Aku dari kecil dah biasa hidup miskin. Duit gaji semua untuk tolong keluarga sebab ada 14 adik beradik. Terlalu ghairah nak kahwin, aku kahwin dengan anak orang kaya. Gaji isteri besar sampai boleh beli 2 kereta Honda. Aku hanya ada motor. Tapi isteri lebih sayangkan kereta dari suami sendiri..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, hi semua pembaca. Ini adalah kisah hidup aku, seorang suami yang tiada apa – apa. Eh kejap! Bini aku pangil…
Tadi aku pergi kedai beli nasi bungkus untuk bini aku. Aku ceritakan kisah aku bermula sebelum aku berkahwin, aku ni anak no 9 dari 14 orang adik beradik, memang ramai. Masa kecik – kecik dulu hidup aku serba kekurangan.
Ayah aku hanya kerja kampung dan pak guard untuk menampung keluarga. Adik beradik aku hanya ada 5 orang lelaki dan yang selebihnya perempuan. Keluarga aku tak semua berjaya ke menara gading, sebabkan ayah dan mak aku tak cukup duit untuk sambung pengajian kami, mak aku suri rumah je.
Dalam 14 orang ada la 2 orang pejawat awam termasuk aku sorang haha.. Aku kerja pejawat awam guna keputusan SPM je.. Alhamdulillah Rezeki… Tapi nak dapat tu 2 tahun juga la aku buat macam – macam kerja seperti tolong buat rumah, kerja ladang getah, ladang sawit dan kedai makan.
Aku buat je apa – apa kerja, ada kerja ada la duit. Duit pun habis untuk beli topup je masa tu. Adik beradik yang perempuan banyak kahwin awal sebab tak nak susahkan mak ayah, jadinya kami ni banyak hidup berdikari sendiri.
Hampir 7 tahun aku kerja penjawat awam banyak juga aku dapat bantu mak ayah aku untuk besarkan rumah, bantu persekolahan adik – adik aku. Aku kerja memang jauh dari keluarga, jadinya memang susah la nak balik sebab perlu simpan duit.
Gaji pejawat awam bukan la besar sangat masa tu adalah dalam 1500 tahun 2010 – 2013, nak plak gred rendah je. Okey dipendekan cerita aku dijodohkan dengan seorang pekerja swasta dalam tahun 2015, mungkin terlalu ghairah sangat nak kahwin sampai lupa nak nilai emas atau permata.
Betullah orang cakap ukur baju dibadan sendiri, biar putih tulang jangan putih mata. Bila nak pilih pasangan tu jangan pandang rupa sahaja, kena tengok sekufu ke tidak. Isteri aku dari keluarga yang berada, dia anak ke 2 dari 3 orang adik beradik.
Ayah dan emaknya pensyarah. Sudah tertulis aku dan dia sebagai pasangan 2 sejoli. Aku ni sebelum kahwin bukan la seorang yang pandai menyimpan, cukup bulan habis sebab banyak bantu keluarga dan masa nak kahwin pun aku buat pinjaman bank untuk hantaran 10k.
Mula – mula kahwin memang semua indah tapi aku dan dia terp4ksa berjauhan sebab aku kerja di utara dan dia kerja di selatan. Hampir 3 tahun juga kami berjauhan baru dapat bersama bila aku punya permohonan berjaya dan dapat dipindahkan dibahagian selatan.
Fokus kami nak kan anak tapi sehingga sekarang belum dikurniakan cahaya mata. Masih belum ada rezeki kami. Adik beradik aku hampir semua dah kahwin tinggal seorang sahaja yang belum dan semua dah ada anak.
Aku dan isteri dah cuba pelbagai cara, duit pun dah banyak dihabiskan sehinggakan isteri aku str3ss bila balik kampung beIah aku sebab terlalu semak ramai orang bilik pun tak cukup. Kalau hari raya siapa yang balik dulu dia la dapat bilik.
Ok tadi tu semua cuma kisah latar belakang aku. Di kisah yang lainnya pula bila aku dan isteri di rumah kami berdua. Aku dekat rumah ibarat aku la isteri dia suami. Sebab gaji dia besar, maintenence bulanan pun besar.
Aku punya gaji bersih tak besar mana sebab dah tolak duit bayaran rumah lppsa. Sepanjang aku hidup tak pernah beli kereta, aku cuma ada sebiji motor manakala bini aku dengan duit gaji yang besar tu, dia beli 2 buah kereta honda, jaz dan HRv.
Aku memang payah nak bawa kereta dia ke tempat kerja sebab aku malas nak dengar apa yang dia perkata nanti. Sebagai contoh, ‘jangan bawa kereta sampai Ianggar lubang!’ Dia lebih sayang kereta dia dari nyawa suami dia lagi yang hanya mampu bawa motor, lagi – lagi ketika hari hujan.
Aku memang selalu bawa motor, pergi kerja balik kerja kena hujan kadang – kadang dekat tempat kerja aku pakai kasut basah seluar basah sebab baju hujan aku nipis. Kawan – kawan yang tahu selalu perli aik tak bawa honda ke??? Ke suka mandi hujan.
Sebab aku selalu bagi alasan suka mandi hujan sebab hujan tu rahmat. Gaji aku setiap bulan semua aku transfer pada bini aku sebab dia yang akan uruskan semua perbelanjaan dan bayar hutang.
Untuk setiap hari berkerja dia akan bagi RM 15 untuk makan dan isi minyak motor aku. Untuk RM 15 ni memang aku makan pagi dan minum petang minyak motor akan isi rm3 setiap hari. Memang cukup – cukup.
Bini aku ni seorang yang pentingkan penampilan dan sayangkan duit. Kalau part aku, dia tak bagi boros tapi kena part dia, takpe. Jadi sebabkan itu aku buat part time senyap – senyap untuk simpanan kec3masan aku.
Aku buat part time tolong cuci homestay boleh la sebuah rumah dapatlah RM30 upah. Aku buat lepas waktu kerja. Sebabkan bini aku selalu balik lewat malam jadi aku pun buat la job tu dengan member aku.
Untuk pengetahuan pembaca, sekarang ni dah ada 10 buah rumah homestay yang nak dibersihkan setiap minggu. Alhamdulillah ada rezeki untuk aku. Disebabkan aku dari dulu hidup susah,jadi nilai duit pada aku tak bernilai.
Aku benci pada duit yang membuatkan aku m4kin tak suka sikap bini aku. Aku guna duit hanya untuk aku makan dan hidup pada hari ini dan esok. Sebab note duit yang sama tak akan ada dengan kita untuk tempoh yang lama. Hari ini dia dengan kita, esok mungkin dengan bini kita. – Safirul (Bukan nama sebenar)
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.