
Kau c4bar aku ya? Maka aku WhatsApp linkkan phone laki aku ke laptop kerja aku. Ya, laki aku tak tau. Laki aku ni buta IT. Maka bermulah aku berWhatsapp dengan penyondol.. Mula – mula dia curiga…
#Foto sekadar hiasan. Saja aku tulis tajuk bagi dram4tik Iunatik. Moga tulisan aku jadi pengajaran untuk ibu – ibu bapak – bapak di luar sana. Aku Mona, ibu kepada tiga cahaya mata. Bekerja di Pantai Timur, Barat, Utara, Selatan Malaysia.
Aku wanita berkerjaya dan juga ibu serta suri rumah tangga yang amat taat pada kerja – kerja rumah walaupun aku bekerja. Pulang kerja, aku terus masuk dapur, uruskan rumahtangga sehingga esok harinya. Itu rutin hidup aku sekeluarga.
Anak – anak aku ajar solat, mengaji cukup. Makan cukup. Letihnya aku, hanya aku dan Allah yang tahu. Tapi semua itu pahala. Setiap letih kita sebagai ibu, Allah baIas sewajarnya. Suami aku, bekerjaya juga. Ada rupa. Ada segalanya. Sudah 10 tahun berumahtangga.
Kerjaya suami aku, segala harta yang ada – kami bina bersama – sama. Jatuh bangun susah dan senang. Suami aku interview jauh ke negeri seberang, aku ambil cuti, aku teman, aku drive kerana suami kepenatan. Walaupun kandungan aku dah masuk 9 bulan. 400km, bukan calang – calang.
Hasilnya, kami ada segalanya. Tapi segalanya bersama – sama. Suami aku seorang yang gembira, malah aku juga gembira. Anak – anak aku semuanya sihat terjaga, bijak – bijak belaka. Kami sangat bahagia. Tapi langit tak cerah sampai petang, sang penyondol masuk menyondol.
Ibarat khinzir buta malah kelaparan, mahu disondol semua hasil – hasil tanaman aku. Yang aku semai benih, aku tatang, aku baja. Kini aku mahu tuai, kau datang membawa sondolanmu. Butanya khinzir itu, sehingga dia tidak kenal aku siapa. Apa kebolehan aku. Apa keberanian aku. Jauh mana akal aku?
Wahai khinzir, kau tidak tahu. Sesungguhnya engkau khinzir yang buta. Aku bertekad: Akan aku cantas muncung khinzirmu! Haha. Tak lama. Tiga hari selepas mereka memulakan langkah kaki, aku sudah tau ada tidak kena dengan suami aku.
Macam mana aku tau? Wahai isteri, kau jangan setia membuta tuli. Jangan kau husnuzon pada yang bukan maksum. Kau perhatikan setiap gerak – geri. Kerana aku sangat memerhati. Aku tahu, khinzir itu sedang membuka tapak mahu menyondol ladang nenas aku.
Haha… Aku biar saja dulu. Aku mau tengok sejauh mana mereka mahu pergi. Biar aku masa tu sebab aku busy – banyak kerja perlu aku siapkan tapi aku berhenti separuh jalan. Kerana sondolan m4kin berbisa. Aku rasa khinzir ini patut saja aku tamatkan riwayatnya. Tapi jangan. Itu aku yang gali lubang sendiri. Hahaha!
Cukup masanya, aku mulakan konfrontasi. Aku bersemuka dengan suami… Aku mendekati penyondol itu, setapak demi setapak. Tapi langkah pertama aku tersilap. Itulah bila emosi menguasai. Kerana emosi, aku pilih mengundur diri.
Kemudian aku tengok satu – persatu wajah anak – anak aku. Mana boleh aku mengundur diri? Penyondol itu agak senang hati. Sudah pack baju konon – konon mahu kahwin lari. Mahu tinggalkan keluarga sendiri, demi lelaki yang kau musn4hkan jasad dan keturunannya. Sungguh kau wanita yang buta hati! Maka aku susun strategi.
Aku mahu report pada majikan dia. Aku mahu charge akta gangguan rumah tangga. Dia kata dia mahu saman dan report polis aku kerana tak cukup bukti. Betul juga. Tapi wow? Kau c4bar aku ya? Maka aku WhatsApp linkkan phone laki aku ke laptop kerja aku.
Ya, laki aku tak tau. Hahaha… Dan aku restore segala conversation, malah aku record segala conversation baru. Aku snap location. Ahh, malas lah nak tulis bukti – bukti. Tapi sudah cukup untuk aku gertak dan ugvt si Barbie.
Mula – mula si Barbie agak was – was. Dia macam tau itu aku. Diminta send satu selfie. Tapi aku lebih bijak ke depan. Maka aku cari gambar – gambar lama yang laki aku hantar pada aku. Aku send satu selfie lama kasi dia happy.
Alhamdulillah, Barbie happy… “Dear, jom kahwin lari…” Ahhh, kau memang naif lagi Barbie! Kau percaya dan terus pack baju mahu kahwin lari. Walhal aku yang ajak kau main kawen – kawen lari. Hahaha! Ya, strategi pertama aku menjadi. Aku sudah cukup bukti. Aku takkan buat semua ini kalau kau tak c4bar aku, wahai perempuan!
Suami aku sudah kembali ke pangkuan aku dan anak – anak. Kami bahagia dan happy. Kau jangan tanya macam mana aku percayakan suami aku semula? Kerana aku tak terima dia buta – buta. Ada perjanjian: jika hal ini berlaku lagi, dia akan hilang segalanya. Yang tinggal hanya sependa!
Dia sign setiap butir aku tuntut, bersaksikan peguam, berpaksikan Yang Maha Esa, dan Rasul Muhammad bin Abdullah SAW. Demi masa depan anak – anak aku, kau tanggung segala d0sa jika kau ani4ya kami yang bergolok gadai berjuaang bersamamu.
Aku minta cincin kahwin baru, segalanya baru, tahun baru tapi bukan anak baru. Tiga sudah cukup. Aku mahu fokus membangunkan keluarga, membahagiakan suami yang selama ini mungkin sedikit terabai tanpa aku sedar. Aku muhasabah diri. Suami juga muhasabah cari kesilapan kami.
Tapi Barbie itu belum berhenti. Aku bagi tempoh 20 hari untuk dia ber4mbus dari rumah sewanya. Aku tahu lokasi dan aku baik dengan kejiranan yang dia duduki. Dia pindah keluar (patut pula – mungkin kerana dia mula sedar aku jelmaan naga Tasik Chini).
Tapi dalam diam, dalam naga – naga aku pun, dia share live location pada suami aku. MINTA, MERAYU AGAR DIRI DIJEJAKI. Hahaha, dasar tak guna! B0dohnya dia. Dia tak kenal laki aku ni buta IT. Nak link WhatsApp phone pun jenuh mencari. Inikan nak buka live location kau.
Makanya… AKU YANG TRACE DIA SETIAP HARI. Hahahaha! Sapa suruh kau murah hati kongsi? Mana dia shopping, mana dia makan, mana dia check-in. Memang dasar perempuan murahan. Hari – hari aku perhatikan dia. Mesti dia happy, ingatkan masih diingati.
Rumahnya si isteri yang menyekodeng si Barbie. Hihihihi… Aku tak buat apa – apa pun, cuma perhati. Kadang – kadang aku ronda rumah baru dia. Kasihan pun ada. Kau kan ada peluang untuk cari bahagia sendiri. Kenapa tagih pada yang dah berpunya?Apalagi disuruh buang kami.
Kau kata kau tak mau kongsi, kau wanita dari ner4ka. Kerana tiada hati perut kau Barbie, aku jadi nakal begini. Asalnya, aku tak mau pun buat kau macam ni. Aku kesian. Tapi baru – baru ni, aku buat kenduri. Aku jemput kawan baik dia, tapi aku pura – pura tak tau mereka berkawan.
Mungkin selepas itu, kawannya memaklum situasi kami betapa bahagia si suami di samping isteri dan anak – anak. Barbie sedih hati mungkin, hilang harapan. Terus ditutup live location. Maka terpadamlah satu side hobby aku. Kena cari hobby baru selepas ini.
Nama Instagram yang combine nama dia dan suami aku pun dah ditukar. Tinggal namanya saja. Baguslah kau Barbie. Carilah haluan sendiri. Takkan ada bahagia kalau dibina dengan d3rita, apatah lagi mengani4ya anak – anak tak berd0sa.
Aku doakan satu hari nanti, kau rasa apa yang aku rasa. Kau rasa s4kitnya dicurangi, malah aku doakan kau s4kit berkali ganda. Buat wanita, carilah kerja. Sesempurna mana kita, sebaik mana suami – pinjaman Tuhan itu semua. Tak disondol Barbie, diambil Tuhan. Jangan bertindak ikut emosi. Belajar dari kes Hanafi.
Tindakan seiring emosi, kelak makan diri. Pikir 10 – 20 tahun ke depan. Tengok muka anak – anak. Baliklah kita pada Tuhan, mengadu, merayu di atas tikar sejadah. Allah Maha Menyayangi. Tapi diuji kalau tak mampu lalui.
Buat sang lelaki, bapak – bapak. Tengoklah wajah anak – anak. Di saat kau hilang kasih sayang pada isterimu – kasih sayang yang ada pasang surut ibarat air laut jangan kau hanyut. Kelak masa tua, kau tiada siapa – siapa. Akhir4t kau kosong. Hampa.
Kerana anak yang patut kau bentuk, kau isi dengan kasih sayang dan agama, anak yang boleh bekalkan kau dengan doa ke syurga kau abai hanya kerana mengejar wanita – wanita. Nabi Muhammad SAW berpesan: “Apabila anak Adam m4ti, putuslah amalannya kecuali tiga perkara: anak soleh, ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah.”
RugiIah kau jika hidupmu hanya mengejar wanita dan serabutnya menguruskan mereka. Haha! Alhamdulillah. Allah pulangkan suamiku dalam keadaan yang lebih baik dari sebelumnya. Mungkin kerana aku mencari redha dalam ujian. Blessing in disguise. InsyaAllah. Doakan kami. – Mona (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Faranisyah Hakim : Barbie itu sudah satu hal, tapi jangan leka dan sangka suami kita itu naif sangat ya. Aku ada pengalaman hampir terjebak dengan suami orang ya. Mengaku bujang dan ada rakan serumah empat orang katanyaaa. Pala otak dia, rakan serumah itu anak bini dia rupanya.
Nasib aku baik, aku dapat kesan awal. Aku pelik kenapa dia telefon aku dari bilik air dan dengar bunyi air dari paip dibuka kuat. Mestilah nak sorok, kan? Instinct aku rasa tidak best. Desak punya desak, terbukalah rahsia.
Ciss… sebelum bininya membarbiekan aku, aku angkat kaki. Lari oi, selamatkan diri. Sebab jarang bini pelangkung laki dia, apa – apa hal mesti sang penyondol kena, walhal laki dia yang buka langkah dulu. Kena yang innocent macam aku camna? Cewahhhh. Tapi, kalau si penyondol sudah tahu si kekasih hati laki orang tapi masih nak juga, haa itu tak apa lah. H4ng tibai lah cukup – cukup… muahahaha
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.