Aku bawak buah tangan dekat bakal mertua, sekali buah yang aku bawak tu masam. Dekat situ jugak dia ludah. Teringat awal – awal perkenalan dengan si kekasih. Dia pernah warning aku, “nanti awak tahu sendiri kenapa saya masih bujang. Masa tu awak sendiri fikirlah sendiri sanggup ke tidak.”
#Foto sekadar hiasan. Hi, nama aku Titam. Kenapa Titam? Sebab aku titam titam manis gittew, haha. Sedikit tentang Titam, Titam janda. Ada beberapa orang anak. Kini sedang menjalin cinta, bersulam kasih dengan seorang lelaki bujang yang lebih tua 2 tahun daripada Titam.
Titam agak beruntung di sini, si bujang yang terbuka hati menerima si janda beranak ramai. Sedangkan bekas suami Titam kahwin dengan janda anak ramai juga kehkehkeh (sempat kutuk dia eh). Okay berbalik kepada cerita, Titam rasa dilema.
Dilema untuk masuk ke dalam keluarga si bujang. Perkenalan kami baru nak masuk umur setahun. Selepas beberapa bulan berkenalan si bujang buat keputusan untuk bawa Titam jumpa keluarga kandungnya. Alhamdulillah keluarga si bujang dapat menerima Titam dengan status Titam ni.
Bab ni Titam wajib puji mereka. They got big big big heart dan tak pernah sekali pon ada yang bertanya kenapa bercerai? Cuma masalah besar sekarang bakal mertua. Mulut dia nauzubillah! Teringat awal – awal perkenalan dengan si bujang.
Dia pernah warning Titam, “nanti awak tahu sendiri kenapa saya masih bujang. Masa tu awak sendiri fikirlah sendiri sanggup ke tidak.” Mak si bujang ni laser dan cerewet dia tahap 7 petala langit. Sedangkan si bujang yang mak dia sendiri nak menumpang tidur di rumah (si bujang sewa sendirian) pon si bujang susah hati.
Kata si bujang, “nanti mak mengata belakang. Rumah tak kemas lah, layanan tak okay lah, masak tak sedap lah.” (si bujang pandai dan rajin masak sendiri). Titam dengar je macam tu apa lagi terus Titam cakap dekat si bujang, “kalau awak yang anak kandung, mak nak datang pon awak risau teruk macam ni, macam mana saya nanti lepas kahwin?”
Hari ni mak dia datang negeri kami, jalan – jalan bersama adik beradik lain, si bujang decide untuk tidur je kat rumah tak join mereka sebab takut mak dia nak tumpang rumah. Ekekeke geli hati juga kadang – kadang tapi seram.
Engko jangan gelak lebih Titam nasib engko lepas kawin belum tentu lagi. Pernah sekali, sebelum ni mak si bujang datang juga ke negeri kami berjalan. Masa ni Titam tak dapat baca lagi masalah sebenar keluarga si bujang ni.
Kitorang berjalan sampai pukuI 12 malam. Memang mak si bujang ni dah letih amat dan kelaparan. Tapi si bujang dan adik beradik lain takde pon ajak mak makan kedai. Sedih pulak tengok maknya dah tua, kelaparan, letih pula tu.
Dah lama sikit lepas kejadian baru Titam faham. Si bujang terangkan, “mak tu tak boleh bawa makan kedai, nanti kita s4kit hati. Dah lah kita bawa, kita bayarkan lagi, mak tahu merungut je. Semua masakan orang masak tak sedap, kalau betul dia tak suka tu dia siap ludah – ludah lagi depan kita.
Saya tak boleh offer kena tunggu mak sendiri minta nak makan kedai. Kalau macam tu, baru mak tak bising nanti sebab dia yang nak makan.” Memang sampai ke sudah maknya tak mintak makan, mungkin segan nak meminta atau memang maknya memilih untuk tak makan di kedai.
Bab ludah tu Titam pernah kena, Titam ikut si bujang singgah kampung niat di hati memang nak balik hari jenguk mak. Titam bawalah buah, buahnya masam. Mak si bujang baru gigit terus diludahnya dalam mangkuk berisi buah, dah habis semua buah tak disentuh ahli rumah yang lain.
Titam terkilan juga, ye tahu masam. Kalau tak makan, action tu jangan lah diludah – ludah. Makanan kan, kenapa buat macam tu. At least tinggalkan sudah lah. Dah lah ludah, diludah dalam mangkuk penuh buah, last – last buang jelah agaknya buah – buah tu.
Titam nak mintak pendapat korang, Titam sayang si bujang. Si bujang kelakar dan rajin masak, rupa pon ada (hesmes) dan orangnya sabar. Financial juga stabil. Orang kata kalau berkahwin nanti Titam cuci kaki je masuk rumah.
Rumahnya partially furnished. Nak topup pon sikit – sikit je sana sini. Buat masa ni Titam tak nampak si bujang “anak mak” (Anak yang mengikut 100% kata – kata mak). Sebab bila mak nak tumpang rumah dan si bujang tak setuju, banyak juga akal si bujang mencari alasan.
Titam juga pernah bertanya, “macam mana nanti kalau kita kahwin mak tumpang rumah kita, lepas tu dia tak suka dan tak makan apa saya masak?” Jawapan si bujang, “mak duduk rumah kita, dia kena ikut cara kita. Mak tak suka, mak boleh balik duduk rumah sendiri, jangan takut saya tak pernah setuju dengan perkara yang salah mak buat.”
Okay sampai sini jelah confession Titam, harap ada yang bagi pendapat bernas yang Titam boleh timbang tara sebelum memasuki alam perkahwinan dengan si bujang. Mungkin juga lepas kahwin nanti ade sepoloh confession lagi berkaitan Mak kekekek derh4ka kau Titam. Tak baikk. Haha.. Kboiiii. – Titam (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Bib Minah : Bagi saya yang penting ialah kesanggupan, tolak ansur, dan penerimaan dari dua jiwa yang nak hidup bersama. Dari gaya cerita macam si bujang seorang tegas pendirian dan tahu garis sempadan dalam mematuhi ibunya. Kalau saya go on saja dengan si bujang. Full package tu. Didoakan moga lancar semua urusan titam dan si bujang hingga selamat ke alam perkahwinan kekal hingga ke jannah.
Pasta Pesto : Hai cik titam, my opinion, nampak banyak kebaikan pada bakal suami tu, lagipon si bujang tu menerima cik titam dan anak – anak seadanya. Bab mertua tu, anggap je la pakej yang bakal cik titam dapat bile kawen dengan si bujang tu.
Setiap perkara mesti ada pro and cons nye kan. Sisi baiknya, cik titam dah tau per4ngai bakal mertua, so boleh la bersedia dari segi mentaI lebih awal lagi. Lagipon cik titam bukan duduk serumah dengan mertua pon bile kawen. Tak selalu jumpa pon nanti. Semoga dipermudahkan urusan cik titam dengan si bujang ye, insyaallah, amin..
Yanti Rahiza : Manusia ni, kadang – kadang pelik sungguh per4ngainya ya. Terhibur baca cerita Titam, tapi potensi meraana pun ada kalau tahan standby tebalkan telinga dan muka, pakat dengan anak mak mertua elok – elok.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.