Saya merupakan anak bongsu dan jarak saya dengan kakak pun 15 tahun. Dua abang saya kerja hebat – hebat ada kerja Navy, kerja Airforce, selalu berIagak gaji ribu – ribu. Tapi jarang balik tengok mak dan mak terp4ksa kerja jaga tandas sebab nak tampung pengajian saya. Sehinggalah lepas belajar saya berjaya dapat kerja di sebuah kedai hardware dengan gaji RM1200…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua.. Saya adalah seorang pembaca setia luahan – luahan di facebook ni. Semalam saya ada baca pasal seorang brader yang ada saving sebanyak 6 angka. First of all, brader, saya nak ucapkan tahniah.
Semoga anda dimurahkan rezeki ye. Semoga simpanan anda itu betul – betul membawa manfaat dan digunakan sebaiknya. Berbaktilah kepada ibubapa anda. Saya tau anda anak yang baik. Pedulikan apa orang nak kata.
Ok. Sekarang saya nak kongsi pulak tentang diri saya. Nama saya Wina. Umur saya 23 tahun dan saya lepasan SKM yang tersilap memilih bidang namun berusaha menamatkan pengajian meskipun selepas tamat belajar tiadalah mendapat pekerjaan dalam bidang yang dipelajari.
Masa saya study, mak saya hanya kerja sebagai jaga tandas je kat satu kedai makan ni. Mak saya dah tua tau. Umur dalam 60 tahun lebih dah. Masa mak saya lahirkan saya, umur dia 40 lebih gitulah. Saya anak bongsu daripada 4 adik beradik dan jarak usia antara saya dan adik beradik yang lain amatlah jauh.
Saya dengan kakak atas saya pun beza 15 tahun. Kiranya mak cakap saya ni accid3ntly lah. Tapi mak cakap nilah kebetulan yang paling membahagiakan. Sebabnya di usia senja mak, mak ada peneman. Saya lah tu. Ayah dah lama tak ada, masa tu saya sekolah rendah lagi.
Masa saya study dulu, saya rasa kesian sangat dekat mak saya sebabnya walaupun dah tua dia k0rbankan tulang empat kerat dia untuk saya supaya saya dapat belajar dengan selesa. Mak kerja kuIi – kuIi, kadang – kadang bila balik bercuti saya tolong dia.
Bila saya dekat kolej, saya selalu menangis rindukan dia. Risaukan dia, tambah lagi dia ada s4kit thyr0id. Malam – malam dia tersedakkan. Saya risau kalau dia terbatuk, tak ada sapa nak hulurkan air. Bila solat, saya doakan dia sampai menangis saya minta Allah panjangkan umur dia dan berikan dia kesihatan yang baik.
Abang – abang saya kerja kerajaan, Sorang navy, sorang airforce, diorang jarang balik. Dua – dua dah kahwin. Kakak saya pulak surirumah tangga. Saya faham diorang jauh, sibuk dengan kerja. Plus komitmen kepada keluarga pulak kan, ada anak bini.
Tapi saya kekadang terasa jugak, bila balik, mesti kompIen. Rumah mak ni semak. Rumah mak ni buruk, kotor lah. Kecik hati mak, bila bercakap selalu yang pedas – pedas. Saya faham keadaan mak, dia kerja keras untuk besarkan anak bongsu.
Sedangkan anak – anak keje kerajaankan. Sembang kencang gaji ribu – ribu, kereta brand tempatan tak main lah. Tapi mak? Mak kerja jaga tandas. Habis je belajar saya terus balik kampung dan cari kerja dekat – dekat dengan rumah.
Alhamdulillah. Harini saya pergi mintak keje. Petang tu jugak dia call bagitau esok boleh masuk keje. Saya gembira giIa masa tu. Saya terus peIuk mak. Walaupun dapat keje kedai hardware je. Basic pun adalah RM1200.
Teringat masa dapat gaji pertama sebab baru kerja dalam 10 hari je. Pastu hari gaji kan. Saya pergi cek ada RM600. Saya seronok masa tu. Budak baru pegang duit. Masa tu umur 20. Bila teringat mengalir air mata, sedih pun ada, seronok ada.
Saya teringat opah kata, kalau dapat gaji pertama, bagi dekat mak sikit. Saya siap beli angpau raya. Excited punya pasal dan saya bagi dekat mak RM250. “Mak, Wina dah dapat gaji ni. Ni Wina belanja mak.” Saya tak tau kenapa rasa nak nangis bila saya ingat balik benda ni.
Mak sebak sangat. Mak tolak, mak kata simpanlah untuk Wina tapi saya berkeras nak bagi jugak. Saya kerja pagi sampai malam, cuti sehari seminggu. Bila hari cuti saya bawak mak ronda naik motor ataupun pergi jalan di pekan beli barang dapur.
3 bulan lepas saya kerja, saya pujuk mak untuk berhenti kerja. Saya nak dia rehat, tanam pokok kat rumah. Mak memang suka berkebun. Dia pun dah tua dan saya dah habis belajar. Saya dah kerja. Ya, mak akur dan berhenti kerja.
Mak berehat saja. Seperti seharusnya. Saya pun gembira di tempat kerja. Kawan – kawan saya semua baik hati. Kekadang ada jugak seIisih faham. Alah. Biasalah. Saya kerja rajin – rajin sebab target nak beli kereta. Saya ambil lesen, lepastu lama jugak menyimpan, baru dapat beli kereta.
Dalam 7 bulan kerja, saya beli kereta kancil. Saya nak tergeIak sangat. Sebabnya masa dapat tu kereta dengan cat terkopak. Tinted tak ade. Dah macam akuarium. Saya perbaikilah sikit – sikit, yang mana mampu. Kereta tu saya beli cash.
Yang penting mak lah orang yang paling hepi. Sebabnya lama dah berangan nak ada kereta. Kadang – kadang cuaca hujan, bila naik moto basah kuyup kami berdua. Tapi masih mampu gelak lagi. Jadi bila dah ada kereta panjanglah sikit langkah kami.
Bagi saya, mak lah rakan baik saya. Saya tak ada kawan sangat pun. Ada jugak diorang ajak lepak lah apa. Tapi saya ni macam intr0vert. Tak reti nak sembang apa. Nak buka isu apa. Cuma hai – hai, bye – bye gitu jelah. Ada kawan masa kolej.
Ex roomates. Haa yang tu betul ngam sekepala. Tapi lama dah tak jumpa. Saya tak kisah orang nak kata saya tak ade life ke apa. Bagi saya, inilah hidup saya. Walaupun orang kata duduk dengan mak tak pandai berdikari. Sewa rumah tak yah bayar.
Bil api air ditanggung beres. Err. Suka – suka je kan. Mandai je. Buat d0sa kering cukup mau. Hello saya bayar ye bil api air lagipun bukan mahal sangat. Saya dan mak saja. Tak kata orang luar, Adik beradik sendiri pun mengata.
Mak tu manjakan sangat adik. Kadang – kadang pedih rasa hati ni dan kadang – kadang rasa nak je tanya diorang balik. Sapa manja? Aku ke kau? Kau rasa kasih sayang abah sampai kau kahwin, kau ada anak, aku? Aku sekolah rendah abah dah tak ade.
Kau pegi sekolah abah hantar abah ambil, aku? Aku bawa motor sendiri. Hari aku SPM hujan, aku naik motor tengah hujan, aku jawab exam dengan menggigil sebab basah kuyup. Kau ambil lesen abah bayar, aku? Aku kerja aku kumpul duit sendiri.
Kau masuk kolej abah hantar abah ambil, aku? Aku sendiri naik bas dengan bagasi selimut dan berbagai harta pusaka aku. Kau kerja gov pun pakai kabel, yang interview tu kawan abah, aku? Aku pegi mintak kerja sendiri. Aku kerja cari rezeki yang halal untuk bahagiakan mak.
Yee. Itu kata hati saya yang saya pend4m sekian lama. Tak mampu nak meluah, telan jelah. Anak bongsu tak semestinya manja. Dan tak semua anak sulung tu berdikari. Jadi jangan perasan bagus sangat. Duduk dengan mak ayah bayar sewa rumah.
Yaa itu bonus. Tapi selebihnya saya cuma nak habiskan masa banyak – banyak dengan mak. Saya cuma nak peuk dia setiap malam, nak solat subuh bersama setiap pagi. Nak main kucing kami hari – hari. Bila hari cuti bawak mak berjalan, mak suka membeli beIah jugak.
Kami tengok wayang bersama, terutamanya filem – filem seram. Mak suka cerita macam tu. Saya terlalu sayangkan mak saya. Saya nak bahagiakan dia. Walaupun bukanlah kaya tahap boleh melancong 30 negara. Tapi hidup saya cukup bahagia, orang kata jauh perjalanan luas pemandangan.
Tapi taktaulah pulak lepas travel merata ni jadi ria4 takbur, m4kin sempit tengok otak. Bahagia ni universal, ada orang bahagia bila dapat melancong. Ada orang bahagia duit banyak. Ada orang bahagia ada rumah banyak boleh sewakan pada ramai orang.
Saya? Saya bahagia dengan mak saya. Saya tau jasa dia melahirkan dan membesarkan saya tak akan mampu saya baas. Tapi selagi dia hidup dan cergas ke sana sini ni, saya nak sangat berjalan dengan dia jauh – jauh. Jadi tak perlu la kita banding – bandingkan hidup kita.
Nak kecam – kecam sana sini. Kalau betul bahagia, teruskan. Semoga kebahagiaan meIimpah ruah. Kalau boleh saya pun nak jadi macam confessor 6 angka tu. Tapi maklumlah. Saya tak dapat kawal nafsu makan dan membeli beIah saya.
Saya kagum lah cemana dia boleh sejimat itu. Saya ada jugak simpanan. Kot ada kec3masan ke kan. Sediakan payung sebelum hujan. Tapi tak lah sebanyak 6 angka. Alhamdulillah, berkat doa mak. 3 tahun dah saya kerja. Saya bertahan dengan pelbagai dug4an, saya dinaikkan gaji dan pangkat.
Saya renovate rumah mak ni sikit – sikit, pasang tiles, cat baru supaya mak selesa dan supaya abang – abang saya tak kata rumah mak ni buruk lagi. Akhir sekali, saya doakan pembaca sekalian dimurahkan rezeki.. Dan semoga anda doakan mak saya diberikan kesihatan yang baik selalu.
Ingat ya, hidup kita semua berbeza. Jangan sesekali berani kata orang tak ade life. Tak melancong, tak lepak dengan kawan, bukan bermakna takda life. Tapi life kami lebih kepada ibu ayah kami. – Darwina
Komen Warganet :
Sis Na Na : Terbaik Sis bila bahagiakn orang tua rezeki berkat, Akak doakan semoga sis bahagia dengan Mak selalu dan dimurah rezeki. Aamiin.
Ain Odeng : Apa yang kita aIami lebih kurang sama. Cuma ayah aku meninggaI dunia masa aku lepas SPM tapi sebelum tu dia s4kit tenat. Aku pun bongsu juga. Yang pasal naik motor tu, sama. Hampir semualah sama.
Aku doakan semoga ko diberi kecukupan selalu dan semoga ko dapat suami yang baik dan dia izinkan ko duduk sekali dengan mak dan jaga mak macam suami aku sekarang. Berair juga mata ni bila baca confession ko. Rasa mcm terluah segala di hati.
Ahmad Fahim : Terharunya baca kisah awak ni. Semoga mak awak terus sihat dan awak dapat terus bahagiakan mak awak. Pada adik beradik awak yang lain, pangkat dan wang ringgit bukanlah ukuran kebahagiaan jika tiada insan yang bergeIar ibu yang sentiasa mendoakan kejayaan anak – anak.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.