Abah duduk bilik hujung dapur, takde lampu. Mak suruh abah solat dalam gelap. Abah mengaji pakai touch light. Makanan pun mak asingkan, abah kena makan dekat meja luar rumah. Dari kecik aku nampak abah dilayan teruk. Diam – diam aku pergi cari ubat, tak sangka ini jawapan yang aku dapat. Lagi pelik mak mesti tahu apa yang aku buat…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Ini pertama kali aku luahkan dekat sini jadi biar aku kenalkan diri aku dulu. Aku Ms. Cat berumur lewat 30-an, masih belum berkawin dan menetap di selatan tanah air. Aku ada sorang kakak, sorang abang dan aku adalah anak yang bongsu.
Kakak dan abang aku dua – dua dah kahwin. Terlalu banyak konflik dalam keluarga aku sebenarnya tapi untuk kali ni aku fokuskan kisah tentang mak. Ye, mak aku. Aku menulis bukan untuk mengaibkan keluarga aku apatah lagi mak yang aku sangat sayang.
Satu – satunya mak yang aku ada dalam dunia ni, cuma aku mahu kisah ini dinilai dan dijadikan tauladan untuk kita semua. Besar hati aku kiranya pembaca sekalian dapat memberikan pandangan dan jalan yang terbaik apa yang harus aku buat.
Cerita ni agak panjang yelah berpuluh tahun punya pendam tapi aku akan cuba ringkaskan sependek yang boleh. Bermulanya mak aku ni nampak macam mak yang normal pada pandangan orang luar. Tapi pada kami sekeluarga, mak bukan biasa – biasa.
Apa yang aku ingat sejak aku darjah 4 ke 5 hubungan mak dengan abah aku dah tak baik. Sebab tu akulah anak yang terakhir keluar. Diorang ni selalu sangat berg4duh, bertengkar, caci m4ki, masa tu aku ingat lagi sampai abah aku nak keluar dari rumah.
Puncanya mak aku cemburu buta. Tapi sampailah sekarang mereka masih bertahan sebab aku tengok abah aku banyak buat tak layan je, dah tua – tua malas dah nak g4duh. Abah aku sangat sabar, tapi kadang – kadang sampai satu tahap aku fikir abah aku ni dah jatuh dayus.
Dayus sebab mak aku berkuasa penuh dalam rumah ni. Dari segi membuat keputvsan hinggalah bab perbelanjaan. Abah aku bekerja sorang, mak aku suri rumah sepenuh masa. Ha.. tu baru mukadimah. Apa yang pelik mak aku ni? Banyak sangat.
Mak aku memang tak suka abah aku dari aku kecik. Suka tengking, marah – marah, semua jadual hidup abah, mak yang aturkan. Sampai nak pergi berjemaah di masjid pun dia cuma benarkan pada hari Jumaat, terawih, sembahyang raya.
Tu je, yang lain semua solat kat rumah. Abah aku ni gigih sebenarnya nak berjemaah, yelah umur dia bukan muda lagi. Kesiankan.. Bilik mak abah aku memang dah lama asing. Abah aku dapat bilik paling hujung dapur, tak de lampu.
Dia suruh abah aku solat kat rumah, abah aku solat dalam gelap. Kadang – kadang abah mengaji pun pakai touch light, bayangkanlah k3jamnya mak aku ni. Makan abah aku memang mak aku masakkan, tapi dia asingkan awal – awal.
Dia tak akan bagi abah aku makan sama dengan anak – anak. Abah aku akan makan sorang je dekat meja dapur bahagian luar. Aku sekali sekala balik nak sangat rasa makan satu family. Bayangkan bulan puasa pun sama, kami makan kat dalam ramai – ramai tapi abah aku kat belakang sorang diri.
Anak – anak takde siapa yang berani bangkang sebab mak aku ni kalau ditegur lagi – lagi kalau pasal abah aku jawabnya, kau gali kubvr tanam diri sendiri. Benda ni dah berlanjutan berpuluh tahun. Jadi kami cuba pujuk hati biasakan diri.
Lagi satu mak aku punya panas baran lain macam. Kalau ada yang dia tak puas hati, pinggan pun boleh terbang, pintu, tingkap semua dia hempas. Caci m4ki ni makanan kami dah. Kakak aku pernah pindah duk dengan mak aku ni, tapi tak boleh sabar sampai dia pindah kat tanah mak mertua dia.
Alhamdulillah sekarang aku tengok dia dah bahagia. Abang aku pulak memang duk rumah sama dengan mak aku ni tapi abang aku bijak sikit dia pisahkan rumah atas dengan bawah. Jadi dia tak share rumah, so kurang sikit tekanan.
Aku ni pernah lepas kakak aku merajuk pindah, aku kesian dengan mak aku. Jadi aku buat keputvsan yang salah, berhenti keje dan pindah duk sekali untuk temankan dia. Aku rasa aku ni paling sabar dalam 3 beradik ni tapi aku terima nasib yang sama.
Masa mula – mula pindah ok sebab masa tu aku ada simpanan jadi tak harap duit dia. Tapi lama – lama aku dah kering duit. Kerja pulak tak dapat – dapat lagi, mak aku dah mula mengungkit – ungkit yang tak best dia suka mengata anak menantu kat jiran – jiran.
Ada makcik bawang depan rumah ni mengadu balik pada kami anak – anak ni. Aku bukan tak pernah rujuk benda ni kat orang – orang tertentu, dah banyak tempat aku pegi. Jawapan semua sama, mak aku ada saka. Saka tu yang kawal mak aku ni, aku dah berubat macam – macam tanpa pengetahuan mak aku tapi masih Allah belum bagi jalan.
Ha, cerita pasal saka ni aku jadi seram. Saka tu macam boleh bagitahu dengan mak aku kalau anak – anak dia ada buat something. Senang cerita dia tau orang ubatkan dia, silap – silap aku tengah tulis ni pun saka tu tengah baca sama.. ishhh. Ok lah, mak aku dah panggil ni, mak ke saka dia pun tak tahu yang panggil.. -Ms. Cat yang suka kucing-
Komen Warganet :
Nurhidayah Binti Kamarudin : Aku rasa aku sedih sebab tak kahwin lagi. Tapi bila miss cat ni bercerita pasal mak dia level fir4un punya derh4ka pada ayah dia, terus aku terfikir takpela sementara ni nikmat aku takde derh4ka pada suami.
Miss cat, awak tak pernah rasa serba salah langsung ke biarkan ayah makan sorang – sorang kat belakang. Menitik air mata saya bila saya baca confession awak ni. Ape nak jadi?? Ayah awak sendiri dibiarkan keseorangan??
Awak langsung tak dapat meIawan ke?? Awak bukan derh4ka pada mak pon kalau awak repair lampu bilik ayah awak, makan sekali.. Dan lauk – lauk tu. Please la awak masak. Jangan bagi mak masak bagi ayah. Aku risau mak kau taruk macam – macam pada lauk ayah kau.
Tolongla.. Ayah kau aku rasa umurnya da berapa dah sebab kau pon da 30-an.. Wake up!! Wake up sis!! Rawat diri kau dulu, lepas tu carila kerja ape – ape jaga ayah kau tu. L4wan jela cakap mak kau tu.. demi ayah kau. Bukan meIawan suruh bagi dia menangis tapi pert4hankan ayah kau.
Wanie Mat Dris : Hubungan suami isteri ni susah nak cite. Mungkin ade sesuatu yang pernah berlaku dalam hubungan diorang yang u tak tau. Buat mak berd3ndam dan ayah rase bersalah. Ade je kes yang mak ayah takde g4duh pape tapi tetiba umur 50 tahun mintak cerai sebab alasan dah lama sabar tapi fikirkan anak – anak.
Mungkin ade baiknye go with the flow tapi dalam masa yang sama berubatkan mak dengan ayah sekali. Mintak pandangan dari ustaz yang boleh ubatkan or doakan benda cenggini.
Husna Diya Lim : Cerita bab saka ni, aku teringat arw4h mak kawan baik aku ni ada saka. Kalau anak – anak ada masalah, tiba – tiba mak dia call. Contoh: “Awat la kete rosak takcall mak?” Aik? Kete rosak pagi tadi xde sape pun tau, tapi mak dia dah tau.
Macam – macam lagi lah. Kasut Nike aku hilang pun mak dia tau. Mak dia kata, pi cari kat bilik no sekian – sekian. Adoiiii jumpa pulak tu. Dulu aku banyak kali tido umah kawan baik aku ni. Umah dia ni toilet kat luar. Satu malam tu aku nak k3ncing, k3jutkan kawan ajak teman.
Kawan teman la ke toilet luar… pastu aku nampak mak dia tengah kutip buah kelapa dalam gelap. Aku tegur “makcik buat apa?” Kawan aku cuit aku… “ko pi k3ncing je, aku ngantuk. Cepat sikit” esoknya, dia cakap tu saka mak dia.
Woiii terp3ranjat aku. Satu lagi, tengah makan malam kat umah mak dia tiba – tiba blackout. Tengah sibuk – sibuk cari lilin, mak dia bersuara “Assalamuaalaikum cucu cicit aku… bla bla bla…” rupanya saka mak dia tengah bagi ceramah.
Dia pesan benda baik – baik. Menggigil la aku… hahaha. Suara pun lain dari suara mak dia. Tiba – tiba mak dia pengsan dan lampu on seperti biasa… peluh tiak aku, ok. Setelah bertahun lamanya dan aku pun dah berkahwin beranak pinak, secara kebetulan aku duduk di KL satu kawasan dengan kakak kawan baik aku ni, kak ina (bukan nama sbnr).
Kak ina bawa arw4h mak dia dok dengan dia sehingga arw4h meninggaI di sini. Waktu arwh nak meninggaI, dia s4kit, kurus badannya tapi kuat makan. Kadang – kadang aku pegi umuh kak ina sebab kami pun rapat. Mak dia takleh bangun dah. Terbaring je…
Aku ke dapur masak – masak dengan kak ina. Bila aku ke depan, nampak mak dia bangun tutup suis kipas. “Sejuk” katanya sambil senyum pandang aku. Adoiii gugur jantung… padahal sepatutnya terlantar takleh jalan dah. Aku cite kat kak ina, kak ina kata “toksah layan saka dia. Akak pun takut”
Cucu – cucu arw4h pun selalu nampak arw4h merata – rata tempat, shopping kompleks pun pernah nampak. Depa buat bahan lawak je… “h4ntu pun menyopping, hahah” Saka tu pusing – pusing cari siapa anak cucu cicit yang nak terima dia. Huhu… sejak arw4h dah tak ada, saka tu hilang ntah ke mana. Sebelum hilang tu, jenuh berubat gak la.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.