Kejadian malam tu, teruk mak kena dengan ayah puncanya sebab mak minta tolong adik lelaki angkat baju dekat ampaian. Kata ayah itu kerja orang perempuan. Adik2 aku yang lelaki semuanya dih4ramkan dari buat kerja rumah. Malam tu mak terlepas cakap..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. Aku gadis berumur 26 tahun. Anak perempuan tunggal dalam keluarga. Penghidap major depr3ssive dis0rder with psych0sis features (anx1ety dan psk1zo). Mula didiagnos pada tahun 2015, tapi kalau diikutkan pada apa yang doktor selidik, sebenarnya aku dapat depr3ssion ni sejak zaman sekolah rendah lagi. Nanti aku cerita detail pasal punca aku dapat peny4kit ni.
Sekarang berbalik pada intro tentang diri aku. Aku nak kongsi pendapat aku tentang perkahwinan. Untuk orang macam aku ni, ‘masih relevankah untuk kahwin?’ Daripada tajuk pun dah terang – terang bagitau yang aku ni masih bujang.
Dan sudah tentu orang keliling dah mula push aku pasal kahwin. Tapi aku sampai sekarang cuma akan senyum je atau buat – buat tak dengar. Main phone je. Aku pilih untuk tak jawab apa – apa, sebab aku dah mula rasa penat nak menjawab soalan – soalan macam tu.
Sebabnya, bukan tak ada lelaki yang pinang aku. Ada… Kadang – kadang tu kakak pada si lelaki yang datang pinangkan. Kadang – kadang tu mak pada si lelaki. Ada sesetengah pinangan tu, si lelaki tu sendiri yang approach aku.
Tapi semuanya aku tolak mentah – mentah. Kaum lelaki ni pada pandangan aku, kalau untuk dibuat kawan, yes aku okey. Tapi start je diorang sebut pasal soal hati yang nak pinang aku, terus aku jadi tawar hati. Aku jadi tak reti dah nak berkawan lagi dengan diorang.
Kebanyakan kes, aku putvskan hubungan kitorang macam tu je. Mesti korang kata aku ni jual mahal. Atau bajet hot. Hahah. Kan, kan. Tapi sebenarnya kan, semua tu disebabkan pengalaman hidup la weh. Aku tr4uma, bukan sesaja memb4bi buta je aku buat macam tu.
M4kin lama aku hidup, m4kin aku rasa yang lelaki ni cumalah makhluk yang hanya tahu menyusahkan dan membebankan orang lain. Mungkin bukan semua lelaki macam tu, tapi itulah, kalau kau rasa kau bukan lelaki yang di dalam kategori ini, sila jangan sentap dengan cerita ini.
Bukan kau yang aku kutuk, jadi kau boleh relax je dan teruskan baca sampai habis. Disebabkan pengalaman hidup, aku jadi hilang respect pada lelaki. Kalau dulu orang kata perempuan ni adalah kaum yang lemah dan melecehkan.
Tapi sekarang, aku pulak rasa yang lelaki adalah kaum yang membebankan. Sampai sekarang pun hati aku sentiasa berbisik – bisik, “daripada kau kahwin, lepas tu kena bela biawak hidup, baik kau single.” Buktinya, baru – baru ni ayah aku pukuI mak aku. Punca?
Masa tu aku tengah Iipat kain. Ye la sebab aku perempuan kan. So disebabkan aku perempuan, semua kerja rumah, aku yang kena buat. Adik – adik aku yang lelaki semuanya dih4ramkan dari menolong aku. Ayah aku sendiri yang ajar macam tu.
Seolah – olah tangan lelaki ni terIampau suci untuk dicemarkan dengan membuat kerja – kerja rumah. Normal la untuk orang yang ada masalah depr3ssion ni, aku cepat letih. Kadang – kadang Iipat kain sikitpun aku dah tercungap – cungap macam baru lepas lari pecut 100 meter. Inikan pulak bila satu rumah tu aku yang kena setel 100%.
Mak aku tak sempat dan tak larat nak buat semua kerja rumah, sebab dia kerja 7.30 am to 4.30 pm sebagai tukang cuci. Sepanjang hari duk naik turun bangunan yang tak ada lif. Ayah aku pulak tersangatlah bagusnya. Dia tak kerja. Aku ulang, TAK KERJA.
Kewangan rumahtangga semuanya dari mak. Pastu campur – campur sikit duit yang adik – adik aku hulur. Bolehlah. Dan ayah aku ni, Iagak dia dalam rumah tu, macam dialah big boss yang wajib dilayan macam raja. Dia tak nak makan benda – benda yang low class ni.
Lauk untuk dia mesti hari – hari ayam, daging, seafood atau ikan – ikan yang berjenama. Sardin tin memang dia takkan makan langsung. Telur ayam lagiIah dia tak hingin. Siap tanya lagi, ini je? Ini buat stok makan dalam hutan je bolehlah.
Time tengah gawat hujung bulan, ayah takkan peduli kitorang nak makan apa. Bila nampak mak beli sardin tin, ayah akan cepat – cepat bagitau mak. Untuk ayah esok, ayah nak mesti sekurang – kurangnya ayam goreng tepung. Ayam yang digoreng pakai garam + kunyit je pun dia takmau.
Bagus sangat kan? Lelaki sejatiiiiiiii sangat. Untung betul aku. Dah tu, ayah aku ni jugak, setiap kali lepas makan, pinggan mangkuk dia akan tinggal je depan tv. Dia basuh tangan pun dalam pinggan tu jugak. Pastu dia pun sambung hadap tv.
Sambil – sambil tu, air ais dari peti sejuk memang tak pernah lekang dari sebeIah dia. Kadang – kadang tu siap suruh orang bancuhkan air lagi untuk dia. Bila dah malas tengok tv, dia akan suruh aku kemas rumah yang dia dah sepahkan tu.
Alasan dia, tu kerja orang perempuan. Adik – adik aku pun per4ngai satu species jugak dengan ayah aku ni. Kat mana diorang makan, situlah diorang sepahkan pinggan mangkuk tu. Dalam bilik diorang je dah penuh dengan gelas, jug, piring tu semua.
Sampaikan kat dapur, nak minum pun cawan dah tak ada. Jenuh nak pergi kutip balik kat bilik diorang. Memang aku member0ntak sebenarnya. Penat dan sangat – sangat rasa diperh4mbakan. Tapi selama ni aku pendam je dalam hati. Sebab ayah aku tu baran.
Pantang ditegur, dan – dan tu jugak tangan dia laju membeIasah orang. Kadang – kadang tu dia capai je apa – apa benda yang dekat dengan dia. Benda tu la yang dia Iempar. Pernah je kepala aku ni Iebam sebab kena baIing dengan gelas, padahal masa tu umur aku baru 6 tahun weh.
Aku dah 26 tahun hidup dalam keadaan macam tu, sampai aku jadi takut nak bercakap. Telinga aku ni setiap masa terngiang – ngiang segala tempikan dan m4ki hamun. Tidur malam pun aku tak boleh, sebab selalu dapat mimpi ngeri.
Kadang – kadang baru je pejam mata nak cuba tidur, aku akan ternampak bayangan orang bermuka b3ngis datang nak pukuI atau bvnvh aku. Aku akan terk3jut, tercungap – cungap dan langsung tak boleh tidur dah lepas tu.
Berbalik pada kejadian macam mana ayah boleh pukuI mak aku hari tu, Petang tu, sambil – sambil aku Iipat kain, adik – adik aku yang lagi lima orang tu syok je layan game kat tv sambil makan keropok. Keropok tu pun mak aku yang gorengkan sebab adik – adik aku geIi nak bukak api kat dapur, geIi nak pegang kuali sudip tu semua untuk goreng sendiri.
Mungkin mak kesian tengok aku terk0ntang – kanting sorang – sorang buat kerja rumah dari pagi. Bila dah nak masuk maghrib, kain kat ampaian tak berangkat lagi. Mak mintak tolong adik aku angkat kain. Tapi sorang pun tak layan.
Duk buat b0doh je depan tv. Aku dah lama s4kit hati dengan semua tu. Tapi selama ni aku bertahan, sampailah petang tu. Ayah aku, bila dia dengar mak suruh adik aku angkat kain, terus ayah aku menyampuk. “Anak d4ra mana? Suruh adik yang lelaki plak angkat kain!”
Masa tu aku jadi macam… Weh! Angkat kain je kot! Adik – adik aku tu pun bukannya budak lagi. Yang bongsu pun dah sekolah rendah. Aku memang dah lama sabar tau. So petang tu, aku menjawab. “Kalau betul lelaki tak boleh buat kerja orang perempuan, dah tu janganlah suruh orang perempuan keluar rumah gi cari rezeki. Tu kerja lelaki, bukan kerja perempuan. Perempuan ni kerjanya menghabiskan duit je.”
Aku pun taktau apasal boleh sp0ntan je semua tu keluar kat bibir aku. Mungkin sebab ayat tu dah lama bermain – main dalam fikiran aku, cuma tunggu masa je untuk lepaskan. Yang ayah aku, bila dia dengar aku kata gitu, dia sentap. “tak malu dik4ta dek orang? Kau tu perempuan, orang lelaki plak yang kena angkat kain?”
Aku baIas, “Saya tak kisah pun kalau orang nak mengata belakang – belakang. Kalau berani, cakap depan – depanlah.” Mak nak cuba redakan keadaan. Tapi mak tersalah cakap sikit je. “ayahnya tu sudah lah…. kalau orang mengata tengok lelaki angkat kain, dia takut. Tapi yang perempuan pergi kerja tu dia tak takut pulak orang mengata.”
Inilah ayat yang buat ayah meIetup. Ayah tunggu sampai mak habis solat maghrib, terus ayah ser4ng mak kat bilik. Berdentang – dentum kitorang dengar barang – barang berterbangan. Kitorang adik – beradik boleh dengar dengan jelas waktu ayah beIasah mak.
Mak menangis pun kitorang dengar. Habis semua benda dalam bilik tu ayah campak kat mak. Siap Iempang muka lagi, berkali – kali. Mak pun agaknya dah tak tahan sangat. Situ jugak mak mintak cerai. “Keluar dari rumah ni!”
Tup – tup ayat tu buat ayah terdiam. Terus ayah, dengan lembutnya, dia pujuk mak supaya jangan sebut lagi pasal cerai. Sebab apa? Sebab kalau ayah nak keluar, dia kena tinggalkan rumah tu sehelai sepinggang. Dia mana ada apa – apa harta!
Barang – barang rumah tu, daripada barang dapur sampailah ke motor kereta, even rumah tu sendiri pun, semuanya mak punya. Atas nama mak. Nak isi minyak pun ayah duk mintak duit mak. Pernah sekali tu aku dengar ayah kata.
“Aduh, kredit phone dah expired ni.” Bila mak diam, ayah boleh plak kata gini, “eh takkan duk diam je. Orang dah bagitau ni dah cukup baiklah.” Ya Allah, aku tak tahulah mana dia letakkan maru4h dia. Aku ni nak beli barang apa pun aku pakai duit sendiri.
Beli motor sekalipun. Satu sen pun aku takde nak mintak kat mak. Betapa kedananya ayah dan betapa h1nanya dia di mata aku. Aku setiap masa berdend4m dengan dia. Malam yang sama tu jugak, ayah ser4ng aku sekali. Tapi dalam s4mseng dia masa tu, dia tak berani pukuI aku. Tak macam sebelum – sebelum ni.
Agaknya sebab dia tahu, akhir-akhir ni kelakuan aku sangat susah untuk dijangka. Asal orang tak kacau dan tak cari pasal dengan aku, so aku dengan bahagianya boleh baik dengan semua orang dan dengan amannya boleh buat hal aku sendiri.
Jangan kacau aku. Kadang – kadang aku boleh buat muka p0ker face, sampai dia pun s4kit hati bila aku buat tak tahu dengan m4ki hamun dari dia. Kadang – kadang plak aku boleh jadi agr3sif sampai dunia pun macam nak ki4mat bila aku dah start bertempik.
Of course la, orang psych0sis kot. Nasib dia la… heh! Lagipun, masa tu aku memang dah simpan pis4u dengan stapler gvn dah kat dalam bilik aku. Ye la, kalau bini dia pun dia boleh pukuI, inikan pulak aku. Cuma masa tu yang aku fikir, mungkin aku takkan guna pis4u.
Kalau apa – apa jadi pun, aku decide untuk cuma guna stapler gvn je nanti, sebab boleh t3mb4k dari jauh. So ayah aku masa tu, dia pekik dari dalam bilik je. Dia tak cakap depan mata aku. “Belajar tinggi – tinggi, alih – alih menjawab je tahu. Baik tak payah belajar!” Haha. Okey fine, memang dalam family, aku sorang je yang belajar sampai U bagai. Tapi jangan silap.
Ayah aku tu pun, masa kecik dulu bukannya dia tak ada peluang sambung belajar. Ada, bahkan terbuka luas lagi. Abang kakak dia sanggup taja dia belajar, cuma dia yang malas. Setakat lulus SRP je, pastu sibuk nak enjoy sana – sini.
Sekarang, abang kakak dia semua dah hidup senang – lenang. Dua daripada diorang siap ada title Datuk Seri lagi. Ayah aku je yang duk eg0 jugak dengan hidup dia. Langsung tak nak dengar nasihat orang. Dan tak nak berusaha pun bila abang kakak dia nak tolong dia bukak bisnes.
Dia reject gitu je cadangan tu, dia lagi rela hidup bertengkek atas duit bini. Aku pun tak tahulah macam mana nak cakap betapa malunya aku setiap kali berdepan saud4ra – mara kitorang. Makcik aku plak, dari aku kecik lagi diorang tengok aku dan adik – adik dididik dengan cara yang salah.
Ayah aku langsung tak bertanggungjawab. Setakat kahwin nak puaskan nafsu je gamaknya. Makcik aku la yang tolong kitorang. Bagi kitorang pendidikan, belikan baju sekolah semua. Waktu aku dapat tawaran matrikulasi, mak cik aku yang belikan laptop.
Sampai sekarang aku still jaga laptop tu. Pakaian – pakaian untuk aku ke kelas pun dia yang tolong belikan. Habis matrikulasi, aku dapat offer ke Mesir. Tapi disebabkan tak ada duit, aku tolak. Tawaran ni jugak aku rahsiakan dari pengetahuan makcik aku.
Sebab aku tahu diorang akan marah bila tahu aku tolak offer tu. Alasan diorang, diorang bila – bila masa je boleh sponsor study aku. Masa ni aku dah start jadi perahsia. Semua masalah aku pendamkan dan cuba selesaikan sendiri.
Sebab aku dah m4kin malu dengan makcik pakcik aku. Sampailah satu tahap, agaknya tuhan tu sengaja nak tunjuk. Waktu aku sambung degree kat satu IPT ni, ditakdirkan aku tak dapat PTPTN. Bukan sebab pointer aku teruk, tapi sebab ayah aku yang dari awal lagi melarang aku masuk U.
Dia siap kurung aku kat rumah bila dapat tahu aku berkeras nak sambung belajar. Dia kata kalau aku sambung belajar, nanti aku lupa diri. Dia pukuI aku masa tu, sampai berbekas pipi aku dengan tapak tangan. Berbir4t – bir4t badan aku kena tali pinggang, cuma disebabkan aku nak sambung belajar.
Padahal aku tak mintak duit dia pun! D4hsyat betul ayah aku tu. Situlah start aku tak berpeluang nak mohon PTPTN. Tapi aku usaha jugak supaya dapat mohon on time. Dan bila dah berjaya curi – curi mohon plak, disebabkan kelam – kabut takut ayah tahu aku keluar rumah, aku dah tersalah isi PTPTN tu.
Sejak tu kewangan aku di sepanjang zaman U jadi sangat – sangat mencekik. Try mohon balik PTPTN tu, tapi faham – faham je la sistem pengurusan kat Malaysia ni. Itu tak kena, ini tak boleh. Duit aku banyak habis kat situ je weh, padahal kewangan aku m4kin lama dah m4kin sesak.
Sudahnya aku give up. Aku mohon je mana – mana bantuan pelajaran / biasiswa / pinjaman. Tapi still tak dapat padahal semua kelayakan aku lengkap. Aku anggap, tuhan sengaja buat semua ni untuk tunjukkan sesuatu pada aku. So sejak tu aku kerja part time untuk tampung belajar.
Tapi course engineering ni yurannya sangat mahal. Dan student engineering juga antara student yang paling sibuk berbanding course lain. Aku tetap tak cukup duit nak tampung study. Makcik pakcik aku tak tahu hal ni (tak dapat PTPTN) sebab aku malu nak bagitau.
Dah ayah aku sendiri pun buat tak tahu je pasal aku. Dia boleh buat b0doh je bila tahu aku ada masalah kewangan. Siap dia balikkan salah tu pada aku. “Yang hari tu gatal sangat nak sambung belajar tu apahal? Sekarang tanggunglah sendiri.”
Sejak tu, ayat ni jadi semacam pekikan – pekikan yang tak henti – henti bertempik kat telinga aku. Sampai aku rasa macam nak menjerit sekuat – kuat hati, nak suruh suara tu diam. Then kalau dah ayah sendiri pun buat aku macam tu, macam mana aku nak mintak duit dari makcik aku?
Memanglah diorang tak kisah, tapi diorang pun ada keluarga diorang sendiri. Aku segan dengan sepupu – sepapat aku. Adik aku pulak bagitau, ayah tak putvs – putvs ada skandaI dengan perempuan lain. Macam mana adik tahu?
Kampung aku tu tak besar mana pun. Cuma orang kampung tak kecohkan benda ni, tu yang mak aku tak tahu pasal scandaI – scandaI laki dia. Diorang kesian kat mak. Ayah memang kaki perempuan, sejak zaman muda lagi.
Opah aku sendiri yang cerita. Aku pun tak tahu macam mana mak boleh berkenan kat ayah. Agaknya mungkin sebab ayah ni jenis yang pandai bergaya kot. Nampak smart je, tu yang senang nak tackIe perempuan tu.
Sinilah aku start jadi tak cukup rehat. Aku berlapar, kadang – kadang sabun cuci kain yang seringgit tu pun aku tak mampu beli. Sudahnya, sabun mandi tu la yang jadi syampu, pencuci muka, pencuci kain. Semualah!
Nak jimat punya pasal. Sehari aku cuma makan satu set roti bakar. Masa tu 3 keping harga seringgit. Ayah aku? Apa dia buat? Enjoy. Tahu – tahu je, aku yang tengah kelaparan kat U tu dapat khabar dari kampung yang ayah dah beli phone baru.
Phone canggih plak tu, mahal giIa. Bayangkanlah macam mana kecik hatinya aku masa tu. Menangis je aku tiap – tiap kali mengenangkan nasib diri sendiri. Tiap – tiap kali dengar member sembang bergurau – gurau kat fon dengan ayah masing – masing, mesti aku nangis dalam sembunyi.
Sebab aku cemburu. Aku teringin nak ada ayah yang baik. Masa nilah aku didiagnos menghidap depr3ssion. Aku mula pencilkan diri dan aku jadi takut nak keluar dari bilik. Sebab aku terasa – rasa macam semua orang pun jahat macam ayah aku yang suka pukuI aku.
Aku berhaIusinasi sampai tak boleh tidur malam. Siang aku akan mengantuk sampai banyak tertinggal kelas. Banyak kali kena naik turun pejabat disebabkan masalah disiplin. Sampailah aku nekad nak berhenti belajar. Masa tu lah baru Allah bantu menyelamatkan aku. Makcik aku terdetik hati nak datang rumah aku.
Entah macam mana, dia terjumpa surat yang pihak U hantar ke rumah aku. Surat merah kedua yang menyatakan aku masih belum bayar yuran padahal dah nak study week. Makcik aku terbaca surat tu. Bila dia tahu pulak aku tengah dalam proses nak berhenti belajar, terus dia contact aku.
Sejak tu, dialah yang taja penuh study aku. Tup – tup bila dah habis belajar, ayah aku tak bagi pulak aku kerja guna degree aku tu. Katanya, sebab aku perempuan. Kalau aku kerja besar – besar, nanti aku ni lupa diri. Kerja kat kampung je dah cukup bagi dia. Sampailah sekarang, aku tengah berusaha untuk keluar dari rumah ni.
Mungkin aku kena sambung belajar lagi, atau apa – apalah. Dan kali ni bila dah keluar, aku takkan balik dah ke rumah ni. Hari tu aku silap, aku tak mengelat atau cuba menyewa kat mana – mana dulu. Lepas habis final exam hari tu, aku terus balik rumah sebab kesian kat mak.
Sekarang sekali lagi aku dah dikurung dalam rumah ni. Dan disebabkan semua yang aku lalui ni jugalah, aku jadi serik dengan lelaki. Selama ni hidup aku hanya berdiri atas kaki sendiri, dibantu mak dan makcik. Lelaki dalam hidup aku hanyalah bersifat beban yang kerjanya tak sudah – sudah jadi penghalang usaha aku.
Dalam family aku ni jugak, tak sudah – sudah dengan kes curang dan cerai. Semua tu berlaku dalam keluarga sebeIah ayah. Adik-beradik ayah yang buat per4ngai. Atuk aku pun per4ngai sama je macam tu. Yang ni lagi d4hsyat. Atuk dari dua – dua beIah pihak per4ngai sama.
Maksudnya, mak aku dan ayah aku, bapak diorang dari species yang sama. Entahlah, memang family aku ni jenis baka tak elok gamaknya. Kebanyakannya per4ngai sama je dengan ayah aku. Dahlah tak mampu tanggung kos hidup, ada hati plak nak kahwin lain.
Senyap – senyap plak tu. Bila terb0ngkar, si isteri pertama tu dah jadi tawar hati sangat dah. Sebab dah berkali – kali kes tu berulang. Kalau sekali dua tak apa lagi, kutlah boleh dimaafkan. Ada jugak kes makcik aku terjumpa k0ndom dalam kereta laki dia.
Ada juga yang laki dia dalam diam bersekedudukan dengan betina lain. Itu baru kes yang berlaku dalam family aku. Kes – kes luar hasil pemerhatian dan pergaulan seharian tak dimasukkan lagi tuh. Aku pernah jadi pengasuh anak lecturer aku.
Dia ada PhD, sementara laki dia plak mengharap gaji bini dia tu untuk menanggung penuh kehidupan rumahtangga diorang. Duit gaji laki dia tu taktau la ke mana pergi. Pastu lama – lama, baru la aku tahu.. Satu hari, laki dia senyap – senyap datang rumah aku.
Malam plak tuh! Uih, jantan hidung belang rupa – rupanya! Patutlah duit gaji semua habis sekelip mata. Waktu dia datang tu, aku lock semua pintu. Tak bagi dia masuk. Tapi masa tu aku still takut sebenarnya, terfikir gak, mana tau kalau dia gi pecahkan pintu tu ke. Haha overthinking.
Pastu kalau kat tempat umum, dia suka t3ngking bini dia. Kalau ada orang tegur, jawapan dia senang je. “Dia tu bini, okey? Syurga dia bawah tapak kaki aku.” Siap dia tunjuk lagi tapak kaki dia. Agaknya dia nak bagitau betapa h1nanya darjat seorang perempuan. Start tu terus aku berhenti kerja mengasuh anak diorang.
Itu baru sebahagian. Pendek kata, tak kiralah sama ada dalam family aku ke, tak ke, species lelaki ni semuanya lebih kurang sama je. Kalau yang berserban karang, dia pergunakan dalil agama untuk ani4ya isteri dia. Kalau yang tak ada serban atas kepala plak, dia langsung tak sedar diri walaupun seumur hidup duk makan hasil titik peluh isteri.
So.. Setiap kali ada lelaki datang approach, sampai sekarang aku masih tak dapat nak buang prasangka buruk terhadap diorang. Aku hanya nampak negatif je pada diorang. Lagi – lagi bila aku tanya, “kenapa pilih saya?”
Diorang akan jawab gini. “sebab awak nampak macam senang nak di handle.” Oh, aku cukup p4ntang dengar ayat tu! Orang akan kata, ‘lelaki mesti ar akan pilih perempuan yang boleh menyenangkan hati dia.’ Atau, ‘normal la tu. Masing – masing ada hak untuk memilih benda yang paling senang.’
So aku fikir, aku pun ada hak la untuk aku tolak semua pinangan yang datang daripada lelaki yang aku rasa susah nak di handle. Pernah tak dengar ayat, “kahwinla, biar ada orang jaga. S4kit demam pun biar ada orang ubatkan…”
Pernah dengar? Bagi aku, ayat tu cuma digunakan dengan maksimanya oleh orang lelaki. Diorang kahwin hanya untuk mempergunakan kaum wanita supaya mengabdikan diri pada diorang. Tapi perempuan? Kalau diorang kahwin, bererti diorang sengaja menc4mpakkan diri ke dalam ner4ka dunia dengan membela biawak hidup.
Lagipun aku fikir, aku ni datang dari keturunan yang tak elok. Jadinya, tak mahulah aku ambil risik0 dengan berkahwin, pastu mengharap untuk dapat zuriat yang baik – baik pulak. Haha macam b0doh je aku rasa. Dah bakanya tak elok, nak mengharap apanya lagi.
Korang kecamlah apa pun pada confession aku ni. Aku tak kisah. Tujuan aku confess ni pun sebab aku nak luah apa yang dah terIampau lama aku pendam. – Nora
Komen Warganet :
Hafiz Mustaqim : Dan kenapa ko tak berani ambil risik0 untuk bawak mak kau keluar dan jumpa pihak berwajib. Kesian la mak kau tu. Dan keturunan bapa kau dan adik lelaki ko, aku rasa macam orang tak de tamadun. Maaflah.
Masih lagi anggap perempuan ni macam h4mba. Dahla d4rah daging sendiri. Ini bukan isu keturunan. Ini isu didikan dan mentaIity yang dibawa dari atuk, ayah Dan benda tu sampai ke adik – adik lelaki kau.
Kezo San : Ayah saya pun sama macam ayah confessor tapi baik sikit sebab takde skandaI sana sini. Allah itu maha adil sebab masa arw4h mak s4kit dalam 3 tahun lebih tak boleh berjalan ayah yang jaga dengan baik walaupun bebeI – bebel.
Abang saya cakap Allah itu maha kaya, Dia bagi juga peluang untuk ayah tebus segala salah dia dekat arw4h mak dengan jaga waktu s4kit sedangkan waktu sihat takde amik berat langsung. Takpe confessor, segala yang berlaku ada hikmah yang masih tersembunyi. Semoga confessor bertabah, stay strong for your future.
Ainen Salwa : Dear sister, akak dulu pernah mengaIami macam ni, tapi situasi berlainan sikit la. akak masih ingat time nak PMR, kat asrama ade ustazah pernah pesan, belajar rajin – rajin dan masuk universiti boleh keluar dari rumah tu.
Ccari kerja, duduk jauh dari kepompong yang menyiksakan tu. Cari hidup baru dan tawakkal pada Allah. Jadi sekarang sis dah ade degree engineering, keluar dari rumah cari kerja jauh dari rumah. Bila dah dapat offer bawak mak keluar dari rumah, jaga mak jangan suruh dia kerja cleaner takde lift tu, bawa dia mengaji, happy jalan – jalan.
Tinggalkan ayah dan adik – adik lelaki yang dah kerja biarkan dorg tu. Buat tindakan drastik jangan terus – terus dengar tempikan ayah tak guna tu. Buat report polis habis cerita.
Nur Maisarah : Tak boleh pukuI rata “makhluk bernama lelaki” semua berper4ngai tak elok. Perempuan pun ada. Dua – dua makhluk ni Allah yamg cipta. Sebaik – baik kejadian, dua – dua ciptaan Allah ni bukan saja – saja dicipta.
Hati manusia ni Allah yang pegang, ibarat berjalan dalam gelap mengharapkan ada tangan yang pimpin kita ke tempat yang betul. Tentu berasa bimbang dan takut siapa yang pegang tangan kita? Berdoa dan berserahlah kepada Allah. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Ikut cara yang betul yang islam tetapkan. InsyaAllah dipermudahkan.
Hazirah Hj Hamzah : Saya faham depr3ssion dan tr4uma yang confessor lalui. Takkan kecam. Kalau saya jadi confessor pun mungkin saya tak akan kahwin sampai bila – bila dan bawa diri jauh dari keluarga. Sebab saya sendiri pun pernah ada kisah silam dengan lelaki bergeIar suami ex-suami).
Saya juga melihat kakak saya hidup mend3rita kerana bekas suami. Kakak saya membesarkan anaknya 2 orang berseorangan selepas diceraikan taIak 3. Saya lihat pembentukan em0si anak – anak buah saya dengan mempunyai bapa tak guna dan baran.
Saya yang nak kahwin baru pun sangat takut. Sebelum perkahwinan kedua ni rasanya saya depr3ss macam orang giIa. Hari – hari fikir kalau jadi macam dulu bagaimana. Hari – hari menangis. Dulu perkahwinan saya sebulan je.
Dah la duit kahwin saya tolong kumpul sorang separuh, elok sebulan kawin kena cerai sebab jantan tu miang banyak giIa main perempuan. Saya tak tahu apa silap saya. Sebab orang cakap pilihlah lelaki beragama. Tetapi dah beragama elok.
Rupanya sy4itan bertopengkan malaik4t je. Orang islamik – islamik suka cakap saya ni tak redha la. Tak percaya takdir la. Tak percayakan bakal suami la dan sebagainya. Mereka tak duduk dalam kasut saya. Mereka tak aIami sendiri.
Tapi disebabkan saya rajin study ilmu perundangan syariah, ambil tahu hak isteri dalam rumah tangga yang boleh di bawa ke mahkamah. Dan bakal suami pun tak pernah nak judge saya dengan pemikiran saya. Saya terima dia.
Tapi selepas berkahwin pun bukan mudah untuk orang macam saya meletakkan kepercayaan kepada suami. Untuk buat keputvsan planning anak pun saya mengambil masa setahun lebih sebelum hati saya terbuka mempunyai anak.
Alhamdulillah suami bukan jenis mem4ksa. Bukan jenis meng0ngkong. Dia cool, rileks dan steady je. Untuk perkahwinan kali ni saya sentiasa berdoa semoga ianya baik – baik sahaja. Jika di landa ujian pun harapnya ia bukan ujian besar seperti dulu.
Dan saya jadi seorang wanita yang sangat berdikari. Bukan mengharapkan untuk suami di sisi 24 jam. Ada benda yang saya nak, saya usahakan sendiri. Saya buat simpanan sendiri. Cari duit sendiri. Semuanya untuk diri sendiri.
Kalau nanti saya susah takde siapa nak bantu. So baiklah dia fikirkan diri sendiri dulu sebelum orang lain. Moga confessor tabah dan jadi wanita kuat. Berusahalah mengejar cita – cita. Kalau rasa taknak kahwin tak perlu mem4ksa diri. Single pun bahagia juga. Jika bertemu j0doh, saya harap confessor bertemu lelaki baik dan jangan biarkan lelaki mengambil kesempatan ke atas diri confessor.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.