Isteri elak jaga anak, 24jam anak kami dgn mak. Mak aku nangis penat mengasuh tapi aku tak mampu tegur isteri

Depan aku, isteri baik je layan mak aku tapi aku baca dalam whatsapp dia ber ‘aku kau’ dengan mak. Sekarang ni dia sibuk nak bekerja, tapi bila dah kerja dia tinggal anak 24 jam dengan mak aku sampai mak aku menangis penat jaga anak. Anak aku tu baby lagi. Dia balik kerja tapi tak terus ambil anak..

#Foto sekadar hiasan. Aku adalah seorang suami anak satu nak buat keluhan hati. Aku baru menimang cahaya mata, baru berusia 6 bulan. Kami kahwin awal, ketika usia 25 tahun. Masa bercinta lain, memanglah. Dah nikah baru tau per4ngai sebenar isteri aku ni. Baran.

Lepas beranak lagi menjadi – jadi per4ngai dia. Dia ni seorang perempuan yang pemarah, tak boleh salah sikit dan aku sebagai suami aku terima diri dia seadanya, aku sabar. Aku nasihat dia elok – elok tapi pada aku, dia m4kin menjadi.

Aku dapat tahu dia suka m4ki mak aku. Bila aku ada, dia berper4ngai baik tapi dalam whatsapp dia suka bahasakan kau aku dengan mak aku sendiri. Dengan mak dia memang dia dah biasa bahasakan kau aku. Aku ni anak sulung lelaki, jadi aku memang banyak bantu keluarga aku.

Tak banyak pun aku hulur dekat mak adalah seminggu sekali aku bagi RM50 – RM100. Kalau isteri aku dapat tahu, dia mer0yan dia marah – marah mak aku, dim4kinya. Walhal mak aku ni banyak bantu kami dalam kehidupan berkeluarga.

Mak mertua aku pun dah tak larat nak nasihat anak sendiri. Kadang – kadang dia sendiri datang minta maaf kat mak aku. Aku takdelaa sampai nak pisah dengan isteri ni. Kadang – kadang ada juga rasa hilang sabar aku, tapi aku tenangkan diri.

Aku pun berIawan dengan diri aku sendiri. Aku sayang mak, aku sayang isteri aku. Aku sayang anak aku. Lepas beranak ni mer0yan dia lain macam. Aku cakap tak payah kerja tapi dia sibuk juga nak kerja. Takde kerja apa pun, kerja waitress kat restaurant je.

Dia tak kerja pun aku boleh tanggung makan pakai dia cukup. Dia nak apa aku tunaikan. Aku ni kerja shift. Aku dah sediakan barang keperluan rumah, bahan masak semua lengkap ada. Dah dia pula penat balik kerja dia dah malas nak masak.

Aku tak kisah pun, aku makan luar ajelaaa. Dah isteri aku penat kerja. Aku tak jadikan benda ni isu. Isu besar sekarang per4ngai giIa dia. Anak yang baby pun dia tak nak asuh. Mak aku kadang – kadang menangis penat jaga anak, isteri aku tak pedulikan anak.

Sebab tu dia nak kerja. Balik kerja dia balik terus tak ambil anak. Memang anak aku tu mak aku yang jaga. Tak salah pun kalau aku bagi mak aku duit jaga cucu. 24 jam pulak tu sebab aku sibuk dengan kerja. Isteri aku kalau masuk shift petang pun tak pedulikkan anak yang baby tu.

Aku tak tau kenapa isteri aku jadi macam tu. Kami duduk asing dengan keluarga. Mak aku takde laa masuk campur urusan kami laki bini. Maksudnya takde la mak aku buat keputusan dalam keluarga aku laki bini Setahu aku la, hubungan dia dengan mak dia pun tak baik.

Mak dia tak nak jaga cucu sendiri. Mak aku ni macam serba salah, kang tak jaga siapa nak asuh anak aku? Aku kerja cari nafkah keluarga. Sebabkan kesian, mak aku bantu tapi dah jadi lain. Kadang – kadang mak aku sampai cakap, ‘bang kau tak payah la bagi mak duit nanti g4duh kau laki bini. Mak tak suka korang g4duh kesian anak.’

Kadang – kadang kita nak berbakti kepada mak, belikan barang kemas. Tapi aku akan pastikan isteri aku dapat sekali. Belikan mak hadiah, aku belikan untuk isteri aku sekali. Dia akan meng4muk, kata – kata dia pedih tau.

Kalau aku bagi sorok – sorok pun dia tau. Sebab aku nak jaga hati dia. Keperluan anak aku sediakan. Selalu mak – mak yang teruja beli barang anak kan?? Benda ni tak terjadi kat isteri aku. Dia seolah tak bersedia nak ada komitmen, anak.

Lepas beranak m4kin teruk per4ngai ida. Aku fikir dia ni mer0yan macam tu la, takkan sebab tu aku nak pukuI dan marah dia kan??? Jadi aku usaha cari ustaz ubatkan dia. Memang meng4mok dia! Teruk aku kena bantai! Aku ajak dia pi kIinik kesihatan jumpa kaunselor, pun dia meng4muk!!!

Puas aku merayu. Kang aku plak mentaI. Memang aku ni tersiksa jiwa raga. Nampak jer kental tapi hari – hari aku nangis. Aku tanya dia apa yang dia nak sebenarnya. Kehidupan kami ni macam takde seri hidup berumahtangga.

Aku nak kerja pun dah tak tentu arah. Ntahlaaa, buntu. Aku lelaki aku kena kental. Aku ada anak kecil yang perIukan aku. Aku sayang mak aku, aku sayang keluarga aku. Mak selalu nasihatkan aku utamakan keluarga sendiri. Tu aku pegang nasihat mak.

Aku takde pun menggatal dengan perempuan lain. Sebab niat aku halalkan isteri aku untuk bina hidup dengan dia aman dan bahagia. Tapi Allah uji aku. Jadi jangan kata wanita aje yang terani4ya. Kami suami pun ada yang kena dig4ntung tak bertali.

Nak kata isteri aku ada lelaki lain, aku dah follow takde plak. Memang dia ni ada kemurungan tapi dia sendiri tak terbuka untuk rawat diri dia. Aku tak pasti apa tr4uma yang dia hadap sebab dia tak nak kongsi dengan aku. Masa bercinta dia okay je aku tengok. Takde pun sifat baran dia tunjukkan. Ntahlaaa, pening. – Ahmad (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Ann Fardan : Buat anak – anak gadis dan anak – anak teruna di luar sana, kalau hanya minat bercinta janganlah ajak anak orang menikah. Perkahwinan ni bukan ikut suka mak abah korang. Kahwin ni ada tanggungjawab bukan macam drama jam 7 petang tu. Jangan ani4ya anak – anak dan keluarga orang lain. Makcik doakan awak kekal jadi suami yang tabah. Sabar ada hadnya. Kalau dah usaha macam – macam Isteri Masih biadab. Awak perlu tahu apa tindakan sepatutnya. Biar kurang makan dik.. jangan kurang ajar!

Julie Anme : Tidak guna menjadi anak jika maru4h ibu dipijak – pijak, dan awak berdiam saja. Cari jalan lain ke syurga.
Nama Ahmad, cuba ikut sunnah nabi pula, tidak buta kerana dunia dan perempuan.

Wan Zuraida Wan Ismail : Saya rasa dia tak puas lagi hidup bujang dan lebih pentingkan diri dia je. Kalau saud4ra dah abis nasihat cara lembut cuba tinggalkan dia sebulan dua, tak pun 3 bulan, bagi dia rasa hidup betul – betul solo. Jangan bagi pape, makanan sume bagi dia setel sendiri, bawak anak duduk dengan mak ker. Nak duk bujang sangatkan. Kadang – kadang orang macam ni kena ajar sket.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.