Lagi 6 bulan nak kahwin saya nekad putuus. Saya bagi alasan dia tak handsome sebenarnya tak tahan mulut dia busuk

Biasalah masa awal bercinta  semuanya wangi, bila m4kin dekat nak kahwin ni, dia duduk jarak 4 kaki pun boleh bau mulut busuk dia. Saya dah suruh dia gosok gigi, tapi sehari nak gosok gigi sekali pun malas. Saya ajak pergi buang karang gigi pun tak nak. Saya bagi alasan keluarga saya tak suka dia sebab tak handsome..

#Foto sekadar hiasan. Hi semua pembaca. Terima kasih admin siarkan cerita saya ni. Saya tak nak tulis panjang – panjang, cuma nak pendapat kalian. Saya putvs hubungan yang  hanya tinggal 6 bulan sebelum berkahwin. Betul ke keputvsan saya?

Saya sedih sebab mak si dia menangis. Dan saya rasa sangat bersalah.. Waktu saya kenal dia, saya masih belajar dan berada pada last semester. Saya mengaku dan hargai memang dia pernah tolong saya dari segi duit. Ini yang buat saya rasa serba salah dan termakan jasa.

Dia pernah beri RM5++ untuk saya buat spec mata baru dan selebihnya duit makan ketika saya tak ada duit. Tapi waktu kami dah putvs, saya banyak kali desak dia untuk nak bayar balik duit tu semua tapi dia tak nak, dia cakap dia halalkan apa yang dia dah bagi pada saya.

Tapi masalahnya lain plak dia cerita dekat kawan – kawan dia. Dia bagitau kawan dia yang dia tanggung saya dekat 500, bila saya nak bayar dia tak nak. Saya tak nak nama saya buruk dan orang akan cakap belakang macam – macam.

Masa pembaca tertanya – tanya apalah sebab saya minta putvs, apa puncanya sampai saya ambil keputvsan drastik macam ni? Dia seorang yang sangat pengotor, waktu saya bercinta awal – awal saya dah bagitau saya tak suka lelaki mer0kok dan dia mengaku dia tak mer0kok.

Tup tup kant0i, dia seorang yang sangat sangat heavy sm0ker. Heavy sm0ker satu hal, lepas tu hari – hari kuat minum kopi 3 – 4 gelas tu wajib, tapi tak nak gosok gigi. Saya takde kisah sangat dengan rupa laki elok ke tak tapi dia tak jaga kebersihan langsung.

Korang bayangkan dari pagi sampai ke malam, nak gosok gigi walaupun sekali pun susah. Sebelum tidur saya sanggup video call ni sebab p4ksa dia gosok gigi pun dia malas. Saya pula jenis orang yang jaga kebersihan.

Sejujurnya saya geli sangat sebab kalau dia cakap dengan saya, duduk jauh pun boleh bau mulut dia tu busuk sangat. Awal – awal bercinta memang tak nampak, wangi ja semua.. Lama – lama baru nampak, rambut dia jenis kerinting kembang, jenis kasar.

Jadi saya lebih suka untuk dia potong pendek bagi nampak kemas tapi dia tak nak, dia nak simpan panjang. Dalam sehari nak gosok gigi pun susah, bangun tidur tak gosok gigi, malam tidur pun tak gosok gigi, rambut kembang setaman nak sik4t nak letak minyak sikit semua pun tak nak. Ingat dia tu natural beauty ke?

Baju pun selekeh ja pakai, tu tak termasuk bulu hidung, bulu telinga terkeluar. Saya cuma sabar dengan dia. Dengan harapan dia akan berubah, saya siap tolong belikan trimmer pun tak nak buat jugak. Tak kan saya plak yang nak kena trim bulu hidung dia tu?

Sudahnya saya putvs, saya bagi alasan mak ayah saya tak suka dia tak handsome, tak jaga penampilan. Keluarga saya sangat mementingkan kebersihan ya, tak handsome tak apa janji pembersih. Kami dah diajar dari kecil.

Saya tak nak la cakap terus terang yang dia pengotor. Saya bagi alasan dia tak handsome. Kot – kot dia munasabah diri reflect balik nasihat saya yang sebelum – sebelum ni, tapi tak. Saya rasa bersalah sebab saya dah kenal family dia, tapi saya tak boleh teruskan kalau macam ni.

Saya ambil masa berbulan untuk tegur dia, cakap dekat dia elok – elok tapi m4kin lama sikap pengotor dia m4kin terserlah. Saya bayangkan kalau sebelum kahwin pun macam ni, apatah lagi lepas kahwin. Sampai tak sanggup nak bayanglah.

Saya pujuk dia nak ke kIinik gigi buang karang gigi, guna duit saya pun tak apa, tapi dia tak nak. K3jam sangat ke keputvsan saya buat? Sebab dia asyik menyalahkan saya, macam saya tak boleh terima kekurangan dia, lepas tu dia ungkit bab – bab duit yang dia pernah tolong, RM500 tu.

Saya banyak kali nak bayar, desak minta no acc tapi dia buat diam. Dekat kawan – kawan dia, dia bercerita sedih tentang dia biasa berk0rban tolong saya bab duit tapi saya tak hargai, seolah salah semua nak letak atas pundak saya.

Dia guna alasan saya termakan jasa duit dia untuk buat saya nampak salah. Saya boleh ja teruskan hubungan tapi kalau dia tak berubah tak jaga kebersihan macam mana nak terima. Kalau cakap dengan saya jarak 4 kaki pun boleh bau kuat mulut dia, apatah nak kahwin, saya tak boleh terima, huhu.

Walaupun saya rasa k3jam, tapi saya rasa keputvsan saya rasional. Saya saja luah di sini, dan tanya pendapat betul ke tindakan saya? – Aurora (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Kikie :  Jangan fikir apapun orang cakap tentang awak, penilaian orang tentang awak disebabkan cerita buruk dia takkan buat awak m4ti. Lelaki macam ni bukan setakat geli tapi jijik rasanya huhu. SayangiIah diri takyah fikir banyak terus tinggalkan. Bab duit kalau dia minta nanti bagi balik, jangan fikir perasaan orang fikir diri dulu. Self love..

Siti Wazira : Cuba transfer duit by duitnow yang kena masukkn nombor telefon atau kad pengenalan dia tu. Transfer rm5 dulu. Kalau naik nama dia masa nak confirmation tu, haaa..transfer terus baki rm455 lagi tu. Pastu hantar receipt dekat dia cakap hutang dah setel. Lantak la acc bank yang daftar atas ic atau nombor telefon dia dah tak aktif ke, janji hutang dah byar, ada bukti receipt di hantar ke acc nama dia.

Relein Flor : Betul dah tu . Kalau aku pun turn off terus. Geli la kalau karang gigi pun tak buang. Duit tu kau bayar melalui mak dia, contact mak dia dan bagitau ni duit si bla bla tu tolong i dulu . Lepas transfer simpan segala resit, kalau dia ungkit dengan kawan dia, ko ungkit juga ko dah bayar duit tu melalui mak dia. Macam tu jak cara dia. Sama – sama ungkit . Lepas tu block. Fokus dengan diri sendiri tak payah serabut. Past is past . Haaa gitu..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.