Selama ni aku ingat isteri seronok duduk rumah mak ayah dia masa aku outstation. Tak sangka azab yang dia terima, dilayan macam h4mba. Aku tahu cerita sebenar dari anak saud4ra aku sendiri. Satu hari, anak saud4ra tanya aku soalan cepumas..
#Foto sekadar hiasan. Aku Ghazi, seorang suami, merupakan anak tunggal. Isteri aku Hani, anak bongsu. Isteri aku ada seorang abang, Jon dan seorang kakak, Siti. Kiranya mereka berdua ini ipar aku. Oh ya, isteri aku c4ncer surv1vor.
K4nser apa, biarlah kami berdua saja yang tahu. Masih rezeqi berdua, belum bertiga atau berempat. 4 tahun berkahwin. Isteri aku hadap k4nser masa tahun kedua kami kahwin. Ok cukup intro. Aku kerja surveyor sebelum berkahwin, dan waktu PKP 1, aku dapat job as outsource drone operator dan big data analyst.
Jadi banyak kena outstation. Jadi bila outstation, isteri aku banyak duduk dengan family dia sendiri, walaupun family aku ada je ajak duduk dengan dorang sekali. Aku fikirkan untuk kebaikan bersama, biarlah isteri aku duduk dengan family dia.
Ternyata bukan kesenangan yang isteri aku dapat, lebih azab dari yang aku fikirkan. Setiap kali aku outstation, setiap kali jugaklah isteri aku dilayan macam h4mba oleh kakak ipar aku. Ada saja benda tak kena dalam rumah.
Ibarat macam kak ipar aku ni, Siti, anak kesayangan, isteri aku ibarat di anaktirikan. isteri aku masak, dorang tak makan, dibuang. Siti masak, habis licin family isteri makan. Kadang – kadang isteri aku buat sarapan roti telur, tak disentuh pun family isteri.
Tapi Siti buat menu sama, habis dijamah safu family. Banyak lagi terjadi, tapi aku tahu cerita ni bila anak buah aku yakni anak Siti, tanya aku soalan cepumas. Dia tanya kenapa isteri aku masak, grandpa dengan grandma tak makan, tapi bila mak dia masak benda sama, grandpa and grandma makan.
Aku tanya mentua aku tapi dinafikan. Katanya tak kena selera dan sebagainya. Aku tanya isteri aku, alih – alih nangis dan dah reda nangis baru dia cerita. Itu tak termasuk lagi kes kami nak pindah rumah sewa. Orang yang paling lantang menentang adalah kak ipar dan pak mentua sendiri.
Diberi alasan nanti mak ayah s4kit, siapa nak jaga di rumah. Siapa nak masak, basuh baju, sidai dan sebagainya. Boleh pulak ditambah mengatakan rumah sewa kami macam sangkar burung. Sangkar burung pun, rumah landed dan selesa.
Dapat berteduh dan dapat jiran yang baik. Sewaktu kami family meeting, isteri aku banyak diam dan aku pun sama. Banyak mendengar salakan dari pandangan. Sampai turn aku cakap, aku sepatah pun tak bersuara. Sebab aku malas. Dik4ta pulak Siti, aku ini kurang ajar. Kurang adab.
Aku senyap dan memgiyakan saja. Iya la, dalam adik beradik, kak ipar aku seorang ja yang dah ada rumah. Abang ipar, Jon masih menyewa. Ada satu ketika, pak mentua aku pernah minta tolong aku untuk join loan rumah persaraannya.
Aku jawab kerja aku takda slip gaji sebab commission based dan bukan fixed based. Terus tarik muka. Padahal diri tu dah pencen, duit pencen pun berlambak. Boleh je cari rumah second hand. Tapi tak nak kalah, nak beli rumah banglo 2 tingkat. Parking boleh masuk 2 – 3 biji kereta. Harga? 600k++.
Adalah somewhere in Singapore Copy Ori state sini. Lokasi dirahsiakan. Aku tepuk dahi. Aku tanya kenapa tak join loan dengan kak ipar aku, si Siti. Pak mentua aku jawab sebab dia kerja pun takdak slip gaji. Jadi 2×5 macam aku jugak la. LOL.
Raya. 4 kali raya juga lah kami wayang suasana raya. Kononnya kami anak menantu keluarga harmoni sewaktu jiran serta rakan menziarahi rumah mentua aku, padahal senyuman tu hanya lakonan semata – mata. Nak tahu kenapa?
Setiap kali raya, akan ada rumah terbuka. Persiapan rumah terbuka sangat memenatkan. Aku sanggup cancel job luar negara semata untuk meraikan raya serta merasai suasana open house. Tapi semua itu mimpi. Mentua aku orang berumur.
Seeloknya upah katering, aku sanggup keluarkan duit bayaran. Tapi? Nak jugak bersengkang mata menyiapkan juadah. Menu pulak tak nak kalah. Sate, laksa, mee udang, nasi ayam, nasi tomato. Juadah macam nak kenduri kecil, tapi yang menyediakan bahan?
Hanya berempat, aku, isteri aku, abang ipar aku dan isteri dia. Kakak ipar aku Siti lesap. Katanya beli baju raya last minute. Aku pun mengiyakan saja. Setakat sekali takda masalah, ni 4 kali raya, 4 kali juga last minute buy.
Diskaun katanya. Mentua aku, dah tau umur veteran, tak payah la nak open house. Dibangkangnya aku, cakap aku tak hormat tradisi family, dan aku hanya orang luar yang cuba mengacau adat keluarga. Aku lebih risaukan kepenatan nak mengemas, membasuh dan mencuci rumah selepas open house.
Maklumlah rumah banglo 2 tingkat, atas bawah di penuhi tetamu. Don’t ask me why, it’s their own arrangement. Yang mengemas? Aku, isteri, abang ipar dan isteri dia. Eh kak ipar aku, Siti dengan suami dia mana eh? Rupanya pergi open house rumah kawan depa.
Bukan sekali raya ya, 4 kali raya, mesti mengelak kemas rumah. Raya 2022 kali ni antara paling konflik sekali, di mana aku dan isteri dah bersetuju untuk balik ke kampung kelahiran isteri di Negeri Cik Siti Wan Kembang.
Nak jadi cerita, sewaktu awal puasa, isteri aku undergo minor surgery di perut dia, laparoscopic surgery dan melibatkan bahagian peranakan dia. Jadi doktor nasihat untuk berehat lebih kurang 2 – 3 bulan, berg4ntung pada kesihatan fizikaI serta kadar kesembuhan isteri.
One week sebelum raya, lepas check up, doktor bagitahu yang kadar kesembuhan isteri lebih cepat dari dijangka dan isteri boleh travel jauh sikit la. Jadi isteri happy lah, raya nanti boleh balik kampung kelahiran dia. Jadi malam raya, kami balik rumah family aku di Kedah, and beraya di sana.
Raya kedua ikut family aku beraya sekitar Kedah (Jammed teruk baq h4ng) dan raya ketiga baru balik kampung isteri. Masa raya kedua, kak ipar aku, Siti telefon dan bagitahu tak payah balik kampung isteri sebab nanti isteri aku s4kit, susah nak jaga dekat kampung dan yada yada yada.
Aku pun masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Kami balik jugak dan stay sana seminggu. Dan disebabkan kononnya kami balik seminggu, menyebabkan open house rumah mentua aku terp4ksa ditunda. Alasannya kami nak ngelat untuk gotong royong open house.
Aku dapat tahu berita ni dari isteri aku sendiri. Dan dari mak saud4ra isteri aku yang bertanyakan dekat aku, kenapa kami stay lama dan tak balik rumah mentua untuk bantu open house. Aku senyap dan makan kuih akok macam biasa saja la, layan Pok Ya Cong Codei, menjawab pun tak guna kata orang.
Open house tahun ni aku rasakan paling senyap aku pendam sebabnya, waktu masak, kakak ipar dan mak mentua aku masak semuanya. Alih – alih diperli isteri aku tak bantu di dapur. Kemudian sewaktu open house, isteri aku tak semena tumpah d4rah, jadi dia letih dan tak larat nak bantu di tingkat bawah.
Aku banyak bantu di dapur dan jamu tetamu. Pak mentua aku relax melayan tetamu sambil hisap r0kok dan memberi arahan untuk hidangkan makanan serta beri arahan untuk angkat pinggan cawan gelas mangkuk hayun ke dapur.
Sikit pun dia tak bantu, dia banyak membantu kepada pencemaran ud4ra sebenaqnya. Waktu aku di dapur basuh pinggan, kak ipar aku si Siti ni, ada la usya – usya aku basuh sambil buat muka. Sampai lah habis open house, isteri aku ada turun bantu kemas rumah walaupun dia tumpah d4rah sikit.
Malam tu, ada perbincangan keluarga. Kononnya post mortem open house. Ditegurnya aku tak menyapa tetamu kehormat yang datang rumah seperti pegawai, dato, datin dan sebagainya. Aku mana la kenal sebab tak pernah diberi peluang berkenalan. Dipanggil aku b0doh sombong oleh pak mentua aku.
Raya k0rban tahun ni pun, rasanya aku dengan isteri aku yang “terk0rban”. Sebab apa? Kami dah bincang untuk balik rumah family aku, dan buat k0rban sana. Family aku tumbang lembu seekor tahun ni, dapat rezeqi lebih ayah aku naik pangkat serta isteri aku dapat kerja baru.
Jadinya family aku sepakat untuk meraikan. MaIangnya, planning k0rban terganggu bila mana pada hari raya kedua, hari yang sepatutnya kami k0rban lembu, kami kena panggil balik rumah mentua aku, atas arahan pak mentua aku. Sebabnya?
Hari itu juga depa buat open house raya k0rban. Jadi, lepas setel tumbang lembu, terus kami balik rumah mentua aku. Perjalanan sejam tu terasa penuh dengan rasa meluat. Isteri aku nangis tapi aku tenangkan dia. Dia rasa sedih sebab tak dapat raya k0rban dengan family aku.
Maklumlah menantu tunggal, memang kesayangan mak ayah aku. Ditatang isteri aku tu mengalahkan aku. Sampai rumah mentua, aku terus ke dapur dan urus apa yang patut. Baju? Tak tukar pun, baju lekat bekas d4rah tu juga aku pakai, nak menunjukkan baru lepas k0rban lembu, terus datang. Pak mentua aku sound on the spot depan tetamu. Dicakap aku tak hormat tetamu dengan pakaian sedemikian.
Aku singsing lengan baju melayu aku dan terus buat seperti biasa. Malam tu ada perbincangan keluarga dan ya, aku bertik4m lidah dengan pak mentua aku, serta kak ipar aku, Siti. Mak mentua aku banyak tenangkan suami dia serta isteri aku.
Aku kesian dengan mak mentua aku, dah macam h4mba abdi. Kak ipar aku? Tak berguna langsung. Dia menyebeIahi pak mentua aku dan suami dia? Layan telefon. Layan whatsapp. Layan TV. Aku luah sikit saja apa yang terbuku di hati. Sikit saja. Dah melatah satu rumah.
Masa isteri aku s4kit k4nser dan kena warded, aku sendiri bawak jumpa dengan doktor pakar kerajaan dan swasta, bertanyakan pendapat di manakah tempat terbaik untuk berubat. Apa penyelesaian terbaik bagi merawat isteri aku.
Apa jenis k4nser yang dihidapi isteri aku. Siapa yang sanggup berulang alik dari selatan ke utara semata – mata untuk hantar isteri berubat kem0terapi. Ayah aku sendiri sanggup hantar anak menantu dia selama 1 jam perjalanan untuk rawatan.
Sewaktu isteri aku discaj, aku bawak balik rumah family aku. Sanggup mentua aku datang ke rumah family aku, semata – mata untuk mengambil isteri aku dan bawak balik sana. Bukan datang melawat ya. Datang ambil.
Tanpa ada persetujuan dari aku sikit pun. Sewaktu aku dan isteri bersetuju admit hospitaI kerajaan, ditentang kuat dan disuruh admit swasta. Sampaikan sanggup jumpa doktor hospitaI, untuk pindahkan isteri aku ke hospitaI lain.
Sikit pun tak tanya aku sebagai w4ris yang sah. Sampai doktor telefon aku, bagitahu yang isteri aku dipindahkan hospitaI atas urusan peribadi dengan persetujuan bersama oleh aku dan ahli keluarga. Padahal aku tak bersetuju dan tak diberitahu pun.
Aku sendiri suruh doktor tahan isteri aku. Masa sampai di hospitaI, muka pak mentua aku dah merah menyala menahan marah. Ditengking aku dan ditinggi suara. Ibarat aku yang bersalah. Aku senyap. Doktor dan pelawat serta pak guard jadi saksi aku diherdik mentua sendiri.
Akhir sekali, duduk jugak hospitaI kerajaan dan tak pindahkan isteri. Isteri aku depr3ssion, aku dan family aku yang jaga. Mak mentua aku ada tahu benda ni tapi aku pesan suruh senyapkan sebab nanti tak nak kecoh. Tak nak jadi isu, sebab confirm kesalahan depr3ssion tu jatuh atas aku, si suami.
Padahal isteri aku depr3ss sebab k4nser dan jugak ahli keluarga dia sendiri tak support dia. Masa dia warded, mana ada datang melawat. Video call pun tidak. Aku sendiri sengkang mata overnight di hospitaI. Terima kasih pada nurse yang bertugas pada waktu warded, jasa anda amat aku hargai dan sanjungi.
Aku rasa cukup lah di sini. Sekarang kami dalam proses pindah rumah sewa baru jauh dari keluarga isteri, tapi dekat dengan tempat kerja isteri. Aku pula diberi peluang untuk bekerja dari rumah, sehinggalah projek di Pengerang bermula. Nanti dah start, akan banyaklah aku outstation.
Dan aku dah pesan dengan isteri aku, boleh balik rumah family aku kalau aku outstation. Entahlah Labu, banyak benda nak diluah, tapi tak terluah. Maklumlah lelaki, banyak memendam dalam hati. Demi menjaga keselamatan pasangan, menjaga keharmonian rumah tangga, dan menjaga tatasusila perkahwinan, k0rbanlah apa yang patut.
Do what you got to do as a gentleman. Mungkin itu lebih baik, kerana melihat pasangan hidupnya gembira dan senyum, adalah kebahagiaan seorang lelaki dan suami. Aku bukanlah suami terbaik, tapi aku cuba menjadi yang terbaik bagimu.
Sabarlah dalam menunggu rezeqi anak, kelak akan tiba jua. Biaqlah kita nikm4ti rezeqi berdua ini isteriku, lagipun dah sem4kin sihat. Banyak peluang cover balik cuti honeymoon kita nanti. Sekian coretan aku. Terima kasih kerana membaca tulisan tak seberapa nilai ini demi mengisi masa lapang anda.
Kepada yang tanya aku cerita atau tak dengan family, ketahuilah yang family aku tahu semua cerita perkahwinan kami tapi sedikit pun tak masuk campur, malah mak ayah aku banyak nasihatkan kami serta keputvsan semua di tangan kami.
Mak ayah aku terima dengan hati terbuka atas apa terjadi pada isteri aku, menantu kesayangan mereka. Tambahan mak aku sangat memahami kes4kitan isteri aku sebab mak aku jugak k4nser surv1vor. Ya, bekas pes4kit k4nser stage 4. Macam mana mak aku semangat ju4ng, begitulah dia salurkan pada menantu kesayangan dia. Undur diri dulu ya. Selamat berehat. – G (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Jimmy Hält Dein Bier : Bro I respect you. Kita kena sayang sama bini kita. Bawa dia jauh – jauh dari famili dia. Too t0xic. Kalau mentua ajak g4duh kita g4duh lah. Ingat, isteri tu tanggungjawab kita. Nanti kalau depr3ssion susah. Focus pada treatment. Kita boleh dicop kurang ajar ke apa kalau buat gini tapi saya percaya tuhan akan maafkan kita. Stay strong and you have my support
Nur Shahira : Kuwajaq pak metua h4ng ni. Dok sibuk suh hormat tetamu dato tan sri dia bagai. Dia tak boleh plak hormat hak h4ng, sebagai suami anak dia. Geram betui part warded tu. Aihhh betul la tu, bila jadi parents ni, nasihat boleh, jangan sampai masuk campur buat keputvsan untuk anak menantu pula.
Yes, sebagai suami, elok la bertegas dan pert4hankn isteri. Anda tu bff isteri h4ng. Jaga dia dunia akhir4t, tanggungjawab tu. InsyaaAllah semoga kalian ada rezeki mempunyai zuriat sendiri.
Nora Osman : Sanggup tt buang eg0 hadap mentua dan ipar yang over sangat – sangat tu semata supaya isteri dapat berbakti pada kluarganya.. Bagi saya, jika isteri tt nak kembali sihat dan ceria. Kena utamakan tt dalam segala hal. Sanggup dia melihat tt ‘ditunggang’ keluarganya ye.. Fokus jelah dengan keluarga tt yang lebih sayangkan dirinya.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.