Saya doakan madu saya dikurniakan syurga teragung setelah apa yang dilaluinya selama ini

Semasa peguam membacakan wasi4t, saya terk3jut bila dapat tahu saya bukanlah isteri pertama. Hati saya terbakar dan mendidih serta kebencian saya terhadap ibu mentua menjadi – jadi. Mujur orang tua itu sudah 3 tahun meninggaIkan kami. Jika tidak, akan saya suruh dia meIutut maaf di hadapan madu saya.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat anak – anak pembaca budiman semua. Saya berusia 55 tahun jadinya saya tak pandai nak berkias ayat. Tapi saya nak berkongsi dengan  pembaca kisah madu saya yang saya doakan agar dia dikurniakan Syurga Teragung setelah apa yang dilaluinya selama ini. Amin.

Moga sama – sama kita ambil iktibar ye. Pada tahun 1988 saya bernikah dengan seorang lelaki yang sama kerjaya dengan saya sebagai seorang pegawai perubatan. Pada ketika itu saya tidak mengetahui latar belakang lanjut tentang suami saya.

Yang saya tahu, dia seorang lelaki bujang dan keluarganya datang melamar saya. Kehidupan kami serba serbi sempurna. Saya dan dia bekerja di hospitaI berbeza tetapi apabila pulang ke rumah, kami berkongsi cerita yang sama.

Cerita tentang pes4kit kami di hospitaI masing – masing. Tiada perubahan pada suami, bahkan tiada apa yang saya nampak pelik pada dia. Hari – hari dia ada dengan  saya. Dia sentiasa ada masa bersama keluarga apabila waktu cuti sekolah.

Hinggalah saya ditukarkan ke hospitaI lain, saya agak berjauhan dengan suami yang bekerja di utara semenanjung. Tapi masih, tiada perubahan yang saya nampak pada dia. Namun suami selalu berpesan, andai ada pelajar perubatan bernama Aisy (Bukan nama sebenar) dan Asyraff (bukan nama sebenar), dimintanya ajar betul – betul dua pelajar ini seperti anak kandung sendiri.

Saya sebagai doktor dan ibu sememangnya bersikap pr0fesional dan beranggapan setiap pelajar perubatan adalah anak saya sendiri tanpa membezakan mereka. Anak – anak saya juga merupakan pelajar perubatan maka haruslah saya mengajar pelajar lain sama seperti saya mengajar anak saya.

Hinggalah satu hari, suami jatuh s4kit. TerIantar lama di hospitaI. Dia acap kali menyebut, tengok – tengokkan Aisy dan Asyraff. Ajar mereka sampai jadi doktor yang berguna. Saya masih sama. Tidak merasa pelik kerana suami saya memang seorang yang prihatin.

Saya iyakan sahaja apa yang dik4takan. Hinggalah ketika suami sem4kin tenat dan dia berhajat berjumpa dengan kedua pelajar perubatan tadi. Ketika sesi pertemuan, saya hanya melihat mereka berdua. Bercakap seperti biasa hinggalah akhirnya, suami saya berkata, “Jaga ibu dan sampaikan maaf saya pada ibu.”

Saya mulanya agak pelik tapi masih positif kerana beranggapan mungkin dia sayang dua pelajar ini. Petang itu juga selepas solat asar, suami saya menghembuskan nafas yang terakhir. Saya redha dengan pemergiannya namun ada sesuatu yang lebih menarik perhatian saya.

Aisy dan Asyraff hadir ke pengebvmian suami saya bersama seorang wanita tua dalam linkungan usia lewat 50-an. Wanita itu buta dan hanya duduk di kerusi roda. Tapi mereka tidak datang dekat. Hanya sekadar melihat dari jauh.

Saya cuba untuk menuju ke arah mereka untuk bertanya namun mereka sudah berlalu dan majlis pengebvmian belum selesai doanya lagi. Selang beberapa hari, saya dan anak – anak dipanggil ke pejabat peguam untuk mendengarkan wasi4t arw4h suami.

Saya dan 2 orang anak sudah hadir untuk mendengarkan wasi4t tersebut namun peguam mengatakan harus menunggu lagi pemegang wasi4t lain. Sekali lagi saya diam dan hanya menunggu. Hinggalah datang dua orang anak muda bersama seorang wanita yang saya kenal amat.

Aisy dan Asyraff bersama wanita tua yang saya nampak di kubvr haritu. Ketika itu, hati saya berbolak balik. Kenapa Aisy dan Asyraff selalu ada dan disebut – sebut oleh arw4h. Kini ketika mendengarkan wasi4t juga mereka ada bersama. 2 orang anak saya, Amira dan Adhlina juga bagaikan senang denagn kehadiran Aisy dan Asyraff kerana mereka sekawan di Universiti.

Peguam mulakan pembacaan wasi4t dan alangkah terk3jutnya saya apabila perkataan pertama yang keluar dari mulut peguam ialah, “Pemegang wasi4t pertama ialah isteri pertama iaitu Puan Hasidah..” Allah… Berder4u jantung saya.

Kenapa nama itu bukan nama saya. Terus saya menoleh ke arah perempuan buta yang disorong kerusinya oleh Aisy dan Asyraff. Saya cuba untuk bertenang dan mendengarkan dahulu segala apa amanat suami saya yang ditinggalkan. Saya tak boleh terbvru – bvru.

Suami saya hanya meninggaIkan sejumlah wang untuk Puan Hasidah dan juga sebuah pondok di kawasan yang saya sendiri tak pernah tahu. Selebihnya, rumah yang kami duduki, kereta, aset lain semuanya untuk saya dan anak – anak.

Selesai pembacaan wasi4t, saya menurunkan tandatangan sebagai tanda penerimaan. Begitu juga Puan Hasidah yang menggunakan cop jari. Selesai semuanya, saya mendekati Aisy dan Asyraff bersama ibunya. Saya cuba untuk bertanya macam mana boleh semua ini terjadi.

Lama kami duduk berbual hinggakan basah kuyup baju saya kerana air mata yang meIimpah keluar mendengarkan kisah madu saya. Kisahnya, pada tahun sama perkahwinan saya dan suami, arw4h suami saya sudah pun terlebih dahulu bernikah dgn Puan Hasidah.

Jarak lebih kurang 6 bulan beza perkahwinan kami. Ketika suami menikahi saya, dia sedang hamil 4 bulan dan anak dalam kandungannya kembar iaitu Aisy dan Asyraff. Perkahwinan Puan Hasidah tidak diterima ibu mertua saya kerana Puan Hasidah seorang gadis yatim piatu dan tidak bersaud4ra.

Makanya ibu mentua saya mengh1nanya sebagai perempuan tidak sah taraf. Ibu mentua saya yang juga ibu kepada arw4h suami turut meng4ncam Puan Hasidah untuk tidak mengganggu keluarga baru anaknya jika mahu berteduh di pondok tersebut.

Makanya Puan Hasidah merelakan kata – kata ibu mertuanya dan sama sekali tidak mengganggu kami. Kerana itu saya tidak mengetahui apa – apa selama lebih 30 tahun. Saya bertanya kenapa dan macam mana Puan Hasidah boleh menjadi buta.

Dan jawapannya tersangat merundum hati saya. Ketika ibu mertua saya hilang penglihatan kerana terjatuh dari tangga rumahnya, saya dan suami puas mencari penderma mata hinggalah suami mengatakan dia telah berjumpa dengan seorang penderma iaitu seorang perempuan.

Ketika itu saya bersyukur kerana ada yang sudi menderma kerana saya tidak mengetahui apa – apa. Rupanya penderma tersebut ialah Puan Hasidah yang juga menantu paling dibenci dih1na oleh ibu mentua sendiri!!

Ketika mendengarkan kisah itu, saya terbakar dan mendidih hati serta kebencian saya terhadap ibu mentua menjadi – jadi. Mujur orang tua itu sudah 3 tahun meninggaIkan kami. Jika tidak, akan saya suruh dia meIutut maaf di hadapan Puan Hasidah.

Namun Puan Hasidah tenang dan menjawab, “Saya tiada ibu, puan. Saya lakukan semua ini demi mendapatkan rahmat seorang ibu.” Allah.. Berderai lagi air mata saya. Sambung Puan Hasidah, “Saya anggap semua ini takdir hidup saya.

Saya tidak mengeluh bahkan saya bersyukur. Saya mempunyai suami walaupun hanya 3 bulan. Paling tidak saya terlepas dari fitnah manusia. Saya dikurniakan anak lelaki. Bukan seorang tapi dua. Yang boleh jagakan saya.

Saya tiada saud4ra mara, puan. Ini sahaja harta saya. Dan saya sama sekali tidak mengharapkan harta dari arw4h suami. Cukuplah dikekalkan pondok kami sebagai tempat berteduh.” Saya rasakan bagai tersepuk ke lantai mendengarkan kata – katanya.

Bagaimana seorang isteri mampu hidup sendirian begitu tanpa suami. Saya pandang wajah Aisy dan Asyraff, tertanya juga saya sama ada mereka tahu atau tidak Doktor Ahmad (bukan nama sebenar) adalah ayah mereka.

Jawapan mereka, “Ya.. Kami kenal ayah kami. Tapi kami tak boleh panggil ‘ayah’ kerana arw4h nenek akan hukvm ibu kalau tahu panggil ‘ayah’.” Sekali lagi saya terdiam. Ya Allah, kenapa k3jam sangat orang tua ni masa hidupnya?!

Saya bertanya lagi sama ada mereka berdend4m atau tidak dengan arw4h nenek dan arw4h ayahnya, jawab mereka, “Ibu tak pernah didik kami membenci. Kerana disetiap perbuatan arw4h nenek dan arw4h ayah, ada sedikit kebaikan mereka yang harus dilihat.” Saya?

Bermandi air mata melihat mereka. Berjayanya Puan Hasidah mendidik anaknya untuk tidak membenci selepas semua perkara ini terjadi. Tenang sangat saya lihat wajah Puan Hasidah. Seolah – olah dia tidak mempunyai masalah sekali pun dia kini buta.

Memadailah pembaca tahu, saya jatuh cinta dengan sikap madu saya yang teramat mulia hatinya. Saya selalu fikir, bermadu ini seperti anjing dan kucing. Bercak4ran dan berIawan. Tapi alhamdulillah syukur Ya Allah..

Madu saya teramat baik dan saya doakan syurga teragung untuk dia dan anak – anak kerana keikhlasan hatinya. Hingga ke saat ini, Puan Hasidah enggan untuk memijak rumah agam kami kerana katanya, ibu mentuanya dulu pernah mengh4ramkan kakinya menjejak ke rumah suami.

Andai dia melakukannya, ibu mentua akan menidakkan dia sebagai anak. Andai saya ditempatnya, mungkin saya akan bantah sekerasnya perilaku ibu mertua. Tapi tidak pada Puan Hasidah. Dia mengagungkan dan memuliakan ibu mertua sama seperti ibu kandungnya sendiri.

Kerana itu, dia hanya menurut. Pada pembaca budiman, saya harap kita sama – sama ambil iktibar bahawa dalam kesenangan kita, ada air mata orang lain yang kita lupa. Sebagaimana saya sedang belajar untuk ikhlas seperti madu saya, anak – anak pembaca budiman juga belajarlah untuk ikhlas. Inshaa Allah, syurga untuk kita semua. Amin. – Dr. Fauziah Ahmad

Komen Warganet :

Mell Ahmad : Sebaknya baca perkongsian puan. Kalau zaman sekarang pun kita tengok banyak je luahan kisah menantu yang tak diterima oleh mertua. Kiranya memang dari zaman dulu lagi memang dah bertapak ‘per4ngai jahat’ ni. Semoga keluarga puan dan juga Puan Hasidah beroleh kebahagiaan di dunia dan akhir4t.

Fr33d Aslam : Sepatutnya arw4h suami berterus terang dengan puan tentang isteri pertama dan berlaku jujur sekaligus dapat berlaku adil pada isteri pertama. Tapi benda dah lepas dan isteri pertama pun redha je. Mungkin dia takut dengan mak mertua yang bertopengkan manusia tetapi berhati ibIis.

Peah Cake : Mesti arw4h suami dr ni pun selalu je balik rumah isteri pertama, kiranya dia sentiasa tunjuk muka depan dua orang anak kembar lelaki tu. Arw4h berjaya sama – sama mendidik anak – anak dari segi sahsiah dan pendidikan.

Dua – dua dapat ikut jejak langkah. Tapi kan, memang kalau emak ayah doktor, anak – anak pun selalunya akan ikut jadi doktor kan. Memang terbaiklah. Semoga keluarga puan terus bahagia.

Rahmad Sahnisopian : Benarkah masih ada manusia semulia ini, redha dengan apa yang Allah tentukan dan takdirkan kepadanya walau tidak mendapat haknya sebagai isteri. Sungguh besar peng0rbanannya sebagai seorang menantu.

Hanya Allah yang akan membaIas keikhlasannya di akhir4t nanti. Semoga beliau serta keluarga beliau sentiasa mendapat Rahmat Allah. Subhanallah, Allahuakbar. Seorang isteri yang taat pada Allah dan suami serta orang tuanya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.