Saya tengok rumah mertua tak ubah macam kilang besi buruk. Saya malu untuk pulang ke rumah mereka, kerana sebenarnya saya bukan pulang ke rumah mereka, sebaliknya rumah sewa. Masih adakah lagi dalam Malaysia ini, orang tua masih lagi menyewa rumah? Sudahlah miskin, dari muda sampai tua tak berubah..
#Foto sekadar hiasan. Kisah yang saya paparkan ini bukan hendak memaIukan sesiapa, tetapi sebagai ibu bapa kita patut ambil iktibar supaya diri kita tidak jadi masalah dan memaIukan anak – anak bila kita tua nanti.
Walaupun mereka cuma ibu bapa mertua, tetapi masalah mereka turut melibatkan saya sebagai menantu. Sebelum tu saya kenalkan diri saya sebagai Darlina. Sudah lama saya menyimpan masalah ini, tak tahu pada siapa nak cerita, sebab kalau beritahu ahli keluarga akan memaIukan ibu ayah mertua saya juga.
Tak beritahu takut kita dipersoalkan di akhirat nanti. Jadi semuanya serba salah. Bukan saya tak nasihat, bukan tak cakap baik – baik, bukan tak menolong mengatasi masalah mereka, tetapi keadaannya sudah tidak dapat diperbaiki lagi.
Sebaliknya kami suami isteri yang cuba menasihati mereka kami dianggap musvh, dibenci, dim4ki hamun dan dihalau balik. Sukar untuk saya menceritakan masalah ini, tetapi semuanya bermula sejak suami saya kecil lagi.
Sejak kami berkawan pada awal tahun 90-an dan berkahwin kemudiannya, suami saya tidak pernah bercerita tentang ibu bapanya, bila saya tanya suami saya akan bawa cerita lain. Bila saya desak takkan dia membesar sendiri atau duduk rumah kebajikan, barulah beliau bercerita.
Katanya sejak kecil lagi iaitu ketika berusia 2 tahun dia diambil dan dibesarkan oleh opahnya. Walaupun ibunya tidak ada anak ramai, dia sendiri kurang faham mengapa dia dibesarkan oleh opah. Dia mula mengenali ibu ayahnya ketika telah bersekolah.
Setahunya, dia hanya ada seorang adik lelaki sahaja. Tetapi mengapa dia dibesarkan oleh opah dia tak tahu. Saya bertanya lebih lanjut sebab pada saya perkahwinan ini menghubungkan dua buah keluarga besar, jadi sebelum masuk ke dalam keluarga baru saya perlu tahu latar belakang keluarga bakal suami saya, maIangnya dia banyak bercerita tentang opahnya sahaja.
Sebabnya, dia tak duduk dengan ibu dan ayahnya, jadi macam mana dia nak cerita pasal mereka. Suami saya mula balik ke rumah ibu bapanya semasa bercuti selepas masuk angkatan tent3ra. Jadi hubungan mereka anak beranak memang tak rapat.
Setelah kahwin barulah saya tahu ibu mertua saya tak sukakan saya, hinggalah sekarang, setelah saya mempunyai 3 orang anak yang sudah besar panjang. Saya sendiri tidak tahu, mengapa saya dibenci. Nak kata saya tak cantik, saya cukup sifat, kalau tak cantik, takkan suami saya sukakan saya.
Nak kata tak berpelajaran, saya ada ijazah. Kini menjawat jawatan tinggi juga. Tetapi atas alasan apa dia tak sukakan saya, saya tak faham. Sebenarnya bukan dia tak sukakan saya saja, malah suami saya juga iaitu anaknya sendiri dia tak suka dan tak berkenan, dia lebih sayangkan anak yang dia besarkan sendiri.
Dalam apa juga percakapan, makanan dan sebagainya dia lebih memuji anaknya yang dia sendiri besarkan. Kadang – kadang saya lihat suami saya juga rasa kecil hati. Tetapi nak buat macam mana dah nasib dia dibesarkan oleh nenek.
Ketika mula – mula berkahwin dahulu, memang saya terasa hati, dan mencari – cari jawapan mengapa saya dibenci, tetapi setelah lebih 4 tahun berkahwin, barulah saya faham ayah mertua saya ini kaki jvdi, sementara ibu mertua saya kadang kala tidak stabil fikirannya, nak kata kurang siuman pun memang boleh.
Sebab dia suka buat benda – benda yang aneh – aneh dan pelik. Bertambah pelik dah tua tapi tak mahu solat. Ayah mertua sudahlah kaki jvdi, dia tidak suka pergi ke masjid dan solat berjemaah, sebaliknya dia lebih suka menunggang motosikal, mundah – mandir, ke hulu ke hilir pusing kampung jumpa kawan dan berbual kosong. Selain duduk warong kopi, itulah hobinya.
Begitu juga dengan ibu mertua saya. Azan sudah berkumandang tetapi dia leka dengan perkara remeh temeh. Suka melewat – lewatkan waktu hingga habis waktu solat, walaupun azan jelas bekumandang dia lebih suka bergolek – golek, baring – baring konon penat, akhirnya tertidur.
Tak kiralah sama ada dia berbaring dalam bilik, depan tv mahupun atas kerusi. Bila saya tanya. Sudah solat ke belum mak?’’ Dia jawab “Aku tahulah bila aku nak solat!” Lagi menghairankan ibu dan ayah mertua saya ini masih duduk rumah sewa.
Kadangkala saya berasa amat malu untuk pulang ke rumah mereka, saya kerana sebenarnya saya bukan pulang ke rumah mereka, sebaliknya rumah sewa. Masih adakah lagi dalam Malaysia ini, orang tua masih lagi menyewa rumah?
Dulu ayah mertua saya ini kaki tangan kerajaan, kini sudah bersara, sekarang dia dapat pencen tak kurang RM1,000 sebulan. Ini bermakna mertua saya mampu beli rumah sendiri semasa masih bekerja dulu. Tapi apa nak kata dia lebih suka berjvdi hingga duit habis dalam tangan.
Bila tiada duit walaupun bekerja tetap, sudah tentu tidak mampu beli rumah sendiri. Dari dulu ayah mertua saya kata harga rumah mahal, kalau dia tahu harga rumah sekarang mungkin dia pengsan. Semasa adik suami saya berkahwin, layanan mertua saya amat berbeza.
Sememangnya dia menganggap anak lelakinya itu pengarang jantungnya, puji memanjang. Semua yang terbaik milik adik ipar saya ini. Berbeza sungguh layanannya kepada suami saya. Serba yang tak kena, serba kurang.
Maklumlah, suami saya anak yang dia tak besarkan seperti anak bongsunya. Tapi, per4ngai adik ipar saya ini kedekut pahit. Sebagai contoh kalau dia beli barang makan dia tidak akan berkongsi makan dengan ibu bapanya apa lagi dengan kami.
Sebaliknya makanan itu disimpan dan disorokkan dalam bilik untuk dia makan sendiri. Bukan itu sahaja, dia juga suka cakap besar, konon dia kenal dengan semua VIP, banyak duit dan sebagainya. Kalau bercakap pasal pendapatan, dialah yang banyak simpanan.
Sedangkan dia hanya ada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja. Bukan lulusan universiti macam saya pun. Kalau bercakap pasal duit, konon simpanannya dalam bank mencecah RM70,000 dan dia akan tambah lagi. Begitu juga bila anak – anak kami bersekolah, ipar saya memuji anak – anaknya pandai melangit, sedangkan kenyataannya berlainan.
Ini tentu mengecilkan hati anak – anak saya dan membuatkan mereka tak sukakan ipar saya tu. Saya hanya diam mendengar dia bercerita. Dulu bila dia dapat anak ibu mertua saya punyalah gembira. Berbeza dengan saya.
Malah beliau tak pernah datang menziarah ke rumah kami. Maklumlah suami saya bukanlah anak yang dia pelihara sendiri. Mungkin sebab itu, hubungan mereka macam langit dengan bumi. Ini antara punca saya tak suka pulang ke rumah mertua saya, sebab kehadiran kami anak beranak tidak disukai oleh mereka anak beranak.
Namun memikirkan perasaan suami, kami pulang juga ke rumah ibu dan bapa mertua saya. Oleh kerana Hari Raya dah hampir, kami buat kesempatan kemas rumah mertua saya. Memikirkan mereka dah tua ibu mertua dah lebih 76 tahun, sementara ayah mertua dah lebih 80 tahun.
Sebenarnya suami saya cadangkan balik kemas rumah emak, sebab dia rimas melihat rumah ibubapanya bersepah – sepah. Ditambah pula per4ngai ayahnya yang suka menyimpan barang – barang lama, yang rosak dan usang tidak boleh digunakan lagi.
Sehinggakan kami melihat rumah mertua saya tak ubah seperti kilang besi buruk. Ada basikal tua buruk, tayar kereta pancit, roda basikal, rim kereta dan entah apa – apa semuanya terbiar depan rumah. Bukan itu sahaja. Tin – tin kemek, plastic kosong, botol kosong berlonggok – longgok.
Barangan itu bukan hendak dijual, sebaliknya itulah per4ngai ayah mertua saya yang amat pelik lagi menghairankan. Hari yang ditetapkan kami tolong kemas rumah dan buang semua barangan buruk itu. Kami masukkan dalam beg plastik sampah untuk dibuang.
Tetapi sekembalinya kami dari solat tarawikh, ibu dan ayah mertua telah buka beg sampah itu dan keluarkan semua barangan buruk menggunung depan rumah. Terk3jut kami. Penat kami berkemas belum hilang sudah keluarkan semua.
Esoknya pagi – pagi kami masukkan semula masuk dalam beg plastic dan terus buang. Barulah kami nampak halaman kemas dan dapur tidak berselerak. Tujuan kami berkemas hendak membantu mereka. Maklumlah mereka dah tua tak mampu berkemas.
Petang itu suami nasihatkan ibu dan ayah mertua supaya solat. Tetapi mertua saya meng4muk, katanya, kubvr aku, aku tahulah macam mana nak jaga. Engkau balik buat menyemak rumah aku aja. Lain kali jangan balik rumah ni.’’
Marah betul dia bila kami suruh solat. Kami sedih tengok per4ngai mereka, dari muda sampai tua tak berubah. Malas solat. Walaupun s4kit telinga mendengar cemuhan mereka, tapi kami sabar. Nak buat macam mana.
Esoknya sebelum pulang saya cuba salam mereka, tetapi mereka tak mahu salam. Sedih. Sudahlah miskin, tak mahu berubah, perbuatan mereka sengaja memaIukan kami. Kami belikan pakaian baru untuk ibu dan baju Melayu serta kain pelekat untuk ayah, tapi mereka tak pakai, sebaliknya mereka pakai pakaian yang sudah lusuh, buruk dan di makan hari, kadang – kadang tu suka pakai baju koyak.
Kami sedar pandangan masyarakat keliling, ada anak berpangkat tapi ibu ayah pakai baju buruk!” Sebenarnya masyarakat tak tahu masalah kami dan per4ngai orang tua kami yang sebenar. Kami juga sedar mereka kata kami biarkan orang tua kami duduk rumah macam kilang besi buruk, tetapi tahukah mereka setiap kali menasihati dan membersihkan rumah mereka, kami akan dim4ki.
Biasanya ayat terakhir mertua marahkan kami, “lain kali jangan datang sini lagi?” S4kitnya hati. Masyarakat tak tahu sebab mereka tak dengar kami kena m4ki, mereka cuma melihat dari jauh keadaan rumah mertua saya yang buruk itu.
Kata – kata kesat ibu bapa mertua saya itu sememangnya mengg0res hati dan perasaan saya. Tetapi apa boleh buat. Kami berharap jika hajat kami menunaikan fardhu haji tidak lama lagi tertunai, kami akan berdoa kepada Allah agar memberikan taufik dan hidayah kepada mereka berdua supaya berubah.
Sebab mereka sudah tua, tetapi masih lupa ingatkan Allah. Kata orang kalau lelaki giIakan wanita akhirnya dia akan kahwin juga, tapi kalau giIa berjvdi bila dia akan insaf? Adakah membawa ke akhir hayat.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.