Si janda ni sengaja tepuk tampar suami aku dekat tempat kerja. Satu hari suami mengadu dia sengaja berlaga peha

Suami aku mengadu janda tu sengaja menggeselkan pehanya ke peha suami aku di hadapan orang ramai. Saat tu, aku memang dah capai telefon untuk mesej janda tu dan bagi amaran. Semalam sengaja aku sebuat nama janda tu, sekali suami cakap, janda tu selit kaki suami aku dekat pejabat..

#Foto sekadar hiasan. Hi semua. Aku tengah marah pun ada rimas pun ada, insecure pun ada,. Ni kisah tentang suami aku dengan seorang janda. Suami aku bekerja di sektor awam. Baru – baru ini, ada pekerja baru dipindahkan di tempat kerjanya.

Pekerja ini merupakan janda anak dua. Walaupun dah anak dua tapi mempunyai paras rupa yang cantik dan lemah lembut. Pada mulanya, mereka tidak begitu rapat, namun suami aku ada bercerita kepada aku bahawa si janda ini kerap memandangnya dan mudah tersenyum kepadanya.

Aku bukan seorang yang mudah melenting, jadi suami aku mudah bercerita kepada aku perihal wanita – wanita di tempat kerjanya. Suami aku satu – satunya staff lelaki di situ, jadi dia agak popular dan selalu diberi perhatian oleh rakan sekerjanya yang lain.

Tambahan pula suami aku ini kelakar dan suka buat lawak. Kira dia disenangiIah. Ada kalanya aku akan cemburu tapi aku akan tegaskan kepada dia untuk menjaga batas pergaulan dekat tempat kerja. Aku pernah bagi amaran pada suami aku, sekiranya dia memang ada hubungan dengan perempuan lain di belakang aku, dia akan hilang aku dan anaknya (suami aku sangat sayang anak kami).

Memang aku tak nampak apa yang dia buat tapi selalunya kalau ada benda tak elok suami buat belakang isteri, pastinya akan kant0i jugak kan. Jadi dia faham walaupun aku tak mudah melenting, tak bermakna dia boleh ada hubungan dengan orang lain.

Berbalik kepada si janda tadi, lama kelamaan dia sem4kin kerap berbual dengan suami aku. Dia yang paling peka sekiranya suami aku memerIukan bantuan sewaktu kerja, dan dia segera membantu suami aku. Sewaktu berbual, si janda ini akan ambil kesempatan untuk menyentuh suami aku seperti cuba menampar belakang badan, menumbvk lengan dan lain – lain sentuhan.

Pernah sekali suami aku bercerita dia sengaja menggeselkan pehanya ke peha suami aku di hadapan orang ramai. Suami aku jadi malu dan risau sekiranya orang lain mengesyaki mereka ada apa – apa hubungan terlarang.

Waktu ini memang tahap kesabaran aku dah tak boleh dikawal lagi. Aku marah teruk suami aku sebab membenarkan janda tu buat sesuka hati. Sepatutnya suami aku boleh je sound perempuan tu kalau takut malu nak sound depan – depan, boleh mesej ke kan.

Ada jugak hitam putih  oleh tunjuk bukti dekat aku. Saat tu, aku memang dah capai telefon untuk mesej janda tu dan bagi amaran. Namun, suami aku membantah dengan mengatakan nanti akan menyebabkan dia tidak selesa bekerja nanti sekiranya ada perg4duhan melibatkan hal rumahtangga.

Salah ke aku nak memberi amaran pada janda yang mengganggu suami aku? Suami aku bagitahu bahawa dia tidak melayan dan cuba menjauhkan diri seboleh mungkin daripada bercakap dengan janda tu. Memang waktu tu aku rasa marah dan geram sangat dengan janda tu dan suami aku sekali.

Aku tegaskan lagi pada suami aku, jika terjadi lagi, aku akan buat aduan pada SISPAA agar salah seorang dari mereka dipindahkan tempat kerja. Sejak hari itu, suami aku tak bercerita lagi mengenai janda tu. Bila aku tanya, dia kata dia tak bercakap lagi dengan janda tu.

Semalam kami berbual, sengaja aku sebut nama janda tu, terus suami aku bercerita tentang janda tu. Dia kata janda tu tak sengaja tertendang kakinya sewaktu mereka nak balik kerja sekadar untuk bergurau. Janda tu ingin menepuk seluar suami aku, tempat yang dia tak sengaja tendang tu sebab ada kotor katanya.

Suami aku cepat – cepat menepis sebelum si janda tu sempat pegang. Kemudian ada beberapa kali si janda ni cuba nak menyadung kaki suami aku sekadar untuk bergurau. Aku jadi geram dan marah sangat, masih ada lagi percubaan si janda ni mengg0da suami aku.

Aku katakan pada suami aku yang aku tak suka perbuatan janda tu dan perbuatan dia yang tidak tegas dalam menjaga adab pergaulan. Suami aku meminta maaf dan minta aku supaya berfikir positif bahawa mungkin si janda ni memang jenis bergurau kasar dan tidak begitu menjaga adab pergaulan.

Aku suruh suami aku kata pada janda tu bahawa jangan lagi bergurau bersentuhan macam tu tapi suami aku serba salah, katanya tak nak ada g4duh dan rasa janggal di tempat kerja. Aku memang dah tak boleh sabar dengan janda ni dan suami aku.

Aku katakan pada suami aku, sama ada ikut arahan aku atau dia akan hilang aku dan anak. Suami aku kata dia akan beritahu janda tu supaya jangan sentuh dan ganggu dia lagi. Tapi aku tak percaya pada suami aku ni lagi. Aku nak buat aduan terus agar mereka dipindahkan.

Pada pendapat korang, aku yang terlalu cemburu atau memang si janda ni yang melampau, dan patut tak aku buat aduan untuk pindahkan mereka? – Wani (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Asyraf Firdaus : Pergi ofis suami lawa – lawa, bawa makanan untuk suami, mesra – mesra sikit dengan suami depan janda tu. Pastu pesan kat janda tu senyap – senyap jangan ganggu suami puan. At the same time, tetuskan bagi amaran pada suami dan sentiasa check phone. Install whatsapp web siap – siap untuk stalk suami.

Mashitah Mashie : Dua – dua pelik. Yang suami confessor bagi alasan nanti awkward nak buat kerja sesama kalau tegur. Yang si opismate tu pulak sesuka hati pegang – pegang berlainan jantina. Bertepuk tampar. So nasihat saya, cari seseorang yang paling rakan sekerja hormat di opis tu.

Dan mintak dia nasihatkan perempuan tu. Kadang – kadang orang ni tak sedar apa yang dia buat tu salah (walhal ada ja yang species buat – buat tak sedar). Cerita ja yang awak tahu semua kisah tepuk amai – amai tu.

Adam Sole : Benda kat office tak semua boleh cerita kat rumah. Kita tak boleh faham apa situasi kat office. Cukup sekadar memberi ingatan agar jaga batasan. JANGAN pergi spy dan sebagainya. Ini menunjukkan suami anda seorang yang tak pandai untuk menguruskan diri di pejabat. Kecuali kes polis, tak perlu hadirkan diri di tempat kerja pasangan anda.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.