Semua ahli keluarga mertua cuba jodohkan sepupu mereka dgn suami, tergedik-gedik aku tengok dia depan suami

Aku tengah siap – siap, aku nampak kereta laki aku dah meluncur laju dengan mertua dan Nad tak guna tu. Aku terus call laki aku suruh dia patah balik ambil aku, tambah s4kit hati bila Nad duduk dekat seat penumpang bersebeIahan laki aku, tapi ini yang aku buat sampai Nad terkejut..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum semua. Terdetik di hati ini untuk kongsikan kisah hidup aku yang tidak seberapa ini. Aku kenalkan diri aku Wani (of cozlah bukan nama sebenar) berumur 30 tahun dan sudah 3 tahun melayari aIam rumah tangga bersama dengan duda anak dua.

Suami aku sudah 5 tahun menduda sehinggalah dia berkenalan dengan aku. Awal perkenalan perhubungan kami ditent4ng hebat oleh keluarga beIah suamiku yang mengatakan aku tidak layak untuk anak – anak suami aku.

Anak – anak suami dua orang gadis yang berada di aIam sekolah menengah ketika itu. Aku dik4takan terlalu muda dan tidak tahu tentang urusan keluarga lebih lebih lagi yang melibatkan anak – anak d4ra suami aku.

Suami ketika itu hanya menasihatkan aku agar mengendahkan sahaja kata kata mereka. Suami percaya bahawa aku akan jadi seorang isteri dan ibu yang baik untuk diri dan anak – anaknya. Aku bekerja sebagai seorang arkitek dan rutin harian aku sangatlah sibuk.

Aku dan suami diperkenalkan oleh seorang rakan yang mengusik suami, katanya suami sudah terlalu lama menduda dan haruslah segera mencari calon isteri. Suami tersangatlah segak dan aku ketika itu tidak percaya bahawa dia adalah seorang duda kepada dua anak perempuan berumur beIasan tahun.

Penampilan yang sangat kemas, soft spoken, antara perkara yang buat hati aku terpaut padanya. Aku pulak masih single ketika itu dan okay sahaja dengan rakanku yang cuba untuk menjod0hkan aku dengan suami ketika itu.

Bila aku dapat tahu dia seorang duda dan ada dua orang anak perempuan aku tidak cepat meIatah. Aku okay dan menerima dirinya seadanya. Perkenalan kami selama setahun membawa kami ke aIam perkahwinan. Alhamdulilah segalanya berjalan dengan penuh lancar walaupun ada cubaan pihak – pihak yang tidak puas hati dengan kehadiran diri aku.

Lebih – lebih lagi pihak sebeIah suami aku yang tersangat kuat menyibuk. Dengarnya cuba nak jod0hkan sepupu jauh mereka yang bekerja kerajaan untuk suami aku. Tapi opss aku yang dapat remb4t dulu muahahaha. Oh ya suami punya tiga orang kakak yang masing – masing sudah pun berkahwin.

Mereka ni dari mak mertua aku memang agak kerek. Kadang mak mertua aku tu dia okay kadang dia tak. Bila berdua dengan dia elok je dia. Kalau berkumpul ramai – ramai hah mulalah per4ngai dia yang cuba nak melaga – lagakan aku dengan anak – anak tiriku.

Lebih – lebih lagi Kak Ngah. Peh mulut dia boleh tahan Iancang tunggu masa aku nak cinc4ng je dia ni. Kak ngah ada tiga anak perempuan dan dua anak lelaki. Anak – anak dar4 dia dimanjakan bagai nak kiam4t dah dunia ni.

Tak boleh tegur anak dia memang kau kena m4ki balik. Yang lelaki alhamdullilah elok hidup jadi manusia. Kak ngah ni ada satu sifat dengki yang sangat kuat kat aku. Mengalahkan aku ramp4s laki dia pulak. Masa pertama kali aku jumpa dia soalan pertama yang diajukan semestinya kerja apa.

Aku jawablah kerja biasa je. Kak ngah tanya lagi kerajaan ke swasta? Amboi – amboi masa dia tanya tu seakan bersinar – sinar mata dia. Lepas aku jawab aku kerja swasta je terus hilang sinaran mata dia tu. Low class sangat agaknya siapa yang kerja swasta ni ya?

Dipandangnya aku macam aku ni tak ada kerja langsung. Kaw kaw dia jeling aku. Lepastu dia kata aku dengan kerja swasta aku tu tak akan ke mana sampai bila – bila. Tak macam Nad kerja kerajaan. Elok sangat siapa jadikan dia bakal isteri. Terjamin masa depan. Hah gitu terjamin masa depan katanya hahaha.

Bila sepupu jauh yang kerja kerajaan tu datang dan ada aku sekali ketika itu, fuhh bukan main lagi dia angkat perempuan tu macam puteri kerajaan ayah pin. Perempuan tu pandai masak inilah, pandai masak itulah. Pandai bergaya, pandai bersolek, pakai beg mahal – mahal.

Pakai perfume yang branded punya sampaikan bila kak long aku minta nak cuba sikit je perfume tu terus dibaginya percuma dekat kak long aku. Aku hanya tertawa kecil melihat kebat4kkan mereka. Nad tu sepupu jauh yang dorang nak jod0hkan dengan laki aku tu la. Gedik boleh tahan minah tu.

Tiap kali ada buat makan – makan kat rumah mertua aku, dia mesti akan join sekali. Dia punya gedik tu memang dia tunjuk betul. Tak ada nak acah – acah baik ke apa depan kakak kakak ipar aku. Patutlah boleh ngam rupanya harey betul.

Aku tak boleh bIah dia suka betul nak jadi perhatian dengan menunjukkan skill – skill kegedikkan dia dengan sengaja membuat suara – suara manja yang konon mampu meruntun hati laki aku. Kepala aku memang dah keluar asap bila tengok cara dia tu.

Kak ngah pulak m4kin menggaIakkan si Nad tu dekat dengan laki aku. Eh masa ni belum jadi laki lagi hehehe. Tapi aku ada hak kot untuk cemburu dan marah. Yelah aku kat situ dorang buat macam aku ni tak ada perasaan langsung.

Kalau laki aku melayan memang aku sound je semua yang terlibat dalam cubaan mer3mukkan hati aku. Nasiblah laki aku tak macam tu. Selagi boleh elak dia elak. Pernahlah laki aku buat si Nad tu malu depan aku. Laki aku kata awak ni tak nampak ke siapa sebeIah saya?

Dia ni bakal isteri saya. Tolong hormat dia. Memang tak jadilah perempuan tu nak bagi kuih pelita kat laki aku masa tu hahaha kesian. Aku ingat lagi masa ni bulan puasa mak mertua aku dok kalut nak pergi cepat bazar ramadhan.

Dia tak cakap awal nak pergi aku bolehlah bersiap. Masa tu pukuI 6:30 petang weh. Dia dok push aku cepat siap sambil mulut tak henti membebeI. Kat luar si Nad tu dah menunggu nak pergi sama. Sibuk je datang nak berbuka sama.

Laki aku kat beranda rumah tak tahu pun mak aku ajak aku sekali. And aku ada cakap kat laki aku, aku malas nak keluar dah kalau dia nak ajak pergi kedai ke. Aku dengar dari dalam si Nad merengek nak pergi cepat takut murtabak favourite dia habis.

Habis je aku tukar seluar dan pakai baju yang sesuai tak sampai 5 minit weh aku keluar nak pergi ke pintu. Aku nampak kereta laki aku dah meluncur laju dengan mertua dan Nad tak guna tu. Memang aku menyirap giIa tengok per4ngai mertua aku dengan perempuan tu.

Aku terus call laki aku suruh dia patah balik ambil aku. Kalau tak aku nak balik rumah sendiri je berbuka sorang. Hahaha maka menggelupur la lelaki aku patah balik ambil aku. Sebab dia tahu apa yang keluar dari mulut aku, aku akan buat kalau kata aku nak buat.

Tetapi s4kit hati aku tak berhenti di situ ye tuan puan. Aku jadi panas hati bila perempuan tu dok kat seat penumpang hadapan bersebeIahan laki aku. Manakala ibu mertua aku duduk kat seat belakang. Mencuka muka dia sebab kena patah balik nak ambil aku.

Bertambah aku s4kit hati dia tak nak keluar dan buat bod0h je. Laki aku pulak yang keluar dari kereta hahaha terbalik. Aku apa lagi terus bertukar tempat dengan laki aku. Aku arahkan laki aku duduk di belakang. Perempuan tu ofcoz lah terkejut kan lepastu dia bising membebeI kenapa aku pulak yang drive?

Mana abang Fuad, kenapa abang Fuad duduk kat belakang. Ewah ewah perempuan ni ada kena Iudah ni. Maka laju saja kata – kata m4ut menusvk kalbu aku h4mburkan pada dia. Aku cakap kat dia, ” yang kau ni dok tunggu apa lagi?

Kalau tak nak duduk sebeIah aku keluarlah duduk belakang. Biar laki aku duduk sebeIah aku. Aku ni bini dia. Yang kau nak menggeIetis sangat nak duduk sebeIah laki aku dah kenapa? Mak mertua aku diam je. Baguslah dia tak masuk campur nak menangkan siapa.

Tak lama tu dia pun keluar dan duduk kat seat belakang. Kurang ajar punya perempuan. Aku ni bini dia kot kau nak buat aku macam takde hati dan perasaan pulak sampai nak ber abang – abang dengan laki aku. Barbie betul. Tu belum lagi cerita masa sampai kat bazar.

Di kala aku sibuk melayan mak mertua aku perempuan tu pula mengambil kesempatan ke atas laki aku. Amboi – amboi perempuan ni menggeIetis t4hi kucing. Dok tunjuk nak itu nak ini kat laki aku. Suruh laki aku yang belikan untuk dia. Merengek manja weh.

Cuba nak jalan nak beriringan dengan laki aku je. Dengan kuasa veto seorang isteri aku meremb4t tangan laki aku dan lari jauh dari perempuan tu. Oh kau cuba nak meremb4t laki aku ye. Perempuan ni kan kalau ada akta yang tidak meIarang untuk para isteri meremb4t perempuan yang cuba – cuba nak g0da suami kita, memang dah lama mendapat perempuan ni. Apasal eh menggedik dengan laki aku?

Kerja kerajaan kan? Belilah sendiri. Kau ni memang muka tak tahu malu ke? Sinis sahaja aku menyindir perempuan tu depan pak cik jual air tebu. Rata – rata yang ada kat situ dok pandang pandang je aku dengan perempuan tu.

Huh memang malu perempuan tu aku buat. Aku tinggikan suara aku biar semua orang yang dekat dengan aku dengar. Then dia pun bergerak mendapatkan mak mertua aku. Tergedik – gedik dia mintak backup dari mertua aku.

Amboi – amboi. Mama aku tu pun dua kali lima jugak. Kejap okay kejap tak okay. Macam haritu mak mertua aku beria dia suruh laki aku tolong perempuan tu. Dah lima kali weh tayar kereta dia pancit. Lima kali tu jugaklah mak mertua aku p4ksa laki aku hantarkan dan lima kali tu jugaklah rancangan mereka aku berjaya patahkan.

Nak main – main dengan aku ye hahaha silap orang lah kau. Okay seterusnya tentang kak long. Dia pun dua kali lima dengan kak ngah kalau melibatkan anak – anak perempuan dia. Dua puteri dan dua putera. Tapi takdelah teruk sangat kalau nak dibandingkan dengan kak ngah.

Anak dia lah yang terpaling bagus dalam buat semua benda sampai masuk dalam group yang tak sepatutnya. Menyampah weh dok canang anak sendiri. Anak dengan mak memang samalah tu dua – dua naik. Tapi kak cik lain. Dia okay je.

Ada empat orang putera yang pun menjadi manusia yang helok. Masa – mula mula aku diperkenalkan oleh suami kepada mereka semua, agak teruk jugak aku disindir. Sayang punya pasal aku diamkan je dulu. Oh ya sebelum tu aku nak bagi tahu yang mulut aku ni agak laser dan tak boleh nak berdiam diri kalau terdengar kata – kata sinis yang berlegar – legar di pendengaranku.

Suami aku pun sedia maklum akan hal itu. Tetapi bertempatlah kalau aku nak melaser pun. Kena pulak dapat mertua kaki sindir ni memang kaw kaw la aku bagi kat dorang. Aku akan bangkang dan masukkan segala fakta untuk menjatuhkan mereka.

Tapi masa ni aku masih bertahan dan berIagak cool. Yelah nak jadi ahli keluarga baru dorang kan. Makanya aku hanya perhati sorang – sorang punya per4ngai terlebih dahulu. Dalam hati aku meruap – ruap je nak baIas balik.

Ada di antaranya cukup sibuk tanya akan gaji aku berapa? Mak mertua tiap bulan dapat duit jugak tak? Beg tu mahal tu. Takde nak bagi bagi ke? Hahahaha, m4mpus kalau sesiapa jadi menantu keluarga ni. Ya akulah tu tapi aku yakin dan aku boleh hadap siap – siap sorang – sorang punya per4ngai.

Dorang yang yang tak kenal aku lagi macam mana. So aku cuba berIagak inn0ncent sehabis mungkin di depan mereka sehinggalah aku selamat diijabkabul dengan suamiku. Selama perkenalan aku dengan keluarga suami selama setahun tu.

Sorang – sorang punya per4ngai aku dah khatam. Kalau perempuan lain pasti dah cabut dulu sebab tak kuat semangat nak hadap layanan keluarga beIah suami aku ni. Hanya yang kuat semangat macam aku je mampu menghadapi rint4ngan seperti ini. Tiber.

Sebulan selepas perkahwinan kami aku memang dah siap – siap nak hadap saja yang bakal men1mpa ke atas aku. Perkara yang paling tidak disukai kaum – kaum isteri dan ibu ini memang buat aku naik hantu. Oh ya aku ada sebuah rumah di KL tetapi buat masa itu semasa kejadian ini aku menetap di rumah suami aku yang berdekatan dengan rumah mertua dan kakak – kakak iparku.

Apa dia fikir laki aku tu adik dia sesuka hati je ke nak keluar masuk pukuI berapa sekalipun?? Mana taknya pukuI 11 malam datang rumah aku elok je pergi peti ais tengok makanan apa yang boleh diremb4t. Lepas dah remb4t apa yang patut dengan muka tak malunya pergi bukak pulak tudung saji dan bersedia untuk makan.

Lepas tu bising membebeI kat aku katanya lapar tapi takde lauk. “Kesian kau kan dapat bini pemalas nak masak. Takde langsung nasi, lauk apa semua.” Aku berangin jugaklah dengar dia cakap macam tu. Dah pukuI 11 kot makanan semua dah licin aku, suami dan anak – anak bedaI.

Senang je dia cakap macam aku ni tak masak langsung hahaha kelakar. Dah lah main terj4h je rumah orang tengah tengah malam. Memang tak reti hormat orang langsung. “Dah pukuI 11 kak ngah oi. Tadi siakap 3 rasa licin kami bedaI beramai – ramai. Kak ngah yang lambat datang.

Ni datang rumah terus cari makanan kat sini, dapur kat rumah tu tak berasap ke? Gas habis?” Terk3jut dia bila aku sindir balik kata – kata dia. Mungkin dia fikir aku hanya akan mendiamkan diri je bila kena sindir macam tu hahaha sorry!

Aku tak akan biar diri aku dipijak – dipijak lagi “Kami? Laki kau dengan kau je ke? Anak – anak kau tak makan ke? Ibu tiri macam kau ni fikir ke perut anak tiri dia?” Kak ngah menjeling aku. Peh yang ni sump4h aku panas sangat dengar.

Sampai hati dia cakap aku macam tu. Memang nampak jahat sangat ke ibu tiri ni kat pandangan semua orang? “Orang dah makanlah. Bisinglah mak ngah ni apa lagi tak puas hati hah?!” Lia yang ada berdekatan sound sekali kak ngah tu. Mulut Lia boleh tahan jugak.

Kalau dia tak puas hati dia akan meIawan. Tapi setakat ni alhamdullilah aku tak pernah kena marah dengan dia. Dia pun tak ada sekali pun cuba nak meny4kitkan hati aku. Lia ni lebih kepada buat hal sendiri je. Lepas kena sound dengan Lia, kak ngah terus cabut balik rumah.

Itu belum lagi aku dengar benda yang tak elok pasal Lia dan Ira. Aku cukup pant4ng dan telinga aku jadi perit bila dengar umpatan anak – anak saud4ra beIah suami aku berkata yang tidak elok tentang anak – anak tiri aku. Kata Lia kurang ajar lah apalah.

Apa yang aku nampak sepupu mereka tu yang tak puas hati dengan Lia. Lia ni jenis tak boleh duduk diam kalau orang buat dia. Memang dia kurang ajarlah. Turut menjadi batu api ketika itu adalah adik – beradik suami yang punya hasad dengki kepada Lia dan Ira.

Mereka sering membandingkan anak – anak mereka dengan anak – anak tiriku. Contoh paling beng4ng aku boleh kongsikan di sini bila anak – anak mereka memasak, mereka akan buat video dan masukkan di dalam group family.

Boleh pulak kat situ jugak dia nak puji betapa hebatnya anak – anak dorang dia memasak. Dengan penuh bangga berkata yang anak dia boleh diharap untuk masak apa sahaja. Paling tak boleh bIah dia akan mention anak aku yang pertama untuk tengok kepandaian anak – anak dia bersiIat kat dapur.

Panas sungguh hati aku bila baca nada – nada sindiran seperti itu. Jari jemari aku jangan cakaplah rasa laju je nak baIas balik sindiran tu. Aku mengadu kat suami aku pasal benda ni. Dia hanya ketawa kecil dan suruh aku buat bod0h je jangan layankan sangat mereka semua tu.

Anak – anak tiri aku tak kurang hebat jugak sebenarnya. Cuma mereka bukan seperti sepupu mereka yang acap kali nak menunjuk kepandaian mereka dan minta dipuji. Masa raya aku ingat lagi aku hadiahkan sepasang beg berjenama kepada kedua anak tiriku untuk aku bergaya bersama mereka nanti.

Aku berharap bahawa mereka akan pakai bersama – sama di hari raya nanti. Persalinan raya kami pun sama warna. Pagi raya tu aku datang awal berdua bersama dengan suamiku. Lia dan Ira biasalah anak dar4kan ambil masa nak cantik – cantik sikit.

Tak lama tu anak kak ngah, kak long, cik semua berkumpul. Anak kak ngah, kak long lah terpaling over masa tu dok tunjuk kasut dia yang terpaling mahal tu. Dalam hati aku boleh beli 5 kali ganda harga dari tu lah! Bila Lia dan Ira datang masing – masing memerhati mereka dan mulalah sesi menunjuk – nunjuk kasut raya mereka. Kak cik aku pergi tegur beg aku dan anak – anak tiri aku.

“Wani. Handbag Wani dengan Ira,Lia sama ye? Wah mahal beg ni dekat nak 3K….” Terpempan seketika sanak saud4ra suami aku yang ada di situ. Ira dan Lia mula tunjuk muka tak selesa. Dorang cuba sembunyikan beg masing – masing.

Ada yang tak puas hati kat situ. Hah padan muka kau. Kak cik aku ni pun satu hal jugak pergi hebohkan. “Hahaha Wani yang belikan mereka dua beg ni. Angah jangan cakap saya yang belikan mereka bertiga pulak. Ni semua duit Wani.”

Hahaha thanks suamiku kerana menjelaskan segalanya takdelah nak tarik muka masam muka ke dengan abang sendiri. Sepupu mereka memang sah – sahlah lagi tak puas hati dengan Lia dan Ira. Memang t0ksik habislah keluarga beIah suami aku ni. Pening aku dibuatnya.

Apapun lah kan aku cuma nak cakap yang aku tersangatlah bersyukur dikurniakan anak – anak tiri yang pandai bawa diri meskipun di awal perkahwinan aku dan suami, agak payah untuk aku memulakan langkah mengambil hati mereka.

Mereka agak dingin dengan kehadiran orang baru dalam kehidupan mereka berdua barangkali. Tidak apa kataku, ini baru permulaan sahaja. Tiap hari aku akan berdoa pada Allah agar anak – anak tiriku boleh menerima kehadiran diriku ini.

Anak – anak tiriku sangat – sangatlah boleh diharap dan tidak sama sekali seperti apa yang nenek mereka katakan kepadaku. Aku ingat lagi semasa kali kedua aku pulang ke kampung, ibu mertua ku berkata yang tidak elok tentang Lia dan Ira.

Aku hanya mendengarkan sahaja ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Katanya ibu mertuaku Lia dan Ira sangat pemalas, kotor dan tidak boleh ditegur. Aku hanya mengangguk faham tetapi perkara ini sehingga kini tidak pernah aku ceritakan kepada suami.

Untuk bulan pertama aku bersama dengan mereka apa yang dapat aku lihat, Lia dan Ira tidak seperti yang ibu mertua ku katakan. Mereka membasuh sendiri baju baju mereka, menyidai, menyapu rumah. Alahai sejuknya hati bila melihat mereka berdua pandai membawa diri.

Walaupun mereka tidak rapat denganku, tidak bertegur sapa sangat tetapi setiap kali mereka mahu pergi ke sekolah mereka akan mencari aku untuk bersalam. Aku rasa berada di awang – awangan ketika itu. Ada satu perasaan yang sukar untuk aku gambarkan sehingga kini.

Seperti mereka menganggap aku ialah ibu kandung mereka. Tetapi must4hil sama sekali. Cerita pasal anak – anak tiriku, ada satu lagi kejadian yang buat aku menyirap sampai sekarang. Ada sorang guru kelas kat sekolah Lia cukup – cukup kurang ajar.

Suami aku memang tak dapat nak hadirkan diri untuk berjumpa dengan guru kelas atas komitmen kerja. Ibu bapa perlu datang sendiri berjumpa guru kelas berikutan dengan keputvsan peperiksaan yang kurang memuaskan.

Kebetulan ibu kandung anak tiriku berada di luar negara atas urusan kerja selama dua minggu. Maka aku menawarkan diri untuk bersemuka dengan guru kelas Lia. Sampai je aku di kelas Lia, guru kelasnya dah buat muka tak puas hati. Soalan dia cukup buat aku menyirap.

“Hah cik ni siapa? Nak keIentong saya ke? Tak boleh, tak boleh. Saya hanya nak jumpa ibu bapa kandung Lia. Pertalian dar4h apa cik dengan budak ni?” Kurang ajarkan? Ye sungguh kurang ajar. Cikgu apa macam ni? Dengan nada memerIi sambil tengok aku atas bawah macam aku ni musvh lama dia.

Lia tengok guru kelas dia dengan muka tak puas hati. Tahulah aku dia pun tak berapa suka dengan cikgu dia yang terlebih ajar ni. “Puan Wani. Saya ibu Lia. Ibu tiri Lia. Cikgu memang cakap dengan budak – budak macam ni ke?” “Ibu tiri ya? Ada bukti ke puan ni ibu tiri Lia? Ke puan ni diupah? Ibu tiri sekalipun tak kuat nak bersemuka dengan saya berhubung prestasi anak didik saya ni. Kalau betul ibu tiri mungkin ini punca prestasi budak ni teruk.”

Aku tergelak dalam pada masa yang sama tahap kesabaran aku dah membara. Cikgu ni cari pasal dengan salah orang ni. “Adab mana adab? Kurang ajar sangat cikgu ni sampai nak pertikaikan status saya bagai. Kalau rasa ragu – ragu call lah ibu kandung Lia! Oh asal ibu tiri je semuanya jadi tak betul. Semuanya jadi buruk ya?

Jangan sampai saya doakan laki puan dapat bini baru. Jangan cari pasal dengan saya. Saya viralkan cikgu dekat Facebook/Twitter. Sekarang zaman viral ni senang je nak menjatuhkan orang. Saya ada berpuluh ribu follower kat twitter. Kejap je viral muka cikgu nanti”

Silap oranglah dia nak kurang ajar kan. Cikgu tu diam seribu bahasa tak mampu nak meIawan aku. Lia dah tersengih memandang guru kelas dia. Tak lama tu dia mintak maaf dengan alasan dia str3ss budak – budak kelas dia prestasi semua menurun.

Berkali – kali dia pesan kat aku jangan ambil hati apa yang dia cakap tu. Lia ucapkan terima kasih kat aku sebab sudi jadi wakil menggantikan ibu bapa kandung dia. Aku sangat berbesar hati sebenarnya dapat tolong Lia.

Aku nak jadi kawan baik Lia dan Ira sampai bila – bila. Aku nak sangat mereka berdua selesa dan tahu yang aku sayangkan mereka berdua. Okaylah itu sahaja yang sempat aku kongsikan di sini. Semoga keluarga mertua aku tidaklah t0ksik sampai ke sudah.

Kalau nak diceritakan banyak betul a1b dorang. Tapi takpelah. Semoga mak mertua aku menerima aku seadanya. Aku penat sebenarnya dibandingkan – banding dengan Nad tu. Baiklah itu sahaja semua terima kasih sudi baca coretan aku yang sekadar mahu meluahkan kepada semua kisah hidup insan yang bergeIar ibu tiri ini. Assalammualaikum semua. – Wani (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Rokiah Ibrahim : Walaupun panjang tapi akak suka baca, semoga rumahtangga Wani bahagia dan ipar – ipar berubah, yang pentingnya anak – anak tiri dapat terima Wani sebagai ibu mereka walaupun hanya ibu tiri.

Ashika Mitra : Tt memang ibu tiri yang baik, saya doakan semoga anda bahagia bersama suami anak – anak tiri sampai ke cucu cicit. Part yang tt sound perempuan – perempuan  giIer beIah family husband tu memang saya puas hati, sampai terimagine scene tu dalam otak

Che Az Mokh : Bagus wani, macam ni lah akak suka. Bukan perempuan yang boleh dipij4k – pij4k. Semoga kakak – kakak ipar awak akan insaf. Nasib baik anak – anak tiri awak berdua tu budak baik.

Pasal Nad tu pastikan dia tidak dapat mencaras laki awak, haIang awal – awal. Semoga jod0h awak berpanjangan dan diredhai Allah swt.

Halijah Siti : Seronok baca… puas hati sebab confesser jenis meIawan, tak bod4h, diam je. Saya doakan kamu tetap sabar berhadapan mereka – mereka yang t0ksik. Semoga suami kamu selalu menyebeIahi kamu dan mengangkat martabat kamu sebagai isterinya di hadapan keluarganya.

Moga suatu hari nanti anak – anak tiri kamu dapat rapat dengan kamu dan menyayangi kamu. Moga kamu bahagia bersama suami dan anak – anak tiri sebagai satu keluarga. Cuma nasihat saya, jangan layan sangat orang – orang t0ksik tu, masuk kiri keluar kanan je.

Sebab kalau layan hati kita pun panas, nah kesukaan la mereka yg cuba buat kamu panas. Tapi kalau teruk sangat sampai meny4kitkan hati, tolong kasi sed4s kaw – kaw pada mulut – mulut pu4ka tu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.