Lepas habis pantang anak no 5, saya diceraikan sebab isteri kedua tak nak bermadu

Saya terlalu percayakan suami sehinggakan semua gaji saya serahkan pada suami. Malah saya tak pernah buat urusan dengan bank, nak tekan keluarkan duit pun saya tak tahu sebab selama ini suami yang uruskan. Sehinggalah saya balik dari kampung selepas berp4ntang, terk4jut bila saya tengok macam – macam surat bayaran tertangguh.. 

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat admin dan pembaca – pembaza setia page ini. Nama saya Izzani, saya nak kongsikan sedikit kisah saya bersama bekas suami, Iskan. Dulu satu pejabat kata kami adalah pasangan bahagia.

Sebab kami ‘loving couple’ tak pernah bertengk4r, di pejabat makan bersama, dan saya pilih dia seadanya, saya tak pandang pangkat dan darjat, asalkan dia baik dan boleh membahagiakan saya. Walaupun dia pekerja bawahan saya.

Apa yang saya ceritakan ini bukan hendak mengumpat bekas suami saya Iskan, tetapi untuk berkongsi pengalaman khususnya yang baru hendak berkahwin, tolonglah amalkan falsafah sayangkan diri anda lebih daripada diri orang lain.

Sebab kelaIaianlah menyebabkan, hampir memusn4hkan hidup saya kerana menanggung beban hutang yang banyak. Kami memang bahagia sepanjang 6 tahun berkahwin dan saya meletakkan kepercayaan seratus peratus kepada Iskan.

Semua duit gaji saya serah padanya dan dia uruskan belanja dapur, bayar bil, ansuran kereta, sewa rumah dan segala macam. Untuk memudahkan kami buka akaun bank bersama supaya senang dia keluarkan duit. Saya percayakan Iskan sebab kami satu pejabat, dan saya pegawai atasannya.

Jadi saya yakin dia akan buat apa yang terbaik untuk kami sekeluarga. Lagi pun kerana subur saya kerap beranak, boleh dik4takan seorang setahun. Jadi kerana kesibukan dengan anak, rumah dan pejabat, saya banyak lepaskan tugas ekonomi rumah kepada Iskan.

Sayangnya manusia berubah, semasa mengandungkan anak kelima saya baru Nampak perubahan Iskan sedikit demi sedikit. Dah pandai balik lewat dan selalu keluar jumpa kawan – kawan dan sebagainya. Saya sabar memikirkan dia mahukan sedikit kebebasan, maklum anak sem4kin ramai mungkin merunsingkan fikirannya.

Tetapi hati kecil saya berkata mengapa ketika saya bersalin Iskan tidak datang membantu saya? Lepas bersalin dia hantar saya balik kampung bersama anak – anak, tapi dia jarang jengok saya seperti dulu, alasannya sibuk.

Hairan sungguh? Habis panjang saya balik ke rumah. Keadaan rumah ketika itu memang teruk. Surat dan bil bersepah – sepah. Terk3jut saya bila buka surat rupanya ansuran kereta 3 bulan tak berbayar, bil air dan elektrik berjumlah beratus ringgit.

Lebih terp3ranjat hutang kredit kad mencecah lebih RM20K tak termasuk pinjaman bank yang dia buat dan saya penjaminnya berjumlah lebih RM10K. Kalau hilang sabar rasanya ketika itu saya boleh diser4ng s4kit mer0yan sebab terk3jut dengan hutang yang banyak.

Dua hari kemudian dia baru balik saya tanyakan bil dan hutang yang tak berbayar. Dia janji akan bayar. Saya hairan kenapa dia tak bayar sedangkan gaji saya dia pegang. Satu keb0dohan saya, saya tak pernah buat urusan dengan bank.

Nak tekan keluarkan duit pun saya tak tahu sebab selama ini Iskan yang uruskan. Oleh kerana saya banyak bertanya punca dia jarang balik ke rumah. Lagi pelik! Mana dia tidur. Akhirnya saya buat kesimpulan sudah tentu Iskan ada kekasih.

Bila saya tanya apakah dia sudah kahwin. Dia menafikan. Hinggalah saya katakan saya izinkan kalau dia nak kahwin lagi. Barulah dia mengaku dia dah nikah kat Siam semasa saya dalam p4ntang melahirkan anak kelima.

Saya tak terk3jut saya redha. Biarlah dia kahwin dari buat d0sa. Dan saya rela bermadu. MaIangnya isteri kedua Iskan tak mahu bermadu. Depan Iskan dia kata sanggup. Jadi dia ganggu hidupnya dengan menghantar sms dan panggiIan telefon meny4kitkan hati.

Tetapi Iskan tuduh saya ganggu isteri keduanya. Akibatnya kami sering berg4duh. Kerana tak tahan diganggu saya minta Iskan ceraikan saya lagi pun isteri barunya tak mahu bermadu. Walau pun sudah bercerai tetapi isterinya tetap ganggu saya.

Untuk menenangkan keadaan saya terp4ksa buat laporan polis, barulah keadaan tenang. Lepas bercerai saya jumpa pegawai atasan saya minta salah seorang dari kami ditukarkan tempat kerja. Kerana saya bertaraf pegawai kanan sedangkan Iskan cuma staf bawahan saya maka dia ditukarkan ke bahagian lain.

Saya ceritakan semua masalah yang sedang saya hadapi kenapa saya minta tukar. Percaya tak ketika bercerai duit akaun bersama sudah Iskan habiskan, hutang saya lebih RM30K. Saya merayu pada Iskan berilah saya sedikit duit untuk teruskan hidup, tetapi dia mem4ki hamun saya. Dia kata tak ada duit.

Kerana tak tertahan dikejar hutang dan duit tak ada untuk beli makanan untuk anak – anak saya pernah nekad nak bvnvh diri t3rjun flat. Seorang pengurus pejabat saya amat bersimpati dia banyak bantu dan nasihatkan saya.

Tetapi masalah tetap datang anak – anak hadapi masalah em0si mereka mahukan ayah mereka. Sedangkan Iskan tak pernah menjengok anak – anak, sebaliknya gaji saya dip0tong untuk selesaikan hutang dia. Saya tak sangka Iskan sanggup memperdaya dan melepaskan saya bersama beban hutang yang banyak.

Saya kesal kerana beri sepenuh kepercayaan kepadanya. Lebih meny4kitkan hati isterinya terus megganggu kerana takut saya minta duit dari suaminya. Dia fikir Iskan bergaya dengan kereta besar yang saya beli itu milik Iskan, sedangkan gaji Iskan tak sampai pun RM2K.

Gaji saya lebih tinggi daripadanya, tetapi saya susah sebab nak bayar hutang kad kredit yang Iskan gunakan untuk nikah dengannya. Tiga tahun lamanya saya bekerja untuk bayar hutang, tetapi masalah pelajaran anak – anak sem4kin teruk.

Anak sulung saya pernah p0nteng dua bulan tak ke sekolah. Saya kecewa kerana guru dan sekolah tidak beritahu saya dari awal lagi. Saya cuma tahu pada peringkat dah teruk, hingga anak saya tak mahu ke sekolah langsung.

Kerana fikirkan masa depan anak – anak lebih penting, saya terp4ksa berhenti kerja untuk bersama anak – anak setiap hari. Saya asuh dia belajar sendiri. Akhirnya dalam peperiksaan darjah 6 dia dapat keputvsan terbaik 5 A.

Bukan anak sulung saya saja, malah anak – anak yang lain juga. Mereka mahu saya bersama mereka setiap hari. Bila berhenti kerja hidup saya lebih susah, ketika itulah saya pergi ke Pejabat Agama mengadu nasib. Pegawai Agama nasihatkan saya ambil kursus kemahiran dalam bidang yang saya minat.

Dan mereka bantu berikan peralatan selain bantuan dapatkan zakat. Kerana saya minat buat kuih, saya belajar buat beberapa jenis kek yang dibiayai oleh Pejabat Agama. Dalam masa yang singkat saya berjaya mendapat tempahan kek untuk supply kepada kedai kek dan restoran.

Dari situlah bermulanya bisnes kek saya maju dapat menampung hidup kami anak beranak. Syukur Alhamdulillah berkat bantuan Pejabat Agama dan zakat, anak – anak berjaya masuk ke sekolah menengah agama Islam.

Apa yang saya ceritakan ini adalah untuk mengingatkan kaum wanita supaya jangan sayangkan suami 100 peratus, kerana banyak buruknya ditakdirkan bercerai. Bila dah susah ada orang ambil langkah b0doh, seperti cuba bvnvh diri, s4kit mer0yan, dan giIa. Jadi berhati – hati sebelum jatuh terj3rumus macam saya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.