Bila aku kerja, boyfriend mintak aku belanja dia Iphone. Dia kata teringin nak pakai HP canggih. Dia tak putus asa

Dapat tawaran kerja tapi dia tak nak pergi, kata nak jaga ayah dia. Tapi aku tengok ayah dia yang jaga dia. Sampailah aku dah habis belajar dekat luar negara, balik tu aku dah kerja. Dia dah pandai minta aku belikan macam – macam. Dia mintak Iphone, dia minta selfie stick. Alasan dia sebab aku kaya, dia miskin…

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Nama aku Abby. Tujuan aku tulis sini sebab aku dah penat tengok ramai wanita teraniaaya akibat lelaki pemalas, pandai sembang kari dan mimpi disiang hari. Aku juga rasa menyesal sebab aku tak terus terang dengan bekas bakal suami aku dulu sebelum aku tinggal dia.

Bila baca ‘confession’ ramai wanita dan isteri teraniaaya dengan lelaki semacam ini, aku macam frust. Semoga confesion aku ini disiarkan dan dipertimbangkan oleh wanita – wanita yang ada boyfriend atau bakal suami semacam ini. Lari laju – laju!

Dipendekkan cerita aku berkawan dengan si Syafiq ni lama. Masa zaman belajar di universiti lagi, tapi kami bukan belajar satu universiti. Kami cuma satu sekolah. Lepas habis sekolah tu zaman dah ada facebook, dia cari aku di facebook.

Mula – mula aku tak layan. Tapi dah bertahun istiqamah dia ‘dm’ aku, aku pun rasa nak kasi chance. Syafiq ni orang dia soft spoken bagi aku, agak pemalu. Rupa biasa – biasa saja. Tak pandai bergaya tapi aku tak kisah sangat part ni.

Dia belajar tahap degree. Ambik engineering. Keluarga dia orang susah, adik beradik ramai dan ada yang terp4ksa berhenti dari sekolah. Hanya dia yang belajar sampai degree. Adik beradik yang lain semua takat sekolah menengah.

Si Syafiq ni pulak lepas habis belajar nak cari kerja, tapi belum ada rezeki katanya. Masalah dia nak cari kerja dalam negeri dia je. Dapat tawaran kerja kat KL pun tak pergi. Alasannya nak jaga ayah yang s4kit kat kampung. Tapi aku rasa ayah dia yang jaga dia.

Ayah dia yang dah tua umur 60 lebih tu pun kerja cucuk tanam, bela ayam dan itik. Dia tak turun pun bercucuk tanam atau tolong jaga ayam pun tidak. Tiap hari bila tanya kata aktivitinya tidur dan makan. Petang nanti duduk depan beranda rumah tengok ayam dan kucing katanya.

Aku nasihatkan untuk carilah kerja atau cuba mulakan bisnes, ada kawan dia ajak berniaga kain baju di pasar malam. Taknak katanya penat badan dan untung sikit. Aku dan Syafiq ni jarang berjumpa ya sebab aku belajar di luar negara.

Rasanya berjumpa 2 kali setahun. Bila keluar pun aku tak akan mintak dia belikan apa – apa pun. Singgah kedai makan pun dia cakap nak belanja, aku akan cakap aku betul – betul kenyang dan minum air saja. Aku risau duit dia habis.

Dan sepanjang aku berkawan dengan dia, aku tak pernah minta apa – apa pun daripada dia. Tak nak susahkan dia. Pernah sekali Syafiq buat hal. Nak ajak aku cakap benda tak elok dan suruh aku hantar gambar tak senonoh.

Aku marah dia, dia pulak acah merajuk dengan aku. Last – last g4duh sebab aku bertegas takkan hantar. Aku cakap nak putus, baru dia beralah. B0dohnya aku tak tinggal terus dia masa tu. Padahal ini adalah antara red flag. Lelaki pervert.

Bila berjumpa ada dia cuba nak pegang aku, aku akan tepis tangan dia dan cakap berd0sa lah! Dia akan terasa hati dan muka masam. Aku dapat tahu dia selalu tengok video xxx sebab dia bagi tahu aku dan ajak aku berbual xxx dengan dia. B0dohnya aku tak putus je masa tu.

2nd redflag. Lama ya kitorang berkawan dalam 4 tahun agaknya. Lepas tu aku start kerja, dia pun dah kerja kerani tak tetap masa tu, gaji dalam RM800 – 900 sebulan tak silap aku. Bukan kerani kerajaan lah. Gaji pertama aku, dia mintak aku belikan dia iphone 11 masa tu.

Masa tu aku dah start menyampah. Mula – mula aku ingatkan dia gurau, tengok – tengok dia nak jugak aku belikan dia iphone tu. Siap survey harga semua share kat aku. Aku tanya dia kenapa dia nak beli phone ni, dia cakap teringin nak pakai iphone, saja nak upgrade phone canggih.

Aku straight je cakap tak nak belikan. Dia tak putus asa ya guys. Dia cari pula fon yang harga dalam RM2000 lebih macam tu. Minta aku belikan. Again heell no. Why should i give him money for that? Lepas tu dia cari fon harga RM1200 dan cakap dia bayar RM300 dan aku bayar selebihnya RM900.

Apa hal ni bro nak pakai fon canggih tapi nak minta perempuan belikan. Selepas daripada itu, dia kerap minta aku beli kan macam – macam untuk dia. Selfie stick pun nak mintak aku beli. Aku tak pernah beli pun apa yang dia minta tu.

Aku pun tak pernah minta apa – apa daripada dia. Dan dia pun tak pernah berikan aku apa – apa hadiah pun. Bagi aku, orang yang layak aku belikan itu dan ini hasil titik peluh aku adalah keluarga aku. Part paling aku menyampah bila dia cakap aku kena belikan dia barang tu sebab aku kaya dan dia miskin. And he really meant it. Dia merajuk bila aku sangkal kata – kata dia tu.

3rd red flag. Bila aku bercerita pada dia yang penatnya aku bekerja. Aku keluar awal pagi, balik malam.. Korang tahu tak, dia punya reaksi apa?

“habislah nanti kahwin siapa nak masakkan untuk saya?”

“tak sempatlah awak nak kemas rumah.”

Oh ya dia ni bagi aku macam pengotor pun ada. Masa videocall aku tengok bilik dia bersepah macam tongkang pecah. Jadi kesimpulannya, dia nak aku bela dia lah. Bagi dia duit, masak bagi dia makan, kemas rumah. Dasar biawak sejati. Aku tak nak bela biawak. Biawak tak comel. Lidah panjang.

4th redflag. Sembang kencang. Sembang kari. Suka berangan. Cakap besar je. Dia cakap dia lah ketua dalam group kawan – kawan dia. Group tu adalah 3 orang termasuk dia. Haha. Dia kata kawan – kawan dia selalu dengar cakap dia.

Allah.. Sungguh aku bersimpati dengan mereka. Lepas tu asyik – asyik cakap nanti dah kaya, nak beli itu ini, naik kereta besar. Boleh nak berangan tu, tapi caranya kena ada lah. Angan – angan tanpa usaha tu cakap kosong. Aku penat dengar dia cakap kosong macam tu.

Semua per4ngai dia ni lama – lama buatkan aku tawar hati. Aku rasa takut untuk meneruskan hubungan ini. Bagi aku lelaki macam ni cuma akan buatkan aku yang akan menanggung belanja rumahtangga nanti dan serba serbinya akulah.

Dia tahu mintak je. Bagi aku lelaki macam ini tak layak jadi ketua keluarga. Perasaan sayang itu ada, tapi bagi aku sayang kena pakai otak juga. Yang paling aku sesalkan adalah aku tak terus terang yang sikap dia ni buatkan aku tawar hati.

Masa tu aku mintak break sebab aku kata aku dah ada orang lain. Padahal sumpah tak ada pun. Dia merayu – rayu aku tapi cukup – cukuplah bertahun dah aku beri peluang. Kalau diberi peluang, mesej yang aku nak sampaikan pada dia dan lelaki yang macam dia ni, TOLONG JANGAN KAWIN. Selagi tak ubah per4ngai tu.

Wanita – wanita yang bijaksana, tolong ya. JANGAN BERSUAMIKAN LELAKI MACAM INI. Lelaki macam ini tak layak jadi ketua keluarga dan TIDAK ADA CONTOH YANG BAIK UNTUK KETURUNAN KORANG. Bayangkan lah kalau ada anak pun agak – agak apa yang anak akan belajar daripada bapa yang macam ini??

Sembang kencang, hidup harap bini bela. Sekarang aku dah beberapa tahun berkahwin, alhamdulillah laki aku kerja biasa – biasa saja tapi nafkah tak pernah culas. Kerja rumah semua dia tolong, masak pun dia. He is so much more than what i wished for. Alhamdulillah.

Akhir perenggan dah ni, Sebarang pandangan dan kecaman aku terima dengan hati terbuka. Namun aku harap kalau ada perempuan yang berkawan atau bakal berkahwin dengan lelaki macam ini, tolong ya JANGAN. Dulu pun aku bertahan sebab sayang dan berharap dia akan berubah.

Tapi kena ingat ya, NAK KAHWIN KENA PAKAI OTAK. Jangan kahwin atas anggapan dia akan berubah. jangan memperjuudikan nasib sendiri. Macam mana kalau dia tak berubah? Perempuan kalau salah pilih suami boleh mer4na dan rosak kehidupan, keturunan. – Abby (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Akissha Laila’sha : You go girl!!! Sebelum kahwin memang kena pakai otak. Jangan hanya bersandar cinta itu buta. Semoga ex adik ni masih mereput kat rumah takde sape pun nak buat dia jadi laki. Hamekkk kau!

Ummu Izzuddin : Kenapa lelaki zaman sekarang banyak ye spesis macam ni. Tak semua tapi ramai. Yang malas buat kerja berat, nak rehat lebih tapi sembang kencang esok lusa jadi jutawan. Eloklah dik tak berjodohan dengan biawak gitu.

Namako Masazuka : Ye betul tu, nak kahwin kena pakai otak. Lagi 1, jangan lah berharap lepas kahwin laki tu berubah. Come on lah makpak dia yang bela dia bertahun pun per4ngai dia tak berubah lagi lah yang baru kahwin pastu dengan harapan, “nanti lepas kahwin dia berubah” please ladies, bila dah nampak red flag tu jangan butakan hati dan perasaan. Cepat – cepatlah angkat kaki sebelum terjebak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.