Bila aku makan, ibu mesti taknak makan sekali. 1 hari aku balik rumah mengejut dengar ibu menangis

Aku bawa ibu duduk sekali dan minta isteri tolong jagakan ibu. Tapi sejak duduk dekat rumah kami, ibu macam tak ceria. Setiap kali aku ajak makan, ibu tak nak makan sekali. Sehinggalah satu hari isteri aku call bagitahu yang ibu aku hilang. Aku terus buat report polis dan esoknya aku terfikir nak balik kampung..

#Foto sekadar hiasan. Nama aku Azmir, ayah aku telah lama meningggaI dunia sewaktu aku berusia 12 tahun. Jadi ibu lah yang menjaga aku serta menjadi ketua keluarga. Oh ya, aku anak tunggal, jadi boleh bayangkan betapa aku rapat sangat dengan ibu.

Seperti insan lain aku juga amat mengasihi ibu aku sendiri namun segalanya berubah apabila aku berkahwin pada usia 24 tahun dengan seorang gadis yang aku kenali di tempat kerja. Di awal perkahwinan tidak langsung timbul masalah, sehinggalah keadaan ibu aku yang sering jatuh s4kit maka aku mengambil keputvsan untuk mengambil ibu di kampung dan tinggal bersama aku dan isteri.

Namun setelah ibu tinggal bersama kami, dia tidak seceria selalu, aku ada bertanya namun dia hanya mendiamkan diri, paling tidak pun dia hanya memberi senyuman. “Abang, emak tak nak makan janganlah dip4ksa. Nanti emak tertekan pula”.

Ujar isteri aku sewaktu aku sedang dihidangkan makan malam pada malam itu selesai dari pulang kerja. Pelik juga ibu tidak mahu makan bersama seperti biasa, namun aku hanya dengar kata isteri, mungkin betul apa dia cakap, jangan dip4ksa, mungkin ibu tiada selera, jika dip4ksa akan beri tekanan pula pada ibu.

Maka aku pun menikm4ti makan malam pada hari tu. Namun ia berlanjutan agak lama, aku berfikir juga kenapa ibu bersikap macam tu, tetapi ibu langsung tak nak cakap apa – apa. Kalau dia teringin nak makan lauk lain ke, aku boleh cuba dapatkan.

Ataupun dia sedang rindu arw4h Ayah sebab sekarang jauh dari kampung? Aku agak sibuk dengan kerja di pejabat kadang – kadang terp4ksa overtime dan kadang – kadang juga aku harus ikut boss aku bekerja di luar kawasan.

Maka aku hanya harap sepenuhnya pada isteri aku untuk menjaga ibu. Suatu hari aku kena ikut boss aku ke Pulau Pinang selama tiga hari dan sewaktu hari kedua aku di sana isteri aku tiba – tiba call aku dengan nasa yang cemas.

“Abang, ibu kita dah hilang, puas saya cari ni tapi tak jumpa – jumpa”. Beritahu isteri aku sewaktu dia menghubungi aku. “Macam mana boleh hilang? Awak ada berg4duh dengan ibu ke?” soal aku sementara di dalam hati aku berasa sangat tidak tenang ketika itu kerana aku jauh dari mereka.

“Abang, saya dan ibu langsung tiada masalah, saya tengah cuci baju dekat dapur, bila pergi ke depan saya lihat ibu dah tak ada lagi dalam rumah, puas saya cari.” BaIas isteri aku. Maka aku terp4ksa memberitahu kepada boss aku tentang apa yang sedang berlaku, nasib baik boss aku faham situasi aku waktu tu.

Dan tanpa membuang masa aku pulang ke KL dengan segera untuk mencari ibu, namun apabila sampai dan berjam – jam mencari ibu, aku kian buntu kerana masih tak jumpa ibu. Aku terp4ksa membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dengan ditemani isteri, aku benar – benar risau.

Entah mengapa keesokannya aku tergerak hati untuk pulang ke kampung, siapa tahu ibu telah pulang ke kampung tetapi aku agak musykil jika ibu pulang ke kampung tak mungkinlah ibu tidak memberitahu isteri aku. Tapi aku tekadkan hati, cuba jugak untuk pulang ke kampung tanpa ditemani isteri kerana dia ada hal lain katanya.

Setibanya aku di kampung halaman, rupanya memang benar firasat hati aku, Ibu memang ada di kampung. Persoalan demi persoalan bermain di fikiran, macam mana ibu boleh pulang sendirian? Kenapa ibu balik sendiri tanpa bagitahu aku ataupun isteri?

Maka aku segera mendapatkan Ibu yang ketika itu aku sudah ternampak ibu berada di bawah rumah kami itu. “Ibu, kenapa pulang ke kampung sendirian tak mahu beritahu kami?” itu soalan aku yag pertama. “Ibu cuma rindukan kampung ini nak, ibu tak apa – apa, ibu ok”. BaIas ibu aku dengan tenang.

Lega hati aku melihat keadaan ibu baik – baik saja. Aku ada cuba memujuknya kembali untuk pulang ke rumah aku, namun ibu menolaknya kerana dia mahu lebih lama sedikit di kampung. Aku terus pulang ke rumah tanpa ibu, sebelum pulang aku berpesan pada jiran terdekat aku, kalau ada berlaku apa – apa pada ibu, cepat-cepat menghubungi aku.

Dekat sebulan juga, satu hari tu jiran aku di kampung menghubungi aku, katanya ibu tak sihat sekarang. Tanpa berlengah lagi dan kebetulan hari itu aku cuti dan aku ajak isteri pergi sekali tetapi dia tidak dapat menemani aku.

Jadi aku pun pulang ke kampung sendirian untuk mengambil ibu. Alhamdulillah beberapa hari kemudian keadaan Ibu bertambah sihat, dan aku pula dapatlah pergi bekerja seperti biasa. “Abang, saya rasa ibu dah nyanyuk agaknya”.

Entah bagai mana perkataan itu keluar dari mulut isteri aku pada malam tu sebelum kami tidur. “Kenapa awak cakap macam itu?” Soal aku yang agak pelik dengan kata – kata isteri aku. “Tak ada lah, saya lihat ibu macam tak berapa normal tau, kadang – kadang dia menangis tiba – tiba.”

Terang isteri aku lagi, dan aku hanya mempercayai kata – kata isteri aku sebab dia yang menjaga ibu semasa ketiadaan aku di rumah. Nak dijadikan cerita, aku pulang kerja lebih awal dari biasa kerana waktu itu boss  aku mahu ke luar negara atas beberapa urusan penting, maka dia bagi aku kerja separuh hari.

Selesai menghantar boss aku di lapangan terbang, aku pun segera pulang ke rumah, dari luar aku terdengar ibu menangis. “Kenapa ibu??” soal aku. Tiba – tiba muncul isteri aku pula. “Macam yang saya beritahulah abang, dah jangan tanya lagi nanti ibu lebih tertekan. Mari sini saya bawakan ibu masuk bilik. Mungkin ibu nak rehat”.

Ujar isteri aku dengan penuh keyakinan, maka aku pun takde syak apa – apa. Kuasa Allah S.W.T, pada hari berikutnya pula aku balik awal sebab rasa badan tidak sihat. Entah bagaimana aku dengar ibu menangis lagi. Aku cepat – cepat buka pintu rumah, hendak gugur jantung aku melihat aksi isteri aku sedang pukuI ibu dengan penyangkut baju!

“Apa awak buat ni???” Soal aku sambil menepis tangan isteri yang mahu memukuI ibu. “Abang tengoklah ibu abang memang dah tak betul lagi, habis karpet terkena k3ncing dia.” Marah isteri aku. “Tapi awak tak patut buat begini! Ibu saya, ibu awak juga! Tergamak awak pukuI ibu kan!”

Aku menengking isteri kerana terlalu geram dengan sikap dia. “Hantar je lah dia ke kampung biar dia duduk di sana saja, saya rimas!!” BaIas Isteri aku tanpa rasa bersalah. “Ini ibu saya, saya tak akan tinggalkan dia di kampung!”. BaIas aku pula

“Baik kalau begitu biar saya yang keluar dari rumah ini!!”. Ugvt isteri aku sambil berlari ke bilik. Aku dah tak peduli lagi apa yang isteri aku nak buat, aku angkat ibu ketika itu dan aku sandarkan dia di sofa rumah kami. Tidak lama kemdian isteri aku membawa beg – beg yang besar dan keluar dari rumah begitu saja.

Aku fokus kepada ibu, aku tanya hal yang berlaku. Untung ibu mahu pula ceritakan semua yang jadi ketika itu, kata ibu aku, “Dia tak bagi ibu makan sama – sama, dia dah pesan pada ibu awal – awal, kalau ibu makan juga bersama, dia akan pukuI ibu bila kau tiada di rumah”

Dia juga yang hantar ibu pulang ke kampung, dia pesan jika ibu menghubungi kau atau pulang ke sini kembali, dia akan pukuI ibu juga” Maka fahamlah aku mengapa lain benar sikap ibu sebelum ini. Rupanya dia telah diugvt oleh isteri aku sendiri, yang mana dia satu – satunya insan yang aku harapkan untuk menjaga ibu sementara aku keluar cari rezeki.

Tergamak isteri aku buat ibu aku macam tu sekali. Aku memang tak sangka dalam kelembutan, dalam diam dia menzaIimi ibu aku sendiri. Sebulan berlalu, isteri aku langsung tak menghubungi aku malah langsung tak pulang – pulang sejak dia keluar dari rumah kami.

Satu hari aku menerima satu panggiIan yang amat meng3jutkan, rupa – rupanya isteri aku sedang n4zak di kampungnya. Aku terus pulang ke kampung isteri dan bawa ibu sekali. Ternyata perkhabaran itu benar, ramai sanak saud4ra yang berkumpul di rumah itu dan ketika aku dan ibu mahu melangkah masuk ke dalam rumah, tiba – tiba ayah mertua aku berkata sesuatu kepada aku.

“Ayah minta maaf bagi pihak dia, maafkanlah dia seikhlas hati kamu. Sebelum dia jatuh s4kit dengan teruk dia ada ceritakan segalanya tentang apa yang berlaku antara dia dan ibu kamu,” ujar ayah mertua aku dan aku hanya mengangguk bila dengar kata – katanya.

Melihat keadaan isteri aku yang sedang nazak, timbul rasa kasihan, begitu juga dengan ibu aku. “Nak, ibu maafkan kau seikhlas hati ibu, tiada manusia yang sempurna, ibu ampunkan segalanya.” Alangkah sebaknya hati aku dengar bisikan suara ibu yang lembut di telinga isteri aku ketika itu.

Tidak lama kemudian isteri aku menghembuskan nafasnya yang terakhir, aku redha atas segala kehendak Nya. -A.Fahim

Komen Pembaca :

Dee Ya : Emak sendiri.. jangan minta isteri jaga. Upah la orang untuk jaga emak awak. Tugas isteri, cuma jaga makan pakai suami dan anak sebagai ihsan. Bukan mertua dan ipar duai. Ingat ye para lelaki tapi memang tak patut la bini awak pukuI dan ugvt – ugvt emak awak. Sebab awak memang patut jaga mak awak dan tinggal bersama jika tiada adik beradik lain boleh jaga tapi upah orang la untuk jaga. Bukan isteri tolong jaga.

Ani Riduan : Kalau ada adik beradik lain. Buatlah gilir – gilir jaga mak. Mak kita bukan tanggungjawab isteri. Aku nampak sendiri adik aku jaga mak mertua dia. Memang teruk, kesian aku tengok (mak mertua dah kategori nyanyuk dan cerewet). Kuat membebel plak tu. Str3ss adik aku.

Adik beradik laki ramai tapi tak boleh harap. Kalau ya pun suri rumah. Kerja – kerja rumah memang banyak. Tak pernah nak habis. Janganlah bebankn isteri kita jaga mak kita. Kalau sekali sekala tu ok lah. Jangan plak selamanya disandarkan tanggungjawab tu pada isteri. Kenalah tolak ansur juga.

Zie Mohd Noor : Cuba bayangkn mak mertua tu adalah mak isteri sendiri. Rasanya isteri sendiri pun tak sanggup nak ugvt apatah lagi pukuI maknya. Semua ni berdasarkan pada niat dan hati. Kalau hati bersih, takkan sanggup nak buat orang tua macam tu. Fikirlah sendiri sebab kita pun akan menuju ke usia tua juga suatu masa nanti.

Cahaya Hidayah : Tahu letih menjaga. Suami pula semua harap bini yang buat semua. Tapi tak perlulah layan mertua macam tu. Kalau letih cakap. Minta suami faham dan tolong sekali bukan dengan cara memukuI dan d3ra mentaI mertua begitu. Cuba lah bersabar, pahala dapat. Banyakkan komunikasi dengan suami tentang hal menjaga mertua. Jadikan mertua kawan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.