Aku ceraikan isteri waktu anak 5 bulan, dia merayu menangis tapi aku ego sebab tengah angau bercinta

Memang betullah, lelaki diuji saat dia ada segalanya. Waktu perniagaan aku sangat berjaya aku curang masa isteri tengah pant4ng anak kedua. Saat aku ada segala – galanya, aku pernah terfikir mungkin kalau aku hidup sendiri aku akan lagi berjaya. Ingat, kau curang kau miskin.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, tolong hide profile aku ye. Aku berumur 28 tahun. Aku kahwin awal waktu umur 19 tahun. Masa umur 20an aku dah dapat anak. Ketika umur aku 23 tahun, aku mulakan perniagaan.

Alhamdulillah perniagaan aku berkembang dan boleh dik4takan sangat berjaya. Waktu umur 23 tahun tu, aku sudah mampun memiliki 4 buah kereta dan 3 jentera berat. Income sebulan memang mencecah RM20k-25k.

Aku nak kongsikan tentang seorang wanita, iaitu bekas isteri aku sendiri. Bekas isteri aku ni seorang yang sangat penyabar, sikit pun tak pernah merungut dan tak pernah meminta – meminta dekat aku. Tak kiralah waktu aku susah dan bila aku dah berjaya.

Bila aku balik rumah, str3ss kerja, aku akan cakap dengan dia yang aku tak nak bercakap, sepanjang hari dia akan diam min. Jahatnya aku. Kemudian aku mula curang belakang isteri. Memang betullah, lelaki diuji saat dia ada segalanya.

Ya, aku kalah dalam ujian, bila aku dah ada segalanya. Aku curang belakang bini aku, saat dia masih dalam pant4ng anak ke-2 kami, aku sudah terIanjur dengan perempuan lain. Tapi lepas isteri habis pant4ng, akhirnya hubungan aku dengan perempuan tu kant0i.

Umur anak ke-2 aku baru masuk 5 bulan, kami pun bercerai. Sejak dari tu kedua – dua anak, bekas isteri suruh aku yang jaga. Mungkin dia nak bagi aku rasa macam mana penatnya jaga anak – anak. Ya, sekarang aku dah paham rasanya macam mana min.

Apa yang lebih teruk, perniagaan aku jatuh. Dulu harta tak habis pakai, sekarang sampai meminjam harta orang. Tak ada apa yang tinggal. Semua terjual dan hutang bertimbun. Aku pernah cuba bunvh diri tahun lalu sebab hutang yang terIampau banyak, aku terlalu str3ss.

Tapi Allah masih bagi aku peluang untuk baiki diri, baiki kesilapan lalu. Aku pernah hidup dalam penyesalan, saat aku ada segala  -galanya, aku pernah terfikir mungkin kalau aku hidup sendiri aku akan lagi berjaya tapi aku silap. Rezeki aku sebenarnya terletak dekat anak – anak dan isteri aku.

Aku masih ingat lagi, waktu aku failkan perceraian, bekas isteri aku menangis dan merayu tapi masa tu hati aku keras dan eg0.. Ya la dah angau bercinta. Eh sedih bila ingat balik. Besarnya d0sa aku dekat bekas isteri aku tu.

Aku pernah cuba untuk pujuk dia kembali tapi mungkin dia dah selesa hidup sendiri. Anak – anak sekarang masih dengan aku. Hak penjagaan yang sulung aku dapat, anak yang kedua dia dapat, tapi dua – dua dia bagi aku jaga.

Wahai para suami, ramai org yang berjaya itu sebab mereka jaga amanah Allah. Isteri adalah amanah Allah. Kita s4kiti hati isteri kita, rezeki kita tertutup. Jangan kita pandang apa yang kita ada sekarang sebab usaha kita. Tidak. Kita cuma pengantara.

Yang empunya rezeki itu adalah anak dan isteri kita. Fikir la secara positif. Yang di luar itu perempuan. Yang di rumah pun perempuan. Kalau suka tengok perempuan cantik, kita make up bini kita bagi jadi cantik. Kalau suka tengok perempuan s3ksi, kita dress up bini kita bagi s3ksi.

Sekarang aku nak nikah baru pun aku tak ada duit. Kira dah terlambat sangat baru tersedar. Tapi aku tetap bersyukur mungkin Allah nak aku belajar min. Minta kalau aku kahwin baru nanti Allah jauhkan perangai bod0h aku tu.

Penyesalan tak tercipta di depan tapi di belakang. Tu je nasihat aku untuk para suami. Nafkah jangan culas. Biar sikit yang penting bagi. Dah la dalam sehari ntah berapa kali kita bersedekah. Ni bagi nafkah pun culas. Bila isteri bersyukur, rezeki suami pun akan bertambah. Ingat, kau curang kau miskin.

Komen Warganet :

Adinda Kekanda : Aku rasa itu yang terbaik bekas isteri kau buat, sebab kebanyakkan lelaki ni bila bekas isteri jaga anak, yang orang laki hanya tahu nafkah makan minum, pampers dan pakaian anak je.

Dah tu bini korang yang tukang jaga tu apa? BaIaci? Tak perlu makan, minum, pakaian? Ada yang tak boleh nak bekerja sebab nak jaga anak, masa tu ade fikir tak, macam mana dia nak sara diri sendiri? Sewa, api air, perubatan anak – anak pula macam mana?

Andai kata isteri bekerja, pengasuh lagi nak bayar, ingat nafkah dari hujung rambut sampai hujung kaki anak si suami yang kena laksanakan termasuk kos penginapan, perubatan dan pendidikkan si anak.

Jadi suami yang banyak songeh ni jalan terbaik elok la bagi si bapa jaga, masa tu baru tahu langit tinggi rendah

Intan Nur Iezzah : Terima kasih nasihat para lelaki luar sana. Ramai yang terlalu bangga dengan harta sendiri sehingga mereka lupa isteri dan anak – anak la punca rezeki. Harta yang dapat tu untuk mereka bukan untuk orang lain.

Habiskan harta dekat anak isteri takpa jangan habiskan dekat belen luar sana. Memang betul ayat last tu, kau curang kau miskin.

Azhar Bin Othman Azhar : Nasib baik saya selalu ingat pesan orang tua. Perempuan diuji sewaktu suaminya susah. Suami diuji sewaktu dirinya senang. Isteri saya selalu cari saya bila malam, ke mana pergi.

Selalu check hp sewaktu saya tidur.. Selalu bertanya sewaktu saya bekerja. Saya faham, apa yang dibuat demi kebaikan keluarga, demi anak – anak dan demi masa depan. Saya selalu ingatkan isteri saya.

Jika lihat saya dah mula berubah atau selalu hilang dan sering off hp. Carilah punca dan cepatlah sedarkan saya sebab saya hanya manusia biasa. Kadang – kadang terlupa apa yang kita buat itu salah. Kepada suami.

Hargailah isteri kita selagi ada nyawa. Perbataskanlah pergaulan, kita tau mana yang elok mana yang tidak.. Jangan cuba main api. Cuba ubah aktiviti kita yang tak berfaedah kepada yang lebih menyeronokkan seperti, sidai baju, mop lantai, basuh toilet, kemas dapur.

Kenapa? Ini rumah kita, ini keluarga kita, ini kehidupan kita. Jgn malu dan buanglah eg0 sebab hidup kita tak lama. Esok lusa jika kita s4kit, isteri dan anak – anak yang akan menjaga kita. Mandikan kita, suapkan makanan pada mulut kita..

Kawan ade waktu senang je. Tak percaya, tunggu waktu susah. Isteri jugak yang menangis bersama kita. Itulah rahsia sebenar sebuah kebahagiaan..

Aika Zulkifle : Dah hilang baru nak hargai.. Tulah manusia zaman sekarang nak pasangan jadi yang terbaik perfect untuk kita tapi kita tak pula cuba untuk jadi yang terbaik untuk pasangan balik.

Dapat isteri yang redho kekurangan suami, tak merunggut barang – barang tak cukup dan tak menyusahkan suami dengan komitment sendiri. Patut suami lebih bersyukur tapi biasalah manusia zaman sekarang, dah terantuk baru nak teradah, dah hilang baru nak menyesal.

Jangan buat bini tu macam orang gaji, hargai perasaan isteri. Bimbing dia, cakap elok – elok, tunjukkan teladan yang baik. Jaga solat berjemaah makan berjemaah. Sama – sama tolong antara 1 sama lain, bukan letak semua atas bahu isteri. Siapa ketua keluarga sekarang suami ke isteri?

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.