Satu hari ada roadblock, yang polis tahan aku tu pulak si Nazira. Dia baru putvs tunang, seronoknya aku. Dia gunakan aku untuk buat loan credit card. Lepas habis duit simpanan aku, dia tinggalkan aku dengan hutang. Aku lepaskan kemarahan dekat isteri. Aku tinggal isteri aku tepi jalan dalam keadaan mengandung pukuI 9 malam..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, nama gelaran aku, Asri. Cerita ini sekadar luahan dan perkongsian sahaja. Luahan dari seorang lelaki dan suami. Aku berkahwin baru 15 bulan tapi baru 3 kali aku sentuh isteri aku itupun tanpa rela.
Isteri aku, aku gelarkan sebagai Sue berusia 29 tahun. Kisahnya begini, kenapa aku berkahwin dengan Sue. Sejak 8 tahun lepas kami hanya berkawan saja tapi dia seorang kawan yang baik. Bila ada masalah aku suka bercerita dengan dia, aku selesa sangat bercerita dengan dia tapi bila aku takde masalah aku tak ambik endah langsung pasal dia.
Sue ni orangnya peramah, ceria, happy je dan dia suka buat orang gelak dan hidup macam takde masalah. Bila umur aku dah 32 tahun. Aku terasa nak berkahwin. Jadi aku kenal dengan macam – macam perempuan. Suatu hari aku terasa nak ajak Sue keluar sebab aku dapat tahu dari adik aku.
Sue dah lama pendam perasaan dekat aku dari dulu lagi. Oo. patutlah Sue sanggup bersusah dengan aku pun. Tapi, aku tak ada hati dengan Sue, lebih kepada nak kahwin sebenarnya. Jujur aku cakap. Sue ni bukan taste aku, dia berisi, tak berapa cantik, maaf kalau menjatuhkan maru4h.
Sue dah takde d4ra. Aku sendiri pun pernah try dia. Aku pulak masih teringatkan cinta pertama aku, Nazira(Nama Samaran) sebab tu hati aku takde pada orang lain. Okey masa aku kenal Sue ni aku biasa – biasa je pakai pun kereta Kancil, duit selalu takde.
Biasalah fresh graduate. Jadi maksudnya, dia kenal aku dari aku susah la. Tapi takpelah, aku ajak Sue kahwin, aku fikir aku pernah bersedudukan dengan Nazira. Aku cuba bercinta lepas nikah. Sebab aku tak sayangkan Sue, aku cakap dengan dia, “Nikah kecik – kecik je, hantaran saya boleh bagi Rm5,000 je”, cincin pun aku beli yang paling murah. Sue setuju. dalam hati aku “sayang betul kau kat aku kan!”
Aku hanya fikir nak tamatkan zaman bjang aku je sebab umur pun dah meningkat. Bukan nak serius sangat tapi bila tahu ada orang yang tergiIa – giIakan aku dalam diam. Kenapa tak kahwin je kan. Seperti yang katakan. Majlis ringkas, takde honeymoon, takde apa, kawan – kawan pun aku tak jemput.
Lantak la. Janji aku dah kahwin dengan kau Sue. Tu yang kau nak kan, kata hati aku. Malah dekat FB pun aku masih status single dan masih mengatal mengomen dan PM perempuan lain. Tapi kan. selama 15 bulan. Aku nampak Sue seorang isteri yang pandai jaga makan pakai aku.
Walaupun aku selalu outstation dia sangat menjaga diri. Sue ni cuma meniaga online je jadi dia banyak habiskan masa dekat rumah. Bila aku balik kerja, semua dah terhidang siap, dia pakai cantik – cantik, wangi. Sue ni jenis jaga solat jugak.
Kiranya dia sempurnalah bab uruskan hal rumahtangga. Ha! Ni lagi salah satu sebab aku tak berapa suka sangat. Sue ni takde keja tetap. Aku kalau boleh nak lah yang lebih kurang sama level dengan aku. Paling teruk pun biarlah kerja kerajaan macam Nazira.
Bila waktu malam, aku tahu Sue sedih sebab aku lebih suka tidur depan TV. Sikap happy go lucky dia pun dah takde, dia hanya tersenyum dan termenung. Alhamdulillah, Allah nak bagi rezeki dekat Sue. Sue mengandung. Aku tak ambik port pasal dia, dia nak pergi clinic ke apa ke.
Lantak dia lah pegi sendiri lah. Sue takde kereta, dia pergi kIinik turun naik bas je. Selama perkahwinan aku dengan Sue, aku tak pernah nak belikan dia apa – apa, birthday dia pun aku tahu melalui Facebook dia je sebab tengok kawan – kawan dia wish, tu pun aku buat b0doh je.
Jangan kata nak beli hadiah, duit untuk belanja pun aku tak bagi, aku cuma bayar bil api air, sewa rumah, kereta aku pastu aku bagi dia Rm200 untuk beli lauk sedangkan gaji aku sebulan Rm7, 000. 00. Dengan Rm200 tu setiap hari aku makan lauk sedap – sedap dia masak, siap dia buat Dessert lagi.
Mana dia cari duit aku tak nak tahu, cukup ke tak cukup pun aku tak nak tahu. Ditakdirkan Allah, suatu hari ada roadblock, yang polis tahan aku tu pulak si Nazira. Ermm. Faham – faham sendirilah kalau dah jumpa bekas kekasih ni.
Nazira pulak dah putvs tunang. Aduii seronoknya aku dengar sampai aku lupa dekat rumah tu aku ada tanggungjawab. Setiap malam aku keluar balik lewat, wangi – wangi tapi Sue tak pernah merungut. Tanya aku pergi mana pun tak malah dia setia menunggu dekat sofa kadang – kadang sampai terlelap.
Dipendekkan cerita, Nazira ni hanya gunakan aku untuk kepentingan dia je. Dia nak guna nama aku untuk buat loan credit card. Lepas tu dia tinggalkan aku. Aku lepas tekanan aku dekat Sue, aku memang tak naik tangan tapi aku marah dia.
Pada aku apa dia buat semua tak kena. Malahan aku pernah tengking dia “Woii b4bi!” Padahal dia tak salah apa – apa pun. Malah, aku pernah tengking dia suruh dia turun tepi jalan pastu pandai – pandai kau lah nak balik naik taxi ke apa.
Aku tak bagi duit langsung, dah pukuI 9 malam pulak tue, aku nak pusing – pusing nak pegi tenangkan fikiran bukan nak hadap Sue! Suatu hari, aku ditimpa kemaIangan, kaki aku patah, tak boleh gerak. Sue ni dengan alahan lagi, jaga aku, papah aku masuk bilik air.
Untuk pengetahuan korang, kerja aku ni kalau kerja baru dapat gaji, kalau dah tak kerja tu. Takde lah gaji. Dekat 3 bulan juga aku tak kerja, duit simpanan aku dah habis dekat Nazira. Sue yang bayar semua kos hidup kami.
Purata untuk semua dalam Rm3, 000. Dia bayar juga kereta aku dan paling perit dia terp4ksa bayar loan credit card yang Nazira guna atas nama aku sebab Nazira dah tak bayar lagi credit card tu sekarang, aku yang terp4ksa bayar mana baki hutang.
Aku terbaca diari Sue. Antara isi kandungan dia. Dia dah taubat, dia cuba menjadi muslimah yang baik. Semoga kisah silam dia diampunkan Allah swt. Sue pun 2 tahun kebelakangan sebelum kami kahwin dia dah pakai tudung besar.
Aku terfikir sedangkan Allah ampunkan dia, aku sendiri pun pernah buat d0sa dengan Nazira. Jadi apa bezanya kan? Lepas tu paling aku rasa terharu, aku jumpa surat pajak gadai rantai sue. Fuhh. Mengalir airmata jantan aku dengar bila dia cakap “Asri, saya isteri awak. Susah awak, susah saya jugak. Saya beli rantai ni main kutu sebab saya takut susah – susah nanti kita boleh gadai”. Baik sangat kau ni Sue!
Lagi satu, Sue ni dia bukan kaki mer0yan dekat FB, nak up status bukan – bukan, nak share status sindir aku sebab kebanyakan aku tengok kalau orang lain macam dia, dah lama kena “smash” dekat FB ni. Sekarang baru aku sedar, Allah dah lama berikan yang terbaik untuk aku cuma aku tak sedar je.
Alhamdulillah sekarang aku cuba untuk menjadi suami dan bakal Ayah yang baik. Aku dah janji dengan diri aku, yang lepas tu toksah dikenang. Kita mula hidup baru. Buat suami di luar sana ambil lah pengajaran dari kisah aku ni.
Korang pandang dulu depan mata korang tue, kalau nak cari yang betul – betul sempurna sampai kiamat pun takde der. Kita ni lelaki selera besar nak yang perfect tapi kita pun asal ada je. Mari la kita sesama melengkapi kekurangan rumahtangga kita bersama – sama.
Komen Warganet :
Norhida Haji Ibrahim : Alhamdulillah saud4ra dah sedar dari lena yang panjang. Istiqamahlah untuk berada di landasan yang betul. Hargailah sue, sesungguhnya hidup di dunia ni hanya sementara. Beruntung saud4ra punya hiasan dunia yang sempurna akhlaknya. Ingatlah saud4ra bahawa Allah maha berkuasa maha mengetahui segala – galanya.
Emmazaima Ismail : Alhamdulillah.. bahagiakanlah Sue. Isteri bahagia, in shaa Allah rezeki hang sefamili melimpah ruah. Semoga ikhlas menyintai dan kekal bahagia till jannah. Allahu.. Macam dapat rasa betapa bahagianya hati sue selepas sabar menempuh ujian. Syabas pada sue sebab menjadi isteri yang baik. Moga kalian bahagia dengan famili yang akan bertambah.
Yana Iman : Kesian sue. Perempuan ni bila dia dah sayang, apa pun dia sanggup hadap. Tak kisah lah hati terIuka. Tapi jaga lah sue baik – baik. Kalau awak buat dia terIuka lagi, takut hati dia dah berpaling. Masa tu bila awak dah mula sukakan sue, sue pulak dah patah hati dengan awak, nasi dah jadi bubur.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.