Nak beli pump susu RM250 suami kata takde duit. Bila aku check baki duit dia ada RM13K. Sehinggalah SPRM tangkap suami

Sepanjang kahwin suami tak pernah bagi nafkah, semua keperluan rumah dan anak aku yang bayar. Satu hari, aku dapat tahu suami kena tahan SPRM. Aku pergi jamin dia, sampai kena interview dengan sprm semua. Suami salahkan aku, kata punca dia ambil rasuah sebab aku desak suruh bagi nafkah…

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum buat semua sahabat. Aku tak tahu nak mulakan macam mana. Aku rasa aku dah tr4uma dengan hidup manusia NPD (Narciissistic pers0nality dis0rder) korang boleh google ya..

Hampir semua ciri – ciri NPD ni ada pada suami aku, aku dah berkahwin dengan F hampir 13 tahun. Dan mengenali dia 23 tahun dari zaman sekolah lagi. Awal perkahwinan semua indah, semua cemburu dengan kehidupan aku untung dapat mertua baik, suami baik, saud4ra baik – baik. Semua yang baik sahaja..

Seawal tahun ke dua anak pertama lahir sahaja aku nampak dia culas dari segi nafkah, pamper, makan pakai semua. Aku akui aku sangat – sangat berdikari buat dia lepas tangan. Macam – macam kerja aku buat meniaga tepi jalan, buat kuih, jual produk janji kerja halal.

Aku ringkaskan kehidupan aku dengan dia. Masa ni aku hilang dah kelembutan aku, aku penat. Balik kerja dari jam 5 tu terus pergi mengurut, cari nafkah anak – anak. Setiap minggu aku mengurut, masuk tapak – tapak niaga tepi jalan.

Dia, dia boleh berehat dan alasan s4kit badan kalau kena hujan, nak bagi nafkah tah apa lagi diri sendiri kita tanggung, alasan dia hutang banyak. Aku sabar, tapi alhamdulillah rezeki anak – anak dulu aku kerja ask4r aku berhenti, aku fulltime niaga dan ada masa dengan keluarga.

Suami aku ada perempuan bila anak aku dah masuk dua, dia bawak yang sulong pergi berdating makan kfc. Anak bini sendiri pun tak pernah belanja. Dia sanggup beli untuk diri sendiri dari untuk anak dan bini dia. Air RM2 pun dia susah nak keluar duit sedih beb masa itu aku mengandung.

Pernah kes anak kedua aku tu aku nak beli pump susu aku takda duit langsung dalam akaun hanya ada cash kat tangan nak beli pump susu online. Aku minta dia tolong bayarkan memandangkan aku ada cash ni aku bagi kat dia terus.

Di dalam tak da duit dia aku bukak akaun dia RM13k ada beb. Masa tu aku hulur la RM250 duit pump tu dia ambil weih. Sedih aku.. Dah la tak pernah nak belanja nafkah semua, semua atas aku. Apa salahnya dia belanja aku kan had mana la RM250 tu.

Aku type ni pun aku menangis tau. Sedih sangat ingat balik masa tu. Banyak lagi kes dia ni sampai curang. Aku tahu bila kant0i perempuan tu mesej aku dia sedih tengok aku dengan perut aku anak aku yang ketiga masa tu, dia nekad berpisah.

Masa tu memang ada ura – ura laki aku nak berpoIigami, tapi aku perli – perli la dia. Anak – anak yang ada ni pun tak tertanggung. Budak tu siap mai rumah mertua makan minum makan pelam bagai. Semua ni mertua aku cakap.

Bukan aku selidik sendiri ke apa. Memang pengakuan mertua aku sendiri. Yang pasti laki aku memang banyak sangat burukkan diri aku pada family aku dan famly dia sampai depa semua menjauhkan diri dari aku. Aku masa ni serius aku rasa aku b0doh sangat bertahan dengan depa sampai la anak aku dah 6 tahun si kecil ni dulu, aku maafkan semua.

Aku hanya mampu berdoa pada Allah swt. Aku syukur Allah swt bagi ujian macam ni pada aku, banyak aku belajar supaya dekat diri denganNya.. Aku m4kin perlahan – lahan lepaskan cinta aku dari suami aku. M4kin hari m4kin p4rah, aku hanya terus diam membisu dari berkata buruk pasal suami aku pada beIah dia dan sebeIah family aku.

Tup! Benda lain jadi, suami aku kena tangkap sprm. Gelabah beb, aku sedih kenapa la dia buat kerja – kerja tu. Kenapa perlu buat benda b0doh. Kenapa suka susahkan aku. Aku pergi jamin dia, sampai kena interview dengan sprm semua.

Penat beb aku nyaris nak terbabas eksiden masa tu aku masih kerja kat PD. Berkursus. Kes dia sampai sekarang tak settle lagi. Start tu aku nampak dia berubah. Mula jaga waktu solat 1/3 pagi. Puasa, pergi masjid. Aku nampak perubahan tu. tapi tanggungjawab dia tetap tak jalan.

Aku minta dia slow berubah dan bertaubat. Aku masih terima dia. Dan aku masih bertahan. Walaupun dia play v1ctim kata aku punca dia ambil rasu4h. Sebab nak desak suruh bagi nafkah. Tapi nafkah tetap tak bagi juga.

Dia ni serba serbi dia baik. Aku jahat di mata family dia dan aku. Sebab dia dah racunkan depa semua. Aku ingat dia settle dah had tu. Aku nekad dalam hati aku incase dia buat hal lagi aku fail fasakh. Nak jadi cita mak dia meninggaI.

Tak lama seminggu lepas tu datang cerita tak sedap melibatkan aku dalam urusan harta pusaka dia. Macam biasa dia fitnahkan aku kata seolah aku nak harta depa. Subhanallah ujian apa lagi ni. Kakak dia m4ki hamun aku dan anak – anak aku.

Aku sedih sejujurnya aku rasa sampai terbayang aku buat benda buruk dekat dia. Aku nak pastikan dia takde lagi dekat dunia ni. Macam – macam aku bayang. Aku betul – betul kecewa dengan kakak dia dan saud4ra mara dia.

Rumah mak pak aku pun aku tak ambil peduli inikan pula isu rumah depa. Malam tu aku call mak sed4ra dia terangkan perkara sebenar jadi malam tu aku dah luah habis pada saud4ra dia. Jadi depa faham aku tak mau pun harta depa.

Bermula dari situlah aku menangis hari – hari, aku terkenang perbuatan dia dari dulu, dengan perempuan tu pun dia fitnah aku, ntah lah laki aku ni. Aku tak faham. Jadi aku dah penat. Aku nekad fasakh bertahan 13 tahun jugak.

Aku panggil adik beradik aku, bincang dan bersihkan nama aku. Suami aku pun mengaku yang dia fitnah dan akui tak jalankan amanah dia berkaitan nafkah makan pakai aku semua. Ada video pengakuan. Dia merayu lagi, suruh ingat anak – anak, suruh ingat kenangan.

Aku ni cakap terus terang sampai rasa aku ni takda harga diri dan hilang dah maru4h aku. Aku nekad fail fasakh. Dia tak boleh terima. Dia cuba katanya jadi suami baik. Alhamdulilalh 9 bulan lepas tu hari dia start bayar semua, ringan sikit beban aku.

Banyak sebenarnya yang sikit NPD ni boleh giIa kita dibuatnya dengan depa ni. Aku anggap dia s4kit, dan aku tarik fasakh aku dari lawyer aku. Aku penat, aku burn out. Aku takut dengan keputvsan aku, aku takut dengan diri aku sendiri.

Aku hilang diri aku sendiri yang ceria, sentiasa bantu orang, yang ramai kawan, yang disayangi adik beradik. Yang sangat – sangat kuat semangat dan setia. Kadang – kadang aku rasa aku nak lari jauh dari rumah ni. Aku nak lari dengan anak – anak aku.

Sekarang ni fasa laki aku nak love b0mbing balik nak jatuh cinta balik. Aku muak, aku letih, aku benci tengok muka dia. Walaupun dia mula berubah dari bulan mac tu. Tawar hati memang wujud beb. Aku betul – betul tak da rasa.

Tolong aku beb. Selagi aku duduk dalam circle ni aku ibarat terpenjara dengan jiwa aku sendiri. Aku takut semuanya. Aku tr4uma dengan dia. Ada rakan – rakan aku yang tahu aku fasakh. Lega sikit ada kawan nak dengar dan dikongsikan.

Aku minta korang komen membina ok. Aku betul – betul bertahan sebab anak ja sekarang ni. Aku tak tahu nak teruskan fasakh tu atau tak. Tolong korang.. Terima kasih kerana membaca sayang korang semua. – Cinta Sejati (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Farhana Rosli : Kalau dah tahu dia begitu, diri sendiri pon tak sanggup nak hadapi, mengapa tarik semula. Sekarang anda mengeluh kembali. Adakah anak anda akan membesar dengan bahagia jika mereka tahu anda tidak bahagia.

Anak – anak boleh tahu andai em0si ibu mereka terced3ra. Anda tidak beritahu pon mereka tahu, bagaimana… naluri seorang anak. Manusia yang manipulatif sanggup berlakon / berjanji bulan bintang untuk dapatkan apa yang mereka mahukan.

Walaupun perlu berlakon selama berbulan / tahun lamanya. Setelah dapat apa yang mereka mahukan, tak must4hil mereka kembali kepada diri yang dulu. Jika anda sanggup hidup dengan kebimbangan dan keserabutan yang sedia ada untuk bertahun lamanya lagi, silakan.

Tapi jangan lagi mengeluh kerana ini jalan yang anda pilih. Jika tidak sanggup, bertindak segera. Apa jua pilihan yang anda buat (bertahan / berpisah) akan ada s4kitnya. Pilihlah s4kit yang mana anda sanggup hadapi. Semoga Allah beri kekuatan untuk anda tempuhi semua ini dan semoga anda diberi jalan penyelesaian yang terbaik buat permasalahan anda.

Sue Mayah Rasidi : Puan yang dihorm4ti.. sayangi diri, jangan terlalu baik hingga maru4h di pijak – pijak walaupun itu suami. Itu suami yang tak perlu ditaat. Peluang dah bagi banyak sangat, teruskan lah apa yang ditarik dulu.

Bina hidup dengan anak – anak tanpa terik4t lagi dah memikir tentang per4ngai buruk suami tu yang nampak memang takkan berubah.Saya percaya puan mampu hidup tanpa suami tak guna tu sebab selama ni puan yang menafkahi keluarga. Kuatkan hati ya, moga Allah permudahkn urusan puan.

Kak Yong Lipat Baju : Dia berubah sebab dia terancam awak nak pergi. Nanti dia dah rasa macam awak stabil je dan takkan pegi dia buat balik. Cube pikir kalau betul nak berubah mesti mase kene tangkap sprm lagi dah berubahkan.

Ni sebab nak berpisah je dia berubah satgi dah ok dia putar cakap buat semua tu sebab awakla, video tu pon satgi tukar jadi awakla p4ksa dia buat record semua. Like I said npd they live this life for themselves only.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.