Petang itu suami kemaIangan, dia kata aku punca dia kemaIangan sebab tidak bersetuju mahu bercerai. Dia jijik pada aku serta berkata dia tidak akan izinkan aku mengandungkan zuriatnya. Katanya aku hanyalah seorang perempuan bod0h murahan dan tidak berduit seperti kekasihnya. Kekasihnya berduit, bijak dan sangat mat4ng serta tidak menyusahkan dia.
#Foto sekadar ihasan. Assalamualaikum. Sebelum tu aku kenalkan nama aku Rina. Aku berusia 31 tahun. Cerita yang aku nak cerita ni adalah sekadar luahan hati aku. Agak panjang dan maaf jika membosankan. Aku bukanlah perempuan yang baik.
Ketika di alam Universiti aku sudah terIanjur dengan kekasihku dan dia tidak mahu bertanggungjawab. Tamat saja belajar, aku membawa hati dan dekatkan diri pada Allah. Aku tidak berkawan dengan sesiapa selama hampir 6 tahun.
Ada yang cuba mendekati. Tetapi aku tidak yakin. Sehingga aku bertemu seorang lelaki duda anak 2 berusia 42 tahun dan juga sedang patah hati. Sebelum lebih melangkah jauh, aku jujur padanya bahawa aku tidak suci lagi.
Dan dia dapat menerima aku seikhlasnya. Dia dibuang kerja dan hanya menolong rakannya berniaga nasi lemak selama hampir setahun. Kemudian isterinya meminta cerai. Aku nampak keikhlasan dirinya. Kami berkawan hampir 8 bulan dan mengik4t tali pertunangan.
6 bulan sebelum majlis aku terp4ksa berhenti kerja kerana syarik4t tidak mampu membayar gaji. Dalam aku cuba mencari perkejaan, aku membantu tunang aku jugak mencari pekerjaan yang lebih stabil. Rezeki nak kahwin barangkali, dia diterima berkerja dan gajinya sangat tinggi.
Manakala aku masih terus mencari. Aku perasan sikapnya berubah dari hari kehari. Sehingga dia mahu memutuskan pertunangan kami kerana katanya aku bukan isterinya lagi dan dia tidak mahu bantu membayar kereta aku.
Walhal, kereta itu digunakan untuk mengambil dan menghantar anaknya ke sekolah ketika dia hanya ada sebiji motor. Bulan berlalu, dia ingin membuka bisnes dan memujuk aku meminjam bank. Katanya pinjaman itu boleh digunakan untuk tujuan majlis kahwin dan bisnesnya.
Aku sekerasnya menolak. 3 bulan hampir berkahwin, aku diterima kerja. Dan dia masih mem4ksa aku membuat pinjaman dan berjanji membayarnya. Jika tidak, dia mahu memutvskan pertunangan atas alasan aku sudah tidak virg1n.
Aku bersetuju kerana tidak mahu malu. Aku tak sangka niat jujur ku akhir nya dibaIas sebagai ugvtan. Kami berkahwin, dan selepas berkahwin aku alahan teruk sehingga terp4ksa berhenti kerja. Aku cuba untuk bertahan, namun aku gagal.
Usia bayi 4 bulan, aku keguguran. Dan suami mula mendesak aku mencari kerja dengan cepat. Dia sering mengh1na aku pemalas kerana tidak mahu berkerja. Sudah puas aku mencari kerja, namun rezekiku masih tiada.
Manakala suami sudah naik pangkat dan bisnesnya juga baik. Rutin ku menjaga anak – anak tiriku dan menguruskan perihal rumah. Suatu hari dia berkata bahawa dia tidak mahu lagi membayar kereta ku kerana namanya sudah bersih dari blacklist dan mampu membeli kereta sendiri.
Dia juga tidak mahu membayar pinjaman perkahwinan kami kerana katanya majlis itu adalah untuk keluargaku. Dia memberi pilihan untuk mencari kerja atau bercerai. Kerana dia malu kepada kawan – kawannya. Isteri mereka berkerjaya dan cantik bergaya.
Saat ini aku sangat sangat kecewa dan sedih. Segala peng0rbananku tidak dipandang. Aku menebalkan muka meminta adik membayarkan hutang kereta ku sementara aku terus usaha mencari perkejaan. Kata – kata h1naan dan m4kian tak lepas dari mulutnya.
Dia mengungkit bahawa hanya dia yang berkerja. Dan terp4ksa menanngung aku. Aku katakan padanya bahawa aku adalah tanggungjawab mu sebagai suami. Dia menamp4r pipiku. Hari berlalu aku masih berusaha dan berdoa agar aku diterima kerja.
Sehinggalah aku diterima bekerja. Suami memarahi ku kerana office ku jauh dari rumah. Siapa yang akan mengambil dan menghantar anaknya serta memasak dan uruskan rumah. Dia memberi syarat bahawa sekalipun aku berkerja, tanggungjawab itu harus aku laksanakan.
Seawal jam 5 aku sudah bangun memasak dan urus anak. Menghantar ke sekolah dan mengambil. Jam 11 malam urusan rumah selesai dan baru aku dapat melelapkan mata. Suami tidak pernah balik awal. Tiada masa untuk aku dan anak – anak.
Aku tidak tahu kerja apa dia lakukan kerana dia tidak memberiku duit. Nafkah zahir Dan batinku terabai. Satu malam dia berbincang denganku. Katanya dia sudah tidak ada hati padaku. Dia sudah tidur bersama wanita lain dan wanita itu kekasihnya.
Dia meminta aku bersetuju bercerai secara baik. Aku marah dan menangis. Kemudian dia menarik rambutku dan memij4k perutku. Katanya aku hanyalah seorang perempuan bod0h murahan dan tidak berduit seperti kekasihnya.
Kekasihnya berduit, bijak dan sangat mat4ng serta tidak menyusahkan dia. Setiap malam dia akan pulang lewat dan mengabaikan aku dan anak – anaknya. Aku berkata padanya. Aku adalah isteri yang kau nikahi setahun yang lalu.
Aku menerima kau dan anak – anak dengan seluruh hatiku. Kesenanganmu bermula apabila kita berkahwin. Harini kau mahu membuang aku selepas segalanya kau dapat. Dia menamp4r aku dan berkata kesenangan dia pada harini adalah usaha dia sendiri.
Aku tidak ada kegunaan dan peng0rbanan. Sebaliknya aku hanya menyusahkan. Aku menjawap, aku memaafkan kau kerana kau suamiku. Tapi ingat baIasan Allah. Jika kau curang lagi hanya Allah akan membaIasnya. Pagi itu sebelum kekerja, dia memberi surat hadir ke mahkamah untuk menceraikan aku.
Aku hanya diam. Pada petangnya aku dapat panggiIan telefon suamiku kemaIangan. Kakinya patah, muka nya juga Iuka teruk. Aku diuji sangat kuat. Menguruskan anak – anak dan menjaga dia di hospitaI. Aku tidak cukup tidur.
Dan berat badanku susut. Ketika menjaga dia di rumah. Aku dih1na dan dim4ki. Katanya aku punca dia kemaIangan kerana tidak bersetuju mahu bercerai. Dia jijik padaku serta berkata dia tidak akan izinkan aku mengandungkan zuriatnya.
Ketika dia menyebut bahawa aku anak har4m dan ibu bapaku tidak pandai mendidikku. Aku pandang wajahnya dan berkata, aku menerima kau ketika bekas isterimu membuangmu. Aku terima kau disaat kau susah. Aku jaga dan didik anak – anak kau tanpa baIasan.
Apa saja hin4an biarlah hanya padaku. Bukan orang tuaku. Kerana dia juga menerima kau saat kau mahukan aku. Jika cerai adalah apa yang kau mahukan. Baik, aku bersetuju. Malam itu aku mengemas semua kain bajuku.
Menyiapkan baju dan bekal anak – anak. Aku mencium anak – anak yang sedang tidur. Dia sedang berdiri di pintu dan menghalang laluanku. Dia berkata jika kamu keluar, jatuh taIak 1. Aku keluar mengetahui bahawa taIak akan jatuh.
Dia terjatuh bersama tongkatnya di hadapan pintu. Aku menoleh padanya dan berlalu pergi. Aku tidak tahu dari mana kekuatan itu aku dapat. Tapi aku hanya membiarkannya. Malam itu aku bermalam di hotel murah. Selama seminggu aku pergi, aku hanya memikirkan anak – anak tiriku.
Dia menelefon dan menghantar gambar anak. Aku tahu dia tak mampu buat banyak kerana kakinya masih s4kit. Emaknya menelefonku mengatakan aku isteri kurang ajar. Aku hanya diam. Dia meminta aku balik semula. Aku pulang semula dan berkata dalam hati.
Aku hanya akan menjaga anak – anak selama dalam eddah ini saja. Setiap hari dia memujukku dan cuba memeIukku. Namun hatiku sudah tertutup. Aku hanya menjaga anak dan makan pakai sahaja di dalam rumah ini.
Aku masih menjaga dia dan menguruskan dia juga. Bukan kerana cinta, tapi ihsan ku sebagai manusia. Hampir 3 bulan berlalu. Aku berkata padanya. Aku akan pergi dan tidak mahu rujuk semula. Aku juga mendoakan dia bahagia.
Aku memesan untuk dia menjaga anak – anaknya kerana itu adalah harta berharga. Dan jika dia berkahwin, carilah isteri yang mampu menjaga dan sayang anak – anak seperti anak sendiri. Aku mengumpul segala kekuatan minta dihalalkan makan minum dan maafkan aku jika gagal menjadi isteri yang baik.
Kini aku sendiri menjalani hidupku. Dan peristiwa itu akan menjadi kenangan pahit dalam hidupku. Dia merayu aku kembali, walaupun masih ada sayang. Tapi aku butakan hati. Aku menukar nombor telefon, dan menukar kerja serta pindah rumah sewa lain.
Setahun sudah berlalu. Aku dapat tahu, dia tidak dibenarkan melawat anak anak kerana isterinya mengambil semula atas alasan dia gagal menjaga anak. Kawan berkata, dia juga sering s4kit dan selalu termenung. Kini, setahun sudah berlalu, aku sudah ada jalan hidupku, semoga dia juga begitu.
Aku tidak membenci, cuma terkilan. Impianku untuk menjadi seorang isteri dan ibu tidak kesampaian. Aku kecewa kerana kasih sayangku tidak dihargai. Dan hanya usia perkahwinan baru beberapa bulan dia sudah ada wanita lain dan mahu menceraikan aku. Doakan aku terus kuat dan bahagia. Semoga aku terus kuat berada di jalan Tuhan. – Rina (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Amalina Mohamad Sekeri : : Semoga confessor kuat dan tabah.. buat kaum wanita yang lain, ambiklah sebagai pengajaran. Kisah silam dan a1b tu tak perlu dibuka andai memang kita dah betul – betul taubat, pasti Allah menutup a1b kita tersebut.
Lelaki begitu yang hanya pandai ambil kesempatan, tidak layak menjadi seorang suami. Duduk dalam hutan sorang – sorang je orang macam ni. Mujur anak – anak je bekas isteri dah ambil balik, dia pun tak layak jadi bapa yang tak tahu tanggungjawab sendiri.
Nur Atiqah Azman : Tahniah confessor. Kalau ex-husband puan minta untuk bersama semula, please reject k. Jenis lelaki yang tak menghargai isteri. Padahal isteri yang banyak tolong waktu susah. Sekali dah terIuka, walaupun sembuh, parutnya tetap ada selamanya. Semoga puan ditemukan suami yang baik dan menghargai wanita insyaAllah.
Amynity Emanon : Waahhh, ingat nak jujur, tetiba dia gunakan kejujuran tt untuk ugvt tt ambik loan. Lepas tu tak mau bayar pulak loan tu. Perangai yang lain – lain tu lagi la kan… haisyyy… orang bijak tak akan buat kesilapan kali kedua. Nasib baik tt tinggalkan orang yang tak reti nak menghargai.
Nurul Syaffiqah Abd Rahman : Lelaki tak guna memang tak layak dapat kebahagiaan. Tahniah confessor. Cari bahagia sendiri tu lg penting. Lelaki macam ni fikir, sebab dia pernah berjaya ugvt masa sebelum kahwin dulu, dia akan berjaya m4nipuIasi confessor sampai ke akhirnya.
Tapi dia silap. Nak isteri kerja, nak isteri laksanakan semua tanggungjawab kat rumah, nak isteri tanggung semua hutang. Tapi diri sendiri berkira. Baik tak payah ada suami kalau perangai macam ni.
Danie Rinz : Dasar manusia tak bersyukur tu. Nasib tak ada anak bersama, tiada ik4tan yang memerIukan contact ex husband. Semoga ujian hidup membuat confesor mendapat sesuatu yang lebih baik.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.