Bila anak diorang main dengan aku, cepat – cepat diorang tarik lepas tu pesan jangan dekat lagi dengan aku. Ya, aku miskin, selekeh, busuk dulu. Macam aku ni bawak pengaruh buruk dekat anak diorang. Lepas sekolah aku kerja partime, boss kata aku mengular. Aku meng4muk sound boss..
#Foto sekadar hiasan. Hai assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebagai pembuka bicara. Aku kenalkan diri aku sebagai seorang perempuan yang berusia awal 20-an. Ya, macam orang tua – tua kata aku ni umpama manusia yang baru nak kenal dunia. Baru tahu kehidupan.
Tanpa berlengah lagi izinkan aku memulakan cerita hanya sekadar luahan hati yang tidak mampu diluahkan. Aku bukanlah orang yang senang. Hidup aku dari dulu selalu dalam keadaan yang meributkan. Bahagia? Jarang sekali aku merasakan.
Aku terlahir sebagai anak ‘br0ken home’. Hidup aku susah sangat untuk merasakan kasih sayang kedua orang tua aku. Mereka tak bercerai. Cuma mereka selalu berg4duh. Aku adalah saksi kecil perg4duhan mereka. S4kitnya. Hingga aku tak mampu berkata – kata.
Aku juga tiada kawan mahupun sahabat. Ada pun mereka selalu ambil kesempatan sebab aku selalu sendiri. Orang kata jadilah kan buat ada – ada. H1nanya aku dulu sampai orang tak nak berkawan langsung dengan aku.
Aku masih ingat semasa tadika dulu ada budak perempuan bagi aku gula – gula tapi bukan bagi secara baik. DICAMPAK yee. Sampai sekarang dia masih tak bertegur dengan aku. Aku rasa benci dengan dia. Perasaan aku tercalar dan terguris. Apa salah aku?
Korang boleh rasa s4kit tak, bila ada mak ayah diorang yang melarang anaknya dari berkawan dengan aku? Bila anak diorang main dengan aku, cepat – cepat diorang tarik lepas tu pesan jangan dekat lagi dengan aku. Ya, aku miskin, selekeh, busuk dulu. Macam aku ni bawak ‘negative vibes’ dekat anak diorang.
Sampai sekarang aku tiada kawan. Tapi aku ada sahabat. Pengalaman dulu cukup buat aku untuk lebih memilih orang yang aku boleh jadikan kawan. Jika mereka bermuka dua. Aku juga boleh. Sem4kin aku menginjak dewasa, aku diuji lagi sepanjang aku sekolah menengah mak ayah aku masih susah.
Hubungan mereka sem4kin pulih sedikit. Saat yang buat aku menangis bila teringat balik cerita ni. Mak aku pergi kerja dan ayah aku pula akan jaga aku dengan dua orang lagi adik aku. Aku ada 7 orang adik beradik semuanya.
Pergi mana – mana naik motor buruk nak patah dua tu pun sebenarnya dah patah tapi ayah “welding” balik. Moment ni paling indah pada aku. Sebab dapat peIuk ayah aku pastu berbual atas motor. Ceritalah pasal dah besar nak jadi apa.
Nanti dah besar boleh tolong mak ayah supaya mak ayah tak macam ni sampai bila – bila. Ayah cerita ayah menangis bila balik kampung adik beradik ayah semua tanya kenapa tak bawak kitorang. Ayah nangis dalam hati. Sebab tak mampu nak beli kereta lagi.
Kadang – kadang aku ambil adik – adik aku balik sekolah pun naik basikal tau. Tapi aku tak merungut aku tahu hidup aku susah. Mak ayah sampai bergadai harta yang diorang ada semata nak membesarkan dan nak sekolahkan aku dengan adik – adik aku.
Aku pun alhamdulillah sepanjang sekolah berg4ntung pada biasiswa sekolah. Duit biasiswa tu pun kadang – kadang aku bagi mak aku untuk belanja dapur. Ayah aku bukan tak kerja. Dia kerja sendiri ambil upah p0tong sawit ke atau mer4cun kebun orang. Tapi duit yang dapat tak mencukupi.
Nak bayar sewa rumah, bil api air. Adik beradik yang lain semua baru mulakan hidup juga tu yang agak susah untuk kitorang. Lepas aku habis SPM aku terus cari kerja. Aku kerja kedai makan. Semua benda aku kena buat.
Sampai aku duduk sekejap saja. Boss aku dah bising cakap aku ni mengular main smartphone saja. Allahu aku nak nangis time tu aku penat bagi la aku rehat sekejap. Kau tahu? Aku masuk dapur aku cakap kat boss aku, aku penat semua kerja aku kena buat.
Kerja kau tinggal masak saja. Tu pun masih kata aku mengular ke? Aku baru nak rehat sekejap. Gaji kat situ walaupun aku buat semua kerja dari kedai buka susun meja kerusi, menyapu, bersihkan dapur, buat air, sampai laa ke closing.
Aku yang kena pastikan dapur tu bersih dan teratur, tiada sisa tertinggal. Dapat cuma RM30 sehari. Duit tu aku kumpul konon nak buat lesen. Tapi kat rumah selalu kehabisan barang dapur, aku tak kisah. Aku tetap hulur mak aku duit yang aku kumpul. Tak mengapalah sebab aku makan juga kan.
Kalau ada yang kurang aku tambah. Dah jadi kebiasaan, setiap kali aku ada duit aku mesti hulur kat mak aku sikit. Walaupun kadang aku betul – betul kekeringan duit, aku tetap hulurkan pada mak aku. Sambil hulur aku cakap kat mak aku “mak doakan rezeki kita m4kin bertambah melimpah ruah nanti insyaAllah boleh bagi kat mak lebih dari ni mak”. Mak aku sebak.
Anak perempuannya sedang bekerja keras untuk membantu dia. Alhamdulillah sekeras apa pun kehidupan aku dulu, aku dapat laluinya dengan iringan doa mak aku. Ayah aku dah ada kereta boleh la bergerak senang sikit. Dia beli dah lama masa aku umur 17 tahun gitu.
Aku pun dah ada lesen masa umur 19 tahun. Malu sebab baru pandai tunggang motor umur segitu, baru pandai nak pandu kereta. Dulu mak aku selalu cakap tak boleh bawak motor kereta selagi takda lesen. Aku ni dengar saja lah tak dengar kang dapat sakit.
Nak dijadikan ceritanya, tahun ni aku dapat beli kereta baru hasil titik peluh aku. Deposit tu duit aku. Alhamdulillah walaupun kereta aku beli tu cuma mampu milik saja. Oh ya, aku dah tukar kerja. Kerja di sebuah kilang yang boleh tahan la gajinya dari pekerjaan dulu.
Dan aku dapat sambung belajar part time untuk Ijazah Sarjana Muda. Impian yang aku terp4ksa tangguhkan demi keluarga tercinta. Doakan aku untuk terus semangat dan kuat dalam menimba ilmu. Keputvsan SPM aku pun cuma biasa – biasa saja.
Tapi rezeki tu Allah nak bagi mohon untuk diploma lepas tu diorang suggest untuk terus lompat Ijazah Sarjana Muda. Alhamdulillah. Mohon doa kalian untuk aku terus kuat ya untuk tempuh dugaan yang akan datang. Semoga doa kalian juga akan berbalik pada kalian. Terima kasih sebab baca luahan aku yang berjela ni. – DAISY (Bukan nama sebenar)
Sambungan.. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih andai admin publishkan coreta ini buat kali keduanya. Pertama sekali terima kasih kepada makcik pakcik abang akak yang dah mendoakan saya. Semoga doa yang baik juga berbalik kepada kalian.
Maaf sebab baru baca komen – komen semua. Tersenyum aku membacanya. Walaupun tidak saling mengenali tetapi didoakan seperti saud4ra sendiri. Terima kasih sekali lagi. Tak lupa juga ada yang tak suka dengan ayah aku dalam confession sebelum ni
Bila aku baca cerita pasal ayah, br0ken home, pasal mak dan pasal family bukan sahaja baca tetapi orang sekeliling aku juga ada mengalaminya. Aku bersyukur kerana aku tidak mengalami nasib seperti mereka. Mungkin nasib aku lebih baik dari mereka. Alhamdulillah.
Semoga kalian yang sedang bersedih sekarang diberikan kebahagiaan dunia akhir4t. Bertabahlah dengan setiap ujian yang diberikan. Korang semua kuat sebab tu Allah uji. Sebab dia tahu korang mampu. Ayah aku tak jahat sebenarnya, dia cuma tersalah pilih jalan. Ada yang menghasut.
Dia terciduk la gitu. Hahaha. Lagi yang menghasut tu sed4ra dia sendiri. Mak aku kata sebelum tu ayah aku memang baik, tak pernah tinggi suara, angkat tangan semua tu memang tak pernah. Macam aku cakap, ayah aku cuma tersilap pilih jalan. Dia tak kedekut kalau ada duit.
Sejak dia buat hal memang nafkah selalu tak bagi. Lama juga mak aku mend3rita, sampai aku pun selalu jadi m4ngsa mak aku. Aku faham mungkin dia terlalu tertekan dan aku nakal memang patut diajar. Kalau badan tak berbirat memang tak sah. Kena sebat dengan getah paip. Baik punya. Hahaha.
Adik – adik buat salah. Aku yang duduk jauh aku yang kena tadah. Takpalah. Adik aku masih kecik takkan nak disebat pulak. Aku lah yang kena tanggung. Aku tak pernah pandai masa sekolah rendah. Selalu dapat tempat paling bawah.
Mungkin em0si aku terganggu. Sekarang aku yang kena banyak sabar. Aku takde simpan sekelumit d3ndam pun pada keduanya memandangkan sekarang lebih baik dari dulu. Pernah saja mak aku cakap kat aku. Dia persoalkan aku ni siapa nak betulkan itu ini.
Aku sedih sangat. Sedangkan adik – adik aku dengan abang akak aku disayang sangat. Aku faham, dia tertekan. Tapi mak aku ni bila aku teringin sangat nak makan sesuatu, dia memang tak cakap ya atau tak. Tahu – tahu dia ajak aku masak sama – sama.
Makan laa makanan yang aku nak tu. Aku happy. Setiap kali aku macam kecik hati dengan dia dan berkurung dalam bilik dia akan tanya tak makan ke mak dah masak tu. Kau tak lapar? Keluarlah dari bilik tu pergi makan.
Mungkin dia sedar aku dah m4kin besar bukan lagi budak yang dia selalu sebat dulu. Apa pun aku bersyukur sangat perlahan Allah dengar doa aku. Dia tak bagi sekarang, dia bagi nanti. Yakinlah Allah tu Maha Mendengar. Kau ngadu saja banyak – banyak kat DIA.
Kalau kau hilang tempat nak bersandar kau masih ada lagi tempat untuk kau sujud. Jangan takut untuk gagal, sebab aku juga pernah rasa gagal. Sampai aku rasa aku ni memang dilahirkan untuk jadi seorang yang gagal. Aku gagal dalam banyak perkara.
Sampai aku juga pernah ada keinginan untuk tarik nyawa aku sendiri, Allah! Memang rasa tak guna sangat. Bila aku duduk sendiri aku tanya kenapa aku tak diberikan kebahagiaan macam orang lain? Kenapa mesti aku yang diuji?
Kenapa aku yang kena gagal selalu dan dih1na. Aku sedar aku manusia biasa. Aku tak patut persoalkan setiap yang berlaku pada diri aku. Aku perlu bangkit. Aku juga sudah banyak kali merasakan tersungkur. Aku bangun dan tersungkur berulang kali. Sampai satu titik aku dah penat sangat.
Tapi aku tetap bangun sebab tak akan ada yang membantu kalau aku sendiri tak bantu diri aku. Masa sekolah menengah aku berjaya perbaiki banyak benda. Salah satu sebabnya mungkin aku dah sem4kin baik, mak sanggup hantar aku pergi balik sekolah.
Terima kasih mak. Aku selalu berada dalam lingkungan top 5 atau top 10 dalam kelas. Dalam tingkatan selalu top 20. Pernah jadi pelajar harapan sekolah untuk straight A. Jujurnya, aku ni nakal waktu sekolah menengah mungkin sebab dari pergaulan dan tak merasakan keseronokan time jadi budak dulu.
Cikgu – cikgu sampai menyampah dengan aku. Subjek yang aku paling skor adalah Pendidikan Islam. Selalu skor A. Sampai ustazah suka lah sebab aku antara pelajar top skor dalam subjek tu. Macam biasa ada saja yang tak suka.
Katanya aku ni tak layak dapat markah macam tu sebab nampak aku pakai baju kurung skola ketat, tudung pendek. Bukan aku tak pernah pujuk mak aku belikan yang baru. Tapi mak aku kata utamakan adik – adik dulu.
Kadang – kadang aku pakai saja baju sukan sebab tu saja baju yang longgar dan selesa. Seluar pulak memang beli besar. Aku gemuk dulu lepas tu susut sebab join kawad kaki. Pernah dapat tawaran Kolej Vokasional. Tapi tak dapat pergi sebab tak cukup modal. Takda kereta nak hantar.
Jadinya, aku stuck kat sini. Redha saja ambil aliran sastera. Ambil subjek akaun, ekonomi dan perdagangan. Macam yang selalu kita dengar, kita takkan dapat apa yang kita nak tapi kita akan dapat yang kita perlu. Aku minat kulinari tapi bukan rezeki aku kat situ.
Dengan 3 subjek inilah ilmu asas yang aku bawa sampai sekarang. Sekarang? Macam aku katakan kehidupan aku lebih baik. Alhamdulillah. Apa yang aku belajar dari pengalaman aku, jangan mudah untuk putvs asa selagi kau tak lalui dulu kepayahan tu.
Lama – lama jadi mudah. Bangun dan terus bangun. Apa yang orang kata letak saja tepi. Buat pekak telinga. Diorang tak effect apa pun pada kejayaan kau. Jadikan diorang pembakar semangat untuk berjaya. Kalau dih1na, biarkan kerana hidup ni bukan selalu ada kat atas. Kan? Jadinya pers3tankan saja.
Ayah aku sekarang pun sem4kin membaik. Mak aku selalu pesan jugak, baik buruk macam mna pun ayah tu, dia tetap ayah. Nama dia yang dibawa mana – mana. Kalau dia jahat. Jadilah sebaliknya. Jangan bagi nama yang sedia buruk tu bertambah buruk.
Dia cuma tersalah pilih jalan. Doa kan senj4ta mukmin. Jangan mengalah. Ni pun rasa dah panjang sangat. Terima kasih kerana sudi membaca. Terima kasih sekali lagi atas doa kalian semua. Aku tak lupa juga orang – orang yang pernah h1na aku. Akan kusimpan kemas dalam ingatan. Aku cuma doakan orang – orang ni tak mengalami nasib yang sama macam aku dulu. Terima kasih. – DAISY (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Fazidah Abdul Kadir : Alhamdulillah hidup tt sem4kin baik. Kalau nak dapat sesuatu yang baik dan berkat memang akan melalui zaman susah payah barulah kita hargai dan dapat pahala yang banyak pulak. Semoga terus berusaha dan istiqamah. Insyaallah mesti berjaya dalam hidup.
Ziana Salehuddin : Hebat adik ni. Kuat, tabah, penyabar, bijak, baik hati, penyayang. Akak doakan adik dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan. Allah sedang membentuk dirimu menjadi seorang pemudi yang hebat. Jaga diri ye dik.
Leya Corp : Kisah yang positif semoga dapat memberi pengajaran / teladan kepada orang lain yang masih struggIe dalam kehidupan. Tahniah anda anak yang baik tidak rugi berbakti kepada bapa yang pernah tersilap langkah. Yang jahat takkan tak boleh berubah jadi baik.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.