Emak surirumah ibarat reporter dan pelakon terbaik wanita. Masa bapa aku keluar bekerja, aku curi – curi tengok TV. Bila mak nampak dia membebel biasa je, aku terus masuk bilik baca buku. Sampai je bapak, emak terus mengadu. Ketika itulah emak jadi pelakon, konon nak selamatkan aku..
#Foto sekadar hiasan. Hai, namaku Am (bukan nama sebenar). Aku anak ke-2. Dari kecil dibesarkan dengan kekerasan mentaI, kekerasan fizikaI, dan kekerasan psik0logi oleh bapa dan ibu aku dengan alasan untuk kejayaan masa depan.
Aku dibesarkan dengan kasih sayang sejak kecil tetapi semuanya berubah ketika umur aku 9 tahun dan abang aku 12 tahun. Disebabkan abang aku kena duduki peperiksaan UPSR, aku turut terpalit sama. Bapa aku, nama dia Jal, bukan Nama sebenar.
Seorang sekuriti, berkerja shift 6 hari seminggu. Ibu aku pula Ma bukan Nama sebenar. Seorang surirumah. Penat lelah bapa aku membuatkan anginnya tidak menentu dan tangannya senang melayang – layang ke tubuh yang dikehendaki dengan alasan, baca buku untuk kesenangan masa depan.
Aku dip4ksa untuk mencapai kejayaan dalam setiap peperiksaan dengan cara mem4ksa aku membaca buku sehingga pukuI 2 hingga 3 pagi. Tekanan yang diberikan membuatkan aku tertidur di meja study dan disimbahkan air satu baldi di kepala.
Bayangkan korang tengah lena tidur dibuai mimpi air hempap kepala, macam elektrik beb. Hahaha. Dan pukuI 7 pagi adalah masa untuk aku ke sekolah. Haaa, dan kalau nak tahu meja study aku di meja makan, berdekatan TV.
Bapa aku pula suka menonton TV, dan menyuruh aku membaca buku di meja makan. Boleh saja aku membaca buku di bilik, tapi biasalah bapa selalu betul untuk mend3ra em0si anak – anak. Dia terkekeke tengok TV. Pernah sekali aku menjeling mata ke TV, rancangan kung-fu hustle, aku tertawa kerana lawakkan cerita tu. Kikihh. Cukup bunyi berdecit saja.
Bapa aku mula bermata merah dan nak tangan dekat aku kerana tidak fokus dalam membaca buku. Begitulah larutnya keadaan aku. Ini baru 1/1000 punya cerita. Cukup lah 1 pasal buku. Haaa, kalau nak tahu bapa aku juga seorang yang kedekut.
Pernah suatu masa duit bapa aku hilang RM100. Dia mengesyaki aku atau abang aku yang ambil duit tu. Aku dan abang aku disiasat bagaikan polis berpangkat sekuriti. Dipanggil masuk ke bilik, disuruh mengaku dan dipukuI di tapak tangan sehingga ada yang mengaku.
Entah berapa banyak kali dipukuI sampaikan terasa diri ini kebal. Sampaikan satu tahap aku menghulur tangan tanpa setitis lagi air mata keluar. S4kit jangan kata, tapi kalau dah banyak kali pukuI jadi kebal lah. Dari situ lah aku belajar ilmu kebal.
Setiap kali bapa aku r0tan tiada kes4kitan ditubuh aku lagi, melainkan kes4kitan di hati yang terasa pedih. Sebenarnya duit tu abang aku yang ambil dan diselitkan dalam buku. Kant0i juga akhir ya, tapi aku tidak pernah berd3ndam dengan abang aku kerana aku tahu salah bapa aku yang tidak memberikan duit belanja pada abang aku.
Sebab apa aku pon dah lupa. Ni Baru 1/1000 cerita pasal duit. Cukuplah 1 aku cerita. Emak aku pula surirumah ibarat reporter, dan pelakon terbaik wanita. Pernah suatu hari, bapa aku tiada keluar bekerja dan Emak ke pasar membeli barang.
Aku pun beranikan diri menonton TV dragon-ball, pukuI 9.00 pagi. Ingat tak siapa yang sezaman dengan aku? Biasalah, hidup aku tak pernah dapat tengok TV dengan tenang walaupun sekejap. Tup – Tup mak aku balik dari pasar.
Aku terk3jut kerana asyik menonton TV, alang – alang dah kant0i, aku teruskan menonton TV. Mulalah keluar bebelan suci. Macam biasa, Aku naik ke atas dan terus ke bilik, sambung membaca buku. Bila petang menjelma, bapa aku pulang dari kerja, emak sudah bawa berita.
Katanya aku tak membaca buku seharian menonton Goku. Macam lagu plak kan. Apalagi, jadi supersaiya lah bapa aku. Dihenyaknya semahunya. Tapi nasib aku baik, ada penyelamat yang datang selamatkan aku. “Abang, dah lah tu, bawa istighfar sikit”. Itulah emak aku.
Betul – betul bawa cerita lepas tu berlakon jadi penyelamat. Haa ini Baru 1/1000 drama mak aku. Cukup lah 1 aku bercerita. Begitulah hidup aku sehari – harian, ingin bermain bola, tidak diberi dengan alasan padang berdebu.
Bila tukar padang, bermain di padang sekolah, kata aku tak fokus dalam pelajaran dan tido bila penat bermain. Pernah sekali jiran merangkap kawan – kawan aku memanggil aku untuk bermain bersama. Dijerkahnya kawan aku sampai sekarang dia mengelak nak jumpa bapak aku. Hahaha.
Tapi biasalah, bila dididik dengan keras dan mentaI, aku menjadi seorang kaki g4duh yang berpelajaran bila masuk ke sekolah menengah. Segala amarah aku terhadap ibu bapa aku, ada yang akan mendapat buku lima dari aku di sekolah.
Aktiviti yang aku suka berg4duh 1 by 1. Aku pon dah lupa berapa banyak kali aku berg4duh semata – mata untuk dihorm4ti dan ramai kawan. Sebenarnya banyak lagi kekerasan, em0tional abvse, psik0logi abvse dan bermacam macam lagi yang aku hadapi.
Cuma sedikit sahaja yang boleh aku ceritakan dan sekarang hati aku keras, sekeras – kerasnya terhadap kedua ibubapa aku. Kerana setelah aku bekerja tanpa mengganggu mereka pon, diorang masih membuIi mentaI aku secara halus.
Betullah orang kata, kalau dari kecil dah biasa memukuI aku, mengawal aku, dah besar panjang pon akan tetap melakukan benda yang sama melalui psik0logi mentaI. Senang kata, d3raan mentaI untuk menunndukkan aku.
Tapi didikan yang keras mengajar aku air yang dicincang, boleh putus. Kerana aku dah putus asa dan penat dengan semua ini. Jadikan ini sebagai panduan untuk ibubapa. Kepada yang ada anak – anak, berhati – hati dalam mendidik. Kerana silap mendidik, boleh digigit. Selamat mendidik anak – anak supaya tidak menjadi seperti aku. Assalamualaikum. – Am (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Chayu Afifi : Sedihnya baca. Mungkin mak ayah nak anak – anak berjaya dan tak rasa hidup susah macam mereka. Sebab tu dip4ksa belajar hingga sedemikian rupa. Al-maklum mereka juga bukan orang berpendidikan jadi tidak tahu bagaimana mendidik anak dengan menjaga mentaI anak – anak.
Your childhood w0und must be treat. Pergi jumpa kaunselor / dokter. Kalau tak dirawat sedikit sebanyak akan beri kesan nanti apabila membesarkan anak – anak. Semoga confessor dilapangkan urusan dan dilembutkan hati. Maafkan mereka ibu bapa yang khilaf mendidik. Tanpa adanya mereka siapalah kita.
Rizal Rodzuan : Begitulah, dunia terlalu fokus kat tanggungjawab anak kepada parent, sampai kadang – kadang terlupa kepada tanggungjawab parent kepada anak – anak. Bila ada kes orang tua diabaikan terus netizen kecam, tanpa peduli camna didikan dan layanan orang tua tu kepada anak kecil mereka dulu.
Kepada tt, kalau dapat pujuk hati untuk maafkan mereka, cuba la tapi jangan p4ksa diri. Kalau tak pun layan mereka sekadarnya cukup la asal lepas tanggungjawab anak, tak perlu lebih – lebih. Faham – faham la kan.
فردوس بن محمد ساريف : Aku rasa bapa ko kena buIi di tempat kerja, dia tak dapat lepaskan apa yang terbuku tidak puas di hati kemudian dia lepaskan pada ko, dia dibuIi di tempat kerja dan kemudian dalam masa yang sama jadi pembuIi di rumah.
Aku simpati pada ko adik beradik, bapa ko dan mak ko. Tempat kerja t0ksik boleh menjadikan diri seseorang t0ksik juga dan bawa pulang najiis t0ksik ke rumah. Bapa ko nak yang terbaik untuk ko. Dia taknak ko end up hidup macam diri dia.
Aku percaya dia tak berniat pun nak buat macam tu kat ko adik beradik. Apa tindakan yang dia buat tu memang salah. Namun ada benda yang dia tak tahu punca, kenapa dia str3ss dan kemudian dia lepaskan str3ss tu pada korang.
Kemungkinan besar bapa ko dibuIi di tempat kerja, sebab tu masa umur ko 9 tahun tiba – tibadia berubah. BuIi di tempat kerja ni boleh berlaku dengan m4kian, perkataan kesat, disisihkan, tidak diendahkan, ditahan gaji, tidak diraikan dan lain – lain.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.