Hujung tahun lepas, abang ajak mak kami pergi bercuti dekat luar negara tapi mak tak mau sebab jauh. Dah mak aku tak nak pergi, aku bagi cadangan minta abang bawa anak-anak aku ikut mereka pergi bercuti, abang aku tak nak bawa anak-anak aku. Aku tahu ni mesti hasutan kak ipar..
#Foto sekadar hiasan. Hi admin, tolong hide fb adik aku ye. Aku nak bercerita, kongsi masalah dengan adik aku tapi dia tak mau dengar. Dia suruh aku bercerita dalam page ni plak. Aku guna fb dia sebab aku tak ada fb.
Aku berumur 33 tahun dah 12 tahun kahwin, suami aku kerja kilang dengan gaji RM1500 sebulan. Anak kami ada 4 orang dalam 11, 9, 7 dan 2 tahun. Cerita ni adalah tentang abang aku. Dia baru ja kahwin dalam masa 2 tahun ni tapi masih belum ada anak.
Dulu sebelum dia kahwin, dia banyak tolong aku dan suami aku. Setiap bulan abang bagi kami 1k, anak – anak aku sekolah dari pakaian sampai ke yuran, abang yang uruskan sebab suami aku gaji kecil. Abang aku keja kilang, ada pangkat gaji banyak dalam 10 – 11k sebulan.
Aku tinggal dengan mak aku. Sebelum abang kahwin, dia pun tinggal sekali dengan mak, rumah dia, dia bagi orang sewa. Sekarang lepas kahwin abang dengan kak ipar duduk rumah mereka. Aku suruh mereka duduk sekali dengan mak, tapi isteri dia tak mau.
Aku rasa mesti dia takut kena buat keja rumah kot. Dan sejak dari itu, abang tak lagi tolong aku dengan suami lagi. Aku sedih min. Masalahnya, hujung tahun lepas, bulan 12 abang datang rumah nak ajak mak kami pergi bercuti dekat luar negara tapi mak tak mau sebab jauh.
Dah mak aku tak nak pergi, aku bagi cadangan minta abang bawa anak – anak aku ikut mereka pergi bercuti, abang aku tak nak bawa anak – anak aku, sedih aku. Masa nak buka sekolah baru ni aku minta 3k kat abang, untuk belanja yuran anak – anak, dia bagi hanya 2k.
Aku geram sangat, aku rasa isteri dia dah hasut supaya jangan tolong kami. Tapi dekat mak boleh pula dia bagi 2k sebulan. Gaji suami aku hanya RM1500, tolak bayar bulan kereta RM500 tinggal 1k ja. Itu tak termasuk minyak kereta lagi, memang tak cukup untuk kami anak beranak, nasib baik kami tumpang rumah mak.
Tak perlu bayar sewa kalau tak, apa kami makan tak tau. Isteri abang tu dah la tak kerja, langsung tak nak bantu abang aku. Dalam setahun sampai 2 – 3 kali pergi bercuti boleh pula. Tolong aku hanya 2k, aku minta untuk anak – anak bukan untuk aku.
Anak saud4ra dia jugak. Untuk pengetahuan korang, kak ipar aku muda pada aku. Belum ada anak, aku pun hairan kenapa dia tak mau keja, dulu ada kerja, takde sebab pergi berhenti. Memang aku geram dengan abang aku tak bertanggung jawab kat adik – adik.
Gaji mahal tapi kedekut. Suami aku pernah tanya abang aku tentang duit 1k bulan – bulan yang pernah dia bagi dulu tapi sekarang tak bagi dah tu. Abang aku jawab cuba berdiri di kaki sendiri. Tak patut dia jawab macam tu.
Sekarang aku hanya tunggu sampai mana je hidup kami ni, abang buat macam gini. Kalau korang duk tempat aku. korang rasa apa? Sampai tahap nak hasut je abang aku supaya bercerai je dengan isteri dia.
Komen Warganet :
Khazian Nur Izzan : Dah kahwin bawa la keluarga duduk rumah lain. Rumah kecik dan menyewa pun takpe. Belajar berdikari dan membina keluarga sendiri. Susah macamana pun berdikari. Kalau semua masih nak ditanggung jangan kahwin.
Dah Kawin mestilah ada rasa tanggungjawab nak mencukupkan perbelanjaan keluarga. Abang tu ada rasa tanggungjawab tu dia bantu. Kalau tidak, sesen pun dia tak bagi. Dah tentu dia ada keluarga dia sendiri. Dia kerja bukan sebab nak tanggung semua orang.
Senang beno hidup orang sekarang ye. Guna ayat takde rasa tanggungjawab supaya abang kakak ibubapa tanggung semua perkara. Macamana la Dr M tak kata orang melayu malas. Sudah – sudah la meminta – minta. Sebenarnya kan selain kisah ini ada ramai lagi yang spesis gini. Bangkitlah. Ubah diri. Jaga solat.
Wan Norhasnida : Anak – anak awak bukan tanggungjawab abang awak. Itu tanggungjawab bapa kepada anak – anak awak. Bini abang awak tu tanggungjawab abang awak. Awak la patut bantu suami awak tu. Kenapa pulak nak salahkan bini abang tu? Berdikari la.. sampai bila nak harapkan abang. Bersyukur la.. itupun dia dah tolong, takkan tak cukup lagi.
Adila Ghazi : Hahahaha macam nak cepuk jer baca. Ko dah bersuami dik, bawah tanggungjawab suami bukan lagi abang. Yang abang ko bagi sebelum ni adalah ehsan atau sumbangan untuk bantu. Tapi sampai bila nak orang bantu, awak dan suami macam dah selesa sangat hidup macam tu, tiap – tiap bulan terima duit saraan beribu – ribu dari abang.
Tak malu ke… Isteri dia nak kerja ker tak nak kerja ke bukan hal adik ipar nak campur tangan. Abang bagi mak itulah pemberian kepada mak, tanggungjawab abang sebagai anak lelaki kepada ibunya, berapa dia mampu bagi itu hak dia. Faham! Sila jangan campur tangan atau menyibuk dalam hal rumahtangga orang lain ya!!
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.