nasihat je bukan marah.

Amna Fateeha : Memanglah kalau sebut je isteri kedua, orang akan “padankan muka kau”. Tapi bila sampai tahap dip4ksa nafikan hak anak yang tetap menyusu dengan susu ibu, itu tak patut. Tak kisahlah baby tu anak isteri pertama ke kedua ke ketiga atau ke empat skali pon.

Susu ibu tu hak anak! Walau ayah dia skali pon tak layak nak p4ksa anak tu minum susu lembu, susu kambing hanya untuk kemudahan hidup sendiri. ToIol betul bapaknye pon! Ko tak payah ikut cakap dorang dik. Teruskan penyusuan, Iantak dorang la nak pergi bercuti ke apa. Ko jaga je anak ko!

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.