Mak ingatkan nak lari sekejap je, tiba – tiba PM umum PKP. 2 tahun kami tak balik rumah ayah. Selepas 2 tahun kami balik, dah macam rumah h4ntu, dengan rumput semua tak p0tong, pokok – pokok menjalar masuk ke rumah, lantai tak sapu, tak lap.
#Foto sekadar hiasan. Hai! Nama saya Dior (bukan nama sebenar), umur tahun ini dah masuk 19 tahun. Saya nak kongsi kisah mak saya tinggalkan ayah. Mak dan ayah kahwin diatur oleh keluarga sebab umur masing – masing dah lanjut masa tu.
Masa kahwin umur mak 38 dan ayah 41. Diorang kenal berapa bulan je terus kahwin. Ye la dah tua kan tak ada masa nak memilih dah. Nak dijadikan cerita sepanjang perkahwinan mak dengan ayah, ayah tak ada kerja, sebab ayah buka bengkel kereta sendiri ja dekat kampung, kalau ada orang ada la, kalau tak ada, tak ada la.
Dulu ayah ada duit sampai boleh upah orang kerja kat bengkel, tapi ayah bukan jenis orang yang simpan duit, ada duit mesti dihabiskan. Jadi mak tak ada cara lain selain kerja juga, mak tak ada pelajaran sebab adik beradik mak ramai (13 orang).
Tok dan tokwan tak mampu tanggung pelajaran semua adik beradik mak. Sebab mak tak ada pelajaran mak cuma mampu berniaga jual kuih – muih letak di gerai – gerai je. Mak kerja buat kuih dengan harapan nak tolong ayah sementara tak ada kerja.
Tapi lama – lama naik lemak pulak, ayah tak cari kerja asyik membongkang kat ruang tamu, mak je yang susah payah cari duit. Semua mak bayar dari bil elektrik, air sampai pelajaran saya. Keperluan apa pun semua mak yang beli.
Nasib baik la saya anak tunggal kalau ramai adik beradik lagi banyak duit nak pakai. Sebab kemalasan ayah ni, mak dengan ayah selalu g4duh. Sampai tahun 2019, mak rancang nak balik buat rumah kat kampung dia. Rumah kecil je hasil mak kumpul duit masa meniaga kuih.
Ingat lagi mak siap tanya, “ok tak kalau nak pindah”. Jawapan saya, “ikut suka hati mak la, janji adik ada tempat berteduh dengan makanan”. Jujur saya tak kisah sebab pada saya asalkan saya tak dengar diorang g4duh saya ok.
Jadi mak pun buat la rumah (ayah tak tahu). Mak dengan ayah tak cerai. Sebab niat mak nak tinggal kat rumah tu sekejap je hari cuti balik rumah ayah. Tak niat nak tinggalkan terus. Tapi lepas kami habis pindah semua barang esoknya pengumuman lockdown, dekat 2 tahun tak dapat balik tengok ayah.
Haih kesian ayah tak ada angin tak ada ribut tiba – tiba gone, call apa pun tak ye la masing – masing eg0 tak nak mengaku salah masing – masing. Saya hanya mampu melihat je la. Macam mana boleh bercakap balik? Mak sed4ra saya call mak bagitau masa raya ayah nangis sebab tak jumpa saya (dia tak kesah mak hilang dia kisahkan saya je), ye la raya pun tak balik sebab tahun tu kan tak boleh beraya.
Lepas mak dengar cerita mak sed4ra saya mak rasa kesian. Jadi lepas je lockdown dah boleh keluar rumah mak cepat – cepat balik. Tapi tak ada la minta maaf semua sebab pada mak elok laa ajar sikit ayah hidup sendiri. Selama 2 tahun mak hilang ayah terp4ksa kerja balik kalau tak m4ti kebulur.
Tapi itulah ayah punya kerja sebab nak surv1ve, masa kami balik rumah dah macam rumah h4ntu, dengan rumput semua tak p0tong, dengan pokok – pokok menjalar masuk ke rumah, lantai tak sapu, tak lap. Ayah duduk dalam semak samun.
Mak kemas rumah semua bagi elok balik. Sampai sekarang masih dengan rutin yang sama, hari cuti balik kemas rumah ayah. Tapi bagus la, lepas mak tinggal ayah, ayah berubah, ayah rajin kerja, kalau ada duit lebih sikit ayah bagi buat belanja, ok la nampak la perubahan tu. Setiap kali teringat rasa lawak pun ada sebenarnya. Entahla nasib orang lain – lain. Itu saja kisah dari saya, – Dior (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Norizan Mamat : Salam, ibu confessor bijak. Tahu apa yang nak, tau apa yang perlu dibuat. Nasib baik tak ada ustaz cakap d0sa tinggalkan suami bla bla bla… Semoga confessor dan keluarga bahagia. Jangan takut berkahwin, tapi takutlah kalau kita jadi B0DO bila suatu masa dan keadaan perIukan kita CERDIK.
Donna Karan : Bagus mak ko takyah wat confession laki red flag masa belum jadi laki tapi kawen gak pastu str3ss tanya pendapat org tapi tak amik langkah langsung ahhaha
Rozanne Shah : Ayah adik tu masih kanak – kanak. Baby tua. PerIukan mak, bukan suami. Tak layak kahwin sebenarnya. Sian adik ni dapat ayah camni huhu. Harap nanti dah besar, jangan cari suami camni eh. Cari yang bertanggjawab kat adik dan keluarga. Take care, hugs
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.