Setiap kali berg4duh saya akan minta cerai tapi saya bukan nak cerai sangat pun sebenarnya

Suami selalu cakap rumah yang kami duduk ni ‘rumah dia”, mertua pun cakap rumah ni “rumah suami.” Waktu ni  saya sedar, saya tau saya akan merempat bila tak ada apa – apa hubungan dengan suami nanti. Saya fikir dalam – dalam dan akhirnya saya buat keputvsan. 

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Setiap perkahwinan pasti ada pasang dan surutnya. M4kin berumur, m4kin dah malas layan benda – benda yang boleh menyebabkan perg4duhan. Saya dah berkahwin selama 10 tahun.

Dalam tempoh ini, saya pernah lalui perasaan kecewa yang amat sangat Saya seorang yang sangat berdikari tapi bila berkahwin, suami 0ver pr0tective. Saya kena beri laporan kalau nak pergi mana – mana. Bila suami terangkan itu kewajipan saya, saya ok la.

Dia nak Iindungi keselamatan saya, itulah yang saya fikir. Bermula bila suami ibarat “menyekat” cita – cita saya. Saya bekerja, tapi suami tak senang jika kerjaya dan gaji saya melebihi dia. Hal ini tak diketahui mertua dan keluarga mertua.

Mertua pula asyik bertanya kenapa kerjaya saya tak meningkat macam orang – orang lain. Saya cuba sedaya upaya ikut kehendak suami dan dalam masa yang sama berper4ng dengan keinginan dan kemahuan diri saya sendiri.

Saya kena berbincang dengan suami bila nak buat apa – apa keputvsan, kena buat keputvsan bersama kononnya. Bila suami pulak, bagitau dia punya part dan terus kepada keputvsan dan bukan perbincangan pun. Pendapat saya tak diperlukan dan tak diterima.

Kemudian saya sedar, saya kena berdiri pada kaki sendiri.. Saya “kena” kerja, “kena” cari harta sendiri. Saya tak boleh berg4ntung pada suami. Saya sedar bila suami asyik cakap “rumah dia” , instead of “rumah kita”.

Saya terasa macam menumpang di rumah dia, mertua juga sebut “rumah suami”. Waktu tu saya fikir, ini hal yang serius. Saya tau saya akan merempat bila tak ada apa – apa hubungan dengan suami nanti. Saya juga perasan suami agak kedekut dengan saya, tapi hal – hal anak suami tak berkira.

Kadang – kadang saya rasa cemburu dengan anak. Nak dapat sehelai baju untuk saya pun susah. Kemudian satu hari suami buat keputvsan besar, tanpa bincang dan saya diminta untuk memahami keadaannya. Kena ikut jugak dan saya ikut.

Saya pujuk hati saya, saya ikut. Saya positif dengan keputvsan suami.. Tapi satu hari, bila saya nak buat keputvsan, macam – macam alasan suami bagi. Ini tak boleh, itu tak boleh. Kenapa saya yang kena memahami tapi suami tak perlu memahami?

Hati saya member0ntak dan marah sebab rasa tidak adil. Kami mula kerap berg4duh. Tiap kali ok, tiap kali tu g4duh balik. Saya rasa dipenjara, saya rimas. Tiap kali berg4duh, saya minta suami lepaskan saya. Sebenarnya, saya bukan benar – benar nak bercerai.

Saya cuma nak suami memahami dan tidak menekan saya lagi. Tak kisahlah macam mana saya terangkan, suami tak akan faham. Satu hari suami cakap dia tak akan lepaskan saya sampai bila – bila. Saya boleh buat apa je yang saya nak tapi dia tak akan ceraikan saya.

Dia tak akan penuhi kehendak saya. S4kitnya waktu tu, suami takde pujuk saya. Dia bertegas dengan diri dia. Saya fikir kenapa dan kenapa macam ni. Dalam s4kit, sedih, kecewa, saya minta izin keluar rumah. Bawa kereta macam orang sasau.

Saya pujuk hati, saya cuba jernihkan fikiran. Ini hanya mainan sy4itan. Ya tak syak lagi. Saya baca kuat – kuat doa supaya diIindungi daripada sy4itan. Dugaan saya bukannya wujud orang ketiga tapi dugaan hati dan perasaan.

Alhamdulillah, hati saya tenang dan saya balik rumah. Pujuk suami, tenangkan hati dia. Setiap kali berg4duh, saya pujuk diri sendiri dan pujuk suami. Lama – lama saya penat, rasa tak dihargai, tak diperlukan. Lem4s dan rimas dengan perasaan ni.

Sejak beberapa tahun ni, bila rasa tak dipedulikan suami.. Saya fikir, kalau saya tak sayang diri, siapa nak sayang saya. Saya fikir dalam – dalam dan kemudian saya buat keputvsan. Saya tak akan peduli lagi pasal orang lain.

Saya akan buat apa yang saya suka dan bahagiakan diri saya. Sekarang setiap kali ada hari – hari penting dalam hidup saya, macam hari jadi atau hari ulangtahun perkahwinan, saya akan bercuti sendiri. Buat k3jutan untuk diri sendiri, beli bunga, beli hadiah.

Saya reward diri sendiri, suami pula tak menghalang kalau saya bercuti. Kadang – kadang dia buat ayat sedih konon sampai hati saya, bercuti sorang – sorang, tinggalkan dia tapi saya buat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Saya akan bagi syarat bila nak bercuti sama – sama pastikan jangan berg4duh dan cari pasal. Kalau nak berg4duh, baik tak payah pergi atau buat apa – apa langsung. Saya nak raikan moment tu, bukan sebaliknya. Sekarang kami dah jarang berg4duh.

Mungkin juga sebab faktor usia. Kadang – kadang saya rasa sunyi, kawan – kawan dah takde sangat. Nasiblah bekerja, ada jugak sorang officemate teman bersembang.. Saya dan suami jarang bercakap di rumah.. Oh ye, kalau nak bercakap dengan suami, kena ada masa tertentu, saya tak boleh bercakap je.

Kalau tak nanti kena marah. Dan ‘timing’ yang baik hanya suami yang tau. Sebab tiap kali bercakap, asyik kena marah. Jadi, saya tak tahu bila masa sesuai, boleh faham kan. Rasa terk0ngkong dan terpenjara ini sampai nak bercakap pun susah, dah la saya jenis bercakap.

Tapi bukan sepanjang masa saya bercakap pun. Saya tak boleh hidup rasa kalau tak berbual, takkan nak berbual dengan dinding. Kalau tak kerja, nak berbual dengan siapa. Sekarang saya teruskan hidup macam biasa.

Tidak terlalu bahagia. Tidak terlalu sengs4ra. Nak banding dengan orang lain, ujian saya lebih kecil. Walaupun masa bila diuji, rasa nak meIetup atau rasa batu besar menghempap jiwa. Kepada adik – adik yang risau dan fikir soal j0doh..

Hidup berumahtangga ni lebih banyak ragam. Ada pasang dan surutnya. Semua itu perlukan komitmen dan tanggungjawab. Bukannya bila tak suka, boleh senang – senang je nak tinggalkan. Perkahwinan adalah tanggungjawab.

Mencintai adalah tanggungjawab. Tak ramai yang berjaya dan tak sikit yang gagal. Jadi, fikir betul – betul sebelum berumahtangga.. Jangan fikir keseronokan sahaja. Ia adalah pekayaran yang panjang, ada masa penat nak mengemudi.

So chill, cherish moment hidup bujang ok? 🙂 Segala apa yang sedang saya lalui, saya tak menyesal. Ok tipu.. Sikit tu ada la kadang – kadang bila rasa, tapi tak banyak. Syukur kami dah lalui fasa 5-10 tahun tu. Syukur atas kekurangan dan kelebihan suami.

Syukur pada rezeki anak. Syukur pada perkahwinan. Syukur pada semuanya. Rasa syukur itu sendiri dah satu anugerah buat diri saya. Kenapa nak fikir 10-20% yang kurang tu jika 80-90% adalah benda yang lebih baik untuk difikir..

Melainkan jika suami kaki pukuI, kaki jvdi, pen4gih d4dah, melanggan peIacur dan segala d0sa besar. Jika perkahwinan telah beri ancaman pada nyawa, akal, keturunan. Bolehlah nak angkat kaki. Kepada yang sedang diuji, sabar dan tenanglah.

Ambil masa untuk renungi diri. Cuba untuk kawal keadaan dan count your blessings ok? 🙂 Kita sampai bila – bila tak akan tau apa akan berlaku pada hari esok. Tapi hari ini adalah pasti. Jadi raikan setiap hari dengan gembira. Ok? – April

Komen Warganet :

Fauziah Osman : Banyak persamaan dengan kisah hidup saya, terutama bab suami ungkit “rumah dia” bukannya “rumah kami”. Saya dah merasainya, bila satu hari saya cakap, ‘Apa salahnya, ini pun rumah saya juga.” (tak ingat g4duh pasal apa).

Saya terus kena m4ki, “Rumah kamu??!! Kamu hanya bayar RM7000 saja masa nak beli rumah ni.(saya keluarkan duit epf) kamu cakap ini rumah kamu???!!” Mulai saat itu saya terus tawar hati, h4ncur rasa hati sebenarnya, dan seperti confesser, saya dah tak peduli nak jaga hati, nak jaga mulut bagai.

Saya perlu utamakan kebahagiaan hati saya sendiri. Apa guna duduk rumah keIamin kalau tercakap, “itu rumah saya” pon dah di seranah semata – mata sebab saya keluar duit ciput je dan banyak lagi lah yang sama dengan kisah confessor.

Tapi macam confessor tulis lah, bila dah m4kin tua, kita dah malas nak g4duh – g4duh lagi. Yang penting kita perlu lebih sayangi diri sendiri. Utamakan perasaan sendiri terlebih dulu. I feel you confessor.

Noorsyazana Mohd Nor : Takutnya. Tu yang paling saya takut sekali. Sebab tu gigih cari duit sekarang. Tak tau kenapa, tapi jauh di sudut hati, impian saya nak ada kereta dan rumah idaman sebelum 30, atas nama sendiri.

Tak mintak, tapi kalaulah jadi apa – apa di masa depan, sekurang – kurangnya saya tak perlu sampai nak menagih simpati orang lain demi nak teruskan hidup.

Ghazali Ja’afar : Budaya individu membesar membentuk pemikiran berbeza. Budaya Melayu dan asia ammnya telah mengajar untuk lelaki menjadi raja dan wanita itu umpama h4mba walaupun setelah dinikahi. Ini telah didoktrin dalam setiap minda anak – anak Melayu majoritinya. Tidak kira dari kalangan keluarga berpendidikan tinggi atau tidak.

Paling maIang bila hujah agama diguna lelaki dan masyarakat untuk menutup kelemahan dan kepincangan diri. Dan lagi maIang bila masyarakat masih terus menerima tanpa ada rasa untuk mengubahnya. Satu bentuk pemikiran yang ambil bergenerasi untuk diubah dan rasanya hampir must4hil untuk diubah dalam 2-3 generasi mendatang.

Dan uniknya wanita dan isteri yang didera secara mentaI ini padahal tahu jalan keluar masih memilih untuk bersama lelaki dan suami jenis ini. Seperti ada satu ket4gihan untuk dilihat taat dan setia walaupun diri mend3rita.

Denia Eyenie : Kalau nak bercakap pon perlu ade “TIMING” yang betul. Itu susah. Serius susah. Nasib jugak sis bekerja, sekurangnya ade jugak masa untuk diri sendiri. Semoga dipermudahkan urusan sis. Mungkin ujian buat sis untuk melihat sejauh mana kesabaran dan kesetiaan sis pada suami.

Kiah : Eg0. S0mbong. Bangga diri. Sifat – sifat yang ada pada suami confessor. Bagaimana nak hadapi? Gembirakan diri sendiri. Jangan bagi peluang orang lain menentukan em0si kita. Jaga kesihatan. Jaga kecantikan. Wajah biar happy sentiasa. Yang terpenting, solat awal waktu dan cuba kekalkan wudhu sentiasa.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.