13 tahun kahwin, aku ada 2 orang anak lelaki. Lama – lama tahap kesabaran aku hilang. Balik kerja aku terus mandi masuk bilik. Aku main HP je sampai tertidur. Anak – anak biarlah dorang pandai sendiri nak makan apa, janji perut aku kenyang. Aku penat mereka buat aku macam orang gaji..
#Foto sekadar hiasan. Aku dah 13 tahun berumahtangga. Dulunya aku sorang yang sangat ceria, suka betul mengemas rumah, macam – macam nak dihias. Lama kelamaan keseronokan tu dah hilang. Dah kurang main dengan anak – anak, malas nak gurau senda dengan dorang.
Balik kerja aku akan mandi, solat dan berkurung dalam bilik. Scroll hp lepas tu terus tidur. Bangun hanya untuk minum, solat dan masuk bilik semula tidur dan bangun untuk kerja dan ulang perkara yang sama esok harinya.
Keseronokan untuk mengemas, masak dan lain – lain dah mula hilang. Hanya kebencian mula datang. Syabas sy4itan, anda berjaya menghasut aku! Aku ada 2 orang anak lelaki yang sangat membuatkan aku bertambah benci untuk jadi ibu. Dipendekkan cerita ini adalah alasan kenapa aku benci dengan kehidupan berumahtangga aku dan aku memang tak layak dipanggil mak:
1. Aku nak bebas dari komitmen. Aku b0doh layankan fitrah manusia yang ingin berpasangan tanpa tahu keluarga hanya menyusutkan em0si aku. Aku semak bila balik kerja kena hadap kerja rumah yang tak pernah habis. Aku hanya nak berehat selepas seharian kerja.
Bukan melayan kerenah melampau anak – anak. Padanlah dengan muka aku. Nak beranak sangat. Hamik kau. Tak pikir nak didik anak ambik masa seumur hidup tau. Buang masa kau situ jala. Orang akan cakap, “tula orang kahwin kau pun nak kahwin”. Kalau aku tahu aku, taklah aku kahwinkan, aku bukannya tukang tilik nasib pun.
2. Aku bosan ulang nasihat yang sama depan anak – anak aku. Which is aku rasa tak masuk pun dalam kepala dorang. Buang masa sedekad saja. Terlalu lama oii.. aku bukan sesabar tu. Susah betul nak bentuk disiplin. Dah masak tak reti nak basuh pinggan periuk, dah main tak reti kemas balik.
Dah bersepah tak faham – faham nak kena sapu balik. Apa ingat aku orang gaji. Kalau kau sorang saja yang pembersih lain – lainnya tak kisah apa gunanya kan.
3. Aku benci segala benda berkaitan dapur. Aku benci dah masak, kemas. Buang masa nak kena sediakan bahan untuk masak, makan hanya beberapa minit, lepas tu basuh kemas. Rutin b0doh apa ni, aku bosan oii. Sekarang lantak la korang nak makan apa.
Aku malas nak berpenat – penat. Janji perut aku kenyang dengan apa yang ada. Kesah apa perut korang. Memandai la cari apa yang ada untuk di makan. Yang penting lepas masak kemas balik. Tak kemas hadapla nanti.
4. Aku meluat habiskan duit untuk anak – anak aku. Macam aku petik saja duit tu dari pokok. Dari kecik aku hidup susah, ingat dah kerja bolehla beli apa yang aku nak. Tapi asyik kena dahuIukan anak – anak, dapur, bil – bil, yuran.
Aku nak hidup senang oii.. Aku pun ada impian aku jugak. Ada adik – adik, mak ayah nak kena tolong jugak. Ni asyik mintak duit duit. Kalau buat kerja rumah sejukla jugak hati aku nak hulur duit pun. Pandai pulak ambik tanpa izin. Duit aku dah siap simpan untuk kegunaan sebulan dah lari budget. Sapa nak kampoiii???
5. Aku benci yang amat tengok benda kotor. Aku benci sangat bila anak – anak aku tak gosok gigi, tak sabun. Kecik – kecik punya la aku ajar takkan dah besar panjang pun nak kena gosokkan lagi. Dah tu tak reti nak flush bila guna jamban.
Pantang betul masuk bilik air ada benda timbul dengan bau – bau tu. Serius la bila tengok orang tak gosok gigi ni aku rasa tumbvk ja gigi tu. Dengan hingus – hingus yang tak reti nak kering keluar dari hidung anak sulung setiap masa lagiIa buat aku angin.
Macam – macam ubat / supplement aku beli tak nak pakai tak nak telan. Bila s4kit gatal sana sini memang aku buat pekak badak ja. Aku bukan macam mak – mak yang baik kat luar sana. Aku jenis biar anak – anak aku nampak sebab dan akibat.
Bila dah bertahun – tahun ulang nasihat sampai aku ni layak jadi pakar penasihat pun anak aku masih macam tu lantak jala. Kisah apa aku dah suka sangat dengan kotor rasakan jala. Kena kudis buta 1 badan pun kau tak serik nak expect apa lagi.
6. Aku benci hidup zaman gadjet ni. Surrender betul zaman hp. Tiap kali aku pegang hp anak – anak berduyun datang nak hp, jadi susah nak buat kerja kalau di rumah. Punya buat per4ngai menguji petala langit kalau aku tak bagi.
Sama je si sulung dengan bongsu. Kalau aku bagi tak reti nak stop. Cakap baik tak jalan, memang ada yang melayang la. Ingat sabar mak kau setinggi gunung everest. Kira aku bagi main game sejam dua dah cukup baik dah tau daripada tak bagi langsung. Memang aku h4mbat korang main kat luar pecahkan peluh daripada pecahkan otak depan gajet tak guna.
7. Aku benci anak – anak aku diajar bapak dorang makan jajan. Macam dah tak boleh nak kontrol dah. Pengasuh pun asyik upah gula – gula je. Aku dah warning laki aku kalau anak – anak s4kit dek jajan tu memang aku tak akan ambik cuti jaga, bermalam kat hospitaI.
Pandai – pandailah laki aku urus. Aku bukan jenis suka cuti. Dalam setahun belum tentu aku guna cuti aku. Sebab aku jenis tak suka susahkan orang lain dengan tinggalkan kerja aku pada dorang. Walaupun aku tahu m4ti esok dorang tak kisah. Tapi aku suka bila aku kerja. Aku rasa bebas, tenang bila kat tempat kerja. Tak macam aku di rumah
8. Aku letih nak pastikan anak – anak aku mengaji setiap malam, buat kerja semua tu. Entah bila nak khatam pun tak tau. Kerja sekolah memang selalu la tak siap. Sampai lama – lama aku lantakkan je nak buat buat tak nak lantak kau.
Tapi time exam memang aku push kaw – kaw. Jangan tawakal sebelum usaha. Itu pantang aku. Macam rigid sangat kan aku? Aku selalu pesan kena ada ilmu kalau nak senang berjaya di kemudian hari. Sebab nak bayar harga keb0dohan sangat tinggi.
Ya aku tau aku meIampau. Orang akan cakap aku tua nanti anak – anak aku takkan jaga aku. Padan muka aku. Masa kahwin dulu aku dah tetap anak – anak aku bukan liabiliti. Maksudnyanya aku lahirkan dorang bukan dengan harapan dorang akan jaga aku bila tua. Tidak. Aku tak tetap macam tu.
Doa aku (orang macam aku ni solat – solat jugak, doa – doa jugak) setiap hari biarlah kem4tian aku tak susahkan anak – anak dan orang keliling aku. Nak m4ti – m4ti terus. Aku pesan pada anak – anak aku tak perlu susah – susah nak jaga aku, hantar ke rumah orang tua pun aku ok.
Orang akan nasihat aku banyakkan solat, berzikir, berdoa, bersabar. Aku hanya mampu senyum saja. Sebab yang memberi nasihat tu tak diuji kaw – kaw. Orang tak tahu betapa lama aku bertahan, betapa lama aku berharap dan berharap.
Aku masih bersabarlah ni. Kalau tak sabar dah lama jadi benda buruk. Sebab tu bila aku dengar kawan – kawan aku luahkan apa – apa, aku takkan sesekali cakap bersabarlah.. berzikirla.. dan blablabla. Sebab aku tahu ayat aku tu tak sesuai untuk yang dah lama sangat bertahan. Cukup aku dengar dan usap belakang.
Nak cerita 1 persatu memang terlampau banyak tekanan. Mesti tertanya – tanya pasal suami aku kan. Dipendekkan cerita laki aku ni banyak hutang dan taula macam si bini ni kan bila ada laki macam ni. Lain – lain paham la sendiri.
Entah apa tujuan aku luah sini pun tak tahu la. Cuma aku dah lapangkan fikiran aku sekarang ni. Hari – hari aku harap anak – anak aku cepat membesar dan keluar dari rumah ni dan dapatkan kehidupan di luar sana yang lebih bahagia.
Aku tahu dorang sesak nafas hidup bermakkan seperti aku. Aku tahu jiwa dorang member0ntak dan aku tahu kesan dari perbuatan aku. Cuma aku harap dorang faham bila dorang ada keluarga dorang sendiri. – Aku Bukan Mak (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Nur Kasih : 1st ko penat. 2nd sebenarnya ko problem dengan suami bukan dengan anak. 3rd dalam rumah tangga ko, gagal dalam komunikasi. 4rd. Ko acah blagak kuat. Konon lantak pi anak ko tu tapi aku percaya sangat, jauh di sudut hati ko.. ko sayang sangattt anak – anak ko tapi ko jadi keras sebab penat.
Ko jadi cmni sebenarnya sebab hubungan ko suami isteri. Nak share cite sikit. Aku pjj.. anak – anak sume aku jaga. Aku keje dlm bidang kesihatan. Penat mentaI fizikai. Kadang – kadang smpai aku menangis sorang – sorang sampai tahap meraung.
Penah terfikir macam ko la. Lantak laa anak – anak nak jadi ape. Terkeluar dari mulut aku “menyusahkan aku” tapi satu masa Allah uji aku. Anak – anak aku tak sihat, s4kit demam panas sampai tak boleh buka mata. Hati ibu mana yang kuat.
Dari situ aku sedar. Aku perIukan anak – anak aku. Mereka tak perIukan aku sebab mereka milik Allah tapi aku sangat perIukan mereka. S4kit beranak kan mereka. Jadi mereka nyawa aku dunia akhir4t. Aku doa dengan Allah bagi anak aku sihat.
Aku tak kisah diorang nak bersepah. Aku tak kisah sume tu. Mereka tak susahkan aku. Mereka baik. Jadi jangan tarik mereka dulu. Bagi peluang aku dan suami jaga mereka. Dan now alhamdulillah aku tak ubah mereka. Aku ubah diri aku dulu.
Aku slow – slow jadi bonda yang cool boleh bercakap, jadi budak – budak dengan mereka. Main sama – sama. Marah bile perlu. Nak sepah boleh. Jom sama – sama sepah dengan bonda. Next jom kemas sama – sama. Yaa aku nak enjoy journey aku jadi bonda.
Dan dulu aku suke pendam dan now aku suke mengadu dengan suami. Event benda kecik pon aku akan cite. Suami aku pendengar yang sangat baik. Alhamdulillah sekarang tak pjj sangat. Bile perlu je suami aku outstation tu pon tak lama. Bile suami aku ada dalam sebulan suami aku wajibkan aku pergi “me time”. Tu je nak share. Harap tt bole baca kisah aku.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.