Dulu kemain aku kerja 14 jam sehari nak sara diorang, macamni diorang buat aku. Aku perasan adik – adik aku ni pulaukan aku sebab duduk rumah je. Diorang siap sorokkan makanan lagi dari aku sebab kononnya aku yang habiskan makanan..
#Foto sekadar hiasan. Tahun 2019, masa mak aku meninggaI, aku la yang uruskan jen4zah dari A ke Z: mandi, solat, kebuumi, talkin. Adik – adik aku tak tahu apa nak buat. Lepas tu aku la yang kerja hampir 14 jam setiap 6 hari sebab nak bayar sewa rumah, bil api air, beli barang dapur, bagi duit belanja.
Memang untuk diri aku sendiri takda. Aku terp4ksa lupakan segala aku punya keinginan nak beli kereta sebab focuskan adik – adik aku. Jadi tahun 2022, aku cakap kat adik – adik aku, aku dah takkan support dah korang, korang semua dah besar, boleh bekerja, umur pun dah 20 – 25, aku rasa dah sampai giliran korang pula bayar bil api air semua, aku sorang boleh handle semua, takkan korang berempat tak boleh.
Bayangkan selang beberapa bulan, check bil api air, sewa rumah ada tertunggak berbulan, aku tanya diorang, diorang boleh jawab dengan selamba “oh lupa”. Marah juga aku, barang – barang shopping korang boleh pula beli, benda penting boleh lupa.
Berg4duh juga. Ada siap kata “siapa suruh kau bayar”. Last – last aku juga yang kena keluarkan duit lagi. Kemudian masa bulan 11 2022, contract aku tamat, so aku rehat la sampai tahun baru 2023. 2023 aku mula cari kerja, sampai sekarang ni.
Banyak juga interview aku dapat, tapi kebanyakan semuanya jauh – jauh, aku dah la kereta takda. Motor jangan cakap, aku tak boleh bawa sebab f0bia. Okay, apa aku nak luah, sejak aku tak bekerja dari bulan 12 2022, aku perasan adik – adik aku ni pulaukan aku sebab duduk rumah je.
Diorang kalau beli makanan apa semua, diorang kongsi sesama diorang je, sikit pun tak pernah pelawa aku. Diorang siap sorokkan makanan lagi dari aku sebab kononnya aku yang habiskan makanan, padahal aku tak sentuh pun apa – apa benda diorang beli, padahal sesama diorang yang sentuh barang – barang diorang. Aku juga kena tuduh.
Aku Iawan mulut dengan diorang, apa masalah korang ni, aku duduk dalam bilik buat hal aku, tak sentuh makanan korang, asal tuduh aku semua, tak suka aku cakap. Diorang relax je cakap, ‘siapa je suka penganggur.’ Bila kau tak bekerja kan, kau kena simpan duit untuk kerja nanti.
Jadi aku makan apa jela ada kat rumah, bayangkan diorang langsung tak ambil peduli barang dapur. Banyak kali juga aku cuma goreng nasi dengan cili padi je, ada juga aku tak makan. Minum air panas je. Sedih juga, dulu kemain aku kerja 14 jam sehari nak sara diorang, macamni diorang buat aku.
Sekarang ni, aku dah macam orang asing dah duduk dalam rumah ni. Memang ketara diorang pulau aku sebab aku tak kerja beberapa bulan. Aku selalu fikir, bila aku dapat kerja balik, dah kukuh kewangan aku, aku memang nak keluar dari rumah ni, pergi mamp0s la dengan diorang.
Dulu aku sara korang, korang langsung tak terima kasih, siap pulaukan aku sebab menganggur. Aku sekarang dah susah tidur malam, mengantuk tapi tak boleh tidur sebab banyak fikir, h1na sangat aku ni menganggur. Sampai to the point, better aku bvnvh diri lagi bagus agaknya.
Itu jela luahan hati aku, anak sulung yang tak berguna, tak disukai, dipulau oleh adik beradik sendiri. Tak tahu la kalau ada yang baca, kalau ada terima kasih sangat sangat luang masa baca confessions aku tak seberapa ni, sebab aku tak pernah confess apa – apa.
Ni pun sebab aku dah tak tahan sangat dah. Kepada pembaca doakan kebaikkan buat aku, aku pun tak tahu by the time korang baca, aku hidup lagi ke tak. Jadikan kisah aku sebagai pengajaran, jangan jadi macam aku. – eMerchant (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Ezd Airaniez : Sebelum selamatkan orang, selamatkan diri sendiri dulu. Jaga hati kita dan berg4ntunglah kepada Allah swt sepenuhnya. You need to go out from that t0xic environment ASAP. Bina balik kehidupan. Insya-Allah belum terlambat. Berhijrahlah. Semoga dipermudahkan segala urusan. Aamiin
Noradila Ismail : Yang namanya peng0rbanan tiada siapa akan tahu. Sebab tu la namanya berk0rban. Susah perit kita untuk orang yang kita sayang mana mereka tahu. Apa pun Allah kan tahu. Berk0rban la setakat mampu ikhlas.
Ingat, jangan sampai terk0rban. Manusia ni tak kisah siapa, kalau kita nak bantu, bantu tanpa k0rbankan diri. Rasa depa boleh bangun sendiri, biarkan mereka. Jangan berk0rban sampai rugikan diri agar keikhlasan terus terpelihara.
Habbatussauda Mesir : Teringat kawan aku, budak pandai, tapi sebab tanggungjawab, mak ayah dah takde, abis spm terus kerja. Nak sara adik perempuan sorang. Dia dua beradik je. Dari sekolah menengah sampai universiti dia tanggung, takde pinjaman ptptn pun. Sekarang adik dia dah senang, terus lupakan abang dia, terutama masa pkp, susah sebab kena buang kerja masa tu.
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.