Pakcik saya sedekah durian sbb saya mengidam. Bila suami tahu, dia m4ki cakap mengada mengidam makanan orang kaya

Nasib isteri jadi surirumah memang kena sentiasa berk0rban. Nak beli biskut RM2 pun kena kira syiling. Saya banyak bergolok gadai untuk suami. Bila dah jadi surirumah, saya dipandang h1na. Suami cakap lepas ni kalau nak keluar naik kereta dia, saya kena bayar duit minyak..

Hi admin, mohon siarkan luahan saya ni. Cuma nak tanya, kalau isteri tu jadi surirumah memang isteri kena banyak berk0rban ke? Saya dah kahwin selama 8 tahun, mempunyai 2 orang anak berumur 4 tahun, 3 tahun dan sekarang sedang sarat mengandung. Gaji suami saya sekarang 3K.

Dari awal perkahwinan, kami diuji dengan ekonomi. Nak beli biskut RM2 pun kena kira syiling. Selepas lahir anak pertama saya tekad ajak suami hijrah kat lain dengan gaji RM900. Alhamdulillah masih ada baki 300 setiap bulan.

Dan tak lama mengandung anak ke-2, lepas lahir suami dapat gaji 2.5K. Alhamdulillah masih banyak lebihan simpanan dan suami pun beli kereta dan motor baru memandangkan diusia 6 tahun perkawinan hanya ada motor lama dan selalu rosak.

Selepas ambil kereta, suami buat keputvsan untuk tukar kerja tapi kerja tu tak menjadi. Duit simpanan suami habis tapi nasib saya bekerja ketika itu. Untuk 3 bulan pertama di tahun ketujuh, saya yang tolong suami keluarkan semua duit dan bergolok gadai.

Keperluan duit sekolah anak saya banyak keluarkan. Akhirnya suami pilih kerja jauh, balik sekali sekala. Kemudian suami minta saya berhenti kerja dan ikut pulang ke kampung dan suami bertukar cawangan di kampung.

Balik je kampung, saya dapat tahu saya pregnant dan semua ni bermula di sini. Suami bagi nafkah tak cukup, dengan duit dapur RM200 sebulan. Di awal kehamilan, saya teringin nak makan durian tapi suami cakap takde duit jadi saya terima dan sabar. Yelah, kunci bahagia kena sabarkan.

Sampai la satu hari, suami balik dan cakap. Saya boros. Orang kaya je makan durian, orang kaya je beli makanan masa alahan, orang kaya je minum milo. Sedangkan, saya beli durian pun atas duit ihsan pak sed4ra sedekah sebab nak tunaikan apa yang saya idamkan.

Saya beli milo pun 1kg sebulan, berkongsi 4 beranak bukan saya telan sorang guna duit ihsan pak sed4ra juga. Bila suami ada je saya dan anak anak boleh makan sedap, suami takde anak dan saya hanya makan lauk telur dan jarang sangat dapat makan ayam atau ikan.

Semalam suami dapat gaji, suami bawa anak – anak beli mainan. Dan bila saya bayar, saya disalahkan sebab anak ambik mainan yang sama dan suami siap cakap, “Aku ni penat kerja, bila aku bagi kau duit gitu je kau habiskan.” Sedangkan mainan anak tu hanya RM 12.

Semalam juga suami cakap, lepas ni kalau nak keluar naik kereta. Bayarkan sekali duit minyak, sedangkan saya boleh keluar naik kereta tu pun kalau suami ada kat rumah. Selama ada kereta, banyak kali saya tolong bayarkan masa saya kerja dan kalau tak kerja saya buat bisnes niaga kecil – kecil.

Hari ni, saya ada urusan dan minta suami hantarkan. Saya sediakan duit minyak dan stok makanan untuk dimakan. Jarak dari rumah ke tempat urusan tu agak jauh, 2 jam perjalanan. Saya tertinggal fon anak dekat rumah, yelah bangun pagi terus ke sana.

Sebelum masuk kereta, kena get ready makanan anak, pakaian tuala anak – anak. Mana barang penting saya lagi. Dan bertolak jam 6.30 pg. Selesai urusan saya jam 1 tengahari, saya di tempat tu dan suami dengan anak – anak.

Saya ingatkan suami uruskan anak semua, rupanya tak. Anak kelaparan, tak mandi, anak yang sulung demam tak diberi ubat dan tak ditukar pampers. Masuk je kereta, terus kena sembur tanpa sempat cerita apa – apa pun dekat suami.

Saya cuba la kan, ambil hati suami dengan ajak pergi makan tapi kena selar dengan alasan, “kerja tak habis – habis nak menyusahkan orang, tak payah!”. Akhirnya saya bagi anak – anak makan apa yang ada dulu dalam kereta sementara nak dapatkan makanan berat.

Dalam perjalanan balik, suami ada minta beli makanan. Ingatkan suami nak beli sekali untuk saya dan anak – anak rupanya tak. Suami hanya beri RM3 dan tu untuk dia sorang je, memang saya terasa. Yelah, saya sedang mengandungkan.

Kesudahnya sikit pun makanan tu saya tak sentuh disebabkan s4kit hati dengan suami Masa dalam perjalan tu, anak sulung tumpahkan air manis. Dan saya marah dia, sumpah saya kecewa dengan diri sendiri sebab sentiasa gagal dalam kawal em0si.

Asyik terlepas em0si dan marah anak. Dan suami cakap, kalau keluar, kalau main fon sampai m4ti pun tak rasa apa – apa. Cuba kalau kena jaga anak, kena urus anak terus s4kit pinggang lah. Tak reti langsung nak bercakap elok dengan anak.

30 min sebelum sampai rumah, anak kedua pula meragam. Yelah, kelaparan dan tak selesa sebab tak mandi. Bagi minum susu pun tak sama kenyang dengan makan makanan berat. Suami cakap macam ni dekat anak, “elok aku langgar je lori tadi, biar diam semua. Biar m4mpus semua, senang!”

Sekarang yang saya nak hanyalah penceraian, perkawinan ni takde makna apa – apa bagi dia. Saya ni hanya bibik untuk dia, hanya beban untuk dia. Kalau dia nak hak jagaan anak pun, takpelah. Saya bagi je lah, akhirnya nanti dia bagi anak – anak dekat mak dia juga.

Biarkan lah. Biarlah anak tak s4kit lagi hidup dengan mak macam saya, biarlah anak saya tak s4kit lagi kena marah. Biarlah saya s4kit sebab rindu anak – anak, biarlah saya s4kit sebab perIukan anak – anak.

Komen Warganet :

Suri Norham : Allahuakbar. Allah tak berkira pun dengan h4mba kejadiannya. Kenapa h4mbanya nak berkira dengan h4mba nafsu kejadiannya. Rezeki itu semuanya dari Allah bukan kita penentuan. Lagi kita mendidik anak kita nanti kita akan mendidik hati kita hanya pada Allah.

Rajin solat berjemaah dengan suami semoga Allah lembutkan hatinya. Lelaki dilahirkan oleh seorang perempuan yang dinamakan ibu dan perempuan juga lah menjadi pendamping kita itulah isteri. Perbanyakan doa isteri untuk suami.

Rosa : Puan, bertenang. Keputvsan yang dibuat ketika kadar em0si dalam badan tinggi dan terganggu tidak akan menghasilkan keputvsan yang baik. Dalam perkahwinan, perbincangan secara rasional dan secara dewasa sangat penting.

Komunikasi adalah asas. Cuba bawa berborak dahulu. Kedua, boleh pergi sesi kaunseling dengan pegawai kaunseling syariah. Letakkan perceraian itu sebagai langkah terakhir apabila semua usaha gagal.

Ruzana Masrom : Saya taklah pandai tapi akak pujuk hati akak dulu ya. Pujuk la untuk tenang, sabar dan ingat Allah. Bila suami akak bagi duit, cuba la ucapkan Alhamdulillah banyak kali depan suami. Cakap terima kasih banyak kali.

Kalau boleh nangis – nangis pun takpe. Pastu tadah tangan berdoa depan suami, minta lah pada Allah dikurniakan rezeki. Minta maaf pada suami jika memang ade salah dan silap. Minta Allah bahagiakan kembali mahligai yang hampir retak.

Akak cuba ya ucap kata – kata indah untuk suami dan anak – anak. Moga – moga keluarga akak kembali tenang dan bahagia. Saya taklah pandai dan tak tahu badai keluarga seseorang, saya cuma nak akak kembali semangat baru, keputvsan kat tangan akak. Semoga Allah permudahkan urusan akak. Aaminnn..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.