Aku s4kit menjadi wanita, ya Allah. Aku s4kit meneruskan tugas aku tanpa dihargai. Dikala ayah s4kit dan dikejarkan ke hospitaI, terp4ksa juga melayan suami sebelum dia bersetuju membawa balik kampung menemui orang tua yang s4kit. Kalau tak ikut kehendak suami nanti akan diIaknat..
#Foto sekadar hiasan. Kebanyakan perempuan yang bertukar imam dari ayahnya kepada suaminya akan terpinga – pinga bab ini. Ketaatan kepada suami dan s3ks ibarat taboo yang tidak boleh langsung dibincangkan dengan jelas kerana ianya ibarat membuka cerita dalam kain dan aib rumahtangga.
Maka, mer4na lah perempuan itu seorang diri, terkapai – kapai dengan ikutan agamanya dan imam yang langsung tidak boleh membimbingnya dalam bab ini. Kerana itu adalah kepentingan imamnya, mana mungkin ada cinta yang so selflessly mengenepikan kepentingan s3ks sendiri demi kebahagiaan isterinya.
Ilmu s3ks rumahtangga dan bilangan kekerapannya yang normal tidak diajarkan di mana – mana. Tiada juga dalam kursus persediaan kahwin yang kononnya menyediakan kita ke arah rumahtangga yang harmoni berlandaskan syariah islam.
Ihsan seorang suami kepada isterinya dan hikmah ihsan tidak lantang disarankankan, yang sering kedengaran ialah ketaatan isteri kepada suami sehingga sang isteri sungguh – sungguh merasa sebagai golongan yang ditindas dalam institusi kekeluargaan ini.
Dalam menjaga anak – anak kecil, kau sarapan menghirup teh dengan santainya sambil menyelak suratkhabar membaca berita, anak – anak kecil kau biarkan pada isteri untuk menyuap mereka, sambil menyusukan seorang lagi bayi diriba, kenapa lah kau tak viral sahaja?
Isteri ini makan caca merba, dalam satu mangkuk itulah sisa anak tapi tetap ditelannya demi mendapatkan bekal susu dan tenaga. Bila makan di restoran bersama keluarga besar, isteri menyusui anak dahulu kemudian makan makanan yang dah sejuk dengan lapisan minyak beku di atas lauknya, sambil semua menunggu supaya dia cepat menghabiskannya.
Anak lima tidak sekali kau mencebok mereka bila buang air tatkala keluar bersama, kau harus kemas dan kekal suci kerana kau akan solat di waktu seterusnya. Apa isterimu tidak solat? Dengan baju lengan panjang dan tudung melabuhi d4da lebih sukar menjaga air dari terpercik supaya dia juga dapat solat, menjaga kewajipannya.
Membawa anak – anak ke tandas kerana masing – masing perlu membuang air, kau cebokkan yang seorang, seorang lagi dah main air longkang tandas, seorang lagi dah buka pili tandas. Empat orang dalam satu pintu tandas, hanya seorang dewasa yang berfungsi.
Mungkin kau fikir ada isteri lebih untung dari pembantu rumah tangga, semua saja boleh dilakukannya. Sifat feminin isteri yang manja dan naif dikikis sedikit demi sedikit oleh percubaannya untuk tampak kuat di mata dunia, menggalas beban yang cukup berat di bahunya walau golongan ketua sering menidakkan sumbangannya.
Apa sangat pada isteri yang berkali – kali melahirkan, itu memang tanggungjawab mereka, seperti tanggungjawab lelaki mencari nafkah. Adakah sama berat timbangannya sehingga boleh dibandingkan tugas lelaki dan perempuan secara terus sebegitu?
Adakah semua lelaki mencari nafkah sehingga meIukai dirinya dengan Iuka luar dan dalam badan berbulan – bulan? Kemudian kes4kitan itu ditutup dengan rutin setiap hari menjaga keluarga dan juga pergi bekerja seperti lelaki di luar sana?
Nafkah batin isteri yang terkenal hanyalah s3ks di kamar. Siapa wakil ustaz yang lantang membicarakan untuk menjaga hati isteri dengan tutur kata dan senyuman, kerana isteri itu sungguh halus hatinya? Bila mana isteri yang melahirkan, keluar bekerja dan dip4ksa untuk menghadap m4ki hamun suami serta ketegasan suami tidak kena pada tempatnya, apa hatinya tidak h4ncur?
Demi agamanya, dia meletakkan kedua ibubapanya di tempat kedua setelah mengangkat suaminya ke tempat utama. Betapa dia s4kit dalam setiap proses yang kononnya mendewasakannya, sedikit demi sedikit meluputkan sifat riang manjanya sebagai perempuan yang pernah dilabel kaum yang lemah dan perlu diIindungi.
Kehendak hatinya begitu bertentangan dengan kewajipan yang perlu digalas olehnya, setelah hatinya disiat – siat, dia wajib akur jika suaminya menginginkannya di kamar. Adakah malaik4t meIaknat suami yang meny4kiti hati isteri sepertimana isteri yang enggan meneruskan hajat sang suami untuk bersama di katil?
Demi Allah, isteri mengenepikan s4kit melahirkan dan menerima jahitan di far4jnya pada hari ke 45 setelah nifasnya kering dan siapa yang perasan tubuh sang isteri menahan gigil untuk membahagiakan suaminya? Semasa dalam pantang, adakah isteri melepaskan tugasnya?
Tidak, walaupun tubuhnya belum pulih, walaupun masih nifas dia menggunakan saluran dan cara lain untuk menjalankan tanggungjawabnya. Ye, tanggungjawabnya melayan suami tak pernah padam walau dia baru bert4rung nyawa.
Walau nak membuang air besar pun ngeri dan nyeri terasa, kerana takut jahitan yang hampir dengan dubvr itu terbuka. Ketika menyusukan bayi yang masih merah dan dia didatangi suaminya, kerja giIa tetap diteruskan, multi tasking menahan perit menyusu sambil melayan suami, itulah definisi tanggungjawab wanita berkahwin, kepada anak dan suami.
Kau akan fikir itu giIa, bagaimana suami boleh berfantasi dalam keadaan isteri sedang menyusui anak, tapi kau tetap juga tidak menghargai walau secebis ucapan terima kasih. Acara balik kampung sering berat sebeIah oleh imammu, ibarat ibubapamu hilang harga setelah kau mengahwini anaknya.
Sang isteri menahan rindu kepada ibunya, bila bertemu hanya tiga hari sahaja, sehari perjalanan pergi, sehari di kampung dan sehari perjalanan pulang. Dia melihat ke dalam mata ibunya, ibarat ingin memberitahu kes4kitan menjadi seorang wanita, tapi mulutnya terkunci, dia kira ibunya akan memahami dan mendoakannya.
Di kala ayahnya s4kit dan dikejarkan ke hospitaI, wanita yang menangis kerana merisaukan ayahnya ini terp4ksa juga melayan suaminya sebelum dia bersetuju membawa isterinya balik kampung menemui orang tua yang s4kit.
Apakah kau masih terangsang bila melihat wanita yang pecah empangan airmatanya, pernahkah kau simpati jika kesedihannya itu juga kesedihanmu? Aku s4kit menjadi wanita, ya Allah. Aku s4kit meneruskan tugasku tanpa dihargai, aku s4kit berjalan tanpa tangan yang menarikku kepadaMu ya Allah.
Dalam kes4kitan itu, dibiarkan tubuhnya dicari suami tiga kali seminggu minimum kerana baginya yang h4ncur hanya hatinya, kenyataannya tubuhnya bukan miliknya, hanya pinjaman dari Allah. Kadang – kadang baru semalam bersama, hari ni didatangi lagi.
Kadang – kadang baru pagi bersama, malam kau mendatanginya lagi. Walau dah tiada cinta, walau dah terkikis rasa, walau penat beranak kecil tak berhenti henti selama menjalani usia bersama, yang tinggal hanya lah jasad yang digerakkan setiap masa.
Jika jihad lelaki itu bila batang tubuhnya diberi dalam perjuangan menegakkan agama manakala jihad wanita itu dalam mentaati suaminya, namun berapa ramai suami yang meny4kiti wanita ini boleh meny4kiti musvh agama?
Berapa ramai lelaki yang berani melangkah menahan Iuka memperju4ng agama? Bersunat saja dah terlantar seminggu dua, tapi mengharap semua wanita cemerlang dalam jih4d mereka? Bukan tak pernah meminta cerai kerana usia perkahwinan pun sudah menjangkau belasan tahun dengan lima anak kecil, tapi taIak itu bukan ditangannya.
Mungkin suaminya nak menggunakannya sehabis pakai sebelum membiarkan dia menemui kebahagiaannya? Apa kau fikir setelah diIanyak sebegitu rupa, dia masih lagi mahu hidup di bawah pimpinan suami kedua?
Entah – entah keluar mulut harimau masuk mulut sang buaya. Baik sendiri sahaja, seperti Rabiatul Adawiah mencintai Rabbnya. Ambillah apa sahaja hak mu wahai suami, tetapi ingat, setiap hakku yang tidak tertunai di dunia, aku menunggu hari kau menjawabnya. Kerana Allah itu Tuhan aku dan kau. – Nana (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Siti Peah : Ya Allah, sedihnya. I rasa, confessor bukan hanya bercakap untuk dirinya sahaja, dia menyuarakan untuk isteri lain juga. Bersyukurlah dapat suami yang memahami. Walaupun ada kelemahan yang lain, namun tidak sek3jam ini.
Ashrah Abas : Wehhh menggigil bebb baca ni. Tahan geram. Dalam kursus kahwin ada diajar adab bersama pasangan, mungkin lelaki itu sedang berfantasi yang lain. Carilah bahagia lain sis, jangan tunggu badan lunyai. Nak jaga anak – anak pon tak larat nanti.
Kesian anak – anak. Taat suami jika selari dengan syariat. Kalau taat dan diri ditindas. Tak perlu taat. Taat tapi jiwa tak ikhlas dan mer4na? Selari ke dengan syariat? Dapat ke pahala? Bila keikhlasan dah hilang? Please la jadi wanita bijak dan jangan lemah. Please ye sisss…
Hana Umaira Yusof : Syurga bukan bawah tapak kaki suami. Tapi atas izin allah dengan redha suami mukmin bukan semata bergelar Muslim dan Tolong laaaa, jangan bermazhabkan syurga bawah tapak kaki ni untuk dapat title isteri mithali.
Seolah tapak kaki suami tu lebih besar dari redha Allah ke ? Bab layanan nafsu ni, kalau dah nafsu macam kucing jantan asyik nak mengawan tak kira masa tak kira s4kit penat orang ni, k3jam sangat ke tuhan nak hukvm isteri andai menolak?
Tak, tapi sebab g3ng – g3ng penunggang agama ni dah brainwash dengan hukvm ciptaan sendiri, jadi seolah semua hukvm memberati tugas isteri, walhal Allah sangat meIindungi hak dan keistimewaan isteri. Percayalah. Islam tu mudah dan indah, g3ng – g3ng jantan penunggang agama (walhal bukan faham mana pun agama tu) ni suka memanipulasikan hukvm untuk menangkan nafsu sendiri.