Suami aku s4kit dan dah tak mampu nak bagi kebahagian, nafkah zahir dan batin. Kebetulan aku jumpa Mail, dia kata isteri dia jenis pemalas malah paling h1na sekali isteri dia ada anak luar nikah. Kami bercinta, sehinggalah kami kena tangkap khalwat. Suami aku meninggaI dunia, aku cuba call Mail untuk bertanggungjawab..
#Foto sekadar hiasan. Salam admin. Macam biasa hide fb aku min. Aku just nak kongsi kisah hidup aku dulu min. Kisahnya berlaku ketika 6 tahun lepas, aku kenal dengan sorang lelaki, yang memiliki paras rupa yang agak menarik, cuma ketinggian tak cukup tapi dah buat aku terpik4t dekat dia.
Kami kenal semasa hadir interview untuk menjadi anggota sukarelawan di Seremban. Aku dapat tahu yang dia dah pun berkahwin dan mempunya seorang anak . Waktu tu, aku pun dah kahwin dan mempunyai dua orang anak.
Rumahtangga aku okay je, cuma suami s4kit tak mampu nak penuhi nafkah batin aku. Dengan segala kelemahan suami, aku mula kenal ramai lelaki yang minat aku mungkin kerana paras aku yang cantik. Untuk pengetahuan pembaca, aku ada d4rah campuran.
Disebabkan suami aku cukup mendengar cakap aku dan aku tahu dia tak mampu nak control aku yang sihat, bertambah mudahlah aku sorokkan segala kecurangan aku. Berbalik pada kenalan baru aku tu, kami mula rapat bertukar cerita apetah lagi kami di tempatkan di pusat latihan yang sama.
Aku namakan kekasih aku dengan Mail. Aku katakan pada Mail yang aku dalam proses untuk cerai dan Mail dengan mudah percaya. Sejak diawal perkenalan kami Mail sudah mula bercerita tentang isterinya yang sering bermasalah dan dia juga dalam proses cerai.
Menurut Mail, dia selalu makan hati dengan isterinya yang suka meIawan cakap suami seolah tak hormat dia sebagai ketua keluarga, malas dan langsung tak nak masak, layanan sebagai isteri pun langsung tiada. Isteri Mail selalu menolak untuk berhubungan, tidak pandai menjaga diri, tidak menghorm4ti mertua.
Tidak pandai jaga kebersihan diri, balik dari kerja terus tidur dan yang paling h1nanya Mail ceritakan yang isterinya pernah ada anak luar nikah. Dengan cerita cerita dari Mail, aku mula menunjukkan yang aku perempuan yang baik – baik.
Aku buat dia benar – benar cintakan aku dengan layanan yang terbaik yang mungkin dia tak dapat dari isterinya. Hari demi hari kami sem4kin rapat sehingga kami terIanjur. Akhirnya kami ambil keputvsan untuk menyewa sebuah bilik di tengah bandar.
Aku bawa bersama anak – anak aku untuk mengaburkan mata jiran – jiran supaya mereka tahu kami adalah pasangan suami isteri. Kami hidup seperti sepasang suami isteri dan Mail berjanji mengahwini aku selepas Mail menceraikan isterinya. Aku percaya dengan Mail.
Aku juga telah dibawa ke rumah ibubapa Mail. Mail begitu menyayangi aku, sehingga memberikan kereta yang sebelum ini dipakai isterinya, diberikan pada aku. Aku buat Mail benar – benar lupakan bekas anak dan bekas isterinya.
Aku dimanjakan ke sana ke sini, cakap saja apa yang aku nak, Mail akan terus belikan apa yang aku mahu. Si isteri masih sibuk dengan menghantar pesanan pada Mail setiap hari. Pada masa itu, Mail sudah nekad untuk menceraikan isterinya.
Tapi aku sedar, kalau Mail boleh berlaku curang dengan isterinya sekarang, tak must4hil aku jugak akan terima nasib yang sama. Sebab tu aku skandal satu lagi dari negara luar, aku namakan sebagai Jay. Aku malah lebih bahagia sebab kehidupan aku mewah, nafkah zahir batin aku terjaga.
Aku dapat apa yang suami aku tidak mampu untuk berikan selama aku berkahwin. Dengan Mail aku tak kisah kalau dia nak kahwin atau tidak sebab aku boleh dapat lebih dengan lelaki lain. Setiap apa aku lakukan di belakang Mail tersimpan rapi dengan suami aku semuanya lancar kerana aku pandai bahagikan masa untuk suami, Mail dan Jay.
Aku puas kerana dapat buat Mail benci dan lupa pada bekas isteri. Satu malam selepas aku balik dari ambil Mail dari pejabat, kami seperti biasa singgah di rumah persinggahan dan di situlah bermula penamat hubungan aku dan Mail setelah aku dan Mail ditangkap khalwat.
Mail dijamin oleh bekas isterinya. Aku pula dijamin oleh ahli keluarga. Malam itu aku dapat tahu dari suami aku yang Mail telah dipukuI teruk oleh ahli keluarga aku yang lain. Keesokan aku cuba call untuk bercakap dengan Mail, tapi dijawab oleh bekas isterinya, aku merayu meminta untuk bercakap dengan Mail minta bertanggungjawab dengan apa yang dia lakukan, namun tidak diendahkan.
Mail meminta aku lupakan dan cukup tamat hubungan kami. Beberapa hari aku cuba untuk berhubung Mail tetap tidak endahkan aku. Sehinggalah suatu hari suami aku meninggaI akibat beberapa peny4kit lain, aku cuba telefon Mail untuk maklumkan dengan harapan Mail kembali pada aku, supaya aku boleh berkahwin dengan Mail,
Dan dapat menyelamatkan situasi aku pada masa itu kerana aku telah hamil 2 bulan. Aku tidak pasti bayi dalam kandungan itu anak Mail atau Jay. Usaha aku tidak berhasil kerana Mail telah benar – benar kembali pada isterinya dan sekarang aku lalui hidup aku dengan Jay.
Aku p4ksa dia bernikah dengan aku. Aku selamat melahirkan bayi kembar aku. Tapi sekarang, aku dan Jay tidak bahagia kerana dia sering berganti – ganti perempuan tapi dalam masa yang sama aku rasa berbaloi sebab aku dapat apa yang aku nak.
Aku dah penat hidup miskin. Aku tak tahulah kalau perempuan tu ada dalam page ni ke tak (Isteri Mail). Aku cuma nak tahu yang kau dah berubah atau tetap masih stay dengan lelaki yang di belakang kau kutuk kau. Aku tak tahulah apa b0m0h yang kau pakai sampai Mail senang senang balik pada kau. Aku doakan hidup kamu suami isteri tidak akan kekal bahagia.
Komen Warganet :
BusanaPesona Terunad4ra : Doa tu Berbalik pada kau dah. Sebab tu kau tak bahagia dalam dunia. Itu belum di akhir4t. Lagi sengsara bila berhadapan dengan Allah. Mulut tertutup. Anu yang menjawab segala d0sa z1na kau.
Fatima Watie : Sepatutnya lepas apa yang berlaku awak insaf tapi nampaknya hati awak terlalu hitam sampai awak nak mendoakan keburukan orang lain. Sedangkan dalam hal ni, memang awak yang salah. Baguslah kalau Mail tu dah insaf, semoga awak pun insaf dan ‘setia’ dengan suami sekarang.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.