Beriya bidan minta uri anak aku masa berpantang. Penutup pantang dia bagi aku pakai tangkaI dekat kaki

Aku terk3jut bidan bagi pakai tangkaI dekat kaki. Aku plak macam orang b0doh ikut je. Masa suami berhenti depan masjid, sorang perempuan tua tegur aku dalam kereta. Dia kata dengar aku menangis dengan baby, aku terus bagi baby aku dekat dia..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua.. Selamat membaca pengalaman aku yang seterusnya. Kejadian ini berlaku lima tahun lepas, ketika aku lahirkan anak kedua. Itu adalah kali pertama aku melahirkan secara normal.

Jadi perasaan sedikit ngeri di situ. Entah kenapa aku rasa kelahiran czer untuk anak sulung lebih mudah penjagaannya. Mungkin rezeki aku ketika itu, csaer yang mudah sembuh. Wallahualam. Rezeki masing – masing kan berbeza.

Jadi, sebagai persediaan, aku survey tukang urut lebih awal. Seawal usia kandungan lima bulan. Kebetulan baru tahu, di tingkat bawah rumah aku ada seorang bidan. Sudah tua orangnya, tetapi tetap cergas melakukan urusan seharian seorang diri.

Kagum dengannya, kadang – kadang aku meluangkan masa berbual seketika. Detik itulah, aku tahu bahawa dia adalah seorang bidan tradisional. Lega hati aku kerana pencarian aku berhasil. Tambahan pula, disokong oleh seorang ibu pelajar aku, yang pernah menggunakan khidmatnya ketika dalam pantang.

Sejak berkenalan dengannya yang aku panggil “opah”, acapkali juga aku berurut ketika masih pregnant, kerana s4kit – s4kit pinggang dan kaki. Jadi, perkenalan kami bertambah erat. Menurut Opah, dia dapat ilmu mengurut dari mimpi.

Wah, hebat… Sebab nenek kepada Opah juga merupakan seorang bidan di kampungnya. Tetapi ibu kepada Opah bukan bidan. Tiba – tiba kebolehan perbidanan diperturunkan kepada Opah dalam mimpi. Wahhhh.. Hebatnya!!!

Dalam mimpi pun boleh belajar ilmu. aku, kalau bermimpi, memang tak ingat dah apa yang dimimpikan. Tibalah hari aku melahirkan. Dua hari relaks santai di wad, maka aku pun dilepaskan pulang. Bukan main perlahan aku berjalan.

Iya, pertama kali bersalin normal katakan. Petang itu juga, suami bawa si baby keluar kononnya untuk ambil angin petang. Terserempak dengan Opah. Suami dengan gembiranya tunjukkan anak kami kepada Opah. Opah keras menegur.

Kenapa baby yang baru lahir dibawa berjalan keluar rumah? Baby dalam hari baunya wangi katanya. Nanti akan cepat dihidu oleh makhluk – makhluk di sekeliling. Sambil berkata begitu, mata Opah meligas memandang sekeliling.

Suami pun setelah ditegur begitu, tidaklah tunggu lama, dia segera bawa anak kami pulang ke rumah. Keesokkan pagi, seawal 7.30 pagi, kedengaran ketukan di pintu rumah. aku masih lagi di katil. Sejuk pagi, diIawan dengan hangat tilam elektrik membuatkan aku terbabas tidur.

Suami pantas menjenguk di lubang pintu. “Yang, bangun. Opah datang. ” “Hah? Opah datang nak buat apa? Awalnya…” Sambil itu, suami telah pun bukakan pintu untuk Opah. Wanita tua itu terus menyelinap masuk ke dalam rumah.

“Opah datang nak mengurut la. Takpe tak mandi lagi, nanti Opah mandikan dengan air herba. Opah masuk dapur engko ni, nak panaskan tungku. Nanti elok dah siap urut, tungku pun dah panas. Bagi susu dekat baby dulu, nanti takde la kacau kita mengurut.”

Aku hanya menurut saranannya. Susukan baby sepuasnya. Kemudian, kami masuk ke bilik yang suami tetapkan sebagai bilik mengurut aku. Sambil mengurut, biasalah, mulut Opah tidak berhenti bercerita. “Eh, engko tak bagi lagi uri anak ko kat Opah, kan?”

“Uri? Kenapa dengan uri, Opah?”

“Laaa… Kan Opah buat pakej.. Urut, tangas, mandi herba, bengkung, jamu pun nanti opah bagi. Sekali dengan uruskan uri . Mana urinya?”

“Cuba panggil abang. Rasanya dia yang uruskan semua tu.”

Kebetulan suami melintas di hadapan bilik. Opah lantas memanggilnya. “Oh, uri tu ada kat rumah ayah saya, Opah… Hari tu masa keluar baby, ayah ada datang lawat, lepas tu kebetulan nurse datang bagi uri. Ayah ambik terus, sebab saya tidur di wad sama si Hana. Ayah takut busuk pula kalau duduk di wad.” Opah tarik muka.

“Korang ni kan… Tak tau lah Opah nak cakap, budak zaman sekarang, kalau kahwin, beranak pinak pun, sukaaaaaa susahkan mak bapak lagi. Uri tu, serah aje kat Opah, tau la Opah uruskan. Kesian kat bapak kau pulak nak kena urus uri cucu. Masa engko yang baru lahir, dia urus uri engko. Uri cucu pun, dia uruskan.”

Aku  hanya tergelak kecil melihatkan suami termangu – mangu dibebel Opah. Suami keluar dari bilik sambil menggaru kepala. Petang itu, ibu dan bapa mertua datang menziarah lagi. Aku berkongsi dengan ibu akan kisah uri, dan suami yang dibebel Opah.

“Ehhh.. Ibu tak benarkan awak serahkan uri kepada sesiapa pun yang tak ada pertalian d***h dengan kita. Uri anak kita, kita yang uruskan sendiri! Kenapa nak bagi orang pula?” “Sebab Hana ni ambik pakej mengurut tu, Ibu..”

“Pakej tak pakej, Ibu tak izinkan. Ko datang rumah Ibu, ko belajar cuci uri, tanam bawah pokok depan rumah Ibu. Tak payah guna pakej hal sulit macam ni.” Muktamad dari ibu mertua. Aku, seperti biasa, akan gelak kecil melihat suami yang termangu – mangu kena bebel.

Hari kedua urutan, seperti biasa, Opah tiba awal pagi. Hari ini aku sudah bersedia bangun selepas Subuh. Apabila masuk sahaja kawasan dapur kami, Opah segera bertanya tentang uri lagi. “Dah ambik uri anak kat rumah bapak engko?”

“Sorry Opah, saya tak jadi la minta Opah uruskan uri anak. Ibu tak bagi” Opah hanya merengus dan sambung siapkan barang – barang urutannya. Tiada apa yang perlu aku ragui. Seperti biasa, aku sentiasa kagum dengan kebolehan Opah.

Tenaganya, seolah dia tidak pernah penat. Apatah lagi, dia hidup seorang diri di rumahnya. Suaminya telah lama dijemput Ilahi. Anak – anak juga tinggal jauh. Opah juga bekerja. Dia bekerja sebagai pembantu kedai makan di bawah blok kami diami ini.

Alangkah, betapa tangkasnya dia. Tenaga untuk bekerja lagi, mengurut lagi. Sedangkan aku sendiri, picit belakang suami di malam hari pun, sudah merengek lenguh tangan! Hari Ketiga urutan, opah mula bercerita tentang “penutup pantang” .

Katanya pada hari ke-40 dia akan datang lagi untuk tutup proses urutan yang dia jalankan ini. Aku hanya mengangguk kerana pada kelahiran anak sulung, memang aku tidak mengurut langsung. Sekadar mama sapukan minyak sahaja, kerana kami takut untuk sentuh bahagian perut yang baru dijahit!

Maka aku tidak tahulah, adanya proses penutup pantang. Opah menggagau ke dalam bakul rotan yang dibawanya. Dikeluarkan seutas tali. Diik4tkan tali itu ke pergelangan kaki aku. “Eh, apa ni Opah? Gelang kaki pulak? TangkaI ke ni?”

“Hisyyyy apa tangkaI pulaknya. Engko ni suka fikir bukan – bukan. Ko kan nak balik kampung hari ni. Opah ik4tkan tali ni supaya ko ingat, ko tu dalam hari. Nak suruh beringat je, bukan apa pun.” “Oh, pastu kalau tercabut, macamana ni? ”

“Kalau dia tertanggal jangan cari. Biarlah dia nak duk mana. Tapi ko jangan sengaja tanggalkan pulak. Pada hari ke 40, ko kena balik sini semula, Opah yang akan tanggalkan ik4tan ni. Lepas tu kita urut penutup pantang. Faham?”

Bagaikan dipukau, aku hanya mengangguk, menurut sahaja aturan yang dibuat Opah. “Nanti dalam perjalanan, hati – hati. Jangan ko bersuka ria sangat. Makhluk halus ni dia suka bau orang dalam hari. Jangan sampai malam dalam perjalanan.

Di RnR, jangan ko turun. Suruh je si Halim belikan ko makanan, makan dalam kereta. Dia, kalau dia dah ikut, hah dia ada bunyi, tau… Bunyi ekkk ekkk tu, Iangsuir la tu. Suka sangat dia dengan ‘bau’ orang bersalin ni.”

“Isyyyy Opah ni, bukan nak bagi nasihat betul – betul. Takutkan orang lagi adalah.” “Takde nak takutnya… Opah tahu lah. Suruh suami ko si Halim tu baca apa yang patut. Ko jangan baca. H4ram.” “Eh, tapi kalau darurat boleh, kan Opah?”

“TAK BOLEH!” Dan Opah, seperti selalunya sentiasa ringan tuIang. Dihantarnya kami sehingga ke kereta. Dia yang mengelek bayi kecil aku sementara suami uruskan barang dan dukung anak sulung kami. Tidak tahulah bagaimana untuk kami beterima kasih dengannya lagi.

Kami bertolak jam 10.00 pagi. Aku hanya baring bersama baby di belakang sementara anak sulung, kami letakkan di tempat duduk hadapan. Suami memandu perlahan. Biasanya, jika pulang di luar waktu puncak, kami mampu sampai di tangga rumah mama dalam lebih kurang tujuh jam perjalanan. Termasuk berhenti rehat, makan dan solat.

Namun, memandangkan suami memandu agak perlahan, jadi kata suami, tambahkan satu jam lagi dalam tempoh perjalanan. Masih lagi dalam tempoh yang menyenangkan kerana jangkaan kami akan sampai lebih kurang jam 6 petang.

Tidaklah kami melalui senja dalam perjalanan sepertimana pesan Opah. Lantaran badan yang masih lemah, dan selesa selepas diurut, aku tertidur pulas. Aku terjaga pada jam dua petang. Suami tiada di kereta. Kereta tersadai di RnR.

Baby aku tukarkan pampers dan kulayankan kehendaknya. Anak sulung aku juga tiada di tempat duduknya. Mungkin suami bawa dia sekali untuk ke surau. Baru aku tutup mata semula, kedengaran ketukan perlahan di tingkap.

“Sayang lapar, tak? Abang bawakan bubur nasi untuk sayang. Abang tak tahu orang pantang boleh makan apa, tapi bubur ni tak ada seafood, so bolehla kut. Kalau tak boleh makan bubur, ini ada roti krim coklat..” Belum habis ayat suami, aku rampas roti di tangannya dan bubur nasi di dalam mangkuk yang disuakan kepada aku. Dua – dua makanan itu habis aku sapu.

“Banyak sayang makan?” “Breastfeeding, okay? Don’t complain or else u have to buy formula for your baby.” “Okay.. Okay… Tegur pun marah. Lepas ni dia tu nak duduk jauh dengan kita.” Tak payah buat muka kesian. Mata yang mengantuk aku turutkan. Malas nak melayan baby tua.

Aku terjaga lagi. Jam menunjukkan jam 6.56 petang. Aku perhatikan sekeliling. Bukan kawasan kampung aku. Kampung yang asing bagi aku. Suami aku tiada lagi di kereta. Aku mula berdebar. Aku risau. Aku takut. “Yang, abang pergi cuci botol susu abang long tadi. You ok tak? Nak makan? Roti ada lagi.” Aku angguk.

“Kita kat mana ni bang? ”

“Tak tahulah yang.. Kita sesat.” Tercekik roti di tekak aku. Kami bukan tidak pernah pulang ke kampung halaman. Dah berkali – kali kami pulang sejak aku ikut dia tinggal di KL. bagaimana kali ini suami aku boleh sesat?

“Tadi abang tanya pakcik tu. Katanya kita kena patah balik jalan yang kita lalu ni. Kita tunggu maghrib dulu, ya? Lepas abang solat, kita usahakan”

“Abang… Tadikan Opah dah pesan, jangan sampai senja dalam perjalanan.. Tak bagus, ayang ni dalam hari lagi, baby kita ni pun…”

“Tahu… Dah tu abang nak buat macamana lagi? Tersesat. Bukan abang sengaja. Abang pun nak kita semua selamat. Kereta tu pun satu hal. Entah apa tak kena, berat je, tekan minyak banyak – banyak pun slow je gerak. Abang pun tension, tau”

Mendengarkan suaranya yang sedikit tinggi, aku diam. Perlahan, air jernih turun dari kelopak mata aku. “Dah, jangan nangis. Nanti ayang doakan je perjalanan kita selamat”. Aku angguk sambil mengesat air mata. Perempuan dalam pantang, biasalah.. Sensitif tak bertempat.

Kedengaran azan dilaungkan. Suami meminta diri untuk solat jemaah. Aku ditinggalkan berdua dengan baby sahaja di kereta. Suasana sekeliling berubah gelap. Aku mula rasa tidak sedap hati. D4da aku berdebar – debar.

Kedengaran imam telah pun mula mengangkat takbir. Aku pejamkan mata supaya tidak nampak apa – apa kelibat di luar. Sebab aku memang manusia yang mudah nampak. Aku tidak ingin nampak “depa” dalam keadaan aku uzur begini.

Aku tarik nafas perlahan agar aku tenang semula. “Krekkk… Krekkkk… Krekkkk”. Kedengaran sesuatu di atas bumbung kereta. Bunyinya seolah besi yang berkarat dilagakan. Bersulam dengan bunyi pergerakan mengengsot di atas bumbung kereta.

Hah sudah… Apa pulak ni… Aku cuba tutup mata lagi supaya tidak ku nampak apa – apa jika makhluk itu memunculkan diri. D4da aku berdebar bagaikan mahu pecah. Tuk tuk tukkkkk.. Aku terk3jut. Ketukan bertalu di tingkap kereta.

Seorang perempuan tua, bertudung lusuh, merenung aku. Aku turunkan cermin kereta. “Kenapa menangis sorang – sorang?” Aku gelengkan kepala. Perempuan itu memerhatikan kami. “Merah lagi anaknya… Bah4yalah kamu duduk sini, mari anak tu, makcik bawa masuk surau. Orang tak bawa anak kecik macam ni jalan jauh.”

Tangannya dihulur untuk meraih bayi dalam peIukan aku. Aku seperti b0doh, hanya menyerahkan sahaja bayi aku kepada perempuan tua itu. “Assalamualaikum..” Perempuan tua itu berpaling. Suami aku senyum ramah kepadanya.

“Kenapa, yang? Baby nangis ke? Kita nak gerak dah ni…” Perempuan itu serahkan kembali bayi aku ke dalam peIukan aku. “Gerak dulu ya, makcik…” “Hati-hati nak… Makcik dengar perempuan menangis tadi. Ingatkan bini kau yang nangis.”

Perjalanan di sambung lagi. Ketika itu, LPT2 masih belum wujud. Jadi, kami perlu lalui jalan kampung. Ada yang berliku, ada yang okay. Tambah merumitkan perjalanan, ada kerja – kerja pembaikpulihan jalan di lakukan di kawasan Kemaman.

Jadi, kami perlu melalui jalan lencongan seperti yang diarahkan. Jalan yang kami lalui itu jauh, dan ada melalui kawasan hutan di kiri dan kanan jalan. Ketika itulah bunyi yang aku dengari tadi, muncul kembali di atas bumbung kereta, ditambah dengan bunyi ” ekkkkk.. Ekkkkk..” Seperti suara orang merengek. Aku keliru. Adakah ini bunyi langsuir seperti yang diceritakan Opah?

“Abang, ayang dengar something la..” Suami aku diam sejenak sebelum membaIas. “Orang kata, jangan tegur kalau dengar dan nampak apa – apa. Hutan, ni Hana..” Suami mula membacakan ayat – ayat al quran. Aku pun turut sama membacakan ayat qursi sebagai pelindung diri. Dan aku kembali lena.

Aku terjaga apabila mendengar suara risau suami yang berbual dengan seseorang. Aku buka mata, tiada orang sekeliling. Aku jeling dashboard kereta. 12.45 malam! MasyaAllah! Sudah lewat benar. “Tak tahu, ma.. Hana tidur. Tak boleh tanya dia. Ya.. Ya.. Ok, nanti saya berhenti. Ok, terima kasih, ma..”

Rupanya suami call mama untuk tunjuk ajar jalan. Suami berhenti di pinggir jalan. Kedengaran dia membacakan ayat al quran lagi. Dia bertafakur sebentar sebelum dia perasan yang aku telah terjaga.

“Eh, dah jaga? Sorry yang.. Lewat kita sampai. Abang pun tak tahu apa yang tak kena dengan abang ni. Abang tengok tadi simpang Chendering dah, abang masuk kiri, short cut ikut Pak Man Pasu yang biasa ayang ajar tu, tup tup sampai sini. Abang pun tak tahu kita kat mana dah ni…”

“It’s okay bang… Kita hadapi ini sama – sama ya.. Jom kita patah balik.” Suami menurut. Dan apabila sampai ke hujung jalan, dia pun terk3jut. Simpang yang dimasukinya ternyata berbeza dengan apa yang dia lihat sebelum ini.

Aku pujuk dia agar redha. Alasannya mungkin dia mengantuk. Suami bertegas yang dia sedikit pun tidak rasa mengantuk. Dia pun risau kenapa boleh dua kali tersesat dalam perjalanan kali ini. Jam 1.25 pagi. Kami sampai di rumah mama.

Semua ahli keluarga sedang menunggu kami dengan muka penuh kerisauan di beranda rumah. Mama segera menuju ke kereta kami, ambil baby, selimutkan baby, bacakan ayat kursi dan bawa baby masuk ke rumah sesegera mungkin.

Adik aku Aina pimpin aku ke dalam rumah, manakala adik lelaki aku Hanif, meminta kunci kereta daripada suami. Katanya, biar dia sahaja uruskan kereta dan barang – barang kami. Suami aku perlu rehat katanya. Aku meneruskan tempoh pantang di rumah mama.

Suami pula, pulang ke KL sambung bekerja seperti biasa. Aku agak em0sional pantang kali ini, kerana anak aku yang kedua ini ternyata suka menangis. Dia sentiasa mahu dipegang didodoi. Mujurlah ada mama. Cuma kadang kala aku lihat, mama pun letih dengan karenah bayi baru aku itu. Suatu hari, adikku Hanif memberi usul. “Kak, kita panggil ustaz tengok baby, nak?”

“Kenapa? ”

“Sebab dia macam kena sampuk je. Kita usaha je.. Sebab, masa kau balik aritu, masa aku nak kemas kereta kau, aku dengar ada perempuan mengiIai. Cepat – cepat aku angkut barang kau masuk rumah. Aku takut ada yang ikut masa kau lalu lencongan kat hutan semua tu..”

“Boleh jugak. Bila nak panggil? ”

“Ada dah, aku survey.. Kalau kau setuju, malam ni pun boleh”

“Ok, aku on je. Tengok baby kan, bukan tengok aku.”

Malam selepas Isyak, ustaz pun sampai di rumah. Seperti lazimnya, dibacakan ayat – ayat suci al quran, ditiupkan ke ubun – ubun anak aku. Baby yang suka meraung, kini tenang merenung muka ustaz yang tenang. Ustaz senyum mengagah baby.

“Ok, tak ustaz?” Adikku Hanif menegur. Ustaz senyum.

“Ada yang tak settle lagi ni… Mak dia yang mana, ya?” Adikku menunjukkan kepada aku.

“Boleh saya tengok mak dia?”

“Eh, kenapa pula nak tengok saya, ustaz? Saya tak menangis. Yang menangis tu baby saya.” Ustaz senyum lagi.

“Kita usaha ya, dik..” Adik – adik aku datang ke kiri dan kanan aku, bersedia kalau aku meronta katanya. Aku gelak.

“Apsal korang ni? Aku ok je lah”

Ustaz mula membacakan ayat-ayat quran di atas kepala aku. Diambilnya sejadah, dilibas – libaskan perlahan ke tubuh aku. Dikebas – kebas seolah menghalau pepijat dari baju aku agaknya.

“Kenapa, ustaz?” Hanif mencelah apabila melihat ustaz tunduk diam.

“Tak settle ni, Hanif.. Boleh tak kalau kakak awak berlunjur?” Adik – adik aku pun membantu aku melunjurkan kaki.

“Hah, tu dia!”

“Apa?” Ustaz mengait tali yang Opah ik4tkan di pergelangan kaki aku dengan sebatang r0tan.

“Kat sini sembunyi, ya…” Kata ustaz lagi.

“Apa dia, ustaz?” Mama pula bertanya. Aku pula berusaha untuk melarikan kaki aku daripada ustaz. Entah kenapa aku buat begitu.

“Dik, mana dapat tali ni?”

Maka aku pun berceritalah tentang Opah. Opah yang pasangkan. Kata Opah lagi, hanya Opah yang akan gunting tali tu bila aku pulang ke KL nanti. Kalau tali ini jatuh tertanggal di mana – mana, biarkan sahaja kata Opah.

“Itu perjanjian dia. Maaf dik, saya cakap, bidan awak kirim ‘benda’ dampingi awak di tali ini. Ada dia minta uri, tak?”

Aku angguk. Masakan aku lupa, beriya Opah minta uri anak aku. Tiba – tiba aku teringat ayat Opah. Jika sekiranya tali itu tanggal dan hilang, biarkan jangan cari. Biarkan sahaja DIA nak duduk mana. Dan pasal uri, alangkah kenapalah aku tak terfikir, kalau aku serahkan uri kepada Opah, mana Opah nak tanam uri tu? Rumah kami mana ada kawasan lapang. Rumah flat.

“Uri tu, adalah makanan kepada belaan dia ni.” Ustaz menjelaskan lagi.

“Patutlah ustaz, dia ni balik ke kampung hari tu, banyak kali sesat. Padahal bukan tak pernah lalu jalan tu. Jalan sama je. Kita ni kat rumah dah berdebar tunggu.”

“Mainan ‘benda’ tu jugak la tu kak.. S3tan ni kan dah janji nak sesatkan kita. Kak, akak gunting la tali tu kak. Kita bakar kat sini jugak.”

Di hadapan aku juga, ustaz membakar tali tersebut. Ustaz bacakan ayat – ayat pada air, dan berikan pada aku untuk minum dan mandi.

Selesai pantang, aku bergegas mencari Opah apabila pulang ke KL. Aku cari Opah di kedai makan tempatnya bekerja. Nampak sahaja aku datang, dia jalan menunduk, laju untuk tinggalkan aku.

“Opah, tunggu la. Opah ada hutang jamu dengan Hana, kan… Mana nak pergi tu..”

“Takde.. Takde.. Jamu kau tak kering lagi.” Tangannya diangkat sambil buat isyarat habis. Sementara mukanya tunduk sahaja sambil berjalan laju. Selang tidak lama kemudian, menurut tauke kedai makan itu, Opah tidak sihat, dan pulang ke kampungnya untuk berehat.

Sampai sekarang aku tidak ketemu dengan Opah lagi. Rumah Opah yang satu blok dengan aku sudah dijual oleh anaknya. Semoga selamat hidupmu wahai Opah. Kepada bakal – bakal ibu, berhati – hatilah dalam urusan perbidanan.

Satu saya nak share, cuba tanya bidan, belajar dari mana ilmu perbidanan. Kalau dia kata dia ada sijil, dan belajar dengan akademi sekian – sekian, InsyaAllah mungkin ok. Kalau dik4tanya belajar dari mimpi, atau ilmu w4risan keluarga, bimbang jadi macam kes saya ni. Sebab biasanya bidan seperti ini, akan ada rituaI yang mereka amalkan untuk pertaahankan ilmu mereka. Wallahualam.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.