Saya tiba2 jatuh cinta dekat pakcik sebab isteri dia terlampau baik. Awal2 lagi isteri dia mesej tegur saya

Akak selalu puji suami dia. Dia cakap pakcik ni suami yang baik. Selalu tolong buat kerja rumah. Selalu akak cantik share photo keluarga mereka masa raya, melancong. Akak cakap, pakcik ni selalu akan pastikan mereka sekeluarga terdidik dengan ilmu agama. Lagi tak sabar saya nak masuk dalam keluarga tu!

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Saya harap admin sudi siarkan perkongsian saya kali ini. Andai kata perkongsian saya ini disiarkan, saya nak ucapkan ribuan terima kasih sebab sekali lagi beri peluang kepada saya untuk berkongsi pengalaman. Tapi maaf, memang sedikit panjang huhu.

Saya terpanggil untuk menulis tentang pengalaman saya sendiri yang pernah hampir jatuh cinta dengan suami orang. Eh dah jatuh cinta sikit tapi sempat hentikan perasaan tu secepat mungkin. Suami orang? Ya, suami orang yang masih punya isteri dan masih mencintai isterinya sepenuh hati.

Tapi sebenarnya saya bukan jatuh cinta dengan lelaki tu. Tapi saya jatuh cinta dengan peribadi seorang isteri. Jadi, isu utama yang cuba saya ke tengahkan adalah tentang isteri dia. Saya cuma ingin nyatakan rasa kagum dan rasa bersalah dengan kesabaran dan ketabahan seorang wanita yang bergelar isteri.

Ya, isteri kepada lelaki tersebut. Kisahnya bermula bila ada seorang lelaki yang umurnya boleh tahan jauh juga beza dari umur saya, mula pm saya di FB. Saya gelarkan dia sebagai pakcik. Sebab pada awalnya saya cuma fikir dia seorang pakcik yang hanya suka hantar pesanan nasihat dekat messenger FB saya.

Jadi, saya okey saja. Lagipun, dia takde melampaui batas atau buat apa – apa yang pelik, kami tak chat pun. Dia hanya hantar pesanan atau tazkirah ringkas copy paste yang diforwardkan kepada saya. Saya pun selalunya just reply dengan emoji senyum atau sekadar icon thumbs up.

Jadi, saya masih okey saja. Tiba – tiba ada suatu hari pakcik macam lain macam bila dia mintak izin untuk tanya soalan. “Maaf ganggu. Kalau saya nak tanya satu soalan boleh?” Dalam hati saya, eh sejak bila pulak kena mintak izin nak tanya soalan?

Okey, saya just benarkan. Tanya la nak tanya. “Saudari ni dah berpunya ke belum?” Eh laaa dah kenape pulak nak tahu kan. Tiba – tiba pulak tu. Saya ambil masa lama nak jawab sebab still fikir perlu ke saya jawab dekat seorang yang saya tak kenal pun.

Tapi sambil tu saya godek – godek tengok profile dia. Tapi tak banyak benda pun saya dapat dari profile dia. Hanya ada gambar dia dengan kawan – kawan dia. Mula dari tu saya panggil dia pakcik. Dalam hati saya fikir takkan dia nak jodohkan saya dengan anak dia kot?

Eh tapi apa salahnya, saya pun bukan ada seseorang yang istimewa. Masih single dan available hihi. Lagipun, tengok dia pun not bad, good looking walaupun sikit berumur (middle 40s), mesti anak dia hensem ni. Hahahha.

Saya pun start cover. Saya jawab jujur la saya ni masih ibu bapa yang punya dan sentiasa Allah punya. Hahaha jawapan kena wow sebab kot la betul dia ni bakal ayah mertua saya ke. Saya tak sabar ni tunggu dia reply.

“Sebenarnya saya bukan nak busybody pun but just to make it short, saya nak berkawan dengan saudari atau lebih. Saya ikhlas.”

Weyhhh terk3jut kot. Takkan la dia serious kot? Dengan takde introduction pun, tak perkenalkan diri pun, tak kenal sape pun. Okey, sekarang minda dah rasa kosong tak dapat nak fikir apa dah.

“Saudari jangan risau. Kalau saudari sudi, sepanjang tempoh kita berkawan, saya takkan ganggu saudari. Isteri saya yang akan contact saudari. Apa – apa boleh terus berhubung dengan isteri saya.”

Okey ni lagi goosebumps! Isteri terusss kot dia nak kenalkan terus ke macam mana???? Saya biarkan saja. Katanya kalau diam tu tandanya setuju. Saya biarkan saja. Saya tak jawab sebab saya rasa macam lelaki ni entah betul entah tidak.

Takkan lah ada isteri sanggup macam tu?? Saya buat keputusan untuk diam dan habiskan je dekat situ. Dan tak lama lepas tu, yes, I know you gais pun dapat agak kan? Yes. Isteri dia yang saya gelar sebagai kak cantik ada contact saya di FB juga.

Mula – mula saya pelik sebab dia terus dengan sapaan mesra. Dia panggil saya adik sebab mungkin saya muda lagi. Kak cantik perkenalkan diri sebagai isteri pakcik. Saya mula – mula takut – takut juga. Saya cuba jelaskan yang sebenarnya saya tak tahu apa – apa tapi tak sempat saya diberi peluang untuk bercakap, kak cantik pulak katanya dia sudah maklum dan suaminya dah bagi info sepenuhnya.

Wow?! Rupa – rupanya pakcik dah bercerita segala benda dengan kak cantik sebelum dia tegur saya first time tempoh hari. Kedua – dua mereka tu dah lama perhatikan saya dan mula atur langkah untuk lebih ke depan lepas mereka fikir saya bagi respons positif.

Diam tanda setuju ye dak? Padahal saya clueless. Saya tak nampak lagi apa benda sebenarnya ni. Tapi entah la saya ni pun satu hal jugak. Saya tak tahu la apa yang buat saya bagi number phone saya dekat kak cantik. Mungkin sebab saya juga seorang wanita yang masih muda dan memang eager untuk tahu apa benda tengah jadi ni.

Jadi untuk memudahkan komunikasi, saya bagi je number phone. Sejak dari hari tu, saya m4kin selesa dengan kak cantik. Kak cantik pun selalu chat saya tanya khabar. Dan kak cantik sangat comel la per4ngai dia walaupun dah berumur, tapi gaya masih seperti orang muda.

Selalu berkongsi gambar baju cantik – cantik. Pastu selalu kongsi gambar masakan dan menu diiet kak cantik untuk sentiasa kekal slim dan awet muda. Hihi. Kak cantik cakap kak cantik seronok dapat berbual dengan saya.

Saya lagi lah seronok. Memang tak pernah bersua muka sebab kami berlainan negeri. Dan kami berbual macam kawan lama. Semua benda kami kongsi. Cuma sesekali kak cantik bercerita tentang pakcik. Tapi saya tak interested pun untuk tahu hahaha. Tapi saya layankan saja.

Kak cantik selalu puji pakcik. Kak cantik cakap pakcik ni suami yang baik. Selalu tolong kak cantik buat kerja walapun kedua – dua mereka berkerjaya tapi anak – anak pun membesar dengan akhlak yang baik. Selalu kak cantik share photo keluarga mereka time raya, time melancong, dan kak cantik cakap, pakcik ni selalu akan make sure kak cantik dan anak – anak terdidik dengan ilmu agama.

Tiap – tiap hari berlumba nak bangun tahajud. Fastabiqul khairat katanya. Tiap – tiap malam menangis sebab insafi d0sa lampau. Saya sedikit terkesan juga. Tapi pada masa yang sama rasa macam keluarga kak cantik seperti serba sempurna and I’d love to be one of them!

Hampir sebulan saya kenal dengan kak cantik, dan semua pasal kak cantik saya suka. Dan sepanjang tempoh itu jugak, memang takde sekali pun pakcik tu chat atau tegur saya di FB. Sampai la satu masa kak cantik tanya, adakah saya sudah bersedia untuk jadi ahli keluarga mereka?

Saya tetap tanya apa maksud kak cantik untuk kepastian. Kak cantik tak pernah penat jelaskan dekat saya. Kak cantik cakap, kak cantik berbesar hati sangat kalau saya jadi “adik” kak cantik iaitu dengan menjadi isteri kedua kepada suaminya.

Kiranya saya dilamar oleh isteri pertama lelaki yang bakal jadi suami saya??? Ya Allah tak pernah ada dalam impian saya pun ni! Kak cantik jelaskan lagi bahawa saya tak perlu risau tentang segala belanja sebelum, semasa dan selepas nikah. Semuanya akan ditanggung beres.

Pembelajaran akan ditaja sepenuhnya. Kereta dan rumah akan dihadiahkan sebagai hadiah selepas nikah. Soal urus suami pula jangan risau. Saya boleh teruskan belajar. Saya cuma tunggu sedia saja. Apa lagi yang mahu? Just bagitahu.

Saya tak tahu siapa mereka tapi yang pasti mereka tiada masalah soal wang ringgit. Adakah ini rezeki untuk seorang student IPTA macam saya yang masih belum ada pendapatan sendiri? HAHAHAHA. Okey, sebab saya seorang yang pendek akal, saya tak fikir panjang dan tak pernah bercakap heart to heart pun tentang soal hati kak cantik. Saya terus setuju sahaja.

Sejak dari itu, ada beberapa kali pakcik chat saya untuk urusan yang penting. Itu pun kak cantik mesti ada. Mungkin lebih baik dengan cara itu. Tapi saya tak tahu kenapa masa ni saya dah mula rasa lain. Cintakah? Saya rasa pakcik mula ambil berat pasal saya hatta bertanya tentang kuliah sahaja.

Ada masa pakcik akan cerita betapa sayangnya pakcik dekat kak cantik. Pakcik selalu puji kak cantik. Kak cantik pandai bergaya, pandai masak, pandai ambil hati suami. Katanya, kak cantik isteri terbaik dan takde c4c4t ceIa dari semua segi.

Entah la kenapa tapi saya langsung tak rasa cemburu. Mungkin sebab saya fikir she deserved those thing. Saya pun nampak kesempurnaan pada diri kak cantik. Kak cantik ada semua benda yang diperIukan oleh seorang lelaki. Rupa, keturunan, harta, agama. Semuanya.

Saya mengaku, saya mula jatuh cinta. Saya jatuh cinta dengan cara mereka. Saya rasa bertuah kerana dipilih untuk menjadi sebahagian dalam kehidupan insan hebat seperti mereka. Tapi pada masa ni, saya masih tak tahu siapa nama sebenar dan pekerjaan pakcik hahaha.

Tapi takpe la nanti lepas nikah boleh kenal – kenal. Sweet sikit. Lol. Saya slowtalk dengan ibubapa saya. Mereka takde masalah. Bawak la lelaki tu datang jumpa keluarga bila – bila. Wow mudahnya urusan saya? Saya tiada tentangan langsung daripada mana – mana sudut dan mana – mana pihak.

Semua orang seakan – akan setuju. Nampak mudah di luar sehinggalah saya rasa tak senang di dalam. Ye, dalam hati saya. Satu hari, saya tak tahu apa yang saya fikir tapi saya cuma tahu yang saya gelisah dan tak tenang je.

Saya contact kak cantik malam – malam buta. Saya tak kisah la apa jawapan kak cantik. Walaupun saya tahu kak cantik memang merelakan keadaan ni, tapi saya tetap jugak nak dengar jawapan kak cantik tulus dari hati. Saya berterus terang yang sebenarnya saya masih tak faham apa yang jadi.

Kak cantik tenang jelaskan dekat saya yang sebenarnya dia dan pakcik ada matlamat untuk sama – sama ke syurga. Ye, siapa yang tak mahu kan? Kak cantik cakap, kak cantik dan pakcik dah terlalu tua untuk dunia yang sementara ni.

Di usia mereka, mereka cuma fikir untuk kumpul “harta” dunia sebagai bekalan di akhir4t sana. Kata – kata kak cantik masih beralas. Saya mintak kak cantik berterus terang saja supaya lebih jelas. Kak cantik cakap, mereka mahukan zuriat penyambung w4risan dan keturunan mereka.

Saya masih pertikaikan sebab bukannya mereka tak punya anak. Tapi memang jumlahnya tak ramai. Tapi masih ada kan? Lagipun kenapa mesti saya yang muda ni? Kan ada ibu tunggal punya anak ramai yang lebih perIukan semua ni?

Kak cantik cuma gelak sahaja dan bagitahu kak cantik mampu bagi 3 je. Entah apa sebabnya pun saya tak tahu. Masalah kesihatan mungkin? Saya yang tak penyabar ni terus – terus tanya kak cantik sebab saya langsung tak bergurau ni.

Saya masih inginkan penjelasan untuk hati yang mer0nta – r0nta ni. Tapi kali ni kata – kata saya lebih kepada nk prov0ke, hasut dan jadi batu api la senang cerita hahahaha. Sebab saya sayang kak cantik. Saya rasa kenapa pakcik sanggup duakan cinta kak cantik sedangkan ya Allah, kak cantik terlalu istimewa pada pandangan saya sebagai seorang wanita.

Dan kenyataan ni pun diakui baik oleh suami kak cantik sendiri. Saya tanya lagi kenapa kak cantik sudi benarkan suami kak cantik kahwin lagi sedangkan kak cantik cakap sayang dekat pakcik. Pastu pakcik pulak selalu cakap sayang tu apa? Dusta ke?

Kak cantik cakap sebab sayang la kak cantik ikhlas bagi dan pakcik pun sebab sayang la pakcik sudi terima pelawaan kak cantik. Kak cantik yang nak sangat pakcik tambah lagi. Entah la. Jawapan kak cantik buat saya geram.

Sayang apa macam tu? Kak cantik faham saya geram. Dia seakan – akan pujuk. Katanya, “Dik, jadi isteri ni kan dik, kita memang kena banyak sabar dan tabah. Dan bila satu hari nanti adik ada suami, adik akan tahu kenapa Allah letakkan darjat suami tertinggi di sisi seorang isteri.

Dan adik sendiri akan rasa betapa kasihnya adik dekat suami adik sampai adik takkan rasa sedikit pun rugi dan takkan ada penyesalan kalau adik buat sesuatu untuk kebahagiaan suami adik. Suami redha hidup adik, Allah lagiIah redha adik.

Kalau Allah redha, takde lain tak bukan kecuali bahagialah adik dunia akhir4t. Kalau adik tanya kenapa kak ikhlas, datang dari mana ikhlas tu, akak takde jawapan dik. Cuma akak rasa lapang. Hati kita Allah yang pegang. Adik letakkan Allah yang utama dalam hati.

Adik niatkan adik buat sebab adik kasih dekat suami adik, adik buat sebab adik nak Allah sayang adik. Macam tu la akak buat. Lagipun akak tahu, akak bukan muda lagi macam adik. Akak dah takde apa yang akak nak cari.

Cukup Allah ada. Akak dah cukup rasa dunia. Akak tahu takde apa yang kekal dik termasuklah suami kita dik. Andai kata memang Allah jadikan suami akak untuk dikongsi dengan hasil dapat dekatkan lagi kita semua dengan Allah, akak gembira dik.

Sebab itu la yang akak cari selama ni. Akak nak dekat dengan Allah.” Allahuakbar. Saya menangis dengar kata – kata kak cantik. Ya Allah, orang yang saya jumpa ni bid4dari ke? Kak cantik memang seorang bid4dari syurga yang Allah hantar dekat dunia untuk bagi pengajaran dekat orang macam saya mungkin?

Masih terngiang – ngiang kata – kata kak cantik cuma skrip saya tulis dengan cara saya tapi masih kekalkan intipatinya. Saya takkan pernah lupa kata – kata kak cantik sampai bila – bila. Terima kasih kak! Saya tak tahu kenapa tapi sejak dari hari tu hati saya m4kin tenang.

Saya m4kin w4ras. Saya tak tahu apa Allah cuba tunjukkan cuma saya buat keputusan untuk tidak meneruskan. Saya ambil jalan untuk memutuskan dan menjauhkan. Saya dah mula rasa cinta pada pakcik. Tapi saya masih rasa yang walapun cinta tapi tak semua cinta boleh kita miliki.

Saya minta izin untuk undur diri secara baik tanpa mengguriskan perasaan mana – mana pihak terutama kak cantik. Saya terlalu kasih dekat kak cantik entah kenapa tapi saya memilih untuk tak meny4kiti kak cantik walaupun kak cantik ikhlas terima saya.

Kak cantik dan pakcik terima dan horm4ti keputusan saya. Saya buat keputusan tanpa menerima tekanan daripada mana – mana. Cuma saya rasa lebih lapang. Hati saya tenang. Sekarang saya dah tak rasa cinta tu. Betul ke saya tolak tuah dan rezeki? Entah..

Saya tak tahu apa yang cuba Allah rencanakan buat saya. Memang benda tu dihalalkan. Cuma saya memilih untuk tidak menerima. Maafkan saya Ya Allah. Saya anggap ini satu ujian perasaan buat saya. Andai kata saya silap dalam percaturan, takpe saya dah sedia terima segala risik0 dan kemungkinan.

Cuma kalau betul kak cantik dan pakcik memang mendambakan kehidupan poIigami, saya cuma nak kata, saya tak sanggup nak terima. Mungkin bukan jodoh saya bersama kalian. Boleh jadi sesiapa sahaja. Tapi bukan saya pilihan yang sebenarnya. Bukan saya. Maafkan saya.

Jadi, setelah apa yang jadi ni, saya belajar banyak perkara daripada peribadi kak cantik. May Allah grant you Jannah, kak!

1) Betul kata kak cantik. Jadi wanita dan isteri memang kena sabar dan tabah. Kita tak tahu bentuk ujian yang macam manakah akan kita terima. Entah suami kita sendiri adalah ujian kita sendiri? Kita tak tahu.

2) Isteri yang sentiasa berniat untuk kebaikan dan kebahagiaan suami, tak lain tak bukan, ganjaran dia memang syurga. Mungkin di dunia Allah hadirkan dan pinjamkan bahagia dari syurga buat isteri untuk ketenangan dunia sebelum dihadirkan bahagia abadi di syurga nanti. Kita tak tahu.

3) Hati kita semua ni sebenarnya Allah pegang. Bukan lelaki pegang, bukan wanita pegang. Bila – bila masa saja Allah boleh bolak balikkan hati kita ni. Saya pada mulanya cinta, entah kenapa dalam masa ada rasa cinta tu saya lebih memilih untuk meninggaIkan. Rupanya cinta saya pada kak cantik melebihi cinta saya pada suaminya.

4) Allah uji hati – hati kita. Lihat sahaja bagaimana tenang kak cantik berada dalam situasi sebegini. Mungkin ada dalam kalangan kita dah separuh giIa tapi kak cantik tenang. Saat semua orang merelakan, tanpa ada sebarang tekanan, entah macam mana tiba – tiba saya pula yang memilih untuk menjauhkan.

5) Apa – apa yang berlaku sekalipun, letaklah Allah sebagai yang utama dalam hati. Kerana tiada cinta yang kekal melainkan cinta keran Allah dan ketahuilah bahawa tiada apa yang kekal dalam dunia kita ni. Bila kita dipanggil menghadap Allah satu hari nanti pun, Cuma amal kebajikan yang akan kita bawa.

6) Jadikan pasangan anda sebagai saham untuk kita sama – sama ke Jannah. Saya suka bila pakcik dan kak cantik selalu berlumba – lumba untuk dapatkan keredhaan Allah. Kata mereka, fastabiqul khairat, jom? Hihi sweet kan?

7) Mana – mana isteri yang diuji, ambillah kisah ini jadi pengajaran. Walaupun suami kita suka, tapi tak disangka – sangka tiba – tiba wanita yang mulanya menerima tapi akhirnya mohon undur diri kerana kagum dan terharu dengan ketabahan seorang isteri. Sungguh saya tak sanggup khi4nati kak cantik walaupun kak cantik sudi. Saya tak sanggup!

Janji Allah tu betul, wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya. Mungkin pada waktu itu niat saya dah salah. Saya dibayangi harta dan ganjaran untuk saya kalau saya setuju. Atau mungkin saya tak sebaik mereka.

Jadi, pada suratannya memang saya yang menolak tapi entah yang tersirat mungkin saya yang direject sebab tak baik! Hahahha. Saya mohon semua doakan kebaikan untuk kak cantik dan pakcik. Moga – moga cinta mereka dapat bersatu di Jannah.

Dan untuk kita semua, semoga Allah akan kurniakan jodoh terbaik buat kita semua. Saya harap kalian semua dapat sesuatu daripada perkongsian saya ini. Terpulang kalau kalian nak nilai saya macam mana. Saya sedar saya pernah buat silap.

Tapi saya harap sangat kalian tidak salahkan mana – mana pihak yang lain selain saya. Sebab agak tidak adil saya kira kerana kalian hanya dengar sebeIah pihak sahaja iaitu daripada pihak saya sahaja. Jadi, kalau kalian rasa nak kecam atau marah, hanya kepada saya dan bukan dekat mereka yang lain okey? Sebab memang saya salah, dan saya mengaku. Terima kasih! – Bukan isteri

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.