Bulan 11 ibu pergi umrah. Kami adik beradik dan abah berharap dengan jemputan menjadi tetamu Allah itu buatkan ibu sedar akan sikapnya dan akan berubah. MaIangnya bila dah balik ke tanah air, sikap ibu m4kin teruk! Habis semua orang dilabel dan dicop penghuni ner4ka. Abah sambil menangis cakap dekat aku..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum nama aku N. Aku anak sulung daripada 3 beradik. Aku telah berkahwin selama 4 tahun. Dilema aku sebagai seorang anak adalah kerana ibu aku yang sepatutnya memberi dorongan dan contoh yang baik tetapi menjadi seorang yang suka mengatur hidup anak – anak dan suka menghasut.
Masa aku mula ditawarkan bekerja di sektor awam aku di tempatkan di Selangor dan agak jauh dari kampung aku iaitu di Utara. Ibu seolah tidak redha dan bising – bising suruh mintak tukar ke Utara secepat mungkin sedangkan dia tahu semua itu bukan kehendak aku. Itu keputusan daripada pihak Kerajaan.
Tidak lama selepas bekerja aku membuat loan untuk baik pulih keadaan rumah yang agak usang untuk keselesaan ibu dan abah. Abah (tiri) tiada masalah langsung dengan aku malah apa sahaja yang aku buat abah akan bagi sokongan asalkan tidak menyalahi hukvm.
Berbalik pada ibu, setelah diberi keselesaan pada dia, ibu sem4kin lupa diri kerana adik aku telah bekerja dengan gaji yang agak lumayan. Alhamdulillah kami adik beradik tak pernah lupa akan tanggungjawab apa sahaja keperluan keluarga kami akan tunaikan.
Segala bil, barang dapur kami tolong abah untuk selesaikan kerana abah hanya bekerja sendiri sebagai seorang nelayan dengan pendapatan yang hanya cukup – cukup makan. Sehingga aku berkahwin (wang simpanan sendiri tanpa bantuan dari sesiapa) dan aku menjalani hari – hari seperti biasa.
Waktu itu satu per satu per4ngai pelik ibu aku yang aku nampak. Dia cuba menghasut dan mengajar aku supaya tidak terlalu percayakan suami, tidak terlalu rapat dengan keluarga suami, tidak terlalu mengikut telunjuk suami.
Aku faham maksud ibuku bukanlah untuk menyuruh aku untuk jadi isteri derh4ka tapi ibu aku terlalu kerap menghasut dan fitnah suami aku. Sehingga aku mengambil keputusan untuk minta tukar kerja ke Utara kerana salah faham pada suami.
Dan setelah pertukaran aku diluluskan, ibu aku pula menghasut suami aku mengatakan aku ni seorang isteri derh4ka kerana lari dari tanggungjawab seorang isteri sedangkan pertukaran itu telah dibincangkan bersama antara aku dan suami dan dipersetujui oleh suami aku.
Malah dituduhnya aku anak derh4ka kerana tidak ikut cakap beliau (ibu). Dulu aku di tempatkan di Selangor ibu bising – bising sekarang dah dapat bertukar dekat dengan kampung pun ibu tidak tahu bersyukur malah aku dilabel anak derh4ka kerana tidak ikut cakap dia (ibu) kerana dia selalu mengarahkan itu ini mengikut telunjuknya.
Adik aku pun tidak tahan dengan per4ngai ibu. Malah abah juga turut dijadikan musvh oleh ibu. Semua orang ibu jadikan sebagai musvh dan ibu seolah “play v1ctim” apabila orang bertanya mengenai anak – anaknya (kami 3 beradik).
Ibu akan mengatakan bahawa kami semua dah besar taknak dengar cakap dia, masing – masing dah kerja jadi sombong dengan dia, sedangkan kami dah puas cuba untuk sempurnakan segala keperluan yang tidak cukup.
Apabila berbincang, mula lah drama air mata ibu, “yela, masing – masing dah besar semua nak jadi anak derh4ka taknak dengar cakap ibu sedangkan ibu bela kamu adik beradik daripada tapak kaki sebesar 2 jari sampai sekarang dah besar nak jadi anak derh4ka”.
Itulah ayat yang biasanya diungkapkan. Tak habis melabelkan kami semua anak derh4ka. Dulu sewaktu aku bertugas di Selangor, setiap hari minggu aku akan cuba cari peluang untuk balik ke kampung tetapi sekarang dah bertukar ke Utara.
Hati aku sedikit pun tidak rasa hendak balik ke kampung walaupun jarak sangat dekat kerana aku rasa dari doa ibu aku hari – hari mengatakan kami anak derh4ka itu buatkan aku berasa terkilan dan sangat berkecil hati dengan sikap ibu.
Bulan 11 ibu aku pergi menunaikan umrah. Kami adik beradik dan abah berharap dengan jemputan menjadi tetamu Allah itu buatkan ibu sedar akan sikapnya dan akan berubah tetapi maIangnya bila dah balik ke tanah air, sikap ibu m4kin teruk!
Habis semua orang dilabel dan dicop penghuni ner4ka. Astaghfirullah sampainya hati seorang ibu mendoakan anak – anak macam tu. Dengan abah pun ibu m4kin menjadi – jadi. Bermacam jenis ucapan kasar ibu lontarkan pada abah.
Aku tahu per4ngai abah. Abah seorang yang malas nak berg4duh. Tapi satu hari tu abah dah tak tahan dengan per4ngai ibu yang suka mencari salah orang dan melabel orang ikut sedap mulut dia, teruk abah kena m4ki. Abah call aku bagitahu ibu cakap macam itu macam ini pada abah sambil menangis dan berkata pada aku “abah mintak maaf, salah abah tak didik ibu dengan baik sebab itu ibu jadi macam ni”
Sebak aku dengar luahan hati abah. Bila aku whatsapp pada ibu kenapa cakap begitu begini pada abah alasan yang ibu bagi pada aku, “itu hal kami suami isteri tak payah masuk campur nanti tahulah ibu minta maaf pada abah!”
Ibu bercakap seolah tidak suka orang ambil tahu hal dia tapi hal rumahtangga aku hal rumahtangga orang lain dia sibuk nak atur. Orang tu berg4duh suami isteri disuruh bercerai orang itu nak kahwin disuruh buat kenduri besar, orang itu tak ada anak disuruh petua itu ini.
Banyak kali kami adik beradik melarang ibu masuk campur tapi jawapan ibu, “diam sahaja korang jangan masuk campur aku ni lagi tua daripada korang banyak makan garam dari korang”. Sekarang dah masuk 7 bulan aku tidak bertegur sapa malah aku block segala whatsap dan fb ibu kerana aku tidak suka setiap kali update di whatsap di fb aku, ibu akan turut sibuk atur.
Seperti contoh aku update di status whatsap gambar tudung (aku buat bisnes online jual tudung sebagai part time) ibu orang pertama akan “order free”. Bukan aku kedekut, setiap kali keluar tudung baru aku akan simpan dan akan bagi pada dia tetapi itulah per4ngai ibu yang suka mengarah – arah dan atur segala hidup aku dan adik – adik.
Aku dah penat, dan aku rasa selama 7 bulan tidak bertegur sapa dan tidak balik langsung ke kampung ni hidup aku lebih tenang dan tidak kusut dengan segala hasutan ibu aku. Faham tak perasaan tenang bila kita tidak diganggu tentang kerja ketika hari cuti? Macam tu lah aku rasa sekarang.
Aku tahu memang berd0sa tetapi kerap kali sangat ibu buat per4ngai macam itu. Sebelum ini setiap kali berg4duh kami adik beradik akan berbaik dengan ibu dan akan minta maaf walaupun jelas sekali bukan salah kami.
Agaknya itu yang buatkan ibu rasa “power of mother” dan tak habis melaungkan syurga di bawah tapak kaki ibu. Tapi sampai bila nak mend3rita dengan mengikut segala hasutan ibu hanya kerana takut dilabel sebagai anak derh4ka.
Bila kami adik beradik nak temui bahagia kami sendiri? Apa kemewahan kami tak bagi? Kemana kami tak bawa berjalan makan angin? Barang dapur mana pernah susut. Bil – bil mana pernah tertunggak. Tapi tetap dilabel sombong dan anak derh4ka.
Itu sahaja aku nak luahkan. Maaf tak pandai susun ayat dan berterabur. Terlalu geram dan terlalu sedih dan kecewa dengan sikap ibu. Bilalah ibu nak sedar yang anak – anak dan suami m4kin menjauh sebab per4ngai ibu sendiri.
Tolonglah faham. Jangan terlalu sibuk menjaga tepi kain orang sampai kain sendiri dah koyak rabak langsung tak sedar! Yang benar anakmu yang selalu mendoakan, – N (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Puteri Pelangi : Mak TT rindukan perhatian. Mungkin dulu TT selalu tanya pendapat beliau tapi bila anak dah sem4kin dewasa dan bijak, anak dah tahu buat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada IBU bapa. Yang IBU Masih rasa, anak – anak mereka masih kecil. Sedangkan didikan IBU telah menjadikan anak – anak hidup berdikari dan berkeyakinan. Wallahu aklam.. Semoga yang baik – baik untuk hubungan TT dan ibu.. Aamiin ya rabb..
Noraziah Amdan : Ibu – ibu ini ingat dengan kedudukannya sebagai ibu, mudah – mudah boleh guna kuasa vet0. Tak dengar cakap aku, kau anak derh4ka, masuk ner4ka. Lupa pulak ibu – ibu ini, berhati b4ngkai bermulut puaaka, itu juga jalan lurus terus ke neraka.
Nur Ana : Narsiisis memang macamni, semua benda tak puas hati. Dia memang macam tu. Nak ubah memang tak boleh dah. Nak hadap pon perit. Buat taktau je. Nak buat apa – apa jangan citer apa – apa kat dia. Jangan bagi reaction kat dia sebab percayalah dia suka buat orang lain mer4na.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.