Terp4ksa jaga mak lumpuh berkerusi roda. Depan mak keluarga mertua cakap mak menyusahkan. Adik ipar buat sesuatu

Semasa saya balik berhari raya dan bawa arwah mama bersama ke kampung mereka, mereka berpakat beramai – ramai kenakan saya dan mama. Kakaknya tolak dahi saya dengan jari telunjuk kerana seboleh – bolehnya mahu saya mengaku saya buat nasi kangkang. Paling sedih suami kata mama bangkai..

#Foto sekadar hiasan. Hai. Nama saya Anne. Hari ini saya nak meluah selepas 13 tahun saya memendam rasa. Sekarang saya telah sah bercerai taIak 3. Saya tak tahu sama ada apa yang saya rasa adalah remeh, mengada atau saya ini terlalu sensitif. Jika ya, mungkin itu khilaf saya.

Jika tidak, saya rasa saya berhak marah. Maaf kalau confession saya ini sangat – sangat panjang. Ianya sudah lama terbuku di hati dan saya tidak ada tempat meluah. Confession ini akan sangat panjang, terpulang pada admin untuk bahagikan kepada beberapa part.

Saya berkenalan dengan bekas suami saya 14 tahun lalu. Seorang anggota tent3ra laut berpangkat LLP. Mula – mula kenal, ya saya nampak dia seorang yang bertanggungjawab dan penyayang. Dari mana saya nampak? Dari cara dia melayan keluarga dia, bekas kekasih dia dan juga orang – orang sekeliling.

Keluarganya juga pada masa itu nampak baik – baik, adik beradik dan maknya juga nampak dan bercakap lemah lembut. Tetapi, itu silap saya. Kita takkan mampu mengetahui sifat sebenar sebelum kita meneliti “isi bukunya”. Don’t judge the book by its cover.

Pada awal perkahwinan, kebetulan saya tidak boleh bekerja, kerana perlu menjaga kedua arw4h ma abah saya. Arw4h abah semasa itu Alzh3imer’s dan arw4h mama pula baru sahaja BKA atau “Below Knee Amput4tion” atau layman’s term, dip0tong kaki kerana k3ncing manis. Maka di situlah bermula segala cerita.

Keluarga bekas suami saya mula berbunyi. Ayahnya mengatakan saya ni belajar tinggi – tinggi ada ijazah tetapi tidak berguna sebab tidak bekerja. Maknya pula kata saya ni menyusahkan anak beliau terutamanya dari segi kewangan kerana membawa kedua ibu bapa saya tinggal bersama.

Untuk pengetahuan pembaca, arw4h ma abah saya kedua – duanya berpencen dan merupakan pesara polis. Maka tidak timbul isu menyusahkan dari segi kewangan. Cuma dari segi temujanji kIinik dan diaIisis arw4h mak, saya memang berg4ntung harap pada dia kerana tidak boleh memandu pada masa itu.

Baik, saya terus ke episod penting dan yang memberi kesan mendalam pada saya sehingga saya tr4uma dan mengalami masalah mentaI. Saya bermula dari PTSD, Post Tr4umatic Str3ss Dis0rder, kemudian ke MDD, Maj0r Depr3ssive Disorder dan sekarang doktor diagnose saya sebagai Bip0lar Dis0rder Type 1.

Katanya saya melalui banyak tr4uma. Antara tuduhan mereka pada saya adalah konon saya ini membuat nasi kangkang dan b0mohkan anak mereka sehingga tidak mahu balik ke kampung. Ya, mereka mahu anak mereka kalau boleh balik kampung setiap minggu atau at least sebulan sekali.

Mereka lupa, anak mereka anggota berpangkat LLP yang gajinya masa itu berapalah sangat dan seorang anggota tent3ra, sepatutnya mereka tahu dia milik negara. Bukan setiap minggu dia dapat cuti kerana perlu “duty” 24 jam.

Sebulan 2 ke 3 kali perlu duty. Hari raya pun, berg4ntung pada keperluan anggota. Dan ya, anak lelaki mereka sudah ada tanggungjawab baru iaitu isteri. Jadi, apa mereka buat? Semasa saya balik berhari raya dan bawa arw4h mama bersama ke kampung mereka, mereka berpakat beramai – ramai “menyer4ng” saya dan arw4h mama.

Kakaknya tolak dahi saya dengan jari telunjuk kerana seboleh – bolehnya mahu saya mengaku saya buat “nasi kangkang”. Adik bongsu lelakinya pula sep4k pintu di hadapan arw4h mama saya sehingga arw4h mama saya terk3jut dan menangis.

Ya, orang tua yang tengah s4kit teruk, perlu diaIisis 3 kali seminggu dan tidak ada sebeIah kaki, duduk di atas kerusi roda diperlakukan sebegitu. Demi Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya rela dil4knat sekiranya saya berbohong, saya tidak pernah melakukan perkara khurafat dan sy1rik tersebut dengan memb0mohkan suami saya, walau sekadar niatpon tidak pernah.

Tetapi ya, siapalah saya berbanding b0moh yang mereka percaya itu. Sehingga “contact lens” yang saya pakai sebab saya silau, dituduh ada “penunduk”. Allahu akbar, sampai m4ti saya takkan maafkan mereka terutama b0moh tersebut yang menuduh saya sebegitu.

Dan tahun berikutnya arw4h mak saya meninggaI. Maafkan Anne ya mama sebab mama terbabit sama dengan tuduhan itu. Oh ya, semasa arw4h abah saya meninggaI, saya ada serahkan sedikit duit kepada mak mertua saya untuk kenduri arw4h dan tahliI abah saya kerana sebeIah pihak saya tidak ada siapa mampu uruskan kerana saya anak tunggal.

Tetapi kenduri itu bertukar menjadi kenduri kesyukuran. Tiada tahliI dan bacaan yassin buat arw4h abah. Ya, saya sedih. Arw4h mama masa itu minta saya bersabar. Selepas dituduh b0mohkan anak lelaki mereka, saya berhenti memasak untuk suami.

Kalau dahulu saya bekalkan makanan, tetapi saya berhenti. Tetapi, saya kemudian dituduh pemalas. Kisah saya memb0mohkan suami saya ini tidak berhenti di keluarga mereka sahaja, tetapi sampai ke “menantu impian” mereka yang berada di Perlis, iaitu sepupu suami yang bekerja sebagai anggota polis.

Maka, di FB wanita itu, pelbagai tuduhan dimuatnaik. Semuanya berkaitan b0moh – memb0moh. Tidak cukup dengan itu, adik bongsunya siap hantar sms berbunyi, “Padan muka tak mengandung, sebab tak ada restu dari keluarga aku. B0doh.”

Cuma, kalau tidak restu, kenapa masuk meminang? Kami berkahwin secara elok. Bukan di Siam. Dan ya, masa itu dah masuk 6 tahun dan saya masih tidak mengandung. Tetapi, Allah swt Maha Berkuasa, sms tersebut dihantar pada April 2014, dan pada bulan puasa Jun 2014, saya disahkan mengandung. Siapa mereka untuk menentukan?

Sejak dari tuduhan itu, bekas suami saya mula bersikap seolah saya ini bukan siapa – siapa di dalam hidupnya. Saya pernah s4kit perut teruk ada ulc3r di dalam perut semasa keluarga mertua saya datang bercuti ke rumah kami.

Saya menelefon suami, minta hantarkan ke kIinik, tapi dia marah – marah katanya saya tidak faham dia tengah bertugas. Tetapi pada hari yang sama, tengahari itu abang iparnya ajak keluar shopping hasil laut, dia boleh balik dan bawa mereka berjalan – jalan, tinggalkan saya di rumah kerana tidak muat kereta. Ya boleh, walaupun tengah bekerja.

Semasa saya pregnant, bermula lagi episod – episod meruntun jiwa. Saya dituduh curang dan itu anak lelaki lain. Saya telan dan saya diam kerana semasa itu saya fikir saya sudah tiada siapa – siapa. Arw4h mama dan abah sudah meninggaI.

Saya banyak kali turun d4rah kerana semasa itu saya perlu berulang jauh ke tempat kerja di dalam sejam waktu perjalanan. Saya penjawat awam semasa itu. Maka saya kerap MC dan s4kit tidak dapat bangun. Setiap kali MC atau hujung minggu yang saya tidak mampu memasak kerana tak dapat bangun, (alahan saya dan s4kit semasa mengandung saya sangat teruk),

Maka saya perlu berlapar sehingga ke petang. Kerana suami saya tidak akan balik untuk hantar makanan walaupun dia ada waktu rehat tengahari kerana katanya sibuk bekerja. Sedangkan dia boleh saja makan di kantin di tempatnya bertugas dengan rakan sekerja dan saya dibiarkan berlapar.

Jika saya marah, saya dik4takan mengada – ngada dan tidak memahami tugasnya sebagai anggota tent3ra laut. Hujung – hujung pregnancy, masa 8 bulan, saya totally tidak dibenarkan memandu oleh doktor pakar s4kit puan.

Maka ex perlu hantar saya kerja pergi dan balik. Maka setiap hari dia akan biarkan saya tunggu di luar office sehingga pukuI 8.30 malam. Dan peneman setia saya adalah kakak guard atau abang guard kerana mereka risaukan saya yang sarat.

Dan ya, waktu itu musim banjir besar dan kawasan pejabat saya sedang dinaiki air. Ketika saya mengandung anak kedua, dia ada menemani saya ke check up, sebab dianggap saya ini menyusahkan, saya dijerkah di lobi hospitaI.

Betapa malunya saya. Dan kedua – dua pregnancy, saya cukup teringin nak makan mangga dari sepohon pokok berdekatan pagar tengah pangkalan. Tetapi, suami kata saya mengada – ngada dan memalukan dia kerana katanya tidak ada sesiapapun akan masuk ke kawasan itu untuk ambil mangga.

Setahun kemudian, kawan saya yang hamil, upload di FB, suaminya ambilkan mangga di pohon yang sama. Ya, saya kecil hati walau sudah setahun berlalu. Dan anak kedua kami meninggaI. Mungkin kesan dari tekanan mentaI yang saya alami.

Sepanjang 13 tahun, saya selalu jadi m4ngsa em0si dan fizikaI. Kepala jadi mainan sampai ke dinding, ke cermin kereta, ke lantai dan pernah tangan mencekak leher saya. Semuanya kerana saya meIawan kerana saya sudah tidak tahan lagi.

Semasa pregnant anak kedua juga saya tetap kena. Saya mend3rita slip disc kerana itu. Suami saya pernah kata saya ni bertuah sebab dia kutip. Dia juga panggil saya binatang dan panggil mak saya bangkai. Walhal sepanjang 13 tahun, segala perbelanjaan rumah, saya yang tanggung.

Sepanjang usia anak kami 7 tahun, 2 kali sahaja dia bayarkan yuran. Di dalam rumah, hanya peti ais dan dapur gas sahaja yang dia beli. Segala keperluan, malah baju atau seluar dalam dia, saya yang beli. Apabila balik ke kampung, saya yang hulurkan duit pada mak ayah mertua saya.

Saya pernah dituduh manduI, kerana tidak mengandung. Sedangkan saya susah nak hamil kerana suami yang jarang menyentuh saya. Dia hanya akan sentuh saya sekali di dalam 5 ke 6 bulan. Selebihnya dia buat sendiri di bilik air selepas melihat video sama ada di Facebook, video di dalam group whatsapp atau Youtube dan google.

Ini dia sendiri yang akui. Dan sebenarnya ini antara puncak perceraian kami kerana sebelum kami bercerai tahun ini, dia kant0i buat kali ke 5. Itupun dia bersumpah guna nama Allah swt untuk menipu. Dan kemudian terp4ksa mengaku kerana ada bukti.

Semasa saya mengandung 8 bulan untuk anak kedua, ketika saya membeli barang untuk bisnes part time saya, ditemani suami saya (yang hanya duduk diam di dalam kereta), dia berlari menolong salesgirl yang membantu saya membawa sekeping kotak plastik nipis yang sangat – sangat ringan.

Setelah selesai, dia masuk duduk di tempat memandu, membiarkan saya yang sarat 8 bulan, terkial – kial membawa beg plastik berat berkilo – kilo membuka pintu kereta sendiri dan masuk. Manakala dia sibuk melayan handphone.

Apabila saya merungut, dik4tanya saya mengada – ngada. Saya tidak kisah sekiranya dia memang begitu dengan semua orang. Atau layanannya sama pada semua orang. Tetapi, dia sangat – sangat baik, bersopan dan lemah lembut dengan orang lain tetapi tidak dengan saya.

Saya seolah – olah musvh bagi dia. Sedangkan setiapkali dia susah dan dahulunya dia susah, saya yang ada. Kawan – kawannya semua tidak pedulikan dia. Setiapkali saya cuba berbincang, dia akan menyuruh saya diam.

Katanya saya suka cari kesalahan. Walhal, tujuan saya ajak dia berbincang adalah untuk memperbaiki keadaan. Tetapi dia selalu menuduh saya sengaja mencari salah dan mahu berg4duh dengannya. Dan setiapkali dia melakukan kesalahan yang sama, dia akan minta maaf dan suruh saya diam, kemudian berjanji tidak mengulanginya lagi.

Setahun kemudian, akan kant0i lagi melakukan salah yang sama. Dan saya dip4ksa untuk memaafkan dan melupakan terus on the spot. Saya ada luahkan pada pakar psiki4tri yang saya jumpa, beliau kata, suami saya seorang narc1ssist.

Oh ya, mak mertua saya sebenarnya sampai ke hari sebelum kami bercerai, masih tidak menganggap saya sebagai menantunya. Kerana sebelum PKP, pada tahun 2020, mak mertua saya memperkenalkan saya kepada saud4ra mereka hanya sebagai “kawan”.

Jelas dan terang dia sebut perkataan “kawan”. Cuma anak perempuannya yang menyampuk dan memperbetulkan keadaan dan mengatakan saya isteri abangnya. Berubah air muka maknya. Saya tidak tahu apa d0sa saya pada dia sehingga diperlakukan sebegitu.

Saya penat dari segi mentaI dan em0si. Saya pernah cuba ambil nyawa sendiri, kerana saya sudah tidak tahan diperlakukan seperti sampah. Kali kedua adalah tahun 2022 selepas saya ‘kena’ di dalam kereta, tudung saya ditarik sehingga koyak dan kepala dihentak ke cermin.

Suami saya selalu “play v1ctim”. Seolah permasalahan semuanya kerana saya suka mencari kesalahan dia. Dia tidak nampak, sikap dia yang menjadi punca kenapa saya hilang rasa hormat dan sayang pada dia. Saya dituduh derh4ka.

Dia kata dia berhak buat apa – apa pada saya kerana dia suami saya. Tetapi, dia lupa dia suami saya ketika dia wajib menjalankan tanggungjawab terhadap saya. Saya tidak pernah minta banyak, cukuplah melayan saya dengan baik.

Sekurang – kurangnya bercakaplah dengan saya selembut dia bercakap dengan orang lain. Saya tahu dia tak berduit. Entah ke mana duitnya. Jadi saya tidak meminta semua itu. Cuma saya juga manusia, punya perasaan, layanlah saya selayaknya manusia kalau tidak mampu melayan saya selayaknya seorang isteri.

Sebelum kami bercerai taIak tiga, saya tersangat kecewa. Saya sudah berhenti kerja sebagai penjawat awam dan fokus pada bisnes saya. 24 jam, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun saya fokus pada bisnes. Semua media sosiaI saya penuh dengan marketing untuk bisnes saya.

Kalaupun ada saya menjenguk ke media sosiaI selain bisnes, adalah apabila saya terlalu penat, saya akan melihat video masak – masak dan kucing. Saya berazam nak majukan bisnes demi family kami. Tetapi suami saya?

Kant0i, di Facebook, di Google, di Tiktok, di instagram, di group Whatsapp, penuh video tak senonoh, video wanita tak berbaju dan gambar – gambar sebegitu. Saya sejenis jarang sangat – sangat check handphone beliau. Tetapi, apabila saya check, saya kecewa.

Malah, dia pernah memarahi saya dan memanggil saya b0doh kerana saya tidak suka kawan perempuan dari kampung beliau yang saya lihat mengada – ngada melayan komen suami saya di Facebook. Saya minta dia remove dari senarai kawan, tetapi dia memilih kawan perempuannya berbanding saya.

Di sosiaI medianya tidak ada satupun dia tolong support bisnes saya. Atau tolong promotekan. Tetapi dia boleh promote bisnes kawan dia yang buat cendawan dan jual madu kelulut. Apabila saya tanya, dia kata tak pandai nak promote.

Tetapi pandai pula promote untuk kawan – kawan. Kalau ada gambar berkaitan bisnes saya di sosiaI media beliau, itu saya yang uploadkan, bukan dia. Saya kecewa yang maha dalam. Saya tidak mampu nak gambarkan perasaan saya.

Ketika saya bersungguh – sungguh mencari rezeki buat family kami, sampaikan tidak ada hidup sendiri, masa untuk diri sendiri, dia pula sibuk melayan nafsu serakahnya. Mungkin benar kata – katanya dahulu pada kakak angkatnya, tidak ada sesiapa mampu menggantikan bekas kekasihnya di hati dia buat selama – lamanya.

Saya sebenarnya hanyalah “an option” atau pilihan kedua beliau. Selepas bercerai ini baru saya tahu, betapa tr4uma dan dalamnya Iuka yang dia tinggalkan buat saya. Sehingga saya menjadi seorang yang tidak punya perasaan. Kosong – sekosongnya. Takut dengan lelaki.

Saya hanya mahu sayangkan diri sendiri dan anak saya sahaja sampai ke akhir hayat saya. Cukuplah tr4uma dan s4kit kerana bersama lelaki sebegini selama 13 tahun. Sebenarnya, banyak lagi yang saya alami tetapi tidak mampu saya tuliskan semuanya.

Kawan – kawan, doakan saya lepas dari tr4uma ini. Doakan saya sembuh dari s4kit dan tr4uma ini. Kasihan anak saya, dapat seorang ibu yang ada masalah mentaI. Saya mahu jadi ibu yang terbaik buat anak saya. Tetapi, saya tidak mampu kerana saya sendiri bergelut dengan tr4uma ini.

Saya mohon doa dari semua kerana sesungguhnya saya sekarang berada pada titik terakhir kekuatan saya. Saya tak nak kalah kerana saya harus memperju4ngkan anak saya. Doakan saya. Terima kasih. – Anne (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Azura Soraya AH : Stay strong ye sis… Semoga Allah permudahkan perjalanan sis untuk kembali normal dan bahagia bersama anak sis. Yakin lah, doa insan yang terani4ya tiada hijabnya dengan Allah.. Akak doakan hanya yang
terbaik untuk sis.

Dimurahkan rezeki, diberi kelapangan dalam segala hal di dunia mahu pun di akhir4t. Tentang mereka – mereka itu, serahkan segalanya pada Yang Maha Esa. What goes around comes around. Cepat atau lambat aje..

Siti Nordiana Bt Nordin : Sedih saya baca luahan confessor. Sayangnya 13 tahun dibazirkan dengan seekor biawak sehingga dihadiahi dengan mentaI iIIness untuk dikendong. Kalau la puan punya keberanian untuk melepaskan diri dari perhubungan toksik ini dari awal lagi, tentu keadaan berbeza ketika ini.

Tak apa puan, jadikan pengajaran. Biar pun lambat anggaplah ini permulaan bagi perjalanan bahagia yang puan nantikan selama ini. Saya doakan yang terbaik untuk puan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Scroll to Top